Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Tuesday, May 25, 2010

KARNIVAL AURA UNGU 2010




Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, hingga ke saat ini, kita masih berpeluang untuk sama-sama menikmati limpahan rahmat dan nikmat dariNYA.. Alhamdulillah.

Karnival Aura Ungu (KAU 2010) baru sahaja melabuhkan tirainya pada jam 12 malam hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bermula dengan program PERSONA diperingkat kawasan, negeri, kemudian wakil dari setiap negeri bertanding pada 21 Mei 2010 yang lalu. dan semalam, pada Konsert Aura Ungu 2010, telah diumumkan pemenang-pemenang yang sememangnya tak dapat disangkal lagi kehebatannya. Subhanallah.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh Artis popular tanah air, iaitu Heliza dan Aisyah. Juga persembahan oleh Ibu Lin sekeluarga.Persembahan istimewa oleh Dr.Halimah (Exco Pendidikan Kerajaan negeri Selangor..Tidak lupa kepada Nisa' Team yang begitu bersemangat semalam. Hebat!

Tahniah kepada Pencalonan dari Melaka kerana berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori Solo, dan Pencalonan dari Pahang bagi Kategori Berkumpulan. Tidak lupa kepada wakil Wilayah Persekutuan, iaitu kumpulan ABCDQ yang berjaya memenangi tempat ketiga dalam kategori berkumpulan.. Tahniah.

Mengasyikkan, persembahan adik-adik dari Nur Mutiara (dari kawasan Titiwangsa, seliaan Dr.Lo'lo').. Betul-betul menambat hati penonton. Yang paling kecil berumur 4 tahun.. mantap!

Dan yang paling penting, program KAU 2010 tidak membenarkan kaum lelaki turut serta.. Bukan sebab diskriminasi ye.. tapi untuk menjaga batas-batas syariat... insya'ALLAH.

VVIP untuk KAU 2010 ialah Dr. Lo'Lo', Ust. Nuridah Salleh, Dr.Rosni.

Dalam Konsert tersebut, turut diselitkan slot muhasabah. Kak cik (ust.hafizah).. Slot tersebut berkisar tentang masalah gejala sosial, pembuangan bayi.. SLot tersebut memuatkan lagu nasyid, n monolog seorang bayi yang dibuang oleh ibunya.. Subhanallah..

KAU 2010 diakhiri dengan persembahan Aisyah dan nasyid Selawat Syifa' beramai-ramai diketuai oleh para VVIP.

Dengan itu, berakhirlah program KAU 2010. KAU MEMANG MEMUKAU!!

SEMOGA BERTEMU LAGI, insya'ALLAH..

NISA' CONNECTING YOUTH..

Wassalam









* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, May 24, 2010

berpesan-pesan sesama kita





* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, May 19, 2010

Tidak Ada Tuhan??

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki.
Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.

“saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.

“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.

“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.

Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada.

Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu.

Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor.Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.

“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”

“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut.

“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.

“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.

“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya.

Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.

Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

Semoga ada manafaatnya dari cerita di atas.

Source:Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU :)

Assalamualaikum
Nisa Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua barisan pendidik dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia khususnya demi menjana modal insan yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. . Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan, akan diberkati oleh Allah SWT

Wednesday, May 12, 2010

10 Wasiat As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna




1) Bila mendengar azan, bangun utk solat serta merta.

- tlh menjadi kebiasaan kepada kebanyakan umat islam pada hari ini dalam melengah-lengahkan solat mereka.malah terdapat sesetengah kes yg mana solat tlh 'dicombokan' utk tujuan tertentu.


- seharusnya sebagai hamba Allah,kita lebih mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia iaitu dengan mengutamakan solat daripada urusan yang lain.


2) Membaca al-Quran,buku- buku berguna , mendengar perkara-perkara yang baik dan berzikir.

- Al-quran yg tlh diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan panduan bagi seseorang mukmin dalam meneruskan kehidupan seharian (selain sunnah rasulullah).


-Al-quran merupakan bacaan yg dapat menimbulkan rasa ketenangan dalam individu yg membacanya.selain itu juga,terdapat banyak kelebihan kepada org yg pandai membaca quran sperti yg diterangkan dalam hadith Rasulullah s.a.w :


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1329


-berzikir pada waktu lapang pula dapat mengelakkan kita dari bercakap tentang perkara-perkara yang tidah bermanfaat.


3) Berusaha utk bertutur dalam bahasa arab dengan betul kerana bahasa arab adalah bahasa syiar Islam

-Seperti yang diketahui,bahasa arab merupakan bahasa syurga,bahasa pertuturan rasulullah,bahasa Al-Quran dan merupakan bahasa dalam bacaan solat.Ini cukup membuktikan betapa pentingnya bagi kita utk menguasai bahasa arab .


- Mempelajari bahasa arab adalah merupakan fardu kifayah.


4) Jangan bertengkar dalam apa jua keadaan kerana ianya tidak mendatangkan manfaat.

-sesuatu perkara atau ketidak puasan hati perlulah diselesaikan dengan cara yang baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan sama.


-Islam sangat menitik beratkan silaturrahim dan persaudaraan sesama mukmin.

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a: Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 57


5) jangan banyak ketawa

-ketawa yang berlebihan akan mendatangkan mudarat dimana mampu menggelapkan hati sesorang itu.


6) jangan bergurau kerana umat yang berjuang tidak tahu bergurau.

-bergurau yang melampaui batas boleh mendatangkan 1001 musibah kepada kedua-dua pihak. sebagai contoh, budaya 'april Fool" yang kerap disambut remaja hari ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.pihak yang terkena akan merasa dirinya dipermainkan manakala pihak yang mengenakan akan berdosa kerana telah menipu pihak yg terkena. - p/s: jgn sambut april fool kerana ianya satu peristiwa sambutan kepada penganiayaan terhadap umat Islam di sepanyol satu ketika dahulu.


7) Jangan bercakap dengan suara yang terlalu tinggi.

-bercakaplah secara sederhana yakni cukup utk pendengaran biasa (org yg perlu mendengar sahaja0 -jangan meninggikan suara kerana dalam surah al-luqman tlh dinyatakan bahawa; " Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" (al-Luqman:19) 8) jauhi mengumpat.


-dosa mengumpat adalah lebih besar dari dosa berzina kerana dosa berzina akan diampukan oleh Allah seandainya seseorang itu telah taubat nasuha dari kesalahannya. -namun dosa mengumpat hanya boleh diampuakan oleh org yg tlh diumpat.


" Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. " (Al-Israa':53)


9) Berkenalan dgn individu muslim

-menjalinkan ukhuwah adalah satu perkara yg sangat mulia. -dari hadith Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman sesorang diantara kamu selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia kasihnya diri nya sendiri"


10) kewajipan lebih banyak dari masa yang ada - antara 5 perkara yg perlu diingati sebelum sampai 5 perkara adalah masa lapang sebelum masa sibuk. - dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kita adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang .oleh itu ketika masih sihat,penuhilah masa kita dgn sebaiknya utk membuat amalan yang bakal menjadi pelindung kita didunia dan akhirat.

wallahula'lam


Friday, May 7, 2010

PROGRAM SAYANG SOLEH SOLEHAH

Assalamualaikum,
Semua dijemput hadir ke program sayang soleh solehah pada esok hari..kepada yang ada adik2 atau anak2 berumur 4 hingga 6 tahun,jangan lupa bawa mereka bersama...
banyak aktiviti menarik menanti anda!!
jangan lepaskan peluang ini :)

Wednesday, May 5, 2010

Untuk sahabat


YA RABBI,

AKU TITIPKAN SAYANG DAN RINDU UNTUK SAHABATKU..

JADIKAN MEREKA BIDADARI YANG SELALU MENGHEMBUSKAN NAFAS-NAFAS IMAN ISLAMMU...

JADIKAN MEREKA WANITA SOLEHAH YANG SELALU MENDAPAT KASIH SAYANGMU..

JADIKAN MEREKA MUSLIMAH YANG SENTIASA MENJAGA IZZAH AGAMAMU..


YA ALLAH,

CINTAILAH, AMPUNILAH, BERKATILAH DAN MASUKKANLAH MEREKA KEDALAM JANNAHMU.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *