Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Thursday, March 31, 2011

Sekalung syukur diatas nikmat kurniaanNYA


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam redhaNYA sentiasa.


Alhamdulillah, Usrah Nisa' Putrajaya telahpun berlangsung dengan jayanya semalam.


Kehadiran seramai lebih kurang 16 orang anggota usrah, memeriahkan usrah kali ke-3 ini. Alhamdulillah, ALLAH telah memilih kita semua untuk bersama-sama dalam program tersebut. Bagi yang tidak berpeluang untuk hadir, jangan kecewa. Aturan ALLAH sentiasa yang terbaik. (^_~).


Terima kasih kepada semua yang hadir. Kak Leen, Kak Syuhaidah.. Salam ukhuwwah dari kami, Nisa' Putrajaya. Semoga kita bertemu lagi dilain masa, dengan izinNYA. Alhamdulillah, ALLAH temukan kita dalam halaqah ilmu. Semoga ukhuwwah yang terjalin, mendapat rahmat dan redhaNYA.

Insya'ALLAH, kami akan berkongsi isi-isi usrah yang dibincangkan semalam. Tunggu ya.


Hari ini, hari terakhir dalam bulan Mac. Esok, April akan menemui kita. Bagaimanak dengan perjalanan hidup sehingga hari ini? Adakah lebih baik dari sebelumnya? Atau bagaimana? Jom, muhasabah.


Sekian, wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, March 29, 2011

USRAH pemangkin kesatuan hati


Assalamua'laikum sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian.


Apa khabar jasmani dan rohani pada hari ini? Semoga sihat semuanya.


Mulakan pagi dengan sedekah.. Jom, senyum... (^____^).


Alhamdulillah, masih diberi nikmat hidup dan kesihatan yang baik sehingga hari ini.


Baiklah, tanpa membuang masa, kami Nisa' Putrajaya, ingin mengajak sahabat Nisa' sekalian untuk bersama kami dalam program terdekat kami iaitu:


PERKARA : USRAH NISA' PUTRAJAYA

TARIKH : 30 MAC 2011 (RABU)

MASA : 8.15 MALAM

TEMPAT : FASA 12, PRESINT 9, PUTRAJAYA.

AGENDA : SOLAT ISYAK BERJEMAAH, USRAH, JAMUAN RINGAN, BERSURAI.


Semoga ALLAH mengizinkan perancangan yang telah kita lakukan ini.


Jadi, kepada semua ahli Nisa' Putrajaya sekalian, anda adalah dijemput. Kepada yang masih belum mendaftar sebagai ahli Nisa' Putrajaya, apa tunggu lagi. Jom, isi borang ya.. Insya'ALLAH, kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin. (^_^).


Akhir kalam, kami ingin mengajak sahabat sekalian sama-sama berfikir akan suatu kata-kata:


"SETIAP UJIAN ADALAH NIKMAT DAN SETIAP NIKMAT ADALAH UJIAN".


Semoga ALLAH merahmati dan meredhai hidup kita semua.


Salam sayang dari kami. Jumpa nanti ya. Hingga bertemu lagi di lain masa, jaga diri, jaga iman, jaga amal, jaga ISLAM. Wassalam. (^_~)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, March 23, 2011

NOTA buat HATI


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya sekalian? Moga dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya.


Alhamdulillah, pada tarikh 23 Mac 2011, bersamaan dengan 18 Rabiul'akhir 1432 Hijrah, kita semua masih berkesempatan untuk meneruskan kembara kehidupan di bumi Tuhan. Alhamdulillah, puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan Sekalian Alam.


Macam mana graf perjalanan hidup kita semua sejak dilahirkan? Adakah sentiasa mendatar, atau semakin menurun, atau mungkin juga semakin menaik? Apa jawapan sahabat sekalian?


Rata-rata menyatakan bahawa graf hidup kita sentiasa berubah-rubah. Ada masanya, menaik, ada masanya, menurun. Dan ada juga masanya, graf akan mendatar. Semuanya berlaku dengan izinNYA jua. =)


Hidup, ada yang mengibaratkan ia sebagai roda. Ada masa diatas, ada masanya, akan berada di bawah. Ada juga yang membuat perumpamaan bahawa hidup ini ibarat roller coster. Laju, dan penuh dengan kejutan dan cabaran. Liku-liku yang perlu ditempuhi, tak dapat dijangka. HEBAT percaturan ALLAH, bukan?


Hari ini, terpanggil untuk menyuarakan sesuatu tentang CINTA.. Moga ada manfaatnya untuk kita bersama.


Monolog tentang cinta, ramai yang mampu bicara.
tapi hakikat sbenar ttg cinta,
masih dalam genggamanNYA.


DIA hadirkan segalanya mengikut ketetpan yang telah DIA aturkan.
Sesekali, DIA berikan sedikit cebisan rasa cinta,
untuk kita nikmati...

kemudian, DIA mengambilnya kembali

Adakah kita ingin menyalahkan DIA?
kerana mengambil rasa cinta tatkala kita masih memerlukan cinta?

adakah kita ingin menyalahkan DIA,
kerana mengambil semula apa yang DIA kurniakan?


Ayuh, kita sama-sama fikirkan.

Dimanakah kita sekrang?

Apakah cinta kita kepadaNYA telah mengatasi cinta kita kepada sesama makhluk?

Adakah benar cinta kita semata-matanya demi mendapatkan redhaNYA?


JOM, muhasabah.


Sekian, wassalam. (^_~)

p/s : dalam hati, ada cinta untukNYA, anugerah dari DIA untuk kita semua.. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, March 18, 2011

JEJAK KASIH REMAJA


Thursday, March 3, 2011

Sultan Muhamad Al-Fateh dan Kota Konstantinopel




Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, hari ini kami, Nisa' Putrajaya diberi kesempatan olehNYA untuk berkonsi sedikit ilmu yang ada. Dipetik dari sebuah buku 'Novel Sejarah Islam' yang bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh, hasil tulisan Abdul Latip Talib, terbitan PTS.

Buku ini juga menjadi pengisian dalam slot Bedah Buku, dalam Usrah Nisa' Putrajaya yang lalu.

Baiklah, dikesempatan ini, kami ingin kongsikan serba sedikit tentang Sultan Muhammad yang juga dikenali sebagai Al-Fateh yang bermaksud si penakluk. Baginda digelar Al-Fateh kerana telah berjaya menakluk beberapa buah negara sepanjang pemerintahan Baginda.

Siapakah Sultan Muhammad?
- Baginda adalah anak tunggal Sultan Murad II, pemimpin kerajaan Usmaniah dan Permaisuri Aishah
- Baginda dilahirkan pada 27 Rejab 835H bersamaan dengan 29 Mac 1432M.
- Baginda mangkat pada 3 Mei 1482M. Mengikut catatan, Baginda telah diracun.
- Sultan Muhammad Al-Fateh telah ditabalkan sebagai Pemerintah ketika berumur 19 tahun. Hanya setelah 2 tahun pemerintahannya, Baginda telah berjaya menawan Kota Konstantinopel iaitu pada usia 21 tahun.
- Baginda telah menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul yang bermaksud, ISLAM keseluruhannya.


Sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh, telah banyak cubaan yang dilakukan oleh Khalifah ISLAM yang lain untuk menawan Kota Konstantinopel. Antaranya ialah:

1) Saidina Ali r.a pada tahun 34 Hijrah.
2) Muawwiyah b. Abu Suffian pada Tahun 84 Hijrah.
3) Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah.
4) Khalifah Harun Al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah
5) Sultan Beyazid pula telah melakukan 3 kali cubaan iaitu pada 1391M, 1397M dan 1400M.
6) Dan akhirnya, pada 20 JamadilAwwal 857H bersamaan dengan 29 Mei 1435M, Sultan Muhammad telah berjaya menawan Kota Konstantinopel.

Menarik tentang Penaklukan Kota Kontantinopel:
- Terdapat jenazah sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Ayyub Al Ansary telah dimakamkan di benteng Kota Konstantinopel. Beliau telah berwasiat supaya jenazahnya dimakamkan disitu kerana katanya "“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel”.

- Sultan Muhammad berjaya menawan Kota Konstantinopel setelah 53 hari berperang.

- Penciptaan Meriam Urban bermula pada Pemerintahan Sultan Muhamad. Meriam tersebut dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Urban. Beliau telah ditangkap oleh Pemerintah Kota Konstantinopel, kerana Baginda mendapat tahu bahawa Urban pandai membuat sejata. Tetapi Urban tidak bersetuju untuk menolong Pemerintah Kota Konstantinopel yang zalim itu, dan telah dihukum penjara sehinggalah Sultan Muhamad Al-Fateh menyelamatkan Urban. Setelah berjumpa dengan Sultan Muhamad, Urban bersedia untuk membantu Baginda dan berjanji untuk membuat meriam.

- Sepanjang proses penaklukan Kota Konstantinopel, ramai penduduk dan pembesar Kota Konstantinopel telah memeluk agama ISLAM setelah berjumpa dengan Sultan Muhamad. Mereka tertarik dengan cara dan peribadi Sultan Muhamad. Antaranya ialah Ketua Paderi Kota Konstantinopel.

- Teluk Tanduk Emas mempunyai senjata rahsia. Rantai besi yang besar, telah digunakan untuk menghalang musuh untuk menghampiri Kota Konstantinopel. Pernah suatu ketika, Panglima Laut Sultan Muhamad merempuh rantai besi tersebut dengan 3 buah kapal sekaligus, tetapi masih gagal memutuskan rantai tersebut. Ini adalah penyebab Sultan Muhamad menggunakan kaedah luarbiasa iaitu dengan melayarkan Kapal Perang di atas daratan. Baginda mendapat ilham ini setelah berbincang dengan para Pembesar dan Panglima. Kapal-kapal ini diluncurkan diatas batang-batang kayu yang telah dilumur dengan darah dan lemak haiwan. Ia dilakukan pada waktu malam, dan ketika angin bertiup kencang. Ini memudahkan lagi proses-proses pemindahan kapal melalui daratan. Mengikut sumber, lebih kurang 70 - 72 buah kapal Kerajaan Usmaniah telah berjaya dipindahkan melalui daratan.



Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“..Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Setelah 800 tahun, hadith tersebut telah menjadi kenyataan. Sultan Muhamad adalah sebaik-baik raja dan para tentera pada zaman pemerintahannya adalah sebaik-baik tentera yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w.

Baginda pernah menyamar untuk meninjau kehidupan rakyatnya bersama beberapa orang Pembesar dan Syeikh Shamsuddin Al Wali, iaitu ulama' yang menjadi rujukan Baginda. Sepanjang tempoh penyamaran Baginda, Baginda berpuas hati dengan peribadi dan tingkahlaku rakyat di negara Baginda.

Setelah manakluk Kota Konstantinopel, Baginda telah menukar Gereja terbesar di Kota tersebut menjadi Masjid yang diberi nama Aya Sofea. Sewaktu pemilihan untuk melantik Imam, untuk solat Jumaat buat kali pertama di Masjid tersebut, Sultan Muhamad telah meminta semua tentera termasuk Baginda sendiri, berdiri. Baginda mengajukan beberapa soalan.


1) "Siapakah diantara kita yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh, sila duduk". Namun tiada seorangpun yang duduk, kerana semua tenteranya tidak pernah sekalipun meninggalkan solat fardhu.
2) "Siapa diantara kita yang pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk". Kali ini, sebahagian daripada tenteranya duduk.
3) Sultan Muhamad bertanya lagi, " Siapa diantara kita yang pernah meninggalkan solat sunat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk". Dan akhirnya, hanya Sultan Muhamad Al-Fateh seorang sahaja yang berdiri.

Sultan Muhamad AL-Fateh adalah seorang kuat beribadat dan bertakwa. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib, dan solat sunat tahajjud sejak baligh. Baginda juga dikatan sebagai seorang pemerintah yang suka mengikut cara Rasulullah, terutama dalam strategi peperangan. Baginda juga tawadhuk dan merendah diri. Baginda menganggap semua orang adalah sama rata. Baginda pernah bersama-sama dengan rakyat dan tentera Baginda untuk membina benteng Rumeli Hissari.

Andai inginkan maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk pada yang lebih pakar, ya.

Sekian, wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Jangan Pernah Takut


Jangan Pernah Takut

Jangan pernah takut untuk gagal
Jangan pernah takut untuk sedih
jangan pernah takut untuk berduka
jangan pernah takut untuk kecewa
dan..jangan pernah takut untuk berendam dengan air mata


hakikatnya...
kita cuma insan biasa
yang adatnya cuma biasa-biasa
kadang menangis kadang ketawa
kadang ceria kadang berduka
kadang berjaya kadang gagal yang ditempa
apapun jangan pernah takut untuk membuat pilihan
hakikatnya kita tidak pernah tahu jalan di hadapan




setiap perkara ada risikonya
siapa tahu esok milik siapa
mungkin kita juara dunia
atau perdana menteri negara
pilihan ada di tangan
dan ingatlah..jangan pernah takut untuk membuat pilihan..
kerna istikharah ada sebagai penyelesaian
bukti Allah Maha Penyayang

usah dikenang satu yang memilukan
andai kita punya seribu yang membahagiakan
kita takkan pernah selalu dapat apa yang kita inginkan
cuma kita akan selalu diberikan apa yang kita perlukan
Bukankah itu rencana Tuhan
Allah yang menciptakan

Credit to:http://qurratuaini09.blogspot.com/