Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Monday, February 20, 2012

Tahniah, anda telah berjaya!

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA, Tuhan sekalian alam. Yang masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan hingga ke saat ini.

Segala puji dan puja hanya untukNYA. Selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.

Alhamdulillah.

Pada 19 Feb 2012, bertempat di ARL PowerBowl, Alamanda, ALLAH telah memberi peluang kepada ahli-ahli Nisa' dan orang awam bersama dalam program Santai Bowling Bersama Nisa' Putrajaya. Dengan izinNYA, seramai lebih kurang 20 peserta telah berjaya menghadirkan diri. Pada awalnya, pendaftaran telah mencecah 27 orang, tapi disaat-saat akhir, ada kekangan yang menghalang. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat. Perlawanan harus diteruskan. (^_~).

Seawal jam 10.00 pagi, peserta telah mula menampakkan diri. Setelah menunggu sehingga hampir ke  jam 11.00 pagi, dan bermain satu pusingan, perlawanan bowling bermula. Sebelum itu, En. Saddam yang didatangkan khas dari Bandar Tun Razak, memberikan beberapa tips kepada para peserta. Beliau juga turut  membuat demo balingan. Terima kasih diucapkan kepada En. Saddam.



Walaupun hanya 4 kumpulan yang bertanding, namun perlawanan ternyata sengit. Masing-masing berusaha sehabis baik. Tahniah!

Dan akhirnya, pada jam hampir kepada angka 1, perlawanan berjaya ditamatkan. Dan inilah wajah-wajah pemenang kita :


Tahniah!

Markah bagi kumpulan yang bakal memenangi tempat kedua adalah seri. Maka, hasil musyawwarah, Ketua Kumpulan telah dipanggil bagi sesi penentuan. (^_~). Kedua-duanya perlu main permainan osom. Siapa menang, maka kumpulan itulah yang bakal mendapat tempat kedua, dan yang kalah akan mendapat tempat ketiga. (^_^).


- Perlawanan sengit bagi penentuan tempat ke-2 dan ke-3 -

Sungguh menyeronokkan. Santai-santai saja. Setelah hampir 5 minit berlawan osom, maka pemenang telah diketahui, sebagaimana dibawah :


Pemenang tempat ke-2


Pemenang tempat ke-3

Alhamdulillah, akhirnya, selesailah program Santai Bowling Bersama Nisa' Putrajaya tersebut. Diharapkan peserta-peserta yang hadir berpuas hati dengan apa yang kami sediakan. Insya'ALLAH, dilain masa, kita jumpa lagi ya. (^_~).

Salam sayang dari kami.

JOm Bergambar sebagai kenang-kenangan. (^_^). Terima kasih atas sokongan terhadap program kami. Kepada yang tidak berpeluang untuk hadir, jangan putus asa. Cuba lagi dilain masa. Siapa yang berusaha, dia pasti akan dapat hasilnya! (Man Jadda, Wa jadaa)


-Terima kasih diatas penyertaan kalian-
..:: Sedetik bersama, seabad terasa ::..

Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, February 15, 2012

Laporan Bergambar : JOm Sihat @ Putrajaya

Assalanua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. (^_^). Alhamdulillah, kami juga sihat walafiat.

Program Jom Sihat anjuran Nisa' Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan PPUKM, Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Jawatankuasa Surau Al-Husna telahpun berlangsung pada 11 Februari yang lalu.

Alhamdulillah, program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Putrajaya. Malah, ada juga yang datang dari luar Putrajaya. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Program bermula pada jam 9.00 pagi. Pelbagai kaunter pemeriksaan disediakan, antaranya ialah kaunter pemeriksaan tekanan darah, kaunter khidmat kaunseling, kaunter pemeriksaan gigi dan banyak lagi. Gerai jualan juga ada terdapat di luar dewan.

Jom lihat paparan bergambar yang kami sediakan.



Program Jom Sihat @ Fasa 12, Presint 9, Putrajaya

- Dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ust. Redza yang mewakili perubatan Darus Syifa' -


- Kaunter pemeriksaan BMI. Juga menjadi kaunter pertanyaan berkenaan dengan penjagaan kesihatan -


- Kaunter pemeriksaan gula dalam darah -


- Ramai yang turut tertumpu kepada kaedah perubatan alternatif (perubatan darus syifa') -

- Kaunter khidmat kaunseling. Menyediakan pelbagai jenis ujian untuk mengkaji tahap tekanan yang dialami oleh individu. Boleh juga menjadi tempat berkongsi masalah (^_~) -


- Orang ramai menanti giliran dengan penuh sabar. Terima kasih diucapkan kepada semua diatas kerjasama yang diberikan -


- Kami menerima kehadiran yang tak putus-putus sejak pukul 10.00 pagi hingga jam hampir ke angka 12.00 t/hari. Syukur kepadaNYA -

- Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menerima khidmat yang diberikan. -


- Petugas-petugas dari PPUKM sedang menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberikan khidmat kepada masyarakat -

- Kanak-kanak juga turut hadir memeriahkan majlis -


- Terima kasih di atas sokongan. 1 keluarga datang membuat pemeriksaan kesihatan. Bagus! -




- Tetap menanti dengan penuh sabar -


- Kaunter pemeriksaan darah menjadi pilihan orang ramai -

- Menanti giliran untuk mendapatkan pemeriksaan.-

- Kanak-kanak juga ada slot tersendiri. Pertandingan mewarna mendapat penyertaan yang menggalakkan. Tahniah kepada yang telah memenangi acara -



Sampai di sini saja untuk kali ini. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan peserta-peserta Santai Bowling pada hari Ahad ni. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua. (^_~)

Assalamua'laikum

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, February 13, 2012

Ekspo Buku Islam di Putrajaya.. Ayuh

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup. Syukur padaNYA atas nikmat yang tak terhitung, tak pernah henti walau sedetik. Alhamdulillah.



Hari ni, nak kongsi tentang program Ekspo Buku Islam yang akan berlangsung di Putrajaya pada ketetapan berikut:

TARIKH : 24 FEB - 4 MAC 2012
MASA : 10.00 PAGI - 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN CEMPAKA SARI, PRESINT 3, PUTRAJAYA (Berhadapan dengan Masjid Besi)

Dikhabarkan bahawa akan ada 100 gerai jualan yang akan dibuka. Pelbagai terbitan buku-buku islamik yang akan dijual di sana nanti. Oh, tak sabar rasanya. Nanti kita pakat-pakat jumpa di sana ya.

Seronoknya membeli belah di gedung ilmu. Oh ya, jangan beli saja, kena baca tau. Tambah pengetahuan kita semua. (^_^). Membaca jambatan ilmu.

Insya'ALLAH, laporan tentang aktiviti Nisa' akan menyusul.. Sabar ya.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, February 8, 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA PADA 11 FEB INI

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan pertemuan kita pada saat ini. Selaut syukur dirafakkan kepadaNYA, atas kurniaan yang tak pernah henti, walau sedetik. Alhamdulillah.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad, wa a'la ali Muhammad.

Alhamdulillah, pada 5 Feb yang lalu, kita masih berpeluang untuk sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Semua orang di seluruh pelusuk negara, tanpa mengira lapisan umur meraikannya dengan cara tersendiri. Berarak sambil berselawat, menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan mulia, kekasih ALLAH tersebut.

Semoga kita semua beroleh syafaat dari Baginda s.a.w kelak.

***

Baiklah, di sini kami ada satu pengumuman.



Nisa' Putrajaya, bersama Jabatan Kejururawatan PPUKM, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan tidak lupa Warga Jawatankuasa Surau Al-Husna, Fasa 12 dengan sukacitanya menganjurkan Program Jom Sihat. Ia akan berlangsung pada ketetapan berikut :

TARIKH : 11 FEB 2012 (Sabtu)
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN FASA 12, PRESINT 9, PUTRAJAYA (bersebelahan Surau Al-Husna, Jalan P9C, Putrajaya)

Program ini terbuka kepada lelaki dan wanitaMASUK ADALAH PERCUMA!

Pelbagai acara menarik disediakan :
1) Pemeriksaan Kesihatan
2) Pemeriksaan Pergigian
3) Ujian 'papsmear" & pemeriksaan payudara
4) Perubatan Syifa'
5) Khidmat Kaunseling berkenaan kesihatan
6) Pertandingan Mewarna (4-11 tahun sahaja) - Bawa peralatan sendiri
7) Pertandingan Kuiz Remaja

TIADA SEBARANG BAYARAN AKAN DIKENAKAN. SEMUANYA ADALAH PERCUMA.

Jadi, apa tunggu lagi? Hebahkan juga kepada sahabat-sahabat yang lain. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. (^_^)

Pertanyaan? Hubungi Rozi (019-5170074) atau Tini (0196732037)

Jemput datang ramai-ramai ya. Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, February 2, 2012

AYUH, SANTAI BOWLING BERSAMA NISA' PUTRAJAYA!

Assalamua'laikum.

PENGUMUMAN

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program Santai Bowling Bersama Nisa' Putrajaya, bolehlah mendaftar dengan segera.

Penyertaan adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Maklumat berkenaan dengan program tersebut boleh rujuk poster ya. (^_~)

TERBUKA UNTUK WANITA SAHAJA

Cepat, jangan lepaskan peluang.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. (^_^)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Kerana-Mu kami bertemu

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Semalam, 1 Feb 2012, merupakan hari cuti buat kami yang berada di Wilayah Persekutuan. bersempena dengan Hari Wilayah. Dan dengan izinNYA, Nisa' Putrajaya telah berjaya melangsungkan sebuah majlis ilmu yang bertempat di Surau Al-Falah, Fasa 3, Presint 9.

Alhamdulillah, penyertaan yang menggalakkan. Bukan sahaja penyertaan dari muslimat, malah juga ada penyertaan dari muslimin. Panel yang terlibat semalam ialah Ustaz Raihan, host Tv9. Moderator pula ialah Dr. Rosni. Gandingan yang mantop! Kedua-duanya menceriakan majlis dan banyak ilmu yang dikongsikan. Terima kasih kepada Dr. Rosni dan Ustaz Raihan.

Juga ada persembahan monolog serta alunan selawat beramai-ramai. Ini adalah slot untuk peserta muslimat sahaja. (^_~).

Majlis bermula jam 9.15 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga kepada-Nya yang telah melancarkan perjalanan majlis ilmu kali ini. Semoga lebih ramai yang akan hadir pada majlis yang seterusnya. (^_^)

Di sini kami kongsikan beberapa koleksi gambar sepanjang program semalam.



Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi surau Al-Falah.


Para peserta sudah memenuhi ruang di dalam surau. Segala puji bagiNYA yang telah menghimpunkan hati-hati ini di dalam taman Syurga.


Para peserta khusyuk mendengar setiap patah yang disampaikan oleh panel.


Sesi monolog yang disampaikan oleh Cik Aishah sangat menyentuh hati.


Selesai program, semua dipersilakan makan. ^_^



Alhamdulillah, dah selesai. Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Pihak Jawatankuasa Surau Al-Falah, para peserta muslimin dan muslimat, dan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung. Semoga ALLAH melancarkan perjalanan dan pengurusan kita untuk program-program seterusnya.

wassalam
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *