Pages

Monday, January 4, 2010

XPDC Malam Tahun Baru di Putrajaya

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog Nisa Putrajaya. Diharapakan semuanya berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Bagaimana dengan azam tahun baru 1431H / 2010? Semoga segala perancangan dan azam kita pada tahun ini dpermudahkan oleh Allah untuk melaksankannya. Tingkatkan Iman, Islam dan amal ibadah kita pada Allah SWT.

Pada malam 31 Disember 2009, syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberi kekuatan dan kemudahan kepada Nisa Putrajaya dan sahabat- sahabat yang lain untuk mengadakan XPDC Dakwah bersempena sambutan tahun baru 2010 di Putrajaya. Selepas solat Isyak berjemaah, sebahagian daripada kami berkumpul di Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) untuk sesi taklimat dan pembahagian tugas di tempat masing-masing.

Kami berjalan di sekitar kawasan yang telah ditetapkan dan memberi kan risalah/pamphlet berkenaan sambutan tahun baru, pergaulan bebas, adab –adab dalam tatacara berpakaian mengikut syara dan berkaitan dengan isu semasa. Sasaran kami pada malam itu adalah golongan REMAJA terutamanya dan respons daripada mereka adalah positif dan menggalakan. Tujuan utama XPDC ini dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai lagi penduduk di sekitar Putrajaya ini tentang kesedaran untuk melakukan sesuatu perkara itu berlandaskan syariat Islam. Selain itu,kami juga berharap agar saudara-saudara seISLAM kita ini dapat memulakan azam yang baru dengan semangat ISLAM dan dapat melaksanakan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

Walaupun kita tidak dapat mengubah hati seseorang itu dalam masa yang singkat,sekurang-kurangnya kita mempunyai usaha untuk membawa masyarakat Putrajaya kembali dekat dengan Islam. Diharapkan usaha-usaha sebegini untuk mendekatkan diri dengan masyarakat, dapat diteruskan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan pertolongan daripada Allah SWT. Semoga segala usaha yang dilalukan mendapat rahmat dan berkat daripadaNya. InsyaAllah.XPDC tamat lebih kurang pukul 12 tengah malam.

"..sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.[94:6-8]


JOM JOIN NISA PUTRAJAYA =)

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)