Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Friday, April 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Pekerja




Assalamualaikum..






Di kesempatan ini, Nisa Putrajaya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei 2011 kepada seluruh warga Putrajaya khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.






Semoga sahabat-sahabat dapat memanfaatkan cuti yang diperuntukkan ini dengan sebaik yang mungkin :)






Bagi mereka yang akan pulang ke kampung,berhati-hati di jalan raya dan didoakan selamat sampai ke destinasi hendaknya :)

Tuesday, April 26, 2011

Sannah Helwah sahabiah :)


Assalamualaikum,



Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan


"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN"


kepada

Kak Sue (Ketua Nisa' Putrajaya) (17 April)

Rokiah Binti Abdullah (11 April)

Hanis Athirah Zulkefeli (20 April)

Humairah (11 April)

Nur Hazirah Tarmizi (19 April)

Putri Salina Rais Binti Ismail (1 April)

Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan. Dan yang paling utama, semoga mendapat redha ALLAH dalam setiap perkara.


Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.
Wassalam.

Monday, April 25, 2011

Riadah::Perlawanan Badminton antara ahli Nisa Putrajaya





Assalamualaikum dan apa khabar sahabat-sahabat Nisa Putrajaya?Semoga sentiasa sehat dan dilindungi Allah hendaknya.



Alhamdulillah pada hari Ahad ( 24 April 2011), Unit Sukan dan Rekreasi (USR) telah mengadakan pertandingan badminton sesama ahli Nisa Putrajaya. Pertandingan ini telah diadakan di Presint 9,Putrajaya bermula pada pukul 8 pagi. Permainan badminton ini dijalankan bagi mencungkil bakat terpendam ahli - ahli Nisa Putrajaya :) dan beriadah pada hujung minggu.





Seperti yang kita ketahui otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat dan salah satu peribadi muslim yang kita semua perlu ada ialah tubuh badan yang sihat. Ini penting bagi memastikan kita senantiasa dapat menjalankan dakwah dengan mantap dan berkesan kepada mad’u –mad’u kita. Oleh itu, USR bercadang akan menjalankan aktiviti riadah dan pertandingan –pertandingan seperti ini secara berkala.





Ahli Nisa Putrajaya sekelian, nantikan lagi aktiviti-aktiviti menarik daripada Nisa Putrajaya selepas ini !! :)

Semoga dengan aktiviti yang kita jalankan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah fillah yang dibina dan mendapat rahmat dan kasih sayangNya.. :)





Monday, April 18, 2011

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Assalamualaikum,


InsyaAllah hari ini kita renungi sepotong hadis yang sentiasa berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari..Semoga bermanfaat :)

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)


1. lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.


2. bila mana teman anda mempunyai kekurangan, hal yang lebih utama dilakukan adalah bicara empat mata, bukan membicarakannya dengan orang lain.


3. diperlukan kebijaksanaan dan usaha agar kita tidak membicarakan kekurangan dan aib pribadi orang lain di hadapan khalayak.


4. orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik. Berikut adalah kisah teladan pada zaman Nabi Musa..semoga Allah sentiasa menjaga aib kita


Pada zaman Nabi Musa A.S., bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang.


Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar. Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”.. Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan diantara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu.


Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”. Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud. Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku.


Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”. Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”. Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”.


Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”


p/s: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar .



Source:

http://marjaathumaira.blogspot.com/ , oh! islam.com

Monday, April 11, 2011

Kau dan Aku Ke Syurga....


Assalamua'laikum...


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam rahmat dan lindungan kasih sayang ALLAH sentiasa. Kami, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA. (^_~)


Alhamdulillah, Nisa' Wilayah Persekutuan, sekali lagi membawakan sebuah Talkshow yang bertajuk KAU DAN AKU KE SYURGA.


Untuk maklumat lanjut, baca maklumat di bawah ya.


Kau dan Aku ke syurga....

"Bukankah syurga dunia yang dibina mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana...??"

TARIKH : 23 APRIL 2011 (SABTU)

MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC Panel :

1) Ustaz Fauzi Bin Mustafa (Pengacara Al Kuliyyah TV3, Duta Produk Jus Tok Guru)

2) Pn Qurratul Aein Fatah Yasin (Pensyarah UITM)


"SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR" Masuk adalah percuma ! Minum petang disediakan :)

Hubungi : 013-200 9426 (azi) @ 019-3424921 (durrah) Untuk makluman dan sebaran :)


APA TUNGGU LAGI?? JOM...

Thursday, April 7, 2011

Nisa' Putrajaya ada Facebook


Assalamua'laikum.


Semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa hendaknya.


Ada satu pengumuman untuk semua.


Boleh add Nisa' Putrajaya di Facebook sekarang. Kami telahpun punya FB sendiri.


Jom join kami di FB ya.


Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

BAJU NISA' PUTRAJAYA

(klik pd gambar utk dapatkan paparan yg lebih jelas)
Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Kalau ada yang kurang sihat, cepat-cepat cari ubat ya. Moga cepat sembuh. Ingat ya, otak yang cerdas, datang dari badan yang sihat.. (^_^). Oleh itu, jagalah kesihatan sebaik mungkin ya. Kalau badan tak sihat, nak beribadat pun tak selesa kan? Baiklah, sepertimana yang telah dijanjikan, istimewa kepada ahli Nisa' Putrajaya yang dikasihi. Hari ini, kami lampirkan design baju Nisa' Putrajaya. Kepada yang masih belum lagi memberi respon saiz baju, mohon berbuat demikian secepat mungkin ya. Harganya, insya'ALLAH dalam lingkungan rm35 sahaja.. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat... Jangan ketinggalan.. (^_~). Sekian, wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, April 5, 2011

Ideal Muslimah


Assalamua'laikum.


Apa khabar semuanya? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. (^_~)


Sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini, kami akan berkongsi pengisian usrah sebelum ni dengan Sahabat Nisa' sekalian.


IDEAL MUSLIMAH


Siapakah Muslimah Ideal? Jom sama-sama kongsi info.


1) Sentiasa menjaga hubungan dengan ALLAH dan sesama mahkluk,

2) Solat secara berjemaah

3) Menurut segala perintah samada membuat kebaikan dan juga mencegah kemungkaran

4) Menerima segala qada' dan qadar yang telah ditetapkan ALLAH dengan redha

5) Menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diterima

6) Sentiasa berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang paling taat dan bertaqwa

7) Bersama-sama menggembeling tenaga dalam gerak kerja menegakkan agama ALLAH

8) Kesetiaan dan ketaatan hanya kepada ALLAH sahaja

9) Menyeru orang lain untyk sama-sama membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran

10) Selalu membaca al-Quran.


Ini hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri untuk menjadi Muslimah ideal.


Cuba kita sama-sama semak diri kita. Adakah diri kita telah ada ciri-ciri yang disebutkan itu? Jika belum, ayuh, kita sama-sama berusaha.


REDHA ALLAH MATLAMAT UTAMA!


Salam sayang dari kami, wassalam. (^_^)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, April 4, 2011

Jangan malu untuk ucapkan sayang


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat rohani dan jasmani ya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat, dengan izinNYA.


Hari ini, hari Isnin. Hari ini, 4 April. Hari ini, kita masih diberi kesempatan masih meneruskan kembara di bumi Tuhan. Sudah ucapkan terima kasih kepada ALLAH? Jika belum, jom ucap sama-sama.



TERIMA KASIH ALLAH. (^_~)



Ya ALLAH, terlalu banyak nikmat dan rahmat kurniaanMU kepada kami semua. Tak terhitung rasanya. Tapi kami, terlalu kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepadaMU. Ampunkan kami ya ALLAH. Bukan kami tak mahu, tapi kami selalu lupa dan leka. Kami selalu menangguh-nangguh. Kami, selalu saja buat kerja sia-sia. Ampunkan kami ya ALLAH.


SAYANG


Siapakah orang yang paling kita sayang? Ibu? Bapa? Adik-beradik? Suami? Isteri? Kawan-kawan? Atau siapa?


Dimanakah ALLAH dihati kita semua? Andai diminta untuk menyediakan satu senarai, ALLAH akan berada di tempat ke berapa ya?


Ramai yang cakap, mengaku bahawa ALLAH adalah yang paling utama. Ramai yang kata, ALLAH dan Rasul segala-galanya.


Tapi...


Adakah segala yang kita lakukan mengikut landasan yang ALLAH tetapkan?

Bila ada masalah, kepada siapakah tempat kita mengadu?


Mudah untuk menuturkan, tapi sukar untuk kita laksanakan, setuju?


Sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian.


Jangan malu untuk meluahkan segala rasa kepada ALLAH. Jangan malu untuk mengucapkan sayang kepadaNYA. Jangan takut untuk meminta-minta dariNYA.


DIA, adalah pendengar yang Maha Mendengar.

DIA, adalah sebaik-baik tempat mengadu.

DIA, ada penawar yang kita perlukan.

DIA yang memberikan ujian, hanya DIA yang mampu mengambilnya kembali.


Kita, hanyalah makhluk yang lemah, yang sentiasa mengharapkan belas ehsanNYA.

Kita, hanyalah makhluk yang meminjam segalanya dari DIA.

Kita ada upaya, pinjaman dari ALLAH.

Kita ada rasa, pinjaman dari ALLAH.

Kita ada harta, pinjaman dari ALLAH.

Kita ada rupa, pinjaman dari ALLAH.


Walau bagaimana segak sekalipun kita, walau bagaimana pandai sekalipun kita, walau sebanyak mana sekalipun harta yang kita ada, semuanya adalah pinjaman. Sekadar pinjaman dari ALLAH untuk kita meneruskan kembara.


Kita, tak punya apa-apa.


Jadi, masih mencari alasan untuk menyayangi ALLAH?


Fikir-fikirkan..


Sekian saja, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kasih sayang ALLAH.. (^_~).


Wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, April 1, 2011

Nikmat Juga Ujian


Assalamua'laikum.


Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillahm kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan.


Hari ini, bertarikh 1 April 2011. ALLAHU RABBI. Tidak terasa masa yang berlalu. Pejam celik, pejam celik, sudah 3 bulan kita berada di tahun 2011. Bagaimana perjalanan hidup kita sehingga hari ini? Tepuk dada, tanya iman.


Satu kata-kata untuk kita kongsikan bersama :


SETIAP UJIAN ADALAH NIKMAT

DAN

SETIAP NIKMAT ADALAH UJIAN


Sama-sama kita fikirkan...


Sejauh mana kita memahaminya. Kata-kata ini, nampak mudah, dan biasa.. Tapi, hakikatnya, ada maksud yang sangat mendalam untuk kita fikirkan.


Ada yang tersungkur kerana ujian. Ada juga yang tersungkur dalam kenikmatan. Maka, apakah yang kita inginkan sebenarnya?


SETIAP UJIAN ADALAH NIKMAT


Andai kita selalu memikirkan kesusahan diatas setiap ujian, pasti kita akan merasa tertekan, kecewa, berduka. Tapi, sekiranya kita menganggap ujian itu sebagai suatu nikmat anugerah ALLAH kepada kita, pasti kita akan menikmatinya dengan hati yang terbuka. Menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikannya tanpa ada rasa hampa.


SETIAP NIKMAT ADALAH UJIAN


Seringkali, kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi, membuahkan leka dan lalai dalam hati kita. Merasa cukup dengan apa yang ada, tanpa memikirkan perkara lain, hingga kadangkala lupa untuk memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH yang maha kuasa. Betapa pentingnya untuk kita bersederhana dalam setiap perkara.


Pandanglah dengan mata hati. Kadangkala, bukan mata yang buta.. TAPI mata di dalam dada.. Luangkan masa untuk berfikir dan berzikir. Lihatlah segala yang ada dan sedang berlaku disekeliling kita. Setiap yang berlaku, ada sesuatu untuk kita jadikan teladan. Mungkin bukan pedoman untuk sekarang, tapi bakal berguna dimasa akan datang.


Salam muhasabah, tinta dari sekeping hati, Pendamba kasih Ilahi..


Sekian, wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *