Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, March 31, 2010

Risalah MAC 2010 ::Mutiara Terpelihara

Assalamualaikum..

Diharap sahabat - sahabat Nisa sentiasa di bawah rahmat dan jagaan Allah SWT. Di sini kami ingin kongsikan bersama - sama sahabat semua bagaimana kita menjaga aurat mengikut syariat Islam yang sebenarnya.Ini adalah brochure Nisa' Putrajaya untuk bulan ini

Selamat membaca dan mari beramal :)





Tuesday, March 30, 2010

Nisa' River Camping @ Kem Nurlaman Bestari





Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moha sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH. Kami, Nisa' Putrajaya, alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH s.w.t.

Alhamdulillah, pada 27 & 28 Mac yang lalu, Nisa' Wilayah Persekutuan telah berjaya melangsungkan Nisa' River Camping. Bertempat di Kem Nurlaman Bestari, Sungai Tua, Ulu Yam. Alhamdulillah, dengan izinNYA, semuanya berlangsung dengan jayanya.



Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peseta NRC tersebut kerana sudi menghadirkan diri ke program tersebut. Tidak lupa juga kepada semua wakil Nisa' Kawasan iaitu Nisa' Batu, Nisa' Titiwangsa, Nisa' Segambut, Nisa' Bandar Tun Razak, Nisa' Lembah Pantai, Nisa' Wangsa Maju, dan tidak lupa kepada wakil dari Nisa' Putrajaya sendiri. Perjalanan yang agak jauh dan lama itu mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita. Jauh perjalanan, erat hubungan..^_^.


Pada hari pertama, sesi ta’ruf membuka tirai NRC. Walaupun selalu bertemu, tapi masih banyak sebenarnya yang masih belum sempat dikongsi. ^_^.. Itulah fungsi ta’ruf. Dalam slot ta’ruf, kami telah diberi peluang untuk lebih mengenali sahabat-sahabat.Alhamdulillah, syukur kepadaNYA diatas nikmat ukhuwwah ini.


Selepas solat Zohor dan makan tengahari, Nisa’ Putrajaya mengambil alih tugas sebagai moderator. ^_^.. Permainan pertama ialah, Ratu Rimba. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan perlu memilih seorang wakil untuk dijadikan Ratu Rimba. Ratu tersebut akan dihias menggunakan kertas surat khabar dan bahan-bahan dari alam semula jadi yang terdapat di sekitar tapak perkhemahan. Subhanallah, kreatif sungguh peserta-peserta program. Lihatlah para model yang telah dihias. ^_^..


Permainan kedua ialah Ulat Belon. Permainan ini amat meriah. ^_^. Pelbagai ragam dapat dilihat. Syabas kepada semua peserta, kerana telah Berjaya melaksanakan permainan ini dengan jayanya.


Usai solat Asar, ada permainan merentas halangan. Semua AJK turut menjadi peserta. Slot ini dikendalikan oleh Urusetia Kem. Enjoy dalam syariat. ^_^. Kemudian ada aktiviti berakit. ALLAHU RABBI, tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.. Subhanallah, Alhamdulillah, ALLAHuakbar. Best.



Ruang waktu antara Maghrib dan Isyak diisi dengan bacaan Al-Ma’thurat dan zikir munajat. Pengisian pada malamnya ialah sedikit bingkisan dari Ustazah Durrah. Alhamdulillah, syukur kepadaMU ya ALLAH kerana menghadirkan rasa keinsafan itu kedalam hati kami. Kekalkanlah ya ALLAH, aminn..

Program diteruskan lagi dengan Night Walk. Semua peserta dilepaskan beramai-ramai. Slot ini dikendalikan oleh urusetia Kem. Berjalan dalam gelap, tanpa bantuan pencahayaan dari sebarang sumber kecuali cahaya rembulan yang melalui celahan pononan, subhanallah, mendekatkan hati kita dengan ALLAH. Pelbagai bunyi dan benda yang dapat didengar dan dilihat sepanjang perjalanan merentas bukit tersebut. Kuasa ALLAH tiada tandingannya, PASTI!. Hasil perkongsian sewaktu slot tersebut member kesan yang mendalam kepada semua peserta. ALLAH adalah sebaik-baik tempat bergantung. Ingat ayat ke-5 dari surah Al-Fatihah, “Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan”.


Pada 28 Mac 2010, jam 5.00 pagi, semua peserta telah mula menyembahkan diri kepada yang Maha Esa. Suasana yang tenang mendamaikan jiwa.Usai solat Subuh, bacaan Al-Ma’thurat dimulakan. Jam 730 pagi, kami beriadah. ^_^. Terima kasih kepada AJK untuk slot riadah. Mantap. (^_^).


Selepas bersarapan, NRC diteruskan dengan permainan “River Treasure- Hunt”. Kesejukan air tidak mematahkan semangat kami. Muslimat Power. (^_^)y.. Selepas bertempur di check point pertama, pasukan pertama yang menang akan bergerak ke check point kedua. ‘Fear Factor’.. Kemudian “Jigsaw Puzzle”.. Seterusnya “Lontaran Pejuang”.. Diikuti dengan “Tutup Mata”.. diakhiri dengan “Khulasoh”.. ^_^.


Program diakhiri dengan ucapan oleh Pengarah Program selepas sesi solat Zohor dan makan tengahari. Alhamdulillah, segalanya telah selesai.. Kepada semua peserta NRC, semoga berjumpa lagi di lain masa. Bi iznillah. Moga iman dalam jagaanNYA sentiasa, insya’ALLAH.

SALAM SAYANG DARI KAMI – NISA’ PUTRAJAYA-



SEIRING MELANGKAH, MENGGAPAI MARDHATILLAH.. ^_~

Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit

Munsyid : Snada

http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah

Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya

Merugi bagi yang mengotori-Nya ...

Subhanallah

Monday, March 29, 2010

Untuk tatapan bersama..


*************
Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.


Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.


"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

"Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.


"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.


"Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap." Rengek Serena enggan mengalah.


" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."


"Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.


"BUDAK INI..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.


Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"


Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.


Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.


"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.


Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.


Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.


Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.


"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.


Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.


Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.


Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.


"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.


Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

(emel ini dipanjangkan dari seorang sahabat)

**********************
Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.

Pastinya anda semua telah membaca cerita diatas. Apa komen anda? Cerita diatas adalah gambaran sebuah keluarga moden, yang mana ahlinya terdiri daripada seorang ayah yang berkerjaya, ibu yang prihatin, dan anak yang inginkan perhatian.

Walaupun telah mendapat perhatian dan layanan dari seorang ibu, anak tadi masih mengharapkan belaian dari ayahnya. Walau dimarah, ia masih mengharapkan ihsan dari ayahnya. Tapi, ayahnya mungkin menganggap perkara tersebut sebagai suatu yang remeh, dan tidak terlalu memikirkannya berbanding beban dan tugasan kerja yang perlu diselesaikan. Tapi, sampai waktunya, ALLAH mengizinkan musibah berlaku kepada si kecil tadi. Pada saat itu, barulah si ayah tersedar dari kelalaiannya, dan mula menyesali kesilapannya. Ini adalah realiti dalam kehidupan kita. Dari dulu, hingga sekarang, saya rasa masih tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan oleh golongan ibu bapa bekerjaya. Beban kerja yang menimbun, kadang kala menjadi asas kepada terbinanya benteng pemisah antara ibu bapa dan anak-anak..

Bila ini berlaku, masalah lain akan turut serta. Satu persatu masalah muncul. Kalau tiada langkah pencegahan, atau usaha untuk meruntuhkan benteng pemisah ini secepat mungkin, masalah ini akan jadi semakin teruk.

Jadi, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian.. Segalanya bermula dari kita. Walau sesibuk mana sekalipun, jangan sesekali kita mengabaikan kasih sayang antara kita semua. Pada keluarga, pada sahabat-sahabat, dan orang-orang disekeliling kita.

Ingatlah, what you giveyou get back..

Jangan hanya mengharap pemberian dari orang, tapi kita lah yang seharusnya lebih banyak memberi.... BERILAH KASIHMU PADA MEREKA, MOGA KASIH ALLAH MENJADI MILIK KITA.. Insya'ALLAH.

NISA' - BERSAMA MERINTIS PERUBAHAN (^_^)Y

Friday, March 26, 2010

JUMPA DI SANA..^_~


Assalamua'laikum. Alhamdulillah, bersua lagi kita hari ni dengan izinNYA.. Tiada kuasa yang lebih agung melainkan ALLAH.
Insya'ALLAH, esok akan berlangsung Nisa' River Camping di Kem Nurlaman Bistari, Ulu Yam.
Kepada semua peserta, insya'ALLAH, kita akan jumpa di sana.. ~_^
Jangan lupa bawa kelengkapan yang telah diberitahu :
  • KASUT SPORT
  • TSHIRT & SELUAR TRACK SECUKUPNYA & EXTRA 2 HELAI
  • TORCHLIGHT
  • TELEKUNG
  • SEJADAH
  • Tafsir quran
  • Peralatan mandi dan lain2 yg difikirkan perlu.

Insya'ALLAH, kita jumpa di sana.. ^_^

wassalam

Tuesday, March 23, 2010

Putriku sayang




Lembut mu tak bererti
kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu
disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi
dalam diri

Itulah sekeping hati
yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji
mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang
tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri
dan nama

Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Thursday, March 18, 2010

H.A.T.I ; perlu sentiasa dijaga


RESPON BERKAITAN POSTER DIATAS :

1) Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Benarlah apabila disebut itu hati adalah sebagai raja. Ia memproses apa sahaja kemahuan manusia samada yang buruk ataupun baik. Hatilah yang menjadi nakhoda badan kerana ia bisa sahaja membawa manusia ke barat, timur, selatan ataupun utara. Jika hati membawa ke jalan yang lurus, maka luruslah keseluruhan hidup kita, namun jika hati membawa kita ke jalan yang bengkok dan sesat, maka jadilah kita orang yang bengkok dan sesat. Terlalu banyak kerosakan kepada manusia pada hari ini adalah berpunca daripada hati yang telah rosak. Hati yang rosak ini menyebabkan manusia hilang punca. Lebih terdorong kepada perkara-perkara maksiat dan haram. Apa yang dilarang oleh Pencipta, itulah yang menjadi kesukaan dan dorongan kepada hati untuk melanggarnya. Justeru itu, hati perlu dibersihkan dengan bersungguh-sungguh supaya kita tidak terjerumus ke jerangkap samar yang disediakan musuh manusia yang nyata iaitu syaitan.

3) Membersihkan hati bukanlah semudah yang disangka. Hati yang sudah dipenuhi dengan segala hasad dengki, khianat, sombong, takabur, riak dan sebagainya perlu ditarbiah dan dididik secara berterusan. Lambat untuk mengubati hati, ia akan menjadi mati. Seterusnya ia akan melahirkan manusia yang hilang pedoman, menurut kata nafsu dan hati. Seterusnya diri menjadi seronok dan terus menerus melakukan maksiat dan kejahatan tanpa langsung sedikit rasa bersalah.

4) Sama-samalah bersihkan hati. Banyak-banyak baca Al-Quran dan mengaji. Di samping sentiasa duduk di majlis-majlis ilmu. Seperti kata Opick ubat hati itu ada lima perkara :-
i) Baca Al-Quran dan maknanya
ii) Dirikan Solat malam
iii) Puasa Sunat...
iv) Berkumpullah dengan Orang Soleh
v) Berzikirlah.

5) Apakah tanda-tanda lain bagi hati yang rosak ?
Cinta Dunia dan takut mati.

6) Perbanyakkan berzikir utk hilang hati yg berkarat

7) selalu berlapang dada n mendengar teguran dari shabt2....jgn riak serta takbur, byk melafazkn kalimah 'Astaghfirullahalazim"...

8) allahumma ya muqallibal qulub tsabit qulubana ala dinik wa a'la thoatik..

MOGA ADA MANFAAT UNTUK KITA BERSAMA

NISA' CONNECTING YOUTH (~_^)v

Tuesday, March 16, 2010

pencarian BINTANG AURA UNGU WAKIL WILAYAH PERSEKUTUAN


Nisa' Wilayah mengajak anda semua, terutama yang gemar dan berbakat menyanyi untuk menyertai pertandingan nyanyian kami, `Pencarian Bintang Aura Ungu' pada 10 April 2010 di Dewan IPB Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Penyertaan terbuka kepada wanita sahaja, berumur 15-30 tahun dan berperwatakan menarik.

Penyertaan diterima sama ada secara solo atau berkumpulan

Pemilihan lagu-lagu adalah mengikut pilihan lagu yang akan disediakan oleh penganjur(kami dalam proses shortlist lagu, akan diberitahu kemudian)

Juara pertandingan ini akan mewakili Nisa' Wilayah Persekutuan ke pertandingan peringkat kebangsaan (insya Allah pada 30 April di Selangor) yang menawarkan hadiah RM1000! Menarik kan?!

Jadi apa tunggu lagi, daftarlah segera kepada saudari Norehan - 012-3049868 atau saudari Syikin - 013-2222589

Penyertaan percuma!

Alhamdulillah


Assalamua'laikum. Apa khabar pengunjung blog sekalian? Moga sihat walafiat sentiasa hendakNYA, insya'ALLAH. Kami Nisa' Putrajaya, alhamdulillah, sihat seadanya. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan.. Masa terus berlalu, sedangkan kita, mungkin masih berada di takuk yang lama.. Kekal dengan identiti yang sama, sikap yang sama, amalan yang sama.. ALLAHUAKBAR. Muhasabah..

Baiklah, saya tertarik untuk berkongsi sebuah kisah dengan anda semua.. Kisah ini hasil coretan seorang senior saya, sekarang berada di Preston. Insya'ALLAH, mungkin ada sesuatu yang boleh kita kutip hasil dari pembacaan ini.

**************************

assalamualikum dan apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi semua... semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah sbt. Hati saya tergerak sedikit untuk menulis catatan setelah saya pulang dari menghadiri program sambutan maulidur rasul yang diadakan semalam di maddani institut carrol street. Ini adalah pengalaman ke dua saya dijemput oleh muslim disini untuk menghadiri upacara ini.. .sebelum itu ingin saya imbas kembali catatan saya sebelum peristiwa semalam.

SEBULAN DI BUMI PRESTON:
saya dijemput oleh jiran saya (bukan sebelah rumah) bersama sepupu saya di stansted airpot, london. waktu tersebut pukul 6 waktu london setelah saya menunggu di imigresen selama 2 jam untuk di cop passport dan disoal. Alhamdulillah jiran saya amat memahami keadaan saya. maka saya hanya tidur sepanjang 3 jam perjalanan dari london ke preston. tiada rugi apa-apa kerana jika saya membuka mata saya tidak juga dapat melihat panorama london, kerana pukul 6 sudah isyak sudah gelap. mubin, seorang rakan jiran saya menyanyi dan berselawat didalam kereta melalui CD yang dibawa nya, saya juga tiada rasa rugi apa-apa kerana semua nasyid itu dalam bahasa urdu. Saya membuka mata setelah kereta melalui borrow road menuju ke rumah... saya melihat panorama yang indah kerana rumahnya berderetan susunannya cantik pandangan yang indah di malam hari... waktu itu jam 10mlm. Sampai di rumah anak-anak sepupu saya menjerit apabila melihat saya , saya hanya tersenyum letih 13jam penerbangan begitu melelahkan.. . saya masuk kerumah, isteri sepupu saya telah menyediakan nasi minyak dan menempah pizza, perut saya tidak boleh menerima nasi lagi kerana saya sudah bosan makan nasi di dalam flight.jadi saya mengambil sekeping pizza dan secawan air ,sambil makan sepupu saya bercerita mengenai islam di sini yg pesat tersebar... segala yang didengar terasa indah di tambah pula hampir kesemua jiran kami adalah muslim.. .indah waktu mendengarnya bukan? sebulan saya merayau-rayau di preston mata saya melihat ...telinga saya mendengar...

BULAN KE DUA DI BUMI PRESTON:
waktu ini saya mengenali semua warga malaysia yang tinggal disini,kesemua mereka mempunyai cerita tersendiri ...yang paling menarik cerita mengenai 3 orang malaysia yang menyambung pelajarannya tanpa biasiswa..berani bukan...dua daripadanya mengikuti usrah...usrah dijalan kan bukan di preston kerana student malaysia preston amat sedikit jadi usrah dilakukan di leeds,birmingham, kadang-kala di lancaster... melalui mereka saya selalu berbincang terutamanya dengan kak faiza tentang usrah tersebut...kami berbincang semula tentang usrah yang lalu,topik apa yang telah dibincangkan pada usrah yang lalu...

saya bertanggungjawab menghantar anak sepupu saya ke sekolah,deepdale junior school.setiap kali sampai di sekolah saya sentiasa melihat di parent notice,apa berita terbaru di deepdale,dan saya temui apa yang saya cari,"halal certificate" ..maka ada jaminan yang makanan sekolah disitu halal,walaupun kami sentiasa menyediakan pack lunch supaya mereka tidak membeli makanan di luar,tapi budak-budak. ..saya risau ah juga...

suatu petang saya menjemput pulang anak-anak sepupu saya tetapi si kakak tiada(kakak bersekolah di moor park bussiness and enterprise high school).puas mencari ,saya terus pulang ,rupa-rupanya dia pulang lebih awal...

isteri sepupu:cuba tengok buku yang kakak dapat kat sekolah.
saya:buku apa kakak?
kakak:cikgu cakap sapa nak buku nie boleh ambik,ada maklumat mengenai komputer kat dalam.(isteri sepupu saya masih senyum...)

saya mencapai buku tersebut ,kecil,warna merah dan wangi...

"new testament& psalms"

saya:masyaallah! !!!!!!!1bible rupanya ...
kakak:hah?bible ke?
saya:iya.... siapa yang bagi...?
kakak:cikgu. ..masa tu ada 2 orang pelawat kat sekolah dia bagi buku nie...
saya:siapa lagi selain kamu yang ambil..?ada tak pelajar muslim lain yang ambil?(saya risau sekiranya dakwah kristian dilakukan terhadap anak sepupu saya seorang kerana dia budak baru di sekolah dan muslim)
kakak:ramai aje muslim yang amik...
isteri sepupu:akak pun terkejut juga...tak sangka cikgu dia cakap macam tue...awak simpan buku nie jangan bagi anak-anak akak baca...
saya:iya, saya akan simpan dan saya akan baca...

sejak hari itu menjadi rutin pula saya baca bible sebelum saya tidur selepas saya membaca al-quran,kisah nya amat bercelaru... .

isteri sepupu saya mendapat waran dari polis malaysia dan makhamah untuk hadir ke makamah menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan.( dia merupakan ahli forensik di jabatan kimia malaysia)hadir sebagai saksi bukti di makamah adalah rutin kerjanya...jadi dia meminta tolong daripada saya untuk menjaga anaknya selama lebih kurang 5hari...sejak hari itu kesabaran saya amat teruji...jika allah tidak mengurniakan kesabaran kepada saya ...tak taulah apa yang berlaku..

hari ketiga pemergian isteri sepupu saya ,sewaktu petang..

saya membasuh pinggan di dapur..
adik:makcik anum,eja "ham"macam mana h.a.m ataupun h.a.r.m..
saya:h.a.r.m itu adalah tak elok ringkasnya daripada perkataan harmful kerosakan ,atau pun keburukan manakala h.a.m adalah merujuk kepada daging babi ..

si adik terus memuntahkan sandwich yang dimakan...saya jadi terkedu,you do eat ham don't you?
adik:kakak yang beli...dia cakap eja ham daging babi tue adalah harm..
saya:astaghfirullah al azim...both of you..vomit out now...keluarkan semua makanan tuh...
adik dan kakak kedua nya pucat...
saya:berapa kali untie cakap dont buy anything at ur school kakak,
kakak:i bough it because so many muslim friend bough it too...
saya lagi terkejut mendengar jawapan seperti itu...ramai anak-anak muslim tidak tahu apa yang dimakan..subhanalla h...

jadi bermula malam itu tugas saya yang baru mengajar mereka bagaimana untuk samak, teori dan amali nya sekali,jika saya tiada dan tiba-tiba terpijak najis anjing mereka boleh mempraktikkannya. .sejak hari itu juga saya sering berbual dengan mereka...terutamany a mengenai..tingkah laku seorang muslim itu tidak semua berdasarkan rule dan regulation.. .boleh aja mengaku muslim tetapi meninggalkan rule islam itu sendiri..dan pada satu saat kami berfikir perlu di hantar mereka ini ke sekolah agama di sini...

penilaian saya mengenai muslim disini berubah... tanggapan saya berputar 360 darjah... apabila rentetan peristiwa pendaftaran anak-anak ini kesekolah agama. sehingga hari ini saya benar-benar mengerti masalah perpecahan dalam islam itu bukan disebabkan oleh faktor geografi negara dimana islam itu bertapak tetapi kesalahan itu adalah pada umat nya sendiri...

Friday, March 12, 2010

TAHNIAH ADIK NUR


Assalamua'laikum dan salam penuh mesra buat semua.


Alhamdulillah, dengan izinNYA, keputusan SPM telah pun diumumkan semalam. Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2009 yang telah berjaya, dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. ALLAH dah janjikan yang terbaik untuk kita. Usaha lagi, insya'ALLAH.


Dan disini, kami, NISA' PUTRAJAYA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Adik Nur, iaitu adik kepada Timbalan Nisa' Putrajaya yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam SPM beliau. Insya'ALLAH, usaha+tawakkal = kecemerlangan.


Walaupun hanya berkesempatan mengenali adik Nur selama lebih kurang 2 bulan, tapi kenangan antara kita semua memang tak mampu dilupakan, kecuali dengan izinNYA.


Tahniah sekali lagi. Insya'ALLAH, kita jumpa dalam program NIsa' WP River Camping. ^_^


Wassalam.

Thursday, March 11, 2010

Malu adalah pakaianku


Sabda Rasulullah SAW:
“Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan”
(HR Bukhari)
"Iman memiliki 67 cabang, dan malu adalah cabang dari iman"
(HR. Bukhari (Hadits no. 9), Muslim (Hadits no. 151) dan Abu Daud (Hadits no. 4676).
.....
Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH.
Jom baca, petikan dari blog ustaz Yussaine Yahya : http://jihadtegakislam.blogspot.com
Rasa malu itu ada 10 macam :

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

Tuesday, March 9, 2010

Eksklusif Untuk Wanita


Monday, March 8, 2010

ini jalan kita bersama


"Sesungguhnya seorang Muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya.
Justeru, setiap pahala yang didapatinya sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya" - Mustapha Masyur.
69696969696969669696966969
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
atara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Friday, March 5, 2010

mardhatillah (keredhaan ALLAH) keutamaan kita


Semarak Perjuangan


Album : Amal Kerana Allah

Munsyid : Shoutul Amal



Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ...
Allahu AkbaR

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah
Laungkan takbir Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Thursday, March 4, 2010

Jagalah Hatimu


Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)





"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)



OLEH ITU, JAGALAH HATIMU SEBAIKNYA..



Bagaimana untuk jaga hati?



Insya'ALLAH, cuba amalkan ini :

1. Membaca al-Quran dan maknanya
2. Mendirikan solat malam(qiamullail)
3. Berkumpul bersama-sama orang yang soleh
4. Perbanyakkan puasa
5. Perbanyakkan zikir

Wednesday, March 3, 2010

NISA' RIVER CAMPING

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan Islam kepada semua.

Kami ingin menjemput sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama dengan kami dalam program kami pada 27 & 28 Mac 2010.

Pendaftaran dibuka sehingga 16 Mac sahaja. Sesiapa yang berminat sila hubungi:

Azi : 013-2009426 atau Wan : 013-9867323.

Jangan lepaskan peluang. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jumpa di sana..(^_~)v


Monday, March 1, 2010

Ayuh imarahkan bersama.




6 Mac - Bengkel IT Nisa' WP , KL

14 Mac - Seminar `Penyusuan Susu Ibu' , KL

27-28 Mac - Nisa' River Camping, KL

10 Apr - Pencarian Bintang Aura Ungu, Bdr Tun Razak


Assalamua'laikum. Kami paparkan aktiviti Nisa' WP (bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Batu, Wangsa Maju dan kwasan-kawasan yang sama waktu dengannya).

Tempat program akan dimaklumkan kemudian. Insya'ALLAH. (^_~) .. Sekiranya ada sebarang masalah, sila hubungi nombor telefon yang tertera di blog Nisa' setiap kawasan. Untuk rujukan, boleh buka blog ni : http://nisawp.blogspot.com


KERANA DIRIMU BERGITU BERHARGA. (^_~)v

JOM JOIN NISA'