Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Monday, January 25, 2010

REHLAH NISA' PUTRAJAYA 2010

Assalamua'laikum.. Apa khabar pengunjung blog Nisa' Putrajaya? Semoga sihat walafiat sentiasa, insya'ALLAH.

Alhamdulillah, pada 23 Januari 2010M, bersamaan dengan 7 Safar 1431H, Unit Sukan dan Rekreasi Nisa' Putrajaya telahpun berjaya melaksanakan aktiviti pertama bagi unit ini iaitu aktiviti santai ahli Nisa'..

Program rehlah ini telah diadakan di Taman Botani, Putrajaya.. Walaupun kehadiran peserta tidak ramai, tapi, kami berpuas hati kerana objektif sebenar program telah berjaya kami capai. Kuantiti tidak menjadi perkara utama. Insya'ALLAH, pada lain masa, kami yakin penyertaan akan lebih ramai lagi. (^_^)

Pada jam 830 pagi, ajk Nisa' Putrajaya berkumpul di kawasan parking Taman Botani. Subhanallah, begitu indah sekali. Dikelilingi pohon-pohon yang menghijau, udara yang nyaman.. Sememangnya mendamaikan hati. Kami memulakan langkah mencari tempat yang sesuai untuk mengalas parut sebelum memulakan aktiviti berbasikal seperti yang dirancang.
Persekitaran didalam Taman Botani amat mendamaikan. Langkah diteruskan.. Melintasi kawasan tumbuhan yang beraneka jenis, mengujakan kami. Subhanallah, sememangnya ciptaan ALLAH tiada bandingan. Pelbagai jenis tumbuhan menghiasi pandangan kami. Kemudian, kami memilih Taman Paku Pakis sebagai tempat persinggahan kami pada pagi tersebut.

Selesai menjamu selera, kami bergerak ke pejabat utama di Taman Botani. Urusan penyewaan basikal berlangsung di sini. Perasaan sukar digambarkan.. Dah lama tak naik basikal.. (^_^).. Alhamdulillah, ALLah masih beri peluang kepada kami. Tanpa melengahkan masa, kami meneruskan aktiviti. Hampir keseluruhan Taman Botani kami jelajahi.. (dengan berbasikal).. Subhanallah, memang aktiviti yang menyihatkan.. Berpeluh-peluh kayuh basikal turun naik bukit.. Penat, tapi berbaloi.. (^_^)


Setelah hampir sejam meneroka Taman Botani, kami memulangkan semula basikal yang disewa tadi.. Alhamdulillah, seronok sangat. Lebih-lebih lagi bila buat aktiviti dengan sahabat-sahabat, tak kering gusi. Dan masa yang ada juga digunakan sebaik mungkin. Bukan senang nak ada peluang macam ni.. (^_^)..

Lain masa, kita riadah sama-sama pulak ye? Jangan lupa daftar diri untuk jadi ahli Nisa'..
JOM JOIN NISA'....(^_~)
WASSALAM

Jom makan pisang

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,




Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi รข€“ sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
PS: ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Thursday, January 21, 2010

Rebutlah Peluang Pekerjaan =)

Assalamualaikum,

Sahabat- sahabat yang dikasihi ALlah SWT. Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya. Di sini kami ingin- war-warkan walk in interview seperti iklan di bawah.




Tuesday, January 19, 2010

Jom Join Nisa'


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua pengunjung..



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNYA, kita masih diizinkan untuk meneruskan kehidupan.. Alhamdulillah..



Mungkin masih ramai diluar sana yang tidak mengetahui tentang Nisa'.. Pada hari ini, kami akan menerangkan kepada anda serba sedikit tentang Nisa'.

*****************

TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA
'NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'
Terbuka kepada golongan wanita yang berusia antara 15 hingga 40 tahun.

LOGO DAN SLOGAN NISA

'Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

****************

Dikesempatan ini kami, Nisa' Putrajaya ingin mengajak anda semua, para muslimat/wanita yang berumur 15 hingga 40 tahun untuk menyertai Nisa'.. Anda boleh mendaftar sebagai ahli Nisa' dengan mengisi borang pendaftaran yang ada di sebelah kanan Blog ini... Pembayaran keahlian hanyalah RM5.00.. Isi borang dan kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat, insya'ALLAH.

Kami menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengisian kita bersama..

Jadi, apa tunggu lagi??




............JOM JOIN NISA'............



Friday, January 15, 2010

Talkshow lagi.. Jom

Assalamu'alaikum..

sekali lagi kami ingin menjemput sahabat-sahabat kesayangan ke Talkshow Nisa'..

Tarikh : 17 Januari 2010

Tempat : Masjid Usamah bin Zaid, berdekatan dengan Stesen LRT Wangsa Maju..

Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 Tengahari

Penceramah : Ustzah. Nur Hafizah Binti Musa..

Jangan lepaskan peluang.. Jom, jumpa di sana..

Jom Lihat Gerhana Matahari pada 15 Januari 2010!!


Umat Islam digesa tunaikan solat sunat gerhana matahari


Posted by Azizul Nizam on January 14th, 2010

Gerhana matahari akan berlaku pada esok hari mulai antara 3.15ptg hingga 5.45 ptg.Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.


Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.


Hukum Solat Gerhana Matahari


Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.


Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.


Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalammembuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.


Cara Solat Sunat Gerhana


Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )


Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua

1. Baca Al-Fatihah dan surah.

2. Rukuk.

3. I’tidal,

4. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

6. I’tidal.

7. Sujud

8. Tahiyyat Akhir


Tuesday, January 12, 2010

TALKSHOW NISA'

TALKSHOW NISA'

Tajuk : MENCARI NUR KASIH
tarikh : 17 JANUARI 2010 (AHAD)
masa : 10PAGI - 1 THR,
tempat: MASJID USAMAH BIN ZAID, BERDEKATAN LRT WANGSA MAJU
disampaikan oleh : USTZH NURHAFIZAH BT MUSA

MASUK ADALAH PERCUMA...
MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN...
PROGRAM ANJURAN NISA' WANGSA MAJU DAN PERKIM WANGSA MAJU..

AyUh kITA jUMpA dI sAnA....

Taubat Sang Pemalas


“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.

“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.

“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.

“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.

“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.

“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.

“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.

“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.

“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.

“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.

“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.

“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.

“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.

Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.

“Tahu takpe!” hati berkata.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 AMPANG


p/s: Semoga artikel ini mengetok pintu hati kita untuk menghadiri majlis ilmu..artikel ini dapat memberi motivasi kepada kita untuk sama-sama mensyukuri nikmat Allah, insyaAllah

Friday, January 8, 2010

Jujur dalam Bergurau Senda

Assalammualaikum WBT..

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?

Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta." [1]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [2]
(yang ni kita jarang terfikirkan… hepi je tgk rancangan2 lawak di tv… raja lawak lah, pi mai pi mai tang tu la…. Mulai hari ni, Jom timbang2kan)

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi Islam tidak membenarkan pembohongan, walaupun hanya untuk bergurau semata-mata. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya:

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [3]

Macam mana cara yang betul untuk bergurau?

Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda. Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,

“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,

“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [4]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang dapat diperhatikan dalam kisah di atas, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza.

Jadi, gurauan sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau. Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:

“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

Nota kaki:
[1] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[2] Riwayat at-Tirmizi.
[3] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[4] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

Wednesday, January 6, 2010

Ambillah waktu wahai sahabatku~


Monday, January 4, 2010

XPDC Malam Tahun Baru di Putrajaya

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog Nisa Putrajaya. Diharapakan semuanya berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Bagaimana dengan azam tahun baru 1431H / 2010? Semoga segala perancangan dan azam kita pada tahun ini dpermudahkan oleh Allah untuk melaksankannya. Tingkatkan Iman, Islam dan amal ibadah kita pada Allah SWT.

Pada malam 31 Disember 2009, syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberi kekuatan dan kemudahan kepada Nisa Putrajaya dan sahabat- sahabat yang lain untuk mengadakan XPDC Dakwah bersempena sambutan tahun baru 2010 di Putrajaya. Selepas solat Isyak berjemaah, sebahagian daripada kami berkumpul di Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) untuk sesi taklimat dan pembahagian tugas di tempat masing-masing.

Kami berjalan di sekitar kawasan yang telah ditetapkan dan memberi kan risalah/pamphlet berkenaan sambutan tahun baru, pergaulan bebas, adab –adab dalam tatacara berpakaian mengikut syara dan berkaitan dengan isu semasa. Sasaran kami pada malam itu adalah golongan REMAJA terutamanya dan respons daripada mereka adalah positif dan menggalakan. Tujuan utama XPDC ini dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai lagi penduduk di sekitar Putrajaya ini tentang kesedaran untuk melakukan sesuatu perkara itu berlandaskan syariat Islam. Selain itu,kami juga berharap agar saudara-saudara seISLAM kita ini dapat memulakan azam yang baru dengan semangat ISLAM dan dapat melaksanakan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

Walaupun kita tidak dapat mengubah hati seseorang itu dalam masa yang singkat,sekurang-kurangnya kita mempunyai usaha untuk membawa masyarakat Putrajaya kembali dekat dengan Islam. Diharapkan usaha-usaha sebegini untuk mendekatkan diri dengan masyarakat, dapat diteruskan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan pertolongan daripada Allah SWT. Semoga segala usaha yang dilalukan mendapat rahmat dan berkat daripadaNya. InsyaAllah.XPDC tamat lebih kurang pukul 12 tengah malam.

"..sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.[94:6-8]


JOM JOIN NISA PUTRAJAYA =)