Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

Friday, October 18, 2013

USRAH NISA' PUTRAJAYA @ Oktober

Assalamua'laikum.

Dengan sukacitanya, kami ingin menjemput adik-adik, kakak-kakak sekalian, yang berumur 14-40 tahun, untuk bersama dengan kami dalam Usrah Nisa' Putrajaya. :D

Semoga dilapangkan waktu untuk bersama-sama menyemai ukhuwwah mengharap redhaNYA. :)


TARIKH : 20/10/2013 (Ahad)
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Taman Botani (Pondok berhampiran Putrajaya Seafood)

Jumpa nanti ya. :D


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, June 12, 2013

USRAH @ 16 Jun 2013

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua.

Dikesempatan ini, kami ingin menjemput semua WANITA yang berusia 14-40 tahun untuk bersama dengan kami dalam program usrah yang akan berlangsung pada ketetapan berikut: 



TARIKH : 16 Jun 2013 (Ahad)
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Taman Botani (bersebelahan Putrajaya Seafood)
Pot luck dialu-alukan. :D

Semoga ALLAH lapangkan masa kita semua untuk pertemuan nanti. Jumpa di sana. :D

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, February 21, 2013

USRAH AHLI @ 24/02/2013


Assalamualaikum sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya yang dihormati,


 
InsyaAllah kami akan menganjurkan Usrah khusus untuk SEMUA Ahli Nisa Putrajaya dan juga kepada WARGA WANITA PUTRAJAYA yang berumur 14 -40 tahun amnya, pada ketetapan berikut:

 
Tarikh: 24 Februari 2013 (Ahad)
Masa:9.30 pagi
Tempat: Taman Sri Empangan (depan PICC), Presint 5, Putrajaya.
 

POT LUCK adalah digalakkan :)
 
JOM USRAH :)
 
 
 
“Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu.

Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah.

Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah.

Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim. Menghasilkan manusia muslim”
 
-saifulislam.com




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, December 21, 2012

JOM USRAH :)



 
Assalamualaikum sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya yang dihormati,
 
InsyaAllah kami akan menganjurkan Usrah khusus untuk SEMUA Ahli Nisa Putrajaya dan juga kepada WARGA WANITA PUTRAJAYA am nya pada ketentuan berikut:
 
Tarikh: 25 Disember 2012 (Selasa)
Masa:9.30 pagi
Tempat:Lake Side, Presint 8 (tempat belajar kayak)
 
POT LUCK adalah digalakkan :)
 
JOM USRAH :)
 
 
 
“Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu.

Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah.

Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah.

Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim. Menghasilkan manusia muslim”
-saifulislam.com

Monday, October 1, 2012

Review - What is Usrah?

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih meminjamkan nafas kepada kita. Beserta nikmat-nikmat yang tidak pernah berkesudahan.

Alhamdulillah, ALhamdulillah, Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.

Usrah + Pertemuan

Alhamdulillah, pada pagi yang indah, 30 September 2012, Allah mengizinkan pertemuan AJK Nisa' Putrajaya dan ahli-ahli baru serta lama.

Alhamdulillah.

Cuaca yang indah, pemandangan yang begitu mengasyikkan, makanan yang menyelerakan, pengisian yang bermanfaat ditambah pula pertemuan yang barokah, insya'ALLAH.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir. Tiada apa yang dapat kami berikan, melainkan ucapan doa yang berterusan atas silaturahim yang terjalin. Moga ada barokah yang lahir darinya. Aminn



Di sini, suka untuk kami kongsikan sedikit daripada apa yang ustazah Syuhadah sampaikan dalam usrah tersebut. Moga ada manfaat untuk kita kongsikan bersama. :)


PENGERTIAN USRAH

Usrah dalam bahasa Arab, membawa maksud keluarga.. dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (ifradul muslim) yang beriman kepada ALLAH s.w.t, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati ISLAM.
Usrah membentuk suatu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah).

MATLAMAT / KEPENTINGAN USRAH
  • Meningkat dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul.

  • Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam.

  • Membentuk satu generasi yang betul-betul memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam yang sebenar dan bersedia untuk mempertahankan agama Allah.

SEJARAH USRAH

Sejarah usrah bermula sejak zaman rasulullah s.a.w, yang mana ketika itu, rasulullah s.a.w memulakan usaha menarik masyarakat arab untuk memeluk agama Islam.. rasulullah s.a.w mulakan usrah dikalangan ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.. baginda telah memilih sebuah rumah terpencil iaitu rumah al-Arqam Bin Abi Arqam sebagai tempat menyampaikan ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat.

RUKUN USRAH
  • Ta'ruf : Berkenalan
  • Tafahum : Saling memahami
  • Takaful : Saling membantu

*****

Ok, itu sedikit sebanyak tentang usrah. :)

Oh ya, tambahan input dari Ustazah:
Usrah tak semestinya perlu dibuat di tempat yang rutin ; masjid, surau. Tapi boleh juga di tepi pantai, tasik, taman,malah, nak buat di Alamanda pun boleh. :). Yang mana dirasakan bersesuaian dan selesa untuk kita jumpa, ramah mesra.

Juga, silibus usrah tak tetap. Biasanya : Baca ayat Al-Quran, tafsiran, belajar tajwid, kupasan buku, nasyid, soal akidah, sirah, ulas isu semasa.

Tapi, terpulanglah pada kita macam mana nak aturkan sesuai dengan masa dan situasi. Boleh juga selang seli dengan kelas memasak, kongsi-kongsi resepi. Juga kelas menjahit dan seumpamanya. Beriadah (bowling, badminton, jogging, berbasikal). Selagimana ia aktiviti yang mengeratkan silaturahim kita semua, boleh saja. :)

Banyak penerangan dan huraian dari ustazah beserta soal jawab, tapi rasanya untuk pengenalan, nota di atas pun ok lah, kan? ;)

Semalam, wajah-wajah ceria menghiasi Taman Botani. Alhamdulillah, Allah himpunkan kita semua dalam majlis ilmu. Bak kata ustazah, andai Allah bukakan hijab kita semua, pasti akan nampak para malaikat yang memayungi ahli-ahli majlis ilmu, hingga ke ArasyNya.

Berkenalan dalam sesi ice-breaking, santapan rohani oleh Ustazah Syuhadah, makan-makan pelbagai makanan yang enak hasil air tangan ahli yang hadir, pelukan mesra tanda kasih sayang insan bersaudara. :)



Insya'ALLAH, akan ada lagi usrah seterusnya. Kalau berminat untuk menyertai Nisa' Putrajaya, bolehla isi borang secara online yang disediakan di blog ini ya.

Semoga kita semua didalam peliharaanNya sentiasa.

Wassalam. :)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, September 27, 2012

USRAH BERSAMA NISA' PUTRAJAYA

ASSALAMUA'LAIKUM


Dengan sukacitanya kami ingin menjemput
SEMUA AHLI NISA'
dan
sesiapa yang ingin menjadi ahli,
berumur 14-40 tahun,
untuk bersama-sama dengan kami
dalam Halaqoh Mahabbah a.k.a USRAH Nisa' Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama berada dalam halaqoh mahabbah.
Rapatkan ukhuwah, kongsi ilmu, dalami Islam.

Semoga ALLAH permudahkan urusan pertemuan kita semua.
(^_~)

Jumpa nanti, ya.

wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, October 10, 2011

PENGUMUMAN : USRAH NISA' PUTRAJAYA.. (^_^)

Assalamualaikum wbt



Apa khabar semua? hehe lama betul kan kita tak jumpa. Rindu sangat2 dah kat semua....

Okay bagi mengubat kerinduan yang terbuku di hati, insyaAllah pada minggu ini, Nisa' Putrajaya berhasrat untuk mengadakan usrah mengikut ketetapan seperti berikut:


Tarikh: 14 - 15 Oktober 2011

Masa : 8.30 malam hingga 8.30 pagi

Tempat: Presint 9, Fasa 12, Putrajaya (Rumah Ukhti Syuhada)



Tentatif:

Solat Isyak

Minum malam

Tazkirah

Bicara buku

Tidur

Qiam

Solat Subuh

Al-Ma'thurat

Sarapan

Riadah


Mohon sebar-sebarkan pada semua. Sahabat-sahabat boleh terus respon kehadiran kepada saya, Ummi di 019-9206652 untuk memaklumkan kehadiran (alaaa xbestla if xdatang, semua hadir yerk ).

Sehingga bertemu Jumaat nanti =p

Wassalam wbt.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, May 24, 2011

Catatan dari Usrah Nisa' Bulan Mei 2011



Assalamualaikum.




Sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya sekalian, alhamdulillah, pada 20 Mei 2011(Jumaat) yang baru berlalu usrah gabungan Nisa' telah berjalan dengan lancar. Walaupun pada hakikatnya ramai ahli nisa' yang tidak dapat hadir disebabkan masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan.






Majlis dimulakan dengan sesi taaruf bersama 3 Ahli baru iaitu, Rosnani, Masmuliati dan Zuriana. Agenda seterusnya ialah penyampaian tazkirah oleh ukhti Asyikin. Tajuk yang disentuh untuk sesi kali ini ialah 'SABAR' yang dipetik dari majalah solusi.






Banyak perkara yang dibincangkan berkenaan tajuk ini dan kesimpulannya, pupuklah sifat sabar dalam menempuh kehidupan sebagai hambanya, kerana segala ujian kehidupan ini Allah turunkan untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Jadikanlah Allah sebagai tempat untuk mengadu segala suka duka kerna Dialah yang memberikan suka duka itu dan pasti dia juga yang akan menghilang atau mengekalkannya. Jadikanlah Allah sebagai sandaran harapan kita sebelum kita mengadu kepada insan-insan lain untuk diberi nasihat agar diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini...






SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG SABAR.




Sesi bedah buku telah disampaikan oleh Ukhthi Masyitah dengan tajuk buku ' Tribute Buat Nenda', karangan ustaz Rashidy Jamil (JAKIM). Menceritakan kisah seorang nenek yang telah mencorakkan kisah suka duka dalam kehidupan Ustaz Rashidy yang boleh dijadikan ikhtibar dan panduan kehidupan. Majlis di akhiri dengan sedikit Jamuan...






Semoga sedikit perkongsian kita pada kali ini, dapat memberi kesan kepada hati kita untuk mengharungi arus kehidupan yang mendatang.






Semoga kita dapat bertemu lagi di sesi usrah yang akan datang.. Wassalam.






* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, May 18, 2011

UPDATED::Usrah dan Qiam Nisa Putrajaya

Assalamualaikum..

InsyaAllah program usrah yang tertangguh sebelum ini akan diteruskan pada ketentuan berikut:


TARIKH : 20hb & 21hb Mei 2011 (Jumaat - Sabtu)
MASA : 8.15 malam - 8.00 pagi
TEMPAT : Fasa 10, Putrajaya.
AGENDA :
1) SOLAT
ISYAK BERJEMAAH
2) USRAH
3) QIAM
4) SOLAT SUBUH BERJEMAAH
5) RIADAH
6) BERSURAI.


JOM datang beramai-ramai ke majlis ilmu :)





Thursday, May 12, 2011

Pengumuman Penangguhan



Assalamua'laikum.



Salam sayang buat semua sahabat. Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat sihat dan hidup sehingga hari ini. Doa dan harapan, semoga berada dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa.



Dikesempatan ini, kami ingin membuat satu pengumuman.



Dukacita dimaklumkan, Usrah dan Qiam Nisa' Putrajaya yang sepatutnya berlangsung pada malam esok ( 13 Mei 2011) terpaksa ditangguhkan kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf kepada semua sahabat Nisa' Putrajaya. Insya'ALLAH, kami akan cuba aturkan tarikh secepat mungkin dan maklumkan kepada sahabat sekalian.




Mohon maaf sekali lagi, wassalam.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, April 5, 2011

Ideal Muslimah


Assalamua'laikum.


Apa khabar semuanya? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. (^_~)


Sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini, kami akan berkongsi pengisian usrah sebelum ni dengan Sahabat Nisa' sekalian.


IDEAL MUSLIMAH


Siapakah Muslimah Ideal? Jom sama-sama kongsi info.


1) Sentiasa menjaga hubungan dengan ALLAH dan sesama mahkluk,

2) Solat secara berjemaah

3) Menurut segala perintah samada membuat kebaikan dan juga mencegah kemungkaran

4) Menerima segala qada' dan qadar yang telah ditetapkan ALLAH dengan redha

5) Menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diterima

6) Sentiasa berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang paling taat dan bertaqwa

7) Bersama-sama menggembeling tenaga dalam gerak kerja menegakkan agama ALLAH

8) Kesetiaan dan ketaatan hanya kepada ALLAH sahaja

9) Menyeru orang lain untyk sama-sama membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran

10) Selalu membaca al-Quran.


Ini hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri untuk menjadi Muslimah ideal.


Cuba kita sama-sama semak diri kita. Adakah diri kita telah ada ciri-ciri yang disebutkan itu? Jika belum, ayuh, kita sama-sama berusaha.


REDHA ALLAH MATLAMAT UTAMA!


Salam sayang dari kami, wassalam. (^_^)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, March 29, 2011

USRAH pemangkin kesatuan hati


Assalamua'laikum sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian.


Apa khabar jasmani dan rohani pada hari ini? Semoga sihat semuanya.


Mulakan pagi dengan sedekah.. Jom, senyum... (^____^).


Alhamdulillah, masih diberi nikmat hidup dan kesihatan yang baik sehingga hari ini.


Baiklah, tanpa membuang masa, kami Nisa' Putrajaya, ingin mengajak sahabat Nisa' sekalian untuk bersama kami dalam program terdekat kami iaitu:


PERKARA : USRAH NISA' PUTRAJAYA

TARIKH : 30 MAC 2011 (RABU)

MASA : 8.15 MALAM

TEMPAT : FASA 12, PRESINT 9, PUTRAJAYA.

AGENDA : SOLAT ISYAK BERJEMAAH, USRAH, JAMUAN RINGAN, BERSURAI.


Semoga ALLAH mengizinkan perancangan yang telah kita lakukan ini.


Jadi, kepada semua ahli Nisa' Putrajaya sekalian, anda adalah dijemput. Kepada yang masih belum mendaftar sebagai ahli Nisa' Putrajaya, apa tunggu lagi. Jom, isi borang ya.. Insya'ALLAH, kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin. (^_^).


Akhir kalam, kami ingin mengajak sahabat sekalian sama-sama berfikir akan suatu kata-kata:


"SETIAP UJIAN ADALAH NIKMAT DAN SETIAP NIKMAT ADALAH UJIAN".


Semoga ALLAH merahmati dan meredhai hidup kita semua.


Salam sayang dari kami. Jumpa nanti ya. Hingga bertemu lagi di lain masa, jaga diri, jaga iman, jaga amal, jaga ISLAM. Wassalam. (^_~)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *