Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Monday, September 28, 2009

Rahsia Dan Hikmah Puasa Enam

Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.

Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.

Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.

Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.

Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;

Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.

Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.

Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, saya mewakili semua ahli Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Semoga lebaran pada kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.
Semoga perjalanan kita dipelihara Allah Taala dari sebarang malapetaka.
Sedikit doa untuk diamalkan sempena 1 Syawal.

(1) Tawassul dengan Asma Allah di Malam Idul Fitri
Doa dan permohonan di malam Idul Fitri yang diawali dengan Tawassul pada nama-nama Allah. Isi doanya antara lain:Ya Allah ya Allah ya Allah, ya Rabbi ya Rabbi ya Rabbi, duhai Yang Menurunkan keberkatan, kerana-Mu diturunkan semua hajat hamba-Mu. Aku memohon kepada-Mu dengan semua Asma-Mu yang tersimpan di alam ghaib di sisi-Mu, dengan semua asma-Mu yang disaksikan di sisi-Mu, yang tercatat di lembaran-lembaran Arasy-Mu: Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya, terimalah amal dan ibadahku di bulan Ramadhan, catatlah aku sebagai bagian dari orang-orang yang melakukan haji ke rumah-Mu yang mulia, ampuni dosa-dosaku yang besar; dan keluarkan untukku ya Rabbi simpanan-simpanan- Mu yang berharga, duhai Yang Maha Pengasih.(2) Doa sebelum Shalat Idul FitriYa Allah, wahai Dia yang pada hari ini menyiapkan dan menyediakan pemberian kepada hamba-Nya yang mengharap pemberian-Nya, kurnia dan anugerah-Nya. Ya Sayyidi, duhai Junjunganku, kepada-Mu kupersiapkan diriku untuk mengharap pemberian-Mu, karunia, dan anugerah-Mu. Kini, aku telah memasuki pagi hari di hari raya ummat Nabi-Mu Muhammad (saw), sementara aku belum mempersiapkan amal saleh yang menguatkan kakiku untuk melangkah menuju-Mu, dan menghadap kepada kekasihmu. Namun demikian, aku memberanikan diri untuk datang kepada-Mu dengan merunduk sambil mengakui dosa-dosaku dan kezalimanku pada diriku. Wahai Yang Maha Agung, wahai Yang Maha Agung, ampuni dosa-dosa besarku, tidak akan ada yang mengampuni dosa yang besar kecuali Engkau Ya Lailaha illa Anta Ya Arhamar rahimin, wahai Yang Tiada Tuhan kecuali Engkau, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
(2) Doa sebelum Shalat Idul Fitri
Ya Allah, wahai Dia yang pada hari ini menyiapkan dan menyediakan pemberian kepada hamba-Nya yang mengharap pemberian-Nya, kurnia dan anugerah-Nya. Ya Sayyidi, duhai Junjunganku, kepada-Mu kupersiapkan diriku untuk mengharap pemberian-Mu, karunia, dan anugerah-Mu. Kini, aku telah memasuki pagi hari di hari raya ummat Nabi-Mu Muhammad (saw), sementara aku belum mempersiapkan amal saleh yang menguatkan kakiku untuk melangkah menuju-Mu, dan menghadap kepada kekasihmu. Namun demikian, aku memberanikan diri untuk datang kepada-Mu dengan merunduk sambil mengakui dosa-dosaku dan kezalimanku pada diriku. Wahai Yang Maha Agung, wahai Yang Maha Agung, ampuni dosa-dosa besarku, tidak akan ada yang mengampuni dosa yang besar kecuali Engkau Ya Lailaha illa Anta Ya Arhamar rahimin, wahai Yang Tiada Tuhan kecuali Engkau, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
Wallahualam..


Tuesday, September 15, 2009

Keberkatan Hadir Majlis Ilmu

PUJANGGA Arab ada berkata:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.

Dalam hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika Ramadan.Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

“Sesiapa memelihara solat jemaah pada Ramadan, setiap rakaat diberi ganjaran sebuah kota yang dipenuhi nikmat daripada Allah.

“Sesiapa melakukan kebaikan kepada orang tuanya pada Ramadan, nescaya memperoleh perhatian daripada Allah dengan penuh kasih sayang, sedang aku (Rasulullah) menjaminnya dalam syurga.

“Perempuan yang mencari keredaan suaminya pada Ramadan, maka baginya pahala seumpama pahala Mariam dan Siti Aisyah.

“Sesiapa yang menolong keperluan orang Islam pada Ramadan, nescaya Allah menolong 1,000 keperluannya pada kiamat.”

Justeru, Ramadan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, kesabaran (syahru As-Sabr) dan berkat (Syahru Barakah), malah bulan ilmu. Ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri daripada perkara sia-sia.Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kami menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu.“Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu.”

Sesungguhnya, majlis ilmu berfungsi mendidik manusia mengenal keesaan Allah, khususnya melalui penjelasan berkenaan ilmu tauhid.Dengan tauhid, manusia akan mengenali siapakah dirinya dan tidak akan sesekali melakukan tindakan menyalahi syariat.

Source:http://dakwah2u.blogspot.com/

Monday, September 14, 2009

KPI Ramadan: Di mana kita?

HARI ini sudah 24 hari umat Islam menunaikan ibadat puasa Ramadan. Enam hari lagi, seluruh Muslim akan menyambut hari kemenangan, Aidilfitri.Pada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik?

Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran?Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka, Alhamdulillah kita di jalan yang betul.

Bagaimanapun, jika pada awalnya saja bersemangat, tetapi di pertengahan lemah dan di hujungnya terkulai, rugilah ibadat puasa yang dijalankan sepanjang Ramadan.Melihat tabiat umat Islam di negara ini setiap kali kehadiran Ramadan, kadangkala kita tertanya-tanya, apakah mereka faham tujuan berpuasa Ramadan.

Jika meninjau kebanyakan masjid, pada awal Ramadan, jemaah penuh menunaikan solat Tarawih, tetapi pada pertengahan dan hujungnya, jumlah mereka tinggal separuh daripada kapisiti jemaah.Mengapa perkara itu boleh berlaku? Jika pada awal Ramadan, masjid penuh dengan jemaah yang menunaikan solat Tarawih, sepatutnya di pertengahan dan hujungnya, keadaan adalah sama.Tetapi, sayangnya tidak begitu. Kebanyakan masjid suram di hujung Ramadan. Ramai umat Islam sibuk membuat persiapan Aidilfitri, membuat kuih raya, bermain mercun atau berpusu-pusu ke pusat beli-belah.

Justeru, di mana KPI berpuasa mereka sepanjang Ramadan ini? Perunding Motivasi Human-Touch Consultant, Mohd Zawawi Yusoh, berkata sebahagian umat Islam semakin hilang stamina beribadat dan jumlah jemaah menunaikan solat tarawih merudum pada hujung Ramadan.

"Malah, jemaah makin maju ke depan, sebabnya di belakang sudah kosong dan makin kurang jemaah."Sepatutnya makin ke hujung Ramadan makin seronok dengan janji fadilat Ramadan," katanya.

Persoalannya, mengapa fenomena begini berlaku dan tidak serupa semaraknya ketika awal dahulu? Ibadat yang dilakukan bukan saja berkurang kuantitinya malah kualitinya boleh dipersoalkan. Mengapa umat Islam di negara ini tidak mahu mencari fadilat pada 10 malam terakhir Ramadan yang terkandung satu malam yang sangat berkat, iaitu Lailatul Qadar?Daripada Aisyah r.a katanya:

"Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, Baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah dalam al-Quran.Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih, Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak. Jika bertemunya, berdoa untuk kebaikan, kesejahteraan dan keampunan. Mohd Zawawi berkata, generasi salafussoleh dahulu makin tidak senang duduk apabila Ramadan makin memasuki penghujung kerana bersemangat hingga bergilir tidur, bangun dan saling mengejutkan yang lain untuk qiamullail."Boleh jadi juga tanggapan tak betul dalam menghayati ibadat Ramadan. Kalau beribadat hanya ikutan sahaja, dorongan memang tak kuat. Bukan sahaja tak kuat, tetapi tak dapat bertahan, hanya main ikut 'mood'."Hari ada 'mood', beribadat bukan main manakala hari tak ada 'mood' main-main pula beribadat," katanya, sambil menegaskan:

"Beribadat bukannya boleh dibuat main-main sebab ibadat hendak masuk syurga."Hadis Nabi s.a.w bermaksud: "Jalan ke syurga penuh dengan duri manakala jalan ke neraka penuh dengan seronok dan lalai."

Solat katanya, memang duri bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh, manakala Tarawih beratnya dirasa seperti ditusuk duri."Duduk lama sedikit ketika bertadarus tidak tahan, sebab terasa macam duri," katanya.Beliau berkata, dek salah faham antara makna Ramadan dan bulan puasa juga menjadi sebab kenapa ramai cepat sangat malas menggandakan ibadat?"Kalau difahami ini bulan puasa, seolah-olah bulan ini hanya untuk puasa. Orang ajak buat kerja lebih sedikit, dia kata ini bulan puasalah. "Apabila diajak bergotong-royong, dijawab ini bulan puasalah dan bila hendak buat kursus ketika bulan puasa, terus disanggahnya, 'ini bulan puasa', seolah-olah bulan ini bulan rehat saja."

Berbeza dengan kefahaman Ramadan, sebab apabila difahami ini Ramadan bermakna bulan ini bukan hanya untuk berpuasa."Malah, bulan ini menjadi penghulu segala bulan kerana sangat banyak ibadat yang perlu dilakukan sebagai pakej," katanya.Menurutnya, bulan ini juga adalah bulan mencipta prestasi kerana dalam sejarah Islam, perang pertama berlaku dalam keadaan lapar kerana berpuasa."Boleh jadi juga semakin tidak bersemangat sebab jahil mengenai ganjaran dan nilai yang terkandung dalam ibadat pada Ramadan. "

Inilah akibatnya tak bersedia dengan ilmu ketika menyambut kedatangan Ramadan. Tak baca dan menelaah kembali hakikat tawaran Allah."Sehingga yang terpikat bukannya tawaran Allah, tetapi lebih kepada jualan murah 'beli dan belah'. Membeli bukan main sakan, tetapi bab ibadat asyik belah saja," katanya.

Kekurangan stamina sebelum Ramadan lagi, katanya, menjadi satu lagi punca yang menyebabkan momentum beribadat ketika Ramadan tidak begitu stabil."Benarlah doa Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah berkatkan Rejab dan Sya'ban serta panjangkan umur sehingga Ramadan.""Rupanya kerajinan beribadat sepatutnya sudah bermula persiapannya sejak Rejab lagi dan kalau ikut sepatutnya memang sejak baligh lagi sudah kena rajin beribadat. "Kalau sudah mula berazam nutuk bersungguh ketika Rejab lagi taklah terkejut melayani dan menangani jadual ibadat Ramadan. "Bayangkan kalau jarang ke masjid, tetapi bila saja tiba puasa hendak berterusan 30 hari ke masjid. "Rasanya, mungkin tak larat. Begitu juga dengan membaca al-Quran, berbulan-bulan tak ada jadual membaca al-Quran, tiba-tiba hendak khatam 30 juzuk, memang berat sangatlah," katanya.

Tanggapan sesetengah pihak yang berasakan usianya masih panjang dan muda juga menyebabkan ibadat Ramadan tidak dilakukan bersungguh-sungguh sehingga ke akhir bulan. "Sekarang masa bersuka ria, masih bujang lagi, nanti apabila sudah kahwin atau bila tua barulah ibadat betul-betul dan ini pun satu punca tidak bersungguh dalam beribadat. "Kalau yang muda terasa masih awal serta banyak lagi peluang dan ruang, kerenah yang tua pula mula pasang angan-angan walaupun ramai teman taulan sudah jalan."Mati bukan ikut usia dan penyakit, tetapi rahsia Allah. Marilah pada kesempatan Ramadan yang masih berbaki kita bersungguh-sungguh menggandakan ibadat."Ini supaya kita berasakan kehangatan pesta ibadat menjadi hiburan dan pengisian rohani agar bersiap dengan bekal mencukupi di alam selepas dibangkitkan semula," katanya.

Source:http://www.hmetro.com.my/

Thursday, September 10, 2009

ISTIKARAH

Artikel berkaitan Istikharah ini ana terbaca dalam laman web Ustaz Zaharuddin. Pencetus ingin tahu betulkah mimpi itu petanda dari hasil Shalat Istikharah? Alhamdulillah melalui artikel ini juga ana mendapat pemahan jelas tentang jawaban-jawaban berkaitan Istikharah. Rasanya ramai di antara kita yang masih keliru tentang konsep ini dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ikutilah penjelasan Ustadz Zaharuddin ini melalui pertanyaan yang diajukan kepadanya :

Soalan

Assalamualaikum
Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan pihak penerbit untuk menwujudkan ruang soal jawab agama, yang diharapkan dapat memenuhi tuntutan ummah untuk mendapatkan kefahaman Islam yang jelas dan tulin.

Soalan saya berkisarkan tentang solat istikharah. A telahpun berjanji untuk melamar B. Hal ini telah pun membawa kepada perkenalan pihak keluarga antara kedua-dua pihak, sekaligus memberikan harapan besar kepada B. Namun, apabila A melakukan solat istikharah, hasilnya B bukanlah jawapan dari istikharah tersebut. Akhirnya A memutuskan untuk membatalkan janjinya.

Soalan saya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan keputusan istikharah kita? Sedangkan tindakan A mungkin mendatangkan kemudaratan emosi kepada B dan keluarganya. Adakah wajib untuk kita menuruti petunjuk dari istikharah?

-Ingin tahu-

Jawapan :

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.
Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”

Perlu juga diingat bahawa :-
Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)
Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.


Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.

(sumber : www.Zaharuddin. net)

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kawasan Putrajaya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Nisa' Putrajaya akan mengadakan program:
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kawasan Putrajaya
Tarikh : 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Putrajaya, Presint 15
Masa: 9.00 pagi
SEMUA dijemput hadir!!

Wednesday, September 9, 2009

Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa:

“Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Memperbanyak doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”


KELEBIHAN ZAKAT FITRAH DAN SEDEKAH




SEDEKAH yang diberikan dalam bulan Ramadan dapat menampal segala kebocoran-kebocoran dan kekurangan-kekurangan yang berlaku pada ibadah puasa itu. Allah telah mewajibkan mengeluarkan zakat fitrah dengan tujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan pekerjaan keji yang telah mereka lakukan dalam sebulan berpuasa itu. Oleh itu, zakat fitrah dianggap sebagai pembersih diri.

Menurut Hassan Al-Basri, zakat fitrah bagi puasa bagaikan sujud sahwi bagi sembahyang. Sebagaimana sujud sahwi harus dilaksanakannya kerana peristiwa tertentu yang terjadi dalam sembahyang. Begitu juga dengan puasa disertai dengan melaksanakan zakat fitarah untuk menampung dan melengkapkan kecacatan yang berlaku di sepanjang melakukan ibadah puasa.

Zakat fitrah wajib dikeluarkan hanya sekali setahun untuk setiap individu dan saat terbaiknya adalah sebelum sembahyang sunat ‘Id. walaubagaimanapun Imam Syafie membenarkan zakat fitrah tersebut dibayar, sejak bermula bulan Ramadan lagi.
Rasulullah bersabda maksudnya :

"Barangsiapa menunaikan sebelum sembahyang ‘Id maka itulah zakat yang diterima. Dan barangsiapa menunaikannya sesudah sembahyang, maka itu suatu sedekah biasa"

Lain-lain kelebihan terdapat pada zakat fitrah ada tersebut dalam Hadis yang pernah disabdakan :

"Barangsiapa yang memberi zakat fitrah, dia akan mendapat sepuluh perkara :
Badannya bersih dari dosa-dosa.
Dibebaskan dari api neraka.
Puasanya diterima.
Pasti memperoleh Syurga.
Keluar dari kubur dalam keadaan aman.
Semua kebaikan yang dia lakukan pada akhir tahun itu diterima.
Dia pasti mendapat syafaatku pada Hari Kiamat.
Dia akan melintas di atas Sirat bagaikan kilat yang menyambar.
Mizannya akan berat dan penuh dengan kebaikan.
Allah Taala akan menghapuskan namanya dari daftar orang-orang celaka."


Oleh: Ustaz Mohd Isa Haji Abd Rahman
Jabatan Mufti Negeri kedah Darul Aman

Marilah bersama-sama kita menunaikan zakat fitrah bagi yang belum melaksankannya lagi..=)

Monday, September 7, 2009

Malam Lailatul Qadar Yang Terindah



Keutamaannya sangat besar, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke darjat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula memandukan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an} akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharapkan pahala dari Allah.
Inilah ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang sahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,
[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]

2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini,
Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya),

“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).
Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.”

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” n.”(HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29.

Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya),

“Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)
Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya – engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).
Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).
4. Tanda-tandanya
Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).
Wallahualam...
Marilah kita bersama-sama merebut malam lailatul qadar ini dengan memperbanyakkan amal soleh kepada Allah dengan seikhlas hati =)


Thursday, September 3, 2009

SESAT DALAM CINTA DAN RINDU..

Manusia secara fitrahnya memang tidak boleh dipisahkan dari memiliki sifat cinta, rindu, benci, marah, suka, dan seumpamanya. Dengan sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan kita ini bernama manusia. Malah ditambah lagi dengan keistimewaan kemampuan berfikir. Tidak cukup dengan itu, diberi pula panduan dalam mengharungi setiap perjalanan kehidupan. Cukup istimewa kita ni...
Berbalik kepada tajuk, iaitu di mana begitu ramainya manusia tenggelam dalam rindu, sesat dalam cinta tidak ketahuan. Janganlah kita menjadi seumpama kaum Nashara (kristian) yang disesatkan oleh Allah lantaran mengakui cintanya kepada Allah namun mengakui bahawa Tuhan itu “Three in One” malah mengakui bahawa Tuhan itu memiliki anak. Subahanallah, Maha Suci Allah dari semua itu dan Allah sendiri menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak atau pun diperanakkan. Jangan pula kita menjadi seperti golongan yahudi yang dimurkai oleh Allah akibat cintanya yang berbolak balik kepada Allah. Dimurkai Allah juga kerana banyak berdalih. Malah Yahudi dan Nashara masing-masing mengakui bahawa Yahudi itu tidak benar cintanya kerana tiada berprinsip, begitu pula sebaliknya iaitu Yahudi juga mendakwa bahawa Nashara itu tiada mempunyai pegangan. Padahal, Allah sudah memberikan kepada mereka kitab yang bertujuan menjadi petunjuk buat mereka. Tetapi mereka berdua sama sahaja, tanpa rasa gementar mengubah pelbagai isi kitab-kitab mereka.
Begitu jugalah kita, sungguh pelik kita apabila dipersoalkan perihal cintanya kita kepada Allah lalu dia meninggalkan sunnah Rasul-Nya. Iaitu dengan mengadakan sesuatu perkara yang lain dari yang diajarkan oleh beliau s.a.w. Mengadakan-adakan suatu kalam yang baru sebagai fakta akurat untuk menyokong kedudukannya yang mengaku cintakan Allah dengan berpandukan mimpi dan yaqazah sebagai sumber fakta selain al-Qur’an dan sunnah. Malah, kita mengakui mencintai Rasul bernama Muhammad, namun sungguh tidak kena dan pelik apabila kita menzahirkan cinta kita hanya setahun sekali dengan berpesta perarakan Maulidan dan bernyanyi lagu berzanji yang mengandungi kalimah-kalimah yang membahayakan aqidah yang murni. Malah tidak sekalipun para ilmuan hadis itu menyampaikan kepada kita akan adanya suatu riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi kita mengajarkan perayaan dan pesta yang sepertinya itu.
Tidak terfikirkah kita, bahawa apakah benar ia merupakan sunnahnya para manusia pendahalu kita dari kalangan pendamping terdekat Nabi s.a.w. sendiri dari kalangan para sahabat-sahabatnya. Tidakkah kita menyelami dan memperhatikan bagaimanakah halnya mereka mempersembahkan rasa cinta dan rindu kepada Nabinya?
Sedangkan pengaku cinta Allah, seharusnya memperhatikan seruan ini:
“Katakanlah (Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. " Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran 3: 31)
Begitulah juga kepada perihal dan persoalan setiap yang lainnya dari segala persoalan di muka bumi ini. Banyak lagi kisah-kisah sesat dalam cinta dan rindu. Seumpamanya sang pemuda yang mengakui cinta kepada seorang gadis perawan, lalu diluahkan dengan mengajaknya ke taman-taman bunga berpeleseran dan ajak beraksi dalam adegan cumbu. Tidak kurang juga yang terus sesat ke dalam bilik-bilik hotel dan rumah-rumah sewa kosong melainkan mereka berdua dengan ditemani makhluk ghaib yang juga telah mengakui sesatnya. Apakah begini munasabahnya citra seorang pemuda yang baik dan penuh tanggungjawab? Sedangkan telah termaktub dalam kalam Tuhannya bahawa kalau benar manusia itu jatuh cinta dan rasa kepada pasangannya dan rasa ingin kan memiliki pasangan dengan jalan yang benar, maka disuruhnya menikah dengan jalan yang sah.Ada sekumpulan manusia yang mangakui cinta Allah dan Rasul, melakukan aktiviti ritual dengan berzikir berjemaah yang menggunakan theory Quantum fizik. Gabungan paduan alunan zikir yang dilaungkan secara berjemaah mampu menghasilkan suatu bentuk gelombang bunyi sekaligus magnetik yang mempu menghasilkan cahaya lutsinar yang menghala ke langit lalu sampai kepada para malaikat dan seterusnya diterima oleh Allah. Sungguh lawak bila memikirkannya, tidak angka ada manusia yang cuba membuktikan sehingga ke tahap seperti itu. Sedangkan dalam kalam Allah hanya menyatakan bahawa jika sesuatu itu diperintahkan oleh Allah dan Rasul, maka “sami'na wa ‘atho’na” iaitu kami dengar dan kami taat. Ini kerana akal manusia tidak sampai mampu mendahului ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Malah theory karut ini sendiri sebenarnya tidak masuk akal sama sekali lantaran menyanggahi adab dan akhlak dalam berzikir malah seolah-olah Allah itu tidak mengetahui bahawa hambanya sedang buat apa.Sebagaimana diberitahukan bahawa fakta-fakta al-Qur’an itu mendahului zaman.
Adapun ia diturunkan lebih 1400 tahun yang lampau, namun masih banyak persoalan yang tidak mampu dirungkai oleh manusia melainkan mengikutinya dengan iman. Salah satunya kerana segala fakta-faktanya tidak pernah walau sekalipun dibuktikan salah oleh seorang manusia jua. Malah kurun demi kurun hanya menampakkan betapa agung-nya ia. Suatu yang tidak pernah difikirkan tiba-tiba muncul di kurun yang berikutnya, manakala al-Qur’an telah awal-awal menyatakannya dari zaman sebelumnya, dangkalnya tidak kurang juga telah ramai yang kecundang lantaran kerana tidak mengimaninya. Apa gunanya untuk lagi meletakkkan rasa kasihan dan takziah kepada yang kecundang, kerana bukan tidak ia diperingatkan? Kepada Allah jualah mereka dikembalikan. ..
Maka, marilah kita sentiasa memanjatkan doa, supaya diletakkan di atas jalan-Nya yang benar seperti jalannya golongan salafus soleh pendahulu kita yang dijanjikan syurga kekal abadi.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Ali Imran 3: 8)
Janganlah kita alpa lantas membiarkan
diri kita dihanyutkan nafsu dan akal fikiran sendiri yang disangkanya maha cerdik. Padahal, hakikatnya kita sendiri harus tahu Dia itulah yang Maha bijaksana, yang mengatur Segala Urusan kita. Yang mana telah dipertunjukkan bermacam tanda dan “sign” dari segenap ufuk timur dan barat, malahan pada tubuh diri kita sendiri.
“Aku wasiatkan kepada kalian agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalanku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian terhadap perkara yang baru, kerana setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah sesat.” (Pesanan Rasulullah s.a.w., dari ‘Irbadh bin Sariyah; direkodkan dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 3851)
Jangan lah kita jadi seumpama kisah si majnun yang mengaku mencintai laila, dan laila juga mencintainya, namun hakikatnya, Laila sedikit pun tidak pernah mengenali majnun.
Wallahu a’lam
"WE CARE FOR UMMAH"

Wednesday, September 2, 2009

Peristiwa Perang di bulan Ramadhan


Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2 peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dgn menyahut seruan jihad Allah.

Saya cukup berminat dgn sejarah terutamanya sejarah yg berkaitan dgn umat Islam sbb ianya banyak bersangkut paut pd diri kita jika kita benar2 menghayatinya. Malulah kita kalau kita tdk mengetahui ttg usaha2 dan sejarah2 yg pernah tercoret dgn darah umat Islam suatu ketika dahulu hanya semata2 ingin memastikan Islam itu sampai kpd kita. Dan bertambah malulah kita ambil acuh tak acuh ttg Islam yg telah sampai kpd kita pd hari ini.

Justeru, marilah kita ikuti beberapa siri peperangan yg sempat saya kupas dr beberapa artikel, dari awal tahun hijrah sehinggalah yg terkini. Semoga ianya menjadi ikhtibar dan semangat kpd kita menempuh Ramadhan yg mulia ini.

Perang Badr al-Kubra 17R/2H
Merupakan peperangan yg paling singkat, namun adalah peperangan yg paling hebat dlm sejarah umat Islam. Ianya merupakan peperangan yg memisahkan antara haq dan batil. 313 tentera muslimin vs 1000 kafir Quraish. Permulaan panji Islam yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah pada 4 Ramadhan tahun pertama Hijrah
Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
" Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya".
Persiapan Rasulullah dlm Perang Ahzab
Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit yg sgt dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Perang ini berlaku pd awal bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah dan ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.

Pembukaan kota Mekah 10R/6HFathu Makkah.
Umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya, dan manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Allah menyebutnya dalam Al Quran Surah Al Nasr.

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah 25R/9H
Nabi Muhammad SAW menyucikan Kota Mekah dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Kaabah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala yg paling agung dan besar, Al Uzza, sementara Amru Al-As menghancurkan berhala Suwa' dan Saad bin Zaid memusnahkan berhala Manat.

Perang Al-Qadisiyyah 9R/16H
Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000 orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh Rasulullah.

Bermulanya era keemasan Andalusia selama 700thn 9R/92H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Ziad ke atas raja Rudrik di Sepanyol. 12,000 tentera Arab dan Barbar menetang 90,000 tentera Gothic pimpinan Raja Rudrick. Selepas tiba di daratan Sepanyol, Thariq bin Ziad membakar kapal2 tentera Islam dan menyahut "Kita telah membakar kapal2 kita, dan sekarang tiada apa yg boleh menyebabkan kita lari dr bertempur dgn tentera kufar, sekarang yg tinggal hanya kemenangan yg nyata atau syahid di jalan Allah". Tentera muslim yg bersemengat meggempur tentera Rudrick sehabis-habisnya sehinggalah mereka dikalahkan dgn teruk. Bukan shj raja Rudrick dan tenteranya mati dibunuh, bahkan Tariq bin Ziad berjaya memerdekakan Spain, Sicily (Itali) dan sebahagian Perancis.

Peperangan Zallaqah di Portugal 10R/459H
Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
9R/559H
Tentera Islam di bawah pimpinan As-Sutan Nuruddin Az-Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salib. Salahuddin Al-Ayubi kemudian menggantikan Nuruddin dlm siri peperangan Salib merampas kembali tanah umat Islam di Palestin.

Perang Salib pimpinan Salahuddin al-Ayubi 22R/648H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah. Ahli sejarah menceritakan tentera salib yg menguasai Baitul Maqdis di Palestin ketika itu sungguh ganas dan kejam, membunuh sesiapa sahaja yg tdk memberi sokongan kpd mereka, termasuk org2 kristian sendiri. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah mrk, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang salib (Ketika peristiwa Ambun tahun 1999 di Indonesia, org2 kristian Indonesia telah meniru kekejaman tentera Salib ini terhadap umat Islam di Ambon).Hasil usaha yg lama, tentera Islam pimpinan Salahuddin bertempur hebat dgn gabungan tentera2 Salib dari Eropah. Perancis dan Jerman dgn jumlah yg sgt besar. Tentera Islam mdpt kemenagan yg agung dan mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis, yakni jantung umat Islam.

Perang Ain Jalut 24R/658H
Pada tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah (ketika Islam menakluki 2/3 dunia). Dalam serangan itu, berjuta-juta umat Islam terbunuh sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku2 karangan sarjana Islam dr perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Saifuddin al-Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan barbarik akhirnya kalah kepada tentera Islam. Ahli sejarawan menceritakan bhw jika ditakdirkan tentera Islam kalah pd ketika itu, nescaya sudah tentu dunia ini telah ditawan oleh tentera Mongol.
Saifuddin Qutz, jeneral tentera Islam yg mengembalikan maruah Islam dr tangan Mongol.

Perang Serbia 26R/927H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa2 menarik dan peperangan yg pernah berlaku sepanjang bulan Ramadhan, cuma tiada kesempatan utk diceritakan di ruang yg terhad ini. SubhanAllah, moga-moga dengan sejarah-sejarah yg terukir indah ini dapat membangkitkan semangat kita utk terus berjuang menjulang agama Allah di bumi ini.
Source:M Zafiq (UNSW)

Selamat ulangtahun kemerdekaan ke - 52


Dalam akhbar Sinar Harian semalam Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipetik sebagai berkata bahawa perjuangan kemerdekaan yang sebenar di negara ini masih belum selesai. Menurut Tuan Guru perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah pembebasan manusia dari pengabdian diri pada sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah swt.
Tuan Guru membuat kenyataan tersebut sempena ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara semalam.Kenyataan beliau itu sudah pastilah merujuk kepada kenyataan Rabie bin Amir kepada Panglima Maharja Parsi bernama Rustam di medan perang al Qadasiyah dizaman Sayidina Omar al Khattab. Apabila ditanya berkenaan tujuan atau matlamat tentera Islam ketika itu, Rabie berkata:
“Allah membangkitkan kami (orang-orang Islam), untuk kami mengeluarkan (memerdekakan) manusia dari mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada ALLAH SWT, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”
Lantaran itu perjuangan menuntut kemerdekaan yang hakiki ini perlu diteruskan. Perjuangan untuk memerdekakan manusia dari pergantungan kepada sesama manusia, ke arah menyedari dan menginsafi bahawa pergantungan hidup hanyalah pada Allah swt perlu terus dipacu. Ianya bukan mudah, ianya tidak senang malah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi.Bagaimana kita mahu mendakwa telah merdeka sedangkan ketentuan Allah swt dicabar dan diragui? Bagaimana kita mahu mendakwa telah merdeka sedangkan usaha ke arah yang makruf dipandang rendah dan dihina tetapi kerja-kerja maksiat disanjung dan dipuja.Oleh itu teruskanlah perjuangan kita sehingga tercapai kemerdekaan yang sebenar itu.