Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Thursday, April 29, 2010

KARNIVAL AURA UNGU 2010

(klik gambar untuk lebih jelas)
Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, kita bersiaran lagi.(^_~). alhamdulillah, syukur kepadaNYA atas segala nikmat dan rahmat.



Masih ingat tentang pencarian Bintang Aura Ungu(PBAU) yang kami anjurkan sebelum ini? Ok, Johan PBAU setiap negeri akan bertanding untuk merebut peluang menjadi Johan peringkat Kebangsaan pulak. dan Johan bagi Peringkat Kebangsaan akan memenangi wang tunai berjumlah Rm1,000. Subhanallah, menarik bukan? Wakil dari setiap negeri juga bukanlah calang-calang orangnya. Mantap, insya'ALLAH.



Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menonton/mengikuti Karnival Aura Ungu 2010 (KAU '10), bolehlah hadir beramai-ramai. (^_~). Maklumat KAU '10 adalah seperti berikut:

Masa : 21 & 22 Mei 2010 ( Jumaat dan Sabtu)
Tempat : Kompleks Belia dan Kebudayaan Shah Alam

Tiket hanya berharga RM10. Murah kan? Jadi, apa tunggu lagi. JOM..

p/s : KAU '10 juga ada menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Heliza dan Aishah. (^_~). Pelbagai gerai dan aktiviti sampingan yang memukau akan berlangsung. Jom, kita hadir beramai-ramai. Jangan lupa ajak kawan-kawan. (^_~)

Sebelum Terlupa : INI UNTUK KAUM WANITA SAHAJA..



**********************


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, April 26, 2010

Barisan Neraka

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

Source:http://jihadtegakislam.blogspot.com/

Tuesday, April 20, 2010

SELAMAT BERTAMBAH UMUR



"SELEMAH-LEMAH MANUSIA IALAH APABILA IA TIDAK DAPAT MENCARI SAHABAT, DAN ORANG YANG LEBIH LEMAH DARIPADA ITU IALAH ORANG YANG MENSIA-SIAKAN SAHABAT YANG DICARI" - Saidina Ali r.a


Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga dalam sihat wal afiat. Insya'ALLAH.

Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN" buat semua yang lahir pada bulan April. (^_~)

Insan-insan terpilih tersebut ialah:-
ROKIAH ABDULLAH 11 April 2010

SURIANI WAHAB 17 April 2010

HANIS ATHIRAH 20 April 2010



Semoga bertambah amalan seiring pertambahan usia, mendapat umur yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai dan yang paling penting, mendapat redhaNYA dalam setiap perkara kebaikan, aminn.
*******************

Sahabatku,
Segala nikmat yang ada hanyalah pinjaman dariNYA.
Bila tiba masanya, DIA pasti mengambilnya kembali.
Adakah pada saat itu kita semua telah bersedia?
ALLAHU RABBANA..
Kami hanya mengharapkan ehsan dariMU.
Pandanglah kami dengan pandangan rahmatMU.
Pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMU.
Jangan sesekali KAU biarkan kami mengatur hidup kami sendiri,
kerana kami hanyalah makhluqMU yang lemah,.
Bantulah kami, permudahkanlah urusan kami.
Semoga ada sesuatu yang dapat kami kutip sebagai bekalan menuju negeri abadi...

Monday, April 19, 2010

Memahami Aturan Allah SWT


Saudara, ketika kita berdoa untuk sesuatu hajat, seringkali kita menjadi gelisah kerana hajat yang diharapkan belum dimakbulkan oleh Allah SWT. Kita terus menunggu namun penantian kita itu amat menyeksakan kerana kita tidak memahami aturan Allah SWT di dalam kehidupan kita ini.


Contoh Aturan Allah SWT

Saudara, Hidup kita ini berkaitan dengan semua makhluk samada manusia dan yang lainnya serta alam ini. Allah SWT mengaturkan semua benda di langit dan di bumi serta di antaranya saling berhubungan antara satu sama lain. Semua makhluk Allah SWT mempunyai kehendak dan memohon doa kepada Allah SWT agar dimakbulkan kehendak masing-masing.

Saya berikan satu contoh mudah untuk difahami.
Katakan saya berdoa memohon kepada Allah SWT untuk berjumpa dengan Ali. Tetapi dalam pada yang sama Ahmad juga berdoa kepada Allah SWT untuk berjumpa dengan Ali pada hari dan waktu yang sama tetapi di tempat yang berbeza.

Saya dan Ahmad tidak kenal antara satu sama lain dan Ali juga tidak tahu saya dan Ahmad berdoa untuk berjumpa dengan beliau.
Jika kita melihat daripada hal ini, apakah mungkin Ali boleh berjumpa dengan saya dan Ahmad dalam masa yang sama di tempat yang berbeza?

Katakan saya ingin berjumpa dengan Ali di Shah Alam pada pukul 10.00 pagi dan Ahmad ingin berjumpa dengan Ali pada waktu yang sama tetapi di Kuala Lumpur.
Apakah mampu Ali berjumpa dengan saya dan Ahmad pada waktu yang sama iaitu 10.00 pagi di tempat yang berbeza? Jawapannya mampu JIKA Ali boleh dibelah dua. Maka ia adalah mustahil.

Lalu aturan Allah SWT adalah mengikut kehendakNya. Jika Allah SWT memilih saya yang berjumpa dengan Ali terlebih dahulu, maka Ahmad perlu menunggu gilirannya selepas itu.
[noted]: jangan diubah hal ini di mana Ali boleh berjumpa dengan saya dan Ahmad serentak di suatu tempat. Ini merupakan hal yang lain. Saya ingin membawa hal di mana Saya dan Ali berjumpa berdua sahaja di Shah Alam dan juga Ali dah Ahmad berjumpa berdua sahaja di Kuala Lumpur.

Memahami Aturan Allah SWT Di dalam Meningkatkan Keyakinan Pada Allah SWTMelihat kepada contoh di atas, kita memahami bahawa aturan Allah SWT itu sangat komplek. Ketika kita memohon menyelesaikan masalah kita, yakinlah bahawa Allah SWT memakbulkan doa kita tetapi perlu menunggu giliran kerana setiap orang perlu melalui aturan-aturan yang Allah SWT tetapkan.

Allah SWT sebenarnya sedang MEMPROSES/MENGATURKAN apa yang kita hajatkan. Allah SWT sedang menggerakkan semua makhluk yang terlibat di dalam memakbulkan permintaan kita. Dalam pada yang sama, makhluk yang terlibat juga mempunyai permintaan masing-masing.

Kita perlu menunggu sehingga giliran kita tiba, maka semua makhluk akan bergerak atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT dan kita akan menerima apa yang kita mohon kepada Allah SWT.

Sebagai contoh yang lain, seorang doktor mendapat rezeki dengan perlu menunggu kita mendapat sakit. Selagi kita tidak mendapat sakit, doktor tidak mendapat rezeki daripada pesakit. Allah SWT sedang memproses kita untuk mendapat sakit dan kemudian kita diilhamkan dan diberi kekuatan untuk berjumpa dengan doktor berkenaan.
Di dalam proses kita mendapat sakit, pasti ada proses-proses lain yang perlu doktor tunggu kerana kita juga mempunyai hajat yang lain seperti ingin bercuti dan sebagainya dalam keadaan sihat.

Setelah itu ketika giliran doktor sampai, Allah SWT akan menggerakkan semua makhluk samada manusia dan alam ini termasuk kita di dalam memenuhi permintaan doktor. Kita mendapat sakit dan pergi ke klinik doktor itu dan barulah doktor tersebut mendapat rezekinya.
Namun rezeki doktor boleh datang dengan pelbagai jalan dan cara mengikut kehendak Allah SWT. Tidak semestinya daripada kita yang sakit sahaja.
Allah SWT Maha Berkuasa. Allah SWT Maha Mampu jika Allah SWT ingin terus memakbulkan permintaan semua makhlukNya secara serentak.

Tetapi aturan Allah SWT akan dipandang pelik pada pandangan manusia dan pasti sukar untuk kita menerima aturan sedemikian apabila Saya dan Ahmad berjumpa Ali pada waktu yang sama tetapi berlainan tempat. Atau saya sihat dan sakit dalam masa yang sama. Atau juga saya bercuti di Perak dan dalam masa yang sama saya berjumpa dengan doktor di Selangor.
Aturan Allah SWT komplek dan sangat cantik. Kerana itu satu persatu kejadian perlu mengikut urutan dengan teratur.

Saudara,Yakinlah bahawa apabila kita berdoa sesuatu hajat, Allah SWT sedang mengaturkan alam ini untuk memakbulkan doa kita. Allah SWT berjanji kepada kita setiap permohonan kita akan dimakbulkan. Namun kita mesti meyakini bahawa Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita.

Untuk meyakini permintaan kita akan dimakbulkan, kita perlu memahami aturan Allah SWT seperti yang saya ceritakan di atas.

Kerana itu firman Allah SWT di dalam Al-Quran seperti di bawah (QS: Al-Baqarah 2:45) , meminta kita agar bersabar dan bersolat di dalam meminta pertolongan daripada Allah SWT.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”(QS: Al-Baqarah 2:45)

Ini kerana kita perlu menunggu giliran aturan Allah SWT yang mengaturkan alam ini di dalam memenuhi permintaan kita dan ia memerlukan kesabaran dan sentiasa ingat Allah SWT dengan khusyuk.

(komunikasi dengan Allah SWT mampu menjadikan kita sentiasa khusyuk pada Allah SWT)
Ketidak fahaman aturan Allah SWT membuatkan kita tidak yakin kepada Allah SWT. Kita tidak sabar kerana kita rasa diri kita seorang sahaja yang hidup di dunia ini dan memaksa Allah SWT memenuhi kehendak kita dengan segera.

Kita terlupa bahawa makhluk lain samada manusia dan alam ini juga terlibat sama di dalam permintaan kita dan mereka juga mempunyai permintaan yang tersendiri kepada Allah SWT.
Namun jika kita faham, barulah kita sedar pertolongan Allah SWT itu pasti datang dan sedang dalam proses. Kita tidak tahu dan memahami setiap satu cara Allah SWT yang sangat komplek secara terperinci yang sedang Allah SWT aturkan untuk memenuhi permintaan kita.
Kerana itu Allah SWT berfirman pertolongan Allah SWT datang daripada tempat dan masa yang kita tidak sangkakan.

Semoga artikel ini dapat meyakinkan saudara semua kepada Allah SWT di dalam kehidupan hidup berTuhan. Binalah keyakinan hari demi hari. Semoga semua kita menjadi jiwa positif di dalam hidup berTuhan yang sebenar.

Tuesday, April 13, 2010

Jana Iman


HATI & LIDAH

Surah al-Luqman yang terdapat dalam al-quran berdasarkan nama Luqman, seorang yang bijaksana yang banyak memberikan panduan berguna pada manusia...

Suatu hari, majikan Luqman menyuruhnya menyembelih seekor kambing. Selepas kambing disembelih, Luqman disuruh mengeluarkan dua ketul daging yang paling baik daripada kambing itu. Luqman lalu mengeluarkan lidah dan hati.

Suatu ketika lain, majikannya mengarahkan Luqman menyembelih kambing lagi. Dia mengarahkan Luqman mengeluarkan dua ketul daging yang paling buruk sekali. Sekali lagi luqman mengeluarkan lidah dan hati. Majikannya bertanya, "Mengapa Luqman berbuat begitu". Jawabnya, "Tiada yang paling baik daripada hati dan lidah jika ia baik. Dan tiada yang paling buruk daripada kedua-duanya jika ia jahat."


Berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran. ^_^


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, April 12, 2010

Sabar Itu Indah


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNYA kerana mengurniakan nikmat yang berterusan kepada kita. Kasih sayang ALLAH tiada batasan. Kuasa ALLAH tiada sempadan. DIA adalah Yang Maha Esa, yang memiliki segala-gala yang ada di langit dan dibumi. ALLAHURABBI, ENGKAUlah pemilik sekalian alam.


Sahabat-sahabat sekalian,


Sesekali diberi ujian, jangan mudah melatah. Bukankah ALLAH telah berfirman dalam surah Al-Ankabuut, ayat 2 yang berbunyi : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) setelah mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum lagi diuji? ".


Oleh itu, bersabarlah dengan segala ujian. Ujian tanda kasih dan perhatian ALLAH kepada kita.. Bersyukurlah, kerana ALLAH sayangkan kita. ^_^


Sekadar renungan bersama.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, April 9, 2010

Pencarian Bintang Aura Ungu @ IPB


Assalamua'laikum.


Apa khabar para pengunjung sekalian? Moga sihat sentiasa, insya'ALLAH. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA diatas segala nikmat yang tidak terhitung. Moga semuanya diberkati ALLAH, aminn.


Insya'ALLAH, esok akan berlangsung program Pencarian Bintang Aura Ungu peringkat Wilayah Persekutuan. Program ini akan diadakan di Dewan Institut Profesional Baitulmal (IPB) Kampung Pandan, Kuala Lumpur.


Putrajaya juga ada menghantar wakil untuk pertandingan ini.. Kita sama-sama doakan wakil Putrajaya ye. (^_^).


Sekian, wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, April 5, 2010

Teladan buat kita


Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.


"Mengucap sayang..mengucap........Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat." Jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".


Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.


"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.


"Tekanan darahnya amat rendah." Sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. "Yassin......". Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.


"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.."Panas, dahaga, haus, panas........". Tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang. "Nenek...........".


"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu. Kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??


"Mengucap sayang, mengucap. "Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau. Katanya, "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini? Apa ini?Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".


Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku seperti bau sampah yang amat busuk.


"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya......


"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya......jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak. Jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.


Ya! aku teringat kini semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!


Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat..sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh dicelah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.


Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi ke mana dia bawanya aku?".


Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku..aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegang dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan". Aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".


Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin. Tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah! Ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Friday, April 2, 2010

Jom buat semakan @ e-halal


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Doa dan harapan, semoga dalam keadaan sihat walafiat sentiasa, insya'ALLAH.


Kami, Nisa' Putrajaya, insya'ALLAH sihat seadanya. (^_^). Alhamdulillah, syukur kepadaNYA diatas segala limpah dan rahmatNYA.


Halalan Toyyiba.. Saya pasti, semua orang pernah dengar kalimah ini kan? Halalan bermaksud Halal (boleh dimakan, sah dari hukum Islam). Toyyiba bermaksud Baik (elok untuk kesihatan). Selalunya, perkataan ini akan dikaitkan dengan makanan. Betul tak?


Halal dan baik. Dalam situasi sekarang, tidak semua makanan yang halal itu baik untuk kesihatan kita. Apa yang lebih penting, adakah makanan yang kita makan itu baik untuk perkembangan sppiritual kita? Dalaman kita? Seringkali kita lalai dalam bab ini.


Sedarkah kita, makanan yang kita makan itu adalah sumber yang akan menjadi darah daging kita? Makanan, banyak sumber yang boleh membekalkan makanan kepada kita. Tapi, persoalannya, bagaimanakah penyediaannya? Siapa yang memasaknya? Solatkah dia? Bersihkah caranya? ALLAHU RABBANA.. Kalau kita ambil kira semua tu, memang takut untuk menjamah makanan-makanan yang terhidang didepan mata kita. Memang nampak sedap, lazat, enak tapi, adakah itu semua terjamin?


Kalau betul-betul mahu menjaga, masak sendiri. Insya’ALLAH, kita yakin bagaimana cara penyediaannya. Jangan lupa, berwudhuklah sebelum memasak. Insya’ALLAH, ada keberkatan disitu.

Baiklah, sebelum mengakhiri kalam kali ini, saya ingin kongsikan satu laman web yang boleh kita rujuk untuk mengetahui kelayakan sijil Halal bagi sesuatu makanan, barang atau syarikat. Sebagai perkongsian bersama.


Sekian, wassalam.

Salam sayang buat semua.

Nisa’ Connecting Youth.

http://www.halal.gov.my/index.php

Talkshow Nisa'::Nilai Setitis Susu Ibu