Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Tuesday, February 22, 2011

Iman ibarat pohon yang perlu dibajai sentiasa. (^_~)


Assalamua'laikum. Salam perpaduan, salam kemaafan, salam keinsafan, salam 1Ummah.


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH atas segala nikmat dan rahmat yang tak pernah kunjung malap. Setiap hari, setiap detik dan ketika, kita sentiasa dilimpahi rahmat dan nikmat dariNYA. Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH.


Dengan izinNYA, pada hujung minggu yang lalu iaitu pada 19 dan 20 Februari 2011 (Sabtu dan Ahad), Nisa' Putrajaya telah berjaya menganjurkan usrah, qiamullai dan riadah buat pertama kalinya dengan ahli-ahli baru sesi 2011. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. DIA ilhamkan kepada kita untuk merancang sesuatu yang selari dengan perancanganNYA.


Terima kasih kepada sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya yang telah hadir memeriahkan program tersebut. (^_~), Efa, Atikah, Kak Zira. Terima kasih ya. Tidak lupa kepada sahabat senior Nisa' Putrajaya, terima kasih kerana masih lagi komited dengan tanggungjawab dalam Nisa'. Alhamdulillah, atas segalanya.


Program bermula jam 9.30 malam dengan pengisian daripada Ukht. Assiah. Beliau menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk : "Cinta kepadaMU".


Sedikit perkongsian yang dapat kami sertakan di sini:


Kenapa perlu mencintai ALLAH?

- ALLAH adalah yang paling layak dicintai.

- Nikmat dari ALLAH kepada kita tak pernah henti / "NON-STOP".

- kerana ALLAH paling menyintai kita berbanding segala yang ada di dunia ini.

- ALLAH telah banyak menunjukkan kasih sayangNYA kepada kita, tetapi kita yang sengaja menidakkan cinta dan kasih ALLAH terhadap kita.


Kenapa manusia sukar mencintai ALLAH?

- kerana manusia degil. Walaupun tahu secara jelas bahawa kita perlu menyemai cinta kepada ALLAH, tapi manusia tetap berkeras.

- manusia lebih suka meluahkan cinta kepada sesama makhluk. Bila lebih banyak berbicara dengan makhluk, akan terjadi kurangnya masa kita untuk bersama ALLAH. Manusia cenderung untuk meluahkan perasaan, masalah kepada sesama makhluk, sedangkan mereka lupa, bahawa masalah dan setiap perkara yang berlaku ke atas manusia adalah datangnya dari ALLAH. Hanya ALLAH yang mampu menguraikan masalah tersebut.

- Manusia sering melakukan dosa sehingga hati mereka menjadi kotor, hitam. Hati yang rosak dikaitkan juga dengan manusia yang sakit. Persamaan ini dapat difahami dengan contoh ini : Apabila manusia sakit, walupun dihidang dengan makanan yang sangat lazat, dan mahal, tapi mereka tidak mampu dan tidak ada sedikit pun keinginan untuk makan makanan tersebut walupun sedikit. Ini kerana tekak dan selera orang yang sakit tidak bersedia untuk menerima makanan tersebut. Begitu jugalah halnya dengan hati yang sakit. Apabila hati sakit, walaupun terlalu banyak anugerah dan nikmat kurniaan ALLAH kepada mereka, tapi mereka masih lagi tidak mampu untuk menikmati anugerah tersebut sebagai nikmat dari ALLAH. Tidak tahu untuk bersyukur. Nau'zubillah.


Bagaimana meraih dan merasai cinta ALLAH?

- Mencari redha ALLAH dalam setiap perkara. Jauhi dosa dan maksiat. Tanamkan perasaan takut akan azab ALLAH dalam hati kita.

- Mengamalkan segala suruhan ALLAH.

- Menjauhi segala larang yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

- Meletakkan ALLAH sebagai No.1 dalam setiap perkara. "ALLAH didahulukan, Syariat diutamakan" (^_~)

- Sentiasa berdoa supaya hati kita merasai nikmat cinta ALLAH. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.

- Menanam redha diatas setiap ketentuan ALLAH terhadap kita.

- Mengerahkan seluruh anggota badan untuk mentaati ALLAH. Perbanyakkan amal ibadat, sedekah, perbuatan dan percakapan yang baik.

- Menganggap dunia sebagai penjara. Tidak bersenang-senang dengan kemewahan dan apa jua yang kita ada. Seharusnya kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah sebuah tempat persinggahan sebelum kita tiba di destinasi yang abadi, iaitu Akhirat.

- Kita harus selalu muhasabah. Terlalu banyak dosa dan kesilapan yang kita lakukan setiap hari antara sedar atau tidak. Selagi ada masa, ayuh kita sama-sama perbaiki diri untuk menjadikan hari-hari yang mendatang akan sentiasa menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

- Menyemai keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasalah beristighfar, memohon keampunan daripada ALLAH. Boleh jadi ada riak atau timbul perasaan yang boleh menggoyahkan keikhlasan dalam perkara kebaikan yang kita lakukan.

- Cintailah apa yang ALLAH suka, dan bencilah setiap perkara yang ALLAH benci. Sesungguhnya redha dan rahmat dari ALLAH amat penting buat kita semua.


Baiklah, sampai di sini saja untuk kali ini. Insya'ALLAH, kami akan bersiaran lagi dilain masa. Hingga bertemu lagi, dengan izinNYA, wassalam. (^_~)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, February 18, 2011

Alhamdulillah, atas segalanya


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, atas nikmat usia dan kesihatan yang ALLAH pinjamkan. Dari dulu hingga ke saat ini.


Pertamanya, kami, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir menjayakan program "Jalinan Ukhuwwah" anjuran Nisa' Putrajaya yang telah berlangsung pada 14 Feb 2011 yang lalu. Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan kehendakNYA jua.


"Bila segalanya dilakukan kerana ALLAH, bertemu ALLAH, pasti tak jemu. Dan berpisah pasti tak gelisah"


Alhamdulillah, pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam tersebut telah mencatatkan kenangan indah buat kita semua. Kehadiran adiq A'da, Efa, Umairah, Nailah, Baby, Kak Yani, Kak Zira, Kak Nita serta Makcik Raudhah sangat bermakna buat kami, Nisa' Putrajaya.


Semoga ALLAH merahmati pertemuan kita, dan memberkati perpisahan kita semua. (^_~).


Teringat beberapa perkara yang disampaikan oleh Kak Ummi dalam tazkirah ringkas beliau pada malam tersebut :


1) Jika kita merasa marah, lebih baik sekiranya kita mendiamkan diri. Kerana dikhuatiri jika kita bercakap, akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Akan meyakiti hati orang lain.


2) Rasulullah mengajar kita supaya melakukan beberapa perkara sekiranya kita sedang marah:

a) jika kita berdiri, kita perlu duduk.

b) jika kita duduk, hendaklah kita berbaring.

c) jika masih belum tenang, ambillah wudhuk. Ucapkanlah "a'uzubillah himinasy syaito nirrajim" (aku berlindung dari Syaitan yang direjam) kerana sesungguhnya perasaan marah itu adalah hasutan Syaitan.


Perasaan marah ibarat api yang sedang membara. Berwudhuklah. kerana api dapat dipadamkan dengan air. Jangan menambahkan lagi kemarakan api, dengan sama-sama bertikam lidah. Kerana amarah ni, sukar untuk dikawal jika masing-masing masih kekal dengan ego. Salah seorang perlu mengalah. Tak salah mengalah, asalkan baik untuk masa depan, kan?


Jadilah seseorang yang pemaaf, kerana memberi dan menerima kemaafan itu, bahagianya tak mampu diungkap dengan kata-kata. (^_~).


Salam sayang dari kami, semoga bertemu lagi.


Wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, February 14, 2011

~Muhammad Ya Rasulullah~



Assalamualaikum,


Apa khabar sahabat-sahabat Nisa Putrajaya? semoga sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT..InsyaAllah pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 RabiulAwal 1432 kita akan menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita cintai dan kasihi.


Sempena sambutan maulidurrasul ini, sama-samalah kita hayati akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada pengikut-pengikutnya:

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"


6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."


"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"


"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"


Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."



Semoga kita senantiasa menjadikan Rasulullah sebagai role model sepanjang zaman




Saturday, February 12, 2011

maaf, sekadar ingin bertanya




Assalamua'laikum.


Maaf, sekadar ingin bertanya,


duk rapat-rapat lelaki dan perempuan,


dah kawin ke belum?


Kalau belum, tak baik buat macam ni.


Dalam al-Quran dah sebut.


Batas-batas perhubungan lelaki dan perempuan.


Takut akan dosa,


elak masuk neraka.




Maaf, sekadar ingin bertanya,


jalan-jalan sambil pimpin tangan ni,


dah kawin ke belum?


Kalau belum, jangan buat macam ni.


Hukum dah ditetapkan,


sudah terang lagi bersuluh.


Jangan kita jadi ISLAM pada i/c,


tapi perlu disemai kedalam diri.




Maaf, sekadar ingin bertanya,


Duk bergayut telefon siang malam,


habis duit beli topup beratus-ratus,


bil telefon tertunggak-tunggak,


dah kawin ke belum?


Kalau belum, jangan buat macam ni.


Perjuangan ISLAM masih banyak memerlukan bantuan,


tak kira tua muda, pelbagai tahap usia.




Ayuh sahabat sekalian,


caknalah dengan keadaan sekeliling.


BILA VALENTINE DAY LEBIH DIINGATI DARI HARI MAULID AR-RASUL.


Bermakna masyarakat sudah semakin lemah,


terlalu obses dengan anutan barat,


hingga lupa kepada Rasul penghulu ummat.




Ayuh sahabat sekalian,


pekalah dengan keadaan sekeliling.


Betapa banyak maksiat berlaku di depan mata,


Kita akan minta dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku.


Kerana kita memikul amanah sebagai khalifah!




Ayuh sahabat sekalian,


perkasakan ilmu di dada,


supaya dapat menjadi benteng kepada diri kita,


dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar,


arus dunia yang semakin mengganas.




sekadar ingatan, buat sempadan dan pedoman.




Wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, February 9, 2011

Bersama menggapai redhaNYA


Sahabat,
sedetik kita bersama,
bagaikan telah seabad bersua.

Ukhuwah yang terjalin,
terlalu indah untuk dikenang,
terlalu sukar untuk dilupakan,
melainkan dengan izinNYA semata.

Semalam,
kita mula menyapa,
tatkala terpandang wajah sucimu,
terbit seulas senyuman
menghiasi wajah, buat tatapan.

Hari ini,
kita berjalan seiringan
memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Susah senang kita harungi bersama
demi memartabatkan ISLAM, agama yang terbilang.

Esok,
doa dan harapan berpanjangan,
agar kita akan tetap dalam ingatan,
walau jarak memisahkan.

Esok,
Semoga kita kan tetap dalam perjuangan.
Walau akan tinggal sendirian.
Yakin dengan janji Tuhan,
Syurga Firdaus sebagai ganjaran.

Rabitah hati, moga segar dalam haruman...

...Sayang sokmo...


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Happy Birthday...=)


Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan. (^_~).



Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam sihat walafiat sentiasa. Cuaca di Putrajaya tidak menentu kebelakangan ini. Bukan di Putrajaya saja, bahkan di seluruh negara. Biasanya tengkujuh sudah berakhir pada Januari, tapi tahun ini, akhir Januari juga masih hebat geloranya. Angin juga masih kencang tiupannya.



ALLAHU AKBAR.



Segalanya berlaku mengikut percaturan ALLAH semata-mata. Hidup kita juga, adalah dengan izinNYA jua. Alhamdulillah, DIA sentiasa aturkan yang terbaik buat kita semua.



Baiklah, dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada dua orang ahli merangkap AJK Nisa' Putrajaya iaitu Kak Farhana dan Kak Ummi. Semoga ALLAH permudahkan urusan di dunia dan akhirat, mendapat keberkatan dan keredhaan dan setiap perkara kebaikan. Aminn.


Doa dan harapan, semoga kita semua ditetapkan hati untuk terus berada dijalan yang diredhaiNYA sehingga akhir hayat.


Sekian, wassalam. (^_~)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *