Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidurrasul

Assalamualaikum,

Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW pada esok hari. Semoga kita menjadi umatnya yang sentiasa mengamalkan sunahnya dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak =).



Pemergianmu

Inteam:Tiada Lagi Kasih

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk umat mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cinta mu selamanya

Ya RasulullahKau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu...

Wednesday, February 24, 2010

CERPEN:Di manakah aku bila di sana kelak





Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”


Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.


Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.


Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.


Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”


Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.


“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”
Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.


“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya.


Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.


“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu?


Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"
Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”

Oleh Dzulkhairi Mohd Noor

Friday, February 19, 2010

RIADAH NISA' PUTRAJAYA


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua. Apa khabar sahabat-sahabat hari ni? Moga sihat sentiasa, insya'ALLAH.
Pada kesempatan ini, kami, Nisa' Putrajaya, ingin menjemput sahabat-sahabat untuk bersama kami dalam program Riadah Nisa' Putrajaya.. Maklumat adalah seperti berikut:


Tarikh : 20 Febuari 2010 (Sabtu)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Taman Botani, Putrajaya


Dialu-alukan kepada semua yang ingin mengenali Nisa' dengan lebih lanjut..

Jom Join Nisa'.......


Boleh hubungi nombor 013-2967075 / 012-2996545.
Jumpa esok, insya'ALLAH.


Wassalam....

Thursday, February 18, 2010

GELOMBANG KEDUA.. (^_^)

Assalamua'laikum..

Gelombang kedua dilancarkan.. Jemput hadir beramai-ramai ke program Talk Show Nisa' Wilayah Persekutuan, pada 21 Feb 2010 (Ahad).. Kalau yang dari Putrajaya, jom, kita pergi sama-sama.. Hubungi nombor yang tertera di sebelah kanan blog ni..

"KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA"

Tarikh : 21 Febuari 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 Tengahari
Penampilan Istimewa : Ust. Fauzi Mustapha (Pengacara Al-Kuliyyah, TV3)
Insya'ALLAH, makanan tengahari disediakan..
Masuk adalah percuma.. (^_~)
JUMPA DISANA..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.. Apa khabar hari ni? Semoga sihat sentiasa, insya'ALLAH.

Kami, Nisa' Putrajaya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan :

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN

BUAT KAK SEHA SAYANG
( MANTAN KETUA UKJ NISA' PUTRAJAYA)

YANG TELAH MENYAMBUT U/TAHUN KE 24

PADA 16 FEB 2010 YANG LALU.

SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, HIDUP DIBERKATI ILAHI.. (^_~)

Sayang Kak Seha sokmo.. (^_~)

Sunday, February 14, 2010

SELAMAT BERCUTI SAHABAT-SAHABAT


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.. (^_^)


Alhamdulillah, semua dah selamat pulang ke kampung.. Kak Sue, selamat bercuti bersama Ustaz..(^_~).. Have a nice day with family..


Baiklah, saya ingin mengucapkan selamat bercuti bersama keluarga kepada semua.. Semoga kepulangan kali ini lebih bermakna. Tunaikan kewajipan kepada keluarga. Semoga selamat pergi selamat kembali.


Dan kepada sahabat-sahabat yang menyambut Tahun Baru Cina, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.. Gong Xi Fa Chai..


Semoga bertemu lagi.. Insya'ALLAH.. sayang kamu semua.. (^_^)

Friday, February 12, 2010

HAri KeKaSiH? ReNung-reNungKan..




Ada apa dengan Hari Kekasih??




Thursday, February 11, 2010

AKTIVITI NISA' WILAYAH


Aktiviti Nisa' Wilayah.

21 Feb - Talkshow `Ketika Cinta Berbuah Syurga' , Masjid Asy-Syakirin KLCC
27 Feb - Program `Jejak Kasih Remaja' , Jalan TAR
6 Mac - Bengkel IT Nisa' WP , KL
14 Mac - Seminar `Penyusuan Susu Ibu' , KL
10 Apr - Pencarian Bintang Aura Ungu, Bdr Tun Razak

******************

Untuk mengetahui program-program yang bakal diadakan oleh Nisa' Wilayah Persekutuan, boleh layari blog yang kami sediakan dibawah.

Berminat untuk sertai Nisa'? Anda boleh mengisi borang secara online, atau tinggalkan saja pesanan di peti Chat di blog kami, dan kami akan menghubungi anda.. (^_^)..


Blog Rasmi Nisa' Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur :
http://nisawp.blogspot.com/






Nisa' Bandar Tun Razak:
http://usharewecare.blogspot.com/


Nisa' Wangsa Maju:
http://nisawm.blogspot.com/


Sekiranya anda bukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, anda boleh rujuk di blog http://nisawp.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat Nisa' di setiap negeri..

Untukmu Wanita,
"Kerana dirimu begitu berharga"

(^_~)

Talkshow Nisa' Kuantan


Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua. Ap khabar sahabat-sahabat hari ni? Semoga sihat sentiasa, insya'ALLAH.
Dikesempatan ini, saya ingin menghebahkan program Talk Show Nisa' Kuantan. Kepada sesiapa yang ada kesemptan, bolehlah hadir (memandangkan 14 hb ramai orang balik kampung sebab Cuti Tahun Baru Cina).
Baiklah, maklumat program adalah sepertimana berikut:-
NISA' TALK SHOW
ANJURAN NISA' KUANTAN DENGAN KERJASAMA NADWAH PAHANG & MASJID NEGERI
TARIKH : 14 Febuari 2010 / 30 Safar 1431H (Ahad)
MASA : 2.30 petang - 4.30 Petang
TEMPAT : Dewan Masjid Negeri (Masji Sultan Ahmad 1), Kuantan.
Tajuk : "Kepadamu Kekasih"
Pendaftaran : RM5
Panel Jemputan :
  1. Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohamed (UMP)
  2. Ustzh. Safiah Abdul Razak (KIPSAS)
  3. Ust. Mohd Suaadi Saad (NADWAH)

Kepada yang berminat, boleh hubungi talian : 017-9040513 / 0196348178

JANGAN LEPASKAN PELUANG..(~_^)

Wednesday, February 10, 2010

Penawar Hati..


Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas’ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Tuesday, February 9, 2010

untukmu, sahabat....


Suatu hari, seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu mengajar topik 'Kasih Sayang".. Sewaktu sedang asyik memberi penerangan kepada para pelajar, salah seorang pelajarnya bertanya :

"Cikgu, macam mana nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana nak pilih sahabat yang terbaik untuk menjadi sahabat kesayangan?" soal pelajar itu.

"Baiklah, awak ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Jalan diatas rumput sambil perhatikan rumput dihadapan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa toleh ke belakang walau sekali pun. Petik rumput yang paling cantik, dan bawa ke kelas." jawab guru tersebut.

Apabila pelajar tersebut kembali semula ke kelas, tidak ada sehelai pun rumput yang dibawanya..

Guru tadi bertanya : "Kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Pelajar menjawab : "Tadi sewaktu saya mencari rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik. Tapi cikgu cakap nak yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil cari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang semula. Tapi, bila dah sampai ke hujung, saya tak jumpa yanglebih cantik dari yang sebelumnya. Tapi cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang. Jadi tak adalah rumput yang boleh saya petik"

Guru menjawab :"ya, itulah jawapannya. Apabila kita dah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, sahabat yang terbaik, janganlah mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada didepan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan sia-siakan sahabat yang kita ada, kerana sekiranya kita kehilangan sahabat hari ii, belum tentu kita dapat yang lebih baik darinya pada masa hadapan. Ingatlah, orang yang paling cantik dan terbaik adalah yang berada disamping kita. Yang sentiasa bersama kita dalam suka mahupun duka. Susah ataupun senang. "

Para pelajar mengangguk tanda faham..
(diedit daripada mesej yang dikirim dari seorang sahabat)

**********************

"Disekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Didalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah mereka bercahaya. Mereka bukan dari golongan para Nabi mahupun Syuhada' tapi para Nabi dan Syuhada' iri kepada mereka". Ketika ditanya oleh para sahabat, siapa mereka? Jawab Rasulullah s.a.w : "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH dan saling berkunjung kerana ALLAH". (HR Tirmidzi)

Thursday, February 4, 2010

Selamat Hari Lahir.. (^_~)

Selamat Hari Lahir =)

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA KAK FARHANA
(UNIT PEMBANGUNAN INSAN)
Semoga segala urusan dikurniakan barakah dariNya dan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayangNya.

KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA..

*****NISA' PENGHUBUNG GENERASI MUDA*****


Assalamua'laikum

Apa khabar pengunjung blog Nisa' Putrajaya yang dirahmati ALLAH? Semoga berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNYA sentiasa, insya'ALLAH..

Baiklah, dikesempatan ini, kami ingin menjemput pengunjung semua ke program terdekat Nisa' Wilayah Persekutuan, iaitu :

"KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA"

Tarikh : 21 Febuari 2010 (Ahad)

Tempat : Dewan Seminar, Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 Tengahari

Penampilan Istimewa : Ust. Fauzi Mustapha (Pengacara Al-Kuliyyah, TV3)

Insya'ALLAH, makanan tengahari disediakan..
Masuk adalah percuma.. (^_~)


Jangan lepaskan peluang.. Jumpa di sana.. (^_~)

JOM JOIN NISA'..

p/s : sesiapa yang nak join Nisa' Putrajaya, sila isi borang pendaftaran keahlian yang ada disebelah kanan blog ini.. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi nombor yang tertera di blog atau menghantar emel kepada kami... Jangan segan untuk bertanya.. Ukhuwwah kita kerana ALLAH.. (^_^)

JaNgaN TaNgisi apa Yg buKaN milikmu


DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan. Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya.
Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya. Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram. Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas. Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri! Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah. Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

p/s: dipetik dari blog http://gerbanginfoanda.blogspot.com/ Semoga kita kuat menghadapi mehnah dan tribulasi dalam memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.Allahuakbar!!