Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Tuesday, July 31, 2012

S.Y.U.K.U.R

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, Ramadhan masih mampu kita harungi.

Dalam getir sebuah kehidupan, ALLAH masih hadirkan cahayaNYA untuk menemani kita semua. Terima kasih ya ALLAH, atas nikmat hidayahMu yang tak terhitung. Semoga makin bercambah benih-benih keimanan dalam diri kami, sejajar dengan usia yang dipinjamkan ini.

Ramadhan Kareem!
Allahu Akram.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada kalian, yang telah berjaya menghadiri program-program yang kami anjurkan sepanjang bulan Julai ini. Kepada yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya'ALLAH, dilain masa, dengan izinNYa, kita boleh jumpa lagi. :)

Besar harapan kami, agar Nur Islam akan menyinari kehidupan kita semua, dalam hiruk pikuk kemodenan yang ada sekarang. Menjadi penawar kepada racun kemaksiatan yang menular dengan bebasnya. Menjadi benteng kepada hati yang impikan kebaikan dan keredhaan Ilahi.

Ayuh, kita sama-sama timba ilmu, top-up iman, gandakan amalan, tambah pengetahuan, kongsi pengalaman.

Semoga ALLAH sentiasa bimbing hati kita semua, ke arah kebaikan. Merahmati dan meredhai setiap perkara kebaikan yang kita lakukan. Mengikhlaskan hati kita semua dalam melakukan apa jua perkara.

Mohon doa dari semua, semoga Nisa' Putrajaya terus maju dalam memartabatkan Islam di bumi Putrajaya ini.

Jom, amalkan Islam 100%. (^_~)



Wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, July 26, 2012

...WANITA, AL-QURAN DAN RAMADHAN...

Assalamua'laikum

RAMADHAN KAREEM!
ALLAHU AKRAM. 


Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.



Alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang dan ruang untuk kami mengatur sebuah majlis ilmu di bulan mulia ini. Semoga sahabat Nisa' sekalian diberi kelapangan untuk sama-sama hadir menimba ilmu nanti.




Istimewa dari Nisa' Putrajaya. Sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita akan diadakan pada ketetapan berikut:



TAJUK : WANITA, AL-QURAN DAN RAMADHAN
TARIKH : 29 JULAI 2012 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)
MASA : 9.30 PAGI

PENCERAMAH : Ustaz Abdul Rahim Nasir

Jemput datang beramai-ramai. Tiada sebarang yuran dikenakan. Ayuh bersama dalam Taman Syurga. Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)

Jumpa di sana... 


Wassalam



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 25, 2012

Help Us To Help Others... =)

Assalamua'laikum.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung setia blog Nisa' Putrajaya. Terima kasih di atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke teratak maya kami.

Pada pagi Rabu, di bulan yang mulia ini, kami dengan sukacitanya ingin mengajak dan memberi peluang kepada anda semua, untuk bersama dengan kami membantu insan0insan yang kurang berkemampuan.

Semoga dengan sedikit usaha dan sumbangan dari kita, dapat mengukir kegembiraan di hati mereka.

Nisa' Small Kindness (NSK) di bawah penyeliaan Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) Nisa' seluruh Malaysia, dilancarkan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi membantu insan-insan yang kurang berkemampuan.

Kami akan mengumpulkan dana dan mengagihkan sumbangan dari orang ramai kepada mereka-mereka yang telah dikenalpasti layak menerima sumbangan. Biasanya, kami akan berikan sumbangan dalam bentuk wang ataupun barang keperluan harian.

Kepada para budiman dan dermawan yang ingin sama-sama memberikan sumbangan menerusi Nisa', bolehlah menghubungi Cik Aisyah (013-3293478) atau Puan Rosiah (012-6089751).

Sekiranya ingin menyumbangkan wang, mohon supaya memaklumkan jumlah wang dan tarikh 'bank in' kepada pihak kami untuk catatan.

Boleh rujuk poster di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

Segala perhatian dari pihak Tuan/Puan/Cik, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Semoga ALLAH terima amal kebajikan kita semua.

Wassalam.




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, July 23, 2012

Bersama memaknakannya

Assalamua'laikum
 
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia buat semua.
 


Apa khabar iman kita hari ini? 3 hari berada di bulan Ramadhan yang mulia, apakah perasaan yang dirasai sekarang?
 
Semakin sibuk dengan persiapan untuk menghadapi Ramadhan atau sudah sibuk dengan persiapan berhari raya?
 
Muhasabah bersama:
Ramadhan, bulan penuh keberkatan, kemuliaan.
Dibuka pintu2 Syurga, ditutup pintu2 neraka.
Hanya +/- 29 hari sahaja peluang untuk kita berada di bulan mulia ini.
Itupun jika masih dipanjangkan usia.
Jadi, adakah berbaloi jika kita merugikan diri sendiri?
Dengan melakukan perkara2 sia2, rutin sebagaimana bulan2 sebelumnya?
Adakah kita masih mahu melengahkan masa, sedangkan kita tidak tahu dimana titik noktah hidup kita?
Sama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
* Ramadhan yang sama, natijahnya pastikan berbeza *


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN YANG SAMA, ADAKAH NATIJAHNYA MASIH SERUPA?

Assalamua'laikum.

RAMADHAN KAREEM!

Insya'ALLAH, esok, 21 Julai 2012 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433H, umat Islam di seluruh Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa.

Semoga Ramadhan kali ini mampu mengembalikan kita kepada fitrah (suci dari dosa). Doa dan harapan juga, semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik berbanding yang sebelumnya.

Ramadhan, bulan penuh keberkatan, penuh kemuliaan. Didalamnya terkandung ruang-ruang keampunan oleh ALLAH. Ruang untuk kita mengumpulkan pahala berlipat ganda. Dan ada satu malam yang dijanjikan dengan ganjaran yang bersamaan dengan 1000 bulan, iaitu malam al-Qadr. Semoga ALLAH izinkan kita melalui Madrasah Ramadhan kali ini dengan penuh tawadhuk, penuh rasa kehambaan.

Ya ALLAH, peliharalah kami dari perkara-perkara yang melalaikan, bercakap tentang perkara yang sia-sia, melakukan apa jua yang merugikan kami sendiri. Janganlah Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walau sedikit pun. Bimbinglah kami menuju SyurgaMu.


sumber : dzulagil.blogspot.com


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN CEMERLANG.
Jadikan Ramadhan Pesta ibadah, bukan pesta makan. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, July 12, 2012

Sembang Dhuha::Hijrah,Hijab,Istiqamah

Assalamualaikum.

Jom ke Forum Sembang Dhuha bersama Ana Raffali dan Ustazah Isfadiah :) Mari mendengar bagaimana dan apakah turning point Ana Raffali berhijrah kepada fitrah sebagai seorang muslimah...



Pakat ramai2 datang kerana MASUK ADALAH PERCUMA. :)

Monday, July 9, 2012

Laporan Bengkel Personaliti dan Imej Nisa' Putrajaya


Assalamualaikum kepada sahabat semua J Semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya. Sekretariat Nisa Putrajaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke Bengkel Personaliti dan Imej yang telah berlangsung pada hari Ahad (8 Julai 2012). Partisipasi dan respons sahabat-sahabat semua semasa bengkel dijalankan sangat menakjubkan dan mengujakan.  Di sini beberapa gambar semasa bengkel dijalankan untuk tatapan semua J


Gift untuk peserta


Kak Muna sedang memberikan talk dengan penuh bersemangat. Kak Sarah,lepas ni pulak yer :)


Demo make up yang very natural..i like :) TQ model make up..hehe :)


Kak Muna dan Kak Sarah yang sangat sporting :)


Peserta bengkel yang bersemangat..best lah u all :)

Sesi bersalaman dengan penceramah :)

Say cheese :)


InsyaAllah pada masa akan datang,kita akan adakan bengkel yang lebih menarik untuk anda semua J..Jumpa lagi di Program yang akan datang J

Friday, July 6, 2012

Ya Allah, ampunkan dosa kami


Assalamua'laikum..

Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya.

Setiap detik berlalu, takkan mampu diundur kembali.
Adakah setiap yang berlalu itu mendapat rahmat dan redhaNYA?

Ya ALLAH,
terlalu banyak dosa yang kami lakukan.
Ampunilah kami atas setiap dosa yang kami lakukan,
samada dalam sedar mahupun tidak.
Bimbinglah kami menuju Syurga-Mu.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, July 5, 2012

Bengkel Personaliti dan Imej pada 8 Julai ini


Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam pelukan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

Insya'ALLAH, pada hari Ahad ini (8 Julai 2012), Nisa' Putrajaya akan menganjurkan Bengkel Personaliti dan Imej.

Istimewa untuk wanita Muslim, samada bekerjaya atau tidak. Surirumah pun boleh make-up, pakai cantik-cantik untuk suami dan anak-anak, kan? (^_^)

Tidak salah berhias, asalkan mengikut syariat.

Baiklah, ini maklumat berkenaan program yang akan berlangsung nanti.. Jemput datang ramai-ramai ya.

TARIKH : 8 JULAI (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI - 12.00 T/HARI
TEMPAT : DEWAN MASJID TUANKU ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA (MASJID BESI)
BAYARAN : RM 5 SAHAJA.

Apa tunggu lagi? Ayuh, ajak kawan-kawan. Datang beramai-ramai. Insya'ALLAH, tak rugi. (^_~)

Ada 'talk' dan demo solekan serta pemakaian tudung mengikut 'trend' terkini..

Bengkel ini akan menampilkan Puan Muna 'Izzah Fadzil dan Puan Salwa Fadzil yang merupakan Perunding Imej Profesional yang bertauliah dari konsultant Seanggun Bidadari.

Jangan lepaskan peluang!




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, July 2, 2012

Jom Tutup Aurat :)