Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Tuesday, August 28, 2012

UNDIAN TARIKH SANTAI RAYA BERSAMA NISA' PUTRAJAYA

Assalamua'laikum.

Masih dalam 'mood' raya semuanya. ^_^



Nisa' Putrajaya berbesar hati untuk mengumpulkan kenalan-kenalan dan ahli Nisa' Putrajaya dalam satu majlis sempena 'Idul  Fitri 1433H ini.

Oleh itu, kami mengharapkan kerjasama yang tinggi dari Cik/Puan sekalian untuk menyatakan tarikh pilihan bagi memudahkan kami mengadakan program LADIES DAY OUT II : Santai Raya, dengan kehadiran yang ramai dari pihak Cik/Puan sekalian. Lebih ramai, lebih meriah, kan? ^_~

Baiklah, ini tarikh cadangan dari pihak kami :

~ 8 September (sabtu)
~ 22 September (Sabtu)
~ 23 September (Ahad)

Cik/Puan boleh respon di ruangan komen atau di laman Facebook kami ( Nisa' Putrajaya). Pilih satu tarikh sahaja. :)

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Cik/Puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. ^_^

Semoga ALLAH permudahkan urusan kita seterusnya. Tak sabar nak jumpa dengan semua orang! (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, August 15, 2012

Salam Lebaran

Assalamua'laikum

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Hampir semua kelengkapan raya dah ada, kan? Paling kurang, 70% dah tersedia. ^_~.

Kereta akan mula membanjiri jalan raya bermula hari ini. Sekolah dah mula bercuti, esok. Jadi, pastilah cikgu-cikgu yang berada di perantauan, akan mula balik ke kampung halaman. Tak kurang juga ibu bapa lain yang ambil cuti awal, pulang ke kampung untuk merasa berpuasa beramai-ramai bersama keluarga.

Kami doakan semoga selamat pergi dan kembali semuanya. ^_~

Dikesempatan yang ada, kami dari Nisa' Putrajaya, ingin memohon ribuan ampun dan maaf atas segala salah dah silap, kekurangan dan kelemahan selama ini. Semoga Ramadhan kali ini mampu mengembalikan kita kepada fitrah ; suci dari dosa.

Hati-hati di jalanraya.
Jangan lupa mereka yang tersayang.
Anggap semua orang kaum keluarga.
Makan kuih raya biar berpada.
Jangan sampai terlalu kenyang.
Kesihatan kita perlu dijaga.



Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, sama-sama kita manfaatkan ruang waktu yang masih ada. Koreksi diri, istiqomahkan amal, mantapkan iman. Semoga apa yang kita lakukan, diterimaNya.

~ Jaga diri, hiasi peribadi. Tak salah mengias diri, namun pastikan syariat tetap dituruti ~

Jaga aurat ya sahabat kesayangan sekalian ^_^ .
Kenalpasti siapa muhrim dan bukan muhrim. BAHAYA andai terlepas pandang, tersilap salam. DOSA natijahnya.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 6, 2012

~ M U H A S A B A H R A M A D H A N ~

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga diberi kesihatan yang baik, hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan perancangan Kuliah Dhuha yang seterusnya. =)



Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok 'details' EUW yang bakal berlangsung:

TARIKH : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433H
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Jangan lepaskan peluang... Panel yang akan bersama kita ialah :
USTAZ SYED ABDUL KADIR ALJOFREE!
Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan sering juga menjadi tetamu undangan dalam rancangan-rancangan yang lain.

AYuh, bersama kita berMUHASABAH, apa yang telah kita lakukan sepanjang RAMADHAN ini. Adakah masih ada peluang untuk kita tampung mana-mana ruang yang lompong, atau tidak?

JAngan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. (^_^). Sebarkan pada yang lain.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *