Pages

Thursday, March 29, 2012

Keluarga Bahagia : REALITI ATAU FANTASI??

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepada ALLAH swt atas limpahan nikmat dan kurniaNYA yang tak pernah putus. Alhamdulillah.

Sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian,
hujung minggu ini kami bakal membawakan kepada anda semua, sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita (EUW) yang akan berlangsung pada ketatapan sebagaimana berikut:

TARIKH : 1 APRIL 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Raihan Abd Aziz (Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz, TV9) akan bersama-sama kita untuk mengupas tajuk KELUARGA BAHAGIA : REALITI ATAU FANTASI.



Oleh itu, kami di pihak Nisa' Putrajaya amat berbesar hati untuk menjemput dan mempersilakan sahabat sekalian untuk sama-sama berhimpun di majlis ilmu yang bakal berlangsung nanti.

Semoga kehadiran Puan/Cik sekalian akan menambah keberkatan, dan dapat sama-sama kita kongsikan info-info yang berguna.

Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. Bukan khusus untuk yang sudah berkahwin sahaja, tapi juga amat sesuai untuk yang belum berkahwin. Sama-sama kita tambah ilmu, persediaan untuk masa hadapan.

Jumpa di sanaaa.. (^_~)

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Sy nk tny.
    Adakah sesiapa saje yang bole menghadiri kuliah ini.

    ReplyDelete
  2. Wsalam wbt.. Terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan Puan/CIk.

    Program ini terbuka kepada semua wanita, samada ahli Nisa' atau tidak..

    Boleh ajak kawan2 datang beramai-ramai. (^_~). Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan sekalian

    ReplyDelete

Nisa' Connecting Youth.. =)