Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Friday, December 30, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sentiasa berada dalam kalungan kesihatan yang baik hendaknya.

Apa khabar iman kita hari ini? Semoga sihat-sihat aja hendaknya ya. (^_^)

Hari ini, 30 Disember 2011. Pejam celik, pejam celik. 2011 sudahpun sampai ke penghujungnya.  Begitu pantas masa berlalu. Kadang tak terkejar rasanya.

Muhasabah bersama:
Adakah kita telah menggunakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah?
Adakah waktu-waktu yang kita lalui mendapat redha dari Ilahi?


Walau apapun jawapannya, sama-samalah kita usahakan, semoga hari-hari yang mendatang bakal dilalui dengan lebih baik. Sama-sama kita manfaatkan masa yang ada, sama-sama kita manfaatkan usia yang masih bersisa. Ingatlah, semuanya akan dihitung di hari Akhirat kelak.

Akhir kalam, jaga diri, hiasi peribadi. Manfaatkan cuti nanti ya. Barokallahufiikum. (^_~)

Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, December 23, 2011

Bangunlah, wahai ummah!

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh barokah. Maha suci ALLAH, yang berkuasa atas segalanya.

Alhamdulillah, sehingga saat ini ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :). Baiknya ALLAH. Masih memberikan peluang untuk kita memperbaiki diri, membuka ruang untuk kita terus beribadat kepadaNYA.



Sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian.

Kehidupan di dunia hanyalah sebuah pengembaraan yang singkat. Dunia hanyalah tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi abadi iaitu akhirat. Sepanjang tempoh kembara di dunia ini, kita perlu lakukan yang terbaik. Kutip sebanyak mana bekalan yang termampu. Kerana hanya bekalan-bekalan inilah yang dapat kita bawa ke akhirat sana. Jika kita mengejar dunia, maka, dunia lah yang akan kita dapat. Tapi jika kita mengejar akhirat, insya'ALLAH, dunia juga akan bersama kita.


Dalam setiap perkara, kita dituntut supaya bersederhana. Kasih perlu berpada, benci juga perlu berpada. Jangan terlalu kasih dan jangan juga terlalu membenci. Kerana kita tak tahu, apa yang bakal terjadi di masa akan datang. Boleh jadi, orang yang terlalu kita sayangi akan menjadi orang yang paling kita benci, dan mungkin juga orang yang paling kita benci akan menjadi orang yang paling kita sayangi.

Sekiranya ALLAH menghadirkan hidayah dalam diri kita, rebutlah ia sebaiknya. Jangan bertangguh untuk berubah, bimbang sekiranya ia tidak berlaku buat kali kedua. Jika pernah terlintas untuk menjadi lebih baik, berusahalah untuk melaksanakannya. Itu adalah salah satu tanda bahawa ALLAH masih menyayangi kita. DIA hadirkan hidayah, mengetuk pintu hati kita, untuk lebih rapat denganNYA. DIA maha kaya. kaya dengan kasih sayang, kaya dengan kemaafan, kaya dengan pengampunan, kaya dengan segala-galanya. Tiada satu pun yang dapat menandingi DIA.

Jangan takut untuk berubah. Jangan malu untuk menangis, merayu kepadaNYA. Kita, hanyalah seorang hamba. Hamba kepada ALLAH, PENCIPTA YANG HAQ!

Ayuh, cari redhaNYA, bersama. Wallahua'lam... Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, December 16, 2011

Terus Melangkah Menggapai RedhaNYA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sentiasa sihat badan dan iman hendaknya.

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjatkan kehadratNYA atas kurniaan yang sentiasa melimpah dan tak pernah berbelah bagi terhadap kita semua. Alhamdulillah.

Hari ini Jumaat, 20 Muharam 1433 Hijrah bersamaan 16 Disember 2011. Menghitung detik-detik waktu yang berlalu tanpa henti. Meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kelekaan dan kesibukan menggalas tugasan dan amanah yang sering menghimpit. ALLAHu ALLAH.

Kadang-kadang, lelah menghambat waktu. Pejam celik, pejam celik. Laju saja masa berlalu. Rasa tak mampu untuk mengejar. Namun langkah tetap perlu diteruskan. Selagi hayat dikandung badan, amanah dipikul perlu dilaksanakan.

Usia makin bertambah. Setiap hari bakal mengundang episod baru dalam kehidupan. Semuanya ada coretan tersendiri. Kanvas kehidupan, pelbagai warna, pelbagai cerita. Jatuh bangun, itu sudah lumrah sebuah kehidupan. Tak selalu di atas dan tak selalu di bawah. Tiada satupun yang kekal di dunia ini. Namun jangan dilupa. Coretan di kanvas inilah yang bakal menemani perjalanan kita untuk ke Sana. Banyak yang baik, atau banyak yang buruk.. Itulah yang menentukan tempat kita di sisiNYA.

Andai hari ini kita kalah dan lelah, moga langkah hari esok akan lebih gagah.
Biar beribu kali kita rebah, namun jangan sekali cepat mengalah.
Langkah hari ini mungkin lemah. Pastikan esok tak bisa goyah dengan mudah.
Hidup, adalah sebuah lapangan perjuangan.
Bukan mudah, namun tetap perlu diredah!

Semoga ALLAH sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhaiNYA, menuju Syurga yang didambakan semua.

Semoga kita semua berjaya meraih cintaNYA. (^_~)

Bertemu lagi dilain masa, salam ingatan tanda persaudaraan. Assalamua'laikum.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, December 8, 2011

Talian Hotline BR1M

Assalamua'laikum. Makluman untuk yang berkenaan :

***

Salam 1 Malaysia


Kepada Semua Media Elektronik,

Tuan/Puan,

TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline (tol free) bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebanyak RM500. Talian Hotline Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), RM500 : 1-800-222-500 (bebas tol) akan mula beroperasi pada 7 Disember 2011 atau e-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my. Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (hari bekerja)”


3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat promo dan hebahan mengenai perkara ini untuk makluman agensi Kementerian dan orang ramai mengenainya.

Sekian, terima kasih.

--

NORHAIDAH MD. ESA

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN KEWANGAN
TEL : 03-88906480


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *