Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, November 25, 2009

Jom Korban =)

Assalamualaikum..Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.

Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Umur haiwan korban dikelaskan begini:

  • Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.
  • Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.
  • Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah:

  • Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;
  • Buta sebelah mata atau kedua-duanya;
  • Gila atau berpenyakit;
  • Berkudis walaupun sedikit;
  • Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan
  • Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.

Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:

  • Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.
  • Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.
  • Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.
  • Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.
  • Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.

Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita.

Source:http://soleh.net/

Thursday, November 19, 2009

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


Monday, November 16, 2009

Busy

Busy
by: Stephen Covey, 7 Habits of Highly Effective People




Once upon a time a very strong woodcutter ask for a job in a timber merchant, and
he got it. The
paid was really good and so were the work conditions. For that reason, the woodcutter was
determined to do his best.His boss gave him an axe and showed him the area where he was
supposed to work.The first day, the woodcutter brought 18 trees"Congratulations," the boss
said. "Go on that way!"Very motivated for the boss’ words, the woodcutter try harder the next
day, but he only could bring 15 trees. The third day he try even harder, but he only could bring
10 trees.Day after day he was bringing less and less trees."I must be losing my strength", the
woodcutter thought. He went to the boss and apologized, saying that he could not understand
what was going on."When was the last time you sharpened your axe?" the boss asked."Sharpen?
I had no time to sharpen my axe. I have been very busy trying to cut trees..."


Morale: Even in our busiest days, it is worth taking some time to sharpen our skills and knowledge to perform better.

Friday, November 13, 2009

Perbaharui IMAN

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

sentiasalah kamu memperbaharui iman dihati kamu...

Lalu sahabat r.a bertanya, bagaimanakah caranya Ya Rasulullah?

Sentiasalah kamu menyebut kalimah " LA ILA HA ILLALLAH"...

***********************
Leader is a Reader... (^_^)

***********************

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, November 12, 2009

Bila kamu sebut fasal Baitul Muslim…



Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?
Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya lah. Pernah dengar?
Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.
Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.
Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.
Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tangga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.
Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.
Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.
Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.
Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.
“ Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar”
Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.
Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.
Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.
Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.
Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.
Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan.
Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran?
Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi?
Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang?
Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina’ Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.
Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.
Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.
Sebab itulah, kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.
Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.
Maka, apa lagi yang kalian tunggu?
Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi


Source and credit to:http://ms.langitilahi.com/

Monday, November 9, 2009

Doa rabithah =)

Rabithah -Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu

bahwa hati ini telah berpadu

berhimpun dalam naungan cintaMu

bertemu dalam ketaatan

bersatu dalam perjuangan

menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya

kekalkanlah cintanya

tunjukilah jalan-jalannya

terangilah dengan cahayaMu

yang tiada pernah padam

Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami

dengan karunia iman

dan indahnya tawakal padaMu

hidupkan dengan ma’rifatMu

matikan dalam syahid di jalan Mu

Engkaulah pelindung dan pembela


p/s:kalau nak download mp3, sila klik link ni : http://www.4shared.com/file/67643583/34454616/11_rabithah_-_izzatul_islam.html?s=1

Apa Yang Kita Sibukkan?

Oleh : Cikgu Azmi Bahari

"Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu saya siapkan".

Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan....lebih-lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?

Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?

Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".

Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaimana pula yang kita harapkan. Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"

Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata.Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)

"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah dengar...kembalikanlah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang yakin"

Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana tipu dayanya terlalu halus.

Ibnu Qayyim al Jauziyah memberi beberapa gambaran tentang belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi;

Pertamanya syaitan akan cuba membawa kita kepada syirik dan kekufuran. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara atau keyakinan yang akan merosakkan aqidah kita kepada Allah SWT, mempercayai adanya sesuatu yang boleh menandingi kekuasaan Allah dalam bentuk individu atau sistem. Mungkin dikampung-kampung ada bomoh-bomoh yang boleh melihat nasib kita, bahkan baru-baru ni di sekolah tempat saya mengajar datang seorang MOTIVATOR yang mendakwa dapat bercakap terus dengan Allah swt, boleh berjumpa Rasulullah SAW...boleh melihat masa depan pelajar dan bermacam-macam lagi perkara yang merosakkan Aqidah dan boleh membatalkan amalan kita. Kesannya ramai pelajar-pelajar yang kebingungan. Jadi sekarang ini sudah mula timbul bomoh-bomoh, tukang tenun nasib dan Kahin-kahin zaman moden...dan dalam keadaan masyarakat yang tertekan ini masyarakat akan mudah menerima jalan penyelesaian yang mudah walau terpaksa mengorbankan Aqidah mereka.

Keduanya. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara bid'ah, samada dalam bentuk menambah atau mengurangkan Deen Allah SWT iaitu Islam. Dibisikkan kita untuk menambah apa yang telah Allah putuskan atau mengurang atau menolak sebahagiannya. Kadang-kadang berlakunya kekeliruan dalam persoalan dimana letaknya kesalahan bid'ah. Contohnya ada masyarakat yang meletakkan bid'ahnya membina binaan di atas kuburan kerana memberatkan mayat, jadi dizaman moden ini sudah ada batu bata yang ringan seperti plastik...bahkan kebanyakan bangunan-bangunan di Singapura dan Johor dibina dari bahan seperti ini kerana lebih cepat dan mudah...jadi suatu hari nanti membuat binaan di atas kuburan tidak lagi bid'ah kerana tidak memberatkan mayat. BENARKAH BEGITU ????. Oleh itu perlu kita sedari, beratnya bid'ah itu bukan kerana memberatkan mayat atau sebagainya tetapi adalah natijah dari rosaknya aqidah kita;

1.KITA MERASAKAN BAHAWA ADANYA KEKURANGAN DALAM APA YANG TELAH ALLAH PUTUSKAN, SEOLAH-OLAHNYA ADA PERKARA YANG TIDAK TERMASUK DALAM ILMU ALLAH.

2.ATAUPUN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW TIDAK SEMPURNA, ADA PERKARA-PERKARA YANG RASULULLAH SAW TERLUPA UNTUK SAMPAIKAN KEPADA KITA ATAU SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN KERANA PERKARA-PERKARA TERTENTU...JIKA BEGINI MAKA KITA MERAGUI KERASULAN RASULULLAH SAW, BUKANKAH RASULULLAH ITU SALAH SATU SIFATNYA IALAH TABLIGH (bukan jemaah tabligh, dan memang jemaah tabligh menagmbil kalimah tabligh ini dari sifat Rasulullah SAW) IAITU RASULULLAH SAW SAMPAIKAN SEMUA YANG ALLAH SAMPAIKAN KEPADANYA. Inilah perangkap-perangkap yang kita sering tertewas...bahkan banyak lagi yang tidak dapat kita bincangkan dalam ruangan ini.

Ketiga. Sekiranya masih gagal, syaitan akan mengajak kita untuk melakukan dosa-dosa besar; berzina, berjudi, melibatkan diri dengan riba dan sebagainya. Lebih malangnya...hari ini riba diberi nama-nama yang lain yang lebih menarik dan bunyinya 'macam soleh' ada yang disebut bunga, faedah dan sebagainya. Dan sekarang ini terdapat bermacam-macam bentuk perjudian moden, kalau dulu ada loteri...kemudian loteri 'kebajikan' sekarang ini diganti dengan sijil yang dijual di bank-bank, beli dengan harga tertentu...kalau nombor siri sijil yang kita beli itu 'naik' maka kita akan jadi jutawan segera.

Keempat. Sekiranya masih gagal maka syaitan akan mengajak kita pada dosa-dosa kecil sedangkan api yang besar dimulakan dengan ranting-ranting yang kecil. Mula-mula jumpa saja, tak buat apa-apa pun, salahkah kami sekadar nak berkenalan. Lepas tu duduk dekat-dekat sikit, tempat awam bukan bersunyi-sunyian, kemudian mula pimpin tangan ...lintas jalan 'darurat' kononya..lama kelamaan menjadi kebiasaan. Lepas tu mula jumpa di tempat-tempat tak ada orang dan seterusnya hingga terlahirlah anak-anak luar nikah dan sebagainya.

Kelima, jika masih gagal lagi, maka syaitan akan sibukkan kita dengan perkara-perkara mubah atau harus, banyak tidur, banyak ketawa, banyak gurauan hingga hilang kewibawan dan keseriusan kita, masa kita terabai begitu saja.

Keenam. Jika masih gagal lagi maka syaitan akan sibukkan kita dalam perkara-perkara yang kurang utama. Hari ini kita sering mendengar kegembiraan jemaah haji hingga ada yang berkali-kali mengerjakan haji...mengeluarkan belanja puluhan ribu, kami terdengar panggilan Kaabah dan sebagainya. Hinggakan Yusuf al Qaradawi menyebutkan ramai yang ahli-ahli jemaah haji merupakan orang-orang yang sama seperti tahun sebelumnya, bahkan ada yang mengerjakan haji setiap tahun sedangkan menurut Yusuf Al Qaradawi wajib haji hanya sekali sahaja, yang lainnya adalah sunat sahaja. Kita bergembira dengan amalan sunat sedangkan Ummat Islam dibeli aqidahnya di Indonesia dan diserata dunia. Jadi bagaimana kita melihat keutamaan, berdasarkan nafsu kita atau mengikut nilaian Allah SWT. Jika kita hubungkan dengan realiti di Malaysia...terlalu banyak institusi pendidikan Islam yang memerlukan dana untuk bertahan dan berkembang, banyak kerja-kerja dakwah yang memerlukan sumbangan kita....tetapi kita hanya berikan lebihan saja yang lainnya semuanya kita belanjakan dalam urusan yang kurang utama mengikut nilaian Allah SWT.

Thursday, November 5, 2009

SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK -SIRI 1

Assalamua'laikum dan salam satu aqidah buat semua.
Insya'ALLAH, pada 22 November 2009, Nisa' Wilayah akan menganjurkan satu program ilmiah iaitu program yang bertajuk Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk-Siri 1.
Program ini akan berlangsung pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang, insya'ALLAH, kita akan solat Zohor berjemaah... (^_^)
Seminar ini akan berlangsung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC..
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi:-
  • Syuhada (019-7516020)
    Shikin (013-2222589)

JUMPA DI SANA.... (^_^)

(PROGRAM NI TERBUKA UNTUK SEMUA, TIDAK MENGIRA USIA DAN JANTINA)

Wednesday, November 4, 2009

ILMU IKHLAS



"Mari ku ajarkan ilmu ikhlas." Kata seorang guru kepada anak muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,"

"Tak payah, bawa sahaja karung guni"

"Karung guni?" Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu."
Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

"Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?"

"Ya,ya." Kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak Beli barang." Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang
kelihatan penuh.

"wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata
seseorang.

"Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh,kalau begitu letih sajalah saya." Balas anak murid.

"Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas"

"Ikhlas?" Tanya anak murid kehairanan.

"kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-
orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

"Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat."

"ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!" Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.