Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Tuesday, December 31, 2013

Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?


Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, December 30, 2013

PROGRAM DI AMBANG TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum sahabat2 nisa' yang disayangi ...
 
Semoga sentiasa dirahmati Allah... Seperti yang kita sedia maklum,ramai warga Putrajaya yang akan keluar menyambut kedatangan tahun baru pada malam 31/12..namun bagaimana dengan sahabat2 nisa' sekelian? adakah kita hanya duduk di rumah bersama keluarga atau menikmati panorama di sekitar putrajaya?
 
Ke mana sekali pun kaki kita melangkah,PASTIKAN ianya membawa kita ke SYURGA Allah yang mahal nilainya..

Anda BIJAK membuat pilihan!!
 

 

Friday, October 18, 2013

USRAH NISA' PUTRAJAYA @ Oktober

Assalamua'laikum.

Dengan sukacitanya, kami ingin menjemput adik-adik, kakak-kakak sekalian, yang berumur 14-40 tahun, untuk bersama dengan kami dalam Usrah Nisa' Putrajaya. :D

Semoga dilapangkan waktu untuk bersama-sama menyemai ukhuwwah mengharap redhaNYA. :)


TARIKH : 20/10/2013 (Ahad)
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Taman Botani (Pondok berhampiran Putrajaya Seafood)

Jumpa nanti ya. :D


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Saturday, October 12, 2013

Jom bersama kami di SEMINAR MENJADI IBU BAPA HEBAT KELUARGA CEMERLANG


 
SEMINAR MENJADI IBU BAPA HEBAT KELUARGA CEMERLANG

Tarikh : 2 November 2013
Tempat : Auditorium Kompleks E Kementerian Pelajaran Presint 1 Putrajaya.

Aturcara :
07.30am : Pendaftaran peserta
08.30am : Slot 1 = Ustaz Zamri Zainuldin
10.00am : Rehat dan minum pagi
10.30am : Slot 2 = Ustazah Ros Izanuri...
12.00pm : Sembang Santai Imam Muda Asyraf
01.00pm : Bersurai

Pembentang kertas kerja

1) Ustaz Zamri Zainuldin MANTOP

TAJUK : MELAHIRKAN ANAK YANG HEBAT
1.Pendidikan:
1.1Teknik-teknik mendidik anak-anak (kanak-kanak & remaja
1.2Bagaimana berkomunikasi dengan anak-anak
1.3Bagaimana menarik minat anak-anak supaya suka menghabiskan masa di rumah.
2.Rezeki : Bentuk rezeki yang diberi oleh ibu bapa yang mampu menjadikan anak kita seorang anak yang hebat.

3.Doa : Perkongsian doa kepada hadirin

2) Ustazah Ros Izanuri
TAJUK : ANAKKU PENYEJUK MATAKU
2.0 Apakah yang patut saya ajar kepada anak saya?
2.1 Adakah saya sudah mendidik anak secara seimbang?
2.2 Adakah saya sudah mendidik anak yang terbaik?

Penampilan KHAS Imam Muda Asyraf membincangkan:
TOPIK : KOMUNIKASI DALAM KELUARGA
1) Mengurus Komunikasi sesama pasangan
2) Pengurusan masa
3) Komunikasi antara ibu bapa dan anak
4) Tips menjadi ibu bapa yang hebat keluarga cemerlang

Sila hantarkan butiran dengan SEGERA seperti berikut:
1) Nama
2) Nombor I/c
3) No. hp
4)alamat email
5) No. rujukan bayaran, masa, tarikh, bank

hantarkan ke 011-15523845, 012-6241857, & 013-3837282 (whatsapp) atau emailkan ke itsqanresources@gmail.com

Bayaran boleh dibuat melalui:
1) Cash Deposit Machine (CDM)
2) Online Banking

No. acc CIMB 1601 000 1641 109 (Global Impaque Consultancy).

Thursday, October 10, 2013

10 Hari Pertama di Bulan Zulhijjah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Semoga setiap hela nafas kita berada dalam redhaNYA sentiasa.

Hari ni, nak berkongsi artikel yang insya'ALLAH, bermanfaat untuk kita semua. :D Jemput baca ya.



Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


(Petikan dari blog Ust Halim abdullah) 



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, September 26, 2013

Korban Cinta @ 29 September 2013

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kami mengatur satu lagi program untuk kita sama-sama menimba ilmu.



Jom, set tarikh

TARIKH : 29 September 2013/Ahad
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana ya. :D

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, September 13, 2013

Tetapkan Hati Di Jalan Kebenaran

Assalamua'laikum

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kembara kehidupan.

Hidup ini, banyak ujian dan cabaran. Setiap masa, ada saja yang akan datang menemani kita. Dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan.

Ayuh sahabat sekalian,
kita panjatkan doa kepada pemilik hati kita.

Semoga kita semua ditetapkan iman untuk terus menjadi hambaNYA yang beriman dan beamal soleh.

Bismillahirrahmanirrahimm


Aminnn

Friday, August 23, 2013

Jumuah Barokah

Assalamua'laikum.



Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia, dapat meneruskan kehidupan dengan izinNYA.

***
Sekadar renungan dan muhasabah untuk hari ini:

Kita, sering mengharapkan orang lain memahami kita,
tapi,
ADAKAH KITA MEMAHAMI ORANG LAIN?

Sama-sama kita fikirkan...

Ma'as salamah.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, August 20, 2013

Doakan saudara kita di sana



Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina
wa nauzubilLahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum, wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aminnn ya robbal a'lamin...



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 5, 2013

EID MUBARAK 1434H



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 24, 2013

MUHASABAH RAMADHAN @ 28 JULAI / AHAD

Assalamua'laikum

Salam sayang buat sahabat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Syukur atas nikmat yang tak berbelah bagi dariNYA. Alhamdulillah



Dikesempatan ini, kami ingin mengajak sahabat solehah sekalian untuk bersama dengan kami dalam program sebagaimana di bawah:

MUHASABAH RAMADHAN
Tarikh : 28 Julai 2013 / Ahad
Masa : 9.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Semoga dipermudahkan pertemuan kita semua.

Jangan lupa ajak kawan-kawan  ya.

Jumpa di sana, insya'ALLAH.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


Wednesday, July 17, 2013

SOLAT SUNAT TASBIH @ MASJID BESI PADA 21 JULAI INI



Assalamua'laikum

Salam sayang buat sahabat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Syukur atas nikmat yang tak berbelah bagi dariNYA. Alhamdulillah

Sudah seminggu kita berpuasa. Bagaimana graf ibadah kita? Adakah makin melonjak ataupun semakin menurun?
Sama-sama kita koreksi diri. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.

Baiklah, dikesempatan ini, kami ingin mengajak sahabat solehah sekalian untuk bersama dengan kami dalam program sebagaimana di bawah:

SOLAT SUNAT TASBIH DAN KAPSUL RAMADHAN
Tarikh : 21 Julai 2013 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Ayuh, sama-sama kita berkumpul, menimba ilmu dari mereka yang lebih tahu. Moga bercambah iman dan amal kita semua. :D

Jangan lupa ajak kawan-kawan  ya.

Jumpa di sana, insya'ALLAH.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, July 9, 2013

TADARUS + KHATAM AL-QURAN + KAPSUL RAMADHAN @ 13 JULAI / SABTU



ASSALAMUA'LAIKUM.

Sukacita dimaklumkan, Nisa' Putrajaya dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) akan menganjurkan satu program sebagaimana di bawah:

Program : TADARUS AL-QURAN & KAPSUL RAMADHAN
Tarikh : 13 JULAI 2013 / SABTU
Masa : 8.30 PAGI - 1.oo PETANG
Tempat : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/ Puan sekalian ke program tersebut. :D

Semoga bertambah seri dan keberkatan program kita nanti dengan iringan doa dari cik/puan sekalian.

Jangan lupa jemput kawan-kawan ya.

Terbuka untuk WANITA sahaja.

wassalam

Wednesday, July 3, 2013

EKSKLUSIF UNTUK WANITA:MENUJU GERBANG RAMADHAN



 
Assalamualaikum... Semua ahli Nisa Putrajaya dijemput hadir ke kuliah dhuha seperti poster di atas...Jemput hadir semua WANITA di sekitar putrajaya jua....Ajak kawan2 dan ahli keluarga sekali...
 
JOM BERSAMA KAMI DI MAJLIS ILMU :)
 






Monday, June 24, 2013

JEREBU melanda

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita.

Hari ini, nampaknya jerebu bertambah teruk di Putrajaya. Sama-sama jaga diri ya. Banyakkan minum air, elakkan aktiviti luar. Kalau ada nak kecil, perlu lebih berjaga-jaga. Moga ALLAH lindungi kita semua.

Di sini, kami sertakan link laman web untuk semakan IPU terkini.

1) http://aqicn.org/?city=Malaysia/WilayahPersekutuan/Putrajaya

2) http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, June 12, 2013

USRAH @ 16 Jun 2013

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua.

Dikesempatan ini, kami ingin menjemput semua WANITA yang berusia 14-40 tahun untuk bersama dengan kami dalam program usrah yang akan berlangsung pada ketetapan berikut: 



TARIKH : 16 Jun 2013 (Ahad)
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Taman Botani (bersebelahan Putrajaya Seafood)
Pot luck dialu-alukan. :D

Semoga ALLAH lapangkan masa kita semua untuk pertemuan nanti. Jumpa di sana. :D

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, June 7, 2013

Hati-hati

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Jumaah barokah. Jom kita sama-sama koreksi diri. Moga bermanfaat untuk kita semua. :D



Wassalam

Wednesday, June 5, 2013

Mengapa kita LEMAH??

re-post (^_~)



" Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam"

Melalui pembacaan dapat ana kongsi bersama, Antara punca-punca seseorang itu manjadi LEMAH.........

*kerana kita tidak kenal Allah. Salah satu cara untuk kenal Allah adalah kita berfikir tentang nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..terlalu banyakkan??Jadi, adakah kita mahu terus lemah?? Pastinya tak mahu..Dan apa yang perlu dilakukan??1) Bersihkan kekotoran jiwa dengan ILMU. Bagaimana??

*perlu tahu apa yang menyebabkan kekotoran jiwa dan hapuskan kejahilan2) Akhlak (hubungan dengan Allah dan manusia)

*jaga lidah, hati dan perasaan3)Taubat

*hijrah kepada yang lebih baik adalah dengan ILMU.

*istighfar (amalan harian)*Taubat Nasuha dari dosa-dosa yang telah dilakukan. Ingatlah bhw Allah lebih kasih kepadaorang yang bertaubat kepadaNYA.

* Buat Audit - senaraikan dosa-dosa yang pernah buat dan bertaubat dari dosa-dosa itu.4)Bina kekuatan - YA. Kekuatan perlu dibina.

* Baca dan fahami Al-quran (tilawah dan tadabbur). Jadikan al-quran sebagai teman bicara,pasti hatimu menjadi tenang. Walau sesibuk manapun kita, bacalah Al-quran even satu ayat.

* segala penyelesaian ada terkandung di dalam Al-quran

* lakukan amalan - amalan sunat (puasa, solat sunat dll).Sesungguhnya perubahan yang ingin kita lakukan lahir dari ILMU dan KEMAHUAN. Kemahuan yang kemahuan yang kuat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik akan melahirkan 'action'.Ana menyeru kepada diri sendiri terutamanya dan kepada sahabat-sahabat, marilah kita bangkit dari lena yang panjang.
Laungkan dalam diri:
"Aku tak boleh lemah, masih banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebelum aku kembali kepada pemilik diriku..ALLAH S.W.T.,,Jika aku biarkan diri ini terus lemah tak bermaya, aku pastinya orang yang rugi kerana orang lain tidak mampu untuk membawa titik perubahan dalam diriku jika aku sendiri TIDAK MAHU berubah.."

Lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit agar ianya terkesan di hati..Berubah tidak semestinya kita berubah 360 darjah sekaligus..sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk kita mengubah sesuatu yang telah menjadi habit harian kita..Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan..sama ada kita MAHU @ TIDAK MAHU bukannya MAMPU @ TIDAK MAMPU. Sesungguhnya Allah akan memberi support kepada hambaNYA yang mahu mendekatiNYA dan merasai nikmatnya kasih sayang ALLAH.

"Jika kita tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua."
wassalam

regards
insyirah


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, June 4, 2013

Tutuplah Dengan Sempurna

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Friday, May 31, 2013

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan :)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendakNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. :). Semoga setiap hela nafas kita diredhai ALLAH sentiasa.

Hari Jumaat penuh barokah. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. ALLAHu ALLAH. Cepatnya masa berlalu. Semoga rahmat ALLAH sentiasa memayungi kita semua.

Pagi ni, nak kongsikan 1 doa untuk kita amalkan bersama. Semoga bermanfaat. :)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, May 10, 2013

Program Selembut Wajah Seindah Akhlak

Assalamualaikum..

Semua sahabat-sahabat yang berkelapangan dijemput hadir :)


Friday, April 12, 2013

Gembira?

Assalamua'laikum

...Muhasabah...

Ramai orang gembira.
Melayari bahtera kehidupan.
Meskipun sering didatangi ujian,
selalu saja lupa sebaik sahaja nikmat dan kegembiraan merapati.

Kita sering tertipu,
dengan dunia yang sementara.
Sampai terlupa
hakikat perjalanan yang semakin pendek,
menuju negeri abadi.

Astaghfirullahal'azim

*********



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, April 10, 2013

TVQURAN, manfaat untuk semua

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua.

Hari ni nak kongsi satu laman web yang bagus.

Ada pelbagai bacaan dari ramai qari seluruh dunia.

Boleh buka link di bawah ya.

Semoga bermanfaat. :)

LINK : http://www.tvquran.com/

Wassalam




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, April 4, 2013

Mati Itu PASTI

Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah, Maha Penyayang.

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal". (Surah Al-Mukmin:39)

Assalamua'laikum wbt.

Apa khabar sahabat sekalian?

Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. :)

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Memberi masa kepada kita untuk terus mengutip bekalan. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH atas nikmat-nikmat yang tidak terhitung.

Kematian.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada satu pun makhluk yang bernyawa dapat lari dari merasai kematian.

‘Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan’.(Surah Al-Waaqi’ah:60)

Mana mungkin kita dapat menandingi kuasa Tuhan, sedangkan kita hanya hamba? Makhluk yang tak punya apa-apa. Semua yang ada sekarang, hanyalah pinjaman saja. Tiba-tiba nak berlagak bagai Raja, menolak hukum alam, ingin lari dari kematian?

Tidak mungkin.. Tidak mungkin kita dapat menolak kematian yang telah ditetapkan ke atas kita.

Apa yang kita boleh lakukan?

Teruskan berusaha melakukan kebaikan. Carilah bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke alam yang kekal abadi. Sedarlah, dunia hanya 1 tempat persinggahan. Tempat kita mengutip bekalan.

Berdoalah, agar penghujung usia kita, diakhiri dengan husnul khotimah.

Jangan berputus asa dari rahmat ALLAH. Bersedialah. Ajal pasti akan datang bila tiba masanya. Yang penting, persediaan kita untuk bertemu denganNYA.

Semoga ALLAH redha atas apa yang kita lakukan.



wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, March 29, 2013

Dunia jambatan ke Syurga



Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



AYUH,
SEIRINGAN KITA BERSAMA..
MENITI KEHIDUPAN, MENUJU REDHA TUHAN SEKALIAN ALAM..
JALAN INI PENUH BERLIKU, HALANGANNYA BANYAK BUKAN KEPALANG.
SESEKALI, PASTI AKAN ADA UJIAN MENDATANG.

DUNIA NI LETAKNYA HANYA DITANGAN...
TAPI JANGAN LUPA, IA ADALAH JAMBATAN,
MENUJU KEHIDUPAN YANG BERKEKALAN.... 



JOM, KUTIP BEKALAN... BIAR SEDIKIT, ASALKAN BERTERUSAN..
ALANGKAH INDAHNYA, KALAU ADA RASA BERTUHAN...=)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 21, 2013

SEMBANG DHUHA; WANITA : Hak dan Peranan

Assalamua'laikum


Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan.

Insya'ALLAh, dengan izinNYA. pada hujung minggu ini, kami akan membawakan kepada anda Program Sembang Dhuha. 

TAJUK : WANITA : Peranan dan Hak
MASA : 9.OO pagi hingga 12.00 tengahari
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Putrajaya.
PANEL : Ustazah Norhafizah Musa & Ustazah Suraya Mohamed

Jemput datang ramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang.
Ketahui apa peranan dan hak kita sebagai wanita!

Jumpa nanti ya.
Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, March 15, 2013

Sedekah

sumber : http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2013/03/sedekah-memaafkan-merendah-hati.html





Sedekah itu susah waktu hati kita meronta menggunakan duit untuk kehendak sendiri...

Memaafkan itu perlu mujahadah yang sangat tinggi..apatah lagi tika kesalahan itu dilakukan oleh insan yang paling rapat dan paling kita sayangi...

Merendah hati itu sukar, melainkan oleh hati yang merasa bahawa segala kebaikan yang dipunyainya adalah milik ALLAH, ALLAH Maha Besar dan kita tiada apa-apa.

Sedekah, memaafkan, tawaduk - rasululullah saw memotivasi kita untuk meraih redha ALLAH dalam ujian kehidupan yang sentiasa menguji iman dan perasaan ...!

"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidaklah seseorang hamba yang mudah memberi maaf melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Tidaklah seseorang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan meninggikan darjatnya" (Muslim no.2588)



_______________________

 
"Carilah kebahagiaan dan ketenangan pada membaca Al quran, solat dan mengingati Allah... jika tidak ditemukan kegembiraan dalam semua itu, mungkin kah ada pada hal yang lain?"

#berkongsi kata- kata hikmah. kita semua ada peluang untuk bahagia :)


_______________________

Love, nurul adni adnan




Friday, March 1, 2013

Ampunkan Dosa Kami, Ya ALLAH

Bismillahhirrohmanirrohim


Ya ALLAH, dosa kami terlalu banyak.
Kami mohon padaMu
Ampunkan dosa kami.
Ampunkan dosa kami
Ampunkan dosa kami

Kami mengharapkan ehsan dariMu
Kami mengharapkan keampunan dariMu







Thursday, February 28, 2013

Jangan Lepaskan Peluang :D

Assalamua'laikum

Mari berhujung minggu bersama kami.
Sesekali lepaskan lelah, mengerat silaturahim sesama kita.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, February 25, 2013

Ladies Take A Break

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian?

Insya'ALLAH, pada 3 Mac 2013 (Ahad) nanti, kami akan mengadakan satu program santai.
Ada beberapa acara menarik yang akan berlangsung mengikut kategori.

Dewasa
- Gubahan menggunakan bahan terpakai (kami sediakan botol sahaja)
- Pertandingan memasak sarapan (kami sediakan sandwich maker dan roti sahaja)

Remaja
- Stylish Hijab
- Congkak

Kanak-kanak
- Pertandingan Mewarna

Berminat??
Hubungi kami segera untuk urusan pendaftaran. :D

Juga. ADA CABUTAN BERTUAH.
Jangan lepaskan peluang ini.
Ayuh, bersama kami.
TAKE A BREAK. :D

Terima kasih ya.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, February 21, 2013

USRAH AHLI @ 24/02/2013


Assalamualaikum sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya yang dihormati,


 
InsyaAllah kami akan menganjurkan Usrah khusus untuk SEMUA Ahli Nisa Putrajaya dan juga kepada WARGA WANITA PUTRAJAYA yang berumur 14 -40 tahun amnya, pada ketetapan berikut:

 
Tarikh: 24 Februari 2013 (Ahad)
Masa:9.30 pagi
Tempat: Taman Sri Empangan (depan PICC), Presint 5, Putrajaya.
 

POT LUCK adalah digalakkan :)
 
JOM USRAH :)
 
 
 
“Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu.

Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah.

Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah.

Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim. Menghasilkan manusia muslim”
 
-saifulislam.com




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *