Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, December 29, 2010

PROGRAM BACK TO SCHOOL @ MYDIN SUBANG JAYA


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya sekalian? Semoga dalam rahmatNYA sentiasa.


Pada 26/10/2010 yang lalu, Nisa' Wilayah Persekutuan (Nisa WP) sekali lagi telah menganjurkan program Nisa' Small Kindness - Back To School. Tujuan program kelolaan Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) Nisa' WP ini adalah untuk memberi sedikit sumbangan dan menerbitkan keceriaan kepada para pelajar terpilih untuk membeli barang keperluan persekolahan sempena hari persekolahan yang akan bermula semula tidak lama lagi.

Seramai lapan orang pelajar dari pelbagai peringkat umur dari seluruh Wilayah Persekutuan (dari kawasan Lembah Pantai, Putrajaya, Titiwangsa dan Wangsa Maju) telah terpilih untuk menyertai program NSK kali ini. Mereka dibawa oleh AJK Nisa' kawasan masing-masing ke Pasaraya Mydin Subang Jaya seawal jam 9.30 pagi. Seterusnya, adik-adik ini diiringi kakitangan Mydin serta AJK Nisa' untuk memilih dan mencuba pakaian sekolah dan membeli alat tulis untuk kegunaan persekolahan mereka nanti. Paling menarik hati apabila melihat telatah adik Syahid dari Keramat, Titiwangsa yang seronok membeli belah untuk persediaan memasuki Tahun 1 tidak lama lagi.

Acara membeli-belah berakhir lebih kurang jam 1.00 petang.Setelah sesi bergambar, para peserta dan AJK mula beransur-ansur pulang.Kami mewaili Nisa' Wilayah dan peserta program NSK kali ini mengucapkan terima kasih kepada warga kerja Mydin yang memberi layanan baik kepada kami. Terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi :)

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan insya Allah akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekiranya banyak dana yang berjaya dikumpulkan, lebih ramai lagi pelajar/penerima sumbangan dari kalangan yang kurang bernasib baik akan dapat kita bantu meringankan beban mereka serba sedikit.Selain sempena musim persekolahan yag bakal menjelma, NSK juga turut mengumpul dana untuk hal-hal lain seperti musibah, hari perayaan dan sebagainya.

Oleh itu, kami sentiasa membuka dana untuk program NSK ini kepada masyarakat yang berminat untuk menyumbang, dari segi wang ringgit mahupun material. Jika berminat, bolehlah emel kami di nisawilayah@gmail.com ataupun berhubung dengan Ketua unit UKK kami, Cik Aisyah - 019 6968378.

p/s : Gambar-gambar lain boleh didapati di laman facebook kami :) www.facebook.com/nisa.wilayah


- dipetik dari laman web Nisa' Wilayah Persekutuan : http://nisawp.blogspot.com/



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, December 27, 2010

TALKSHOW NISA' WP @ KLCC


Assalamua'laikum Nisa' yang disayangi sekalian..


Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan hingga ke hari ini. ALhamdulillah.


Dikesempatan yang ada, Nisa' Putrajaya ingin menjemput dan mempersilakan sahabat Nisa' sekalian untuk bersama-sama dengan kami dalam talkshow Nisa' Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung pada ketetapan yang berikut :


Tarikh : 1 Januari 2011 (SABTU)

Masa : 9.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Dewan Seminar Masjid Asy-Syakirin, KLCC.


MASUK PERCUMA!!


Jadi, apa tunggu lagi? JOm, kita bersama-sama mulakan tahun baru 2011 dengan aktiviti ilmiah beramai-ramai...(^_~)


Jumpa di sana...


wassalam



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Budaya 'legging' menghina pemakaian Islam

Assalamualaikum,

Umat Islam sekarang sudah jauh dari mengikut pemakaian Islam yang sebenar. kesesatan terbaru dalam berfesyen bagi masyarakat Islam ialah budaya 'legging' iaitu berseluar nipis dan ketat hingga menampakkan seluruh bentuk betis, peha dan punggung. masyarakat kita hanyut mengikut budaya asing yang bebas menonjolkan cara berpakaian mereka melalui tv dan meda cetak.

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (al-ahzab: 36)

bersama-sama kita menasihati orang yang berdekatan dengan kita untuk mengikut cara berpakaian Islam yang sebenarnya di akhir zaman ini.

Wallahualam






Source:http://baitulmuslim.com/

Wednesday, December 15, 2010

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram (Jom Puasa!!)

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Sumber:http://www.haluan.org.my/

Monday, December 6, 2010

Tahun Hijrah menambah angka lagi



Assalamua'laikum

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan dibumi Tuhan, dengan berbekalkan nikmat iman dan ISLAM yang berpanjangan. Alhamdulillah, segala puji hanya bagiNYA. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan, Muhammad s.a.w.

Dengan izinNYA, esok, kita akan melangkah ke tahun 1432 Hijriah. Terasa begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Tanpa sedar, 1431 H bakal berlalu tidak lama lagi. Hanya tinggal beberapa jam saja lagi. ALLAHU HAQ.


Baiklah, di sini, kami, Nisa' Putrajaya, ingin berkongsi doa akhir tahun dan awal tahun. Jom kita baca bersama-sama.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Semoga bermanfaat..=)







* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, November 30, 2010

Ingat mati, hati jadi suci


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, November 29, 2010

ALLAH tiada tandingannya


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum,
Nisa Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga kita sentiasa mengambil ibrah daripada kisah Nabi Ibrahim dan keluarganya. InsyaAllah..:)

Saturday, November 13, 2010

AYUH ISI MASA BERSAMA..=)


Assalamua'laikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, setelah beberapa ketika menyepi, Unit Pembangunan Insan Nisa' Wilayah Persekutuan kini mempersembahkan Nilai Setitis Susu Ibu - Siri 2.



Ya, peluang baik kepada semua wanita terutama bakal ibu dan para ibu... Tajuk yang diketengahkan pada kali ini ialah : "GUIDE TO MAXIMIZE YOUR MILK".



Banyak info menarik yang akan dikongsikan oleh Puan Rita Rahayu Omar. Beliau adalah seorang Pakar Laktasi, Kolumnis Majalah Pa & Ma dan CEO Nurturing Concepts Sdn Bhd. Bagi yang selalu meninjau laman web penyusuan susu ibu, pastinya pernah melewati laman web susuibu.com serta Mom Litlle Ones. Kedua-dua laman web tersebut juga adalah milik Puan Rita.



Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh, kita tambah ilmu dan kongsikan bersama insan-insan disekeliling kita. Jom ke Talk Show Nisa' Wilayah. Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)



Wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, November 12, 2010

Kelebihan puasa pada hari Arafah

Assalamualaikum,

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 17 November bersamaan 10 Zulhijjah. Besar sungguh ganjaran bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut..Ikuti artikel di bawah bagi merungkai kelebihan berpuasa pada hari Arafah :)

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.


Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Rujukan :

1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.


Source:http://www.al-bakriah.com.my/

Wednesday, November 10, 2010

Jom Meriahkan Majlis Ilmu..=)


Assalamua'laikum sahabat Nisa' sekalian.

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Doa dan harapan, semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa hendaknya, insya'ALLAH. Sesekali ALLAH hadirkan nikmat kesakitan, bukanlah untuk menghukum. Cuma DIA mahu kita sedar, bahawa kita sentiasa ada DIA.. (^_~)

Baiklah, dikesempatan ini, kami Nisa' Putrajaya, ingin menjemput sahabat Nisa' sekalian untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu anjuran Nisa' Bandar Tun Razak yang akan berlangsung pada 7 Disember 2010 (Selasa).

Maklumat mengenai program boleh dirujuk di laman sesawang berikut : http://usharewecare.blogspot.com/2010/11/jom-join-nisa-jalinan-kasih-rabbani-10.html.

Semoga ada manfaat untuk kita kongsikan bersama.. Insya'ALLAH.

Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.. (^_~)

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, November 9, 2010

Perkongsian: Korban pada bola mata saya

Assalamualaikum,
Apa khabar sahabat-sahabat sekelian?diharapkan kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya..Sedar atau tidak,kita sudah memasuki bulan Zulhijjah..Bulan yang penuh dengan keberkatan dan sejarah yang tersendiri..Pengorbanan seorang ayah,isteri dan anak dalam memastikan aturan Allah dipatuhi..Di sini,kami ingin berkongsi kisah oleh Saudara Hilal berkenaan dengan perspektif pengorbanan dari kaca mata beliau..


***************************************************************
Dah balik dari kampung? Saya tak tahu Malaysia cuti raya haji sampai bila. Jordan, cuti akan berlangsung sehingga 30 November 2009. 1 Disember, bermula lah semula musim pengajian semester satu.

Baru-baru ini, saya dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan Pengorbanan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Johor Jordan. Saya sebenarnya, tak berapa suka ceramah. Saya suka perkongsian. Sebab saya jenis kaki sembang. Jadi sesi ceramah yang diberikan kepada saya baru-baru ini telah saya tukar dalam bentu perkongsian pendapat dan pandangan.

Saya berbicara berkenaan korban, dan apa yang saya nampak berkenaan tuntutan Allah SWT untuk kaum muslimin merayakan Aidil Adha setahun sekali.


Sejarah

Semua orang, kalau menyorot kembali sejarah hari raya Aidil Adha, ia sebenarnya berkait rapat dengan satu keluarga. Yakni keluarga Ibrahim AS. Pada saya, walaupun sejarah ini diulang-ulang oleh semua orang saban tahun sehingga orang muak, saya merasakan perlunya sejarah ini diulang untuk mengingatkan kembali berkenaan pengorbanan.

Tapi, untuk saya, saya suka mengulang sejarah itu dari perspektif yang saya pelajari sendiri.

Kita melihat bahawa Nabi Ibrahim telah meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah wadi gersang bernama Bakkah/Makkah. Dia yang sebenarnya amat sayangkan isteri dan anaknya, terpaksa meninggalkan mereka di tanah gersang itu atas perintah Allah SWT.

Itu sendiri, satu pengorbanan.

Kemudian, Nabi Ibrahim pulang ke tempatnya, yakni Palestin. Kalau anda rajin dan membuka peta, anda dapat melihat betapa jauhnya jarak Palestin dengan Makkah. Hatta saya sendiri yang pernah bermusafir dari Jordan ke Madinah, memakan masa 24 jam perjalanan dengan menaiki bas. Itu Madinah, Makkah lebih bawah lagi. Bagaimana pula zaman dahulu, yang mungkin kenderaan terpantas hanyalah unta?

Jauh jarak mereka terpisah. Dan Nabi Ibrahim tidak bersama Nabi Ismail melihat tumbesarannya.

Satu hari, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Awalnya, dia menyangka itu mainan syaitan. Namun selepas mimpi itu berulang beberapa kali, maka dia yakin bahawa itu daripada Allah SWT. Isyarat bahawa itu adalah satu perintah.

Maka bergeraklah Nabi Ibrahim merentas sahara untuk menunaikan perintah Allah SWT, menyembelih anaknya.

Untuk merentas sahara, menempuh perjalanan berhari-hari, hanya untuk menjunjung satu perintah yang mengorbankan ahli keluarganya yang amat jarang dijumpai lagi disayangi, itu juga merupakan satu pengorbanan.

Ketika dia bertemu dengan Nabi Ismail yang ketika itu sudah membesar, dia bertanya kepada anaknya itu akan mimpinya. Jawapan Nabi Ismail adalah:

“Wahai ayahku, jika itu apa yang Allah suruh, maka laksanakanlah tanpa ragu-ragu”

Nabi Ismail menerima dengan lapang dada, malah menggesa ayahnya agar tidak ragu-ragu langsung dengan perintah Allah SWT. Siti Hajar pula, tidak membentak Nabi Ibrahim dengan menyatakan suaminya itu gila, tidak berhati perut dan sebagainya. Malah Siti Hajar melepaskan Nabi Ismail dengan rela hati. Sedangkan, dialah yang membesarkan, menyusukan, Nabi Ismail As.

Di situ, satu pengorbanan kita lihat di sisi Siti Hajar.

Maka Nabi Ibrahim tambah membulat tekad, membawa anaknya ke tempat penyembelihan. Diriwayatkan bahawa Nabi Ismail siap menyuruh bapanya itu mengikatnya agar dia tidak menyukarkan pekerjaan bapanya.

Ini juga, satu pengorbanan di sisi Nabi Ismail. Rela hati, menjunjung perintah Allah SWT.

Nabi Ibrahim melaksanakan tugasan itu dengan teguh hati. Pisau yang tajam dileretkan pada leher anaknya. Yang ajaibnya, pisau itu tidak lut. Diasahnya semula lalu dilakukan sekali lagi. Juga tidak lut. Begitulah berkali-kali, hingga Jibril As menurunkan Qibasy dari langit menggantikan Ismail.

Keteguhan Nabi Ibrahim, tindakannya mengasah dan mencuba berulang kali, satu lagi bentuk pengorbanan.

Dan keluarga Ibrahim seluruhnya, telah membuktikan keimanan mereka dengan berjaya melalui ujian maha hebat ini.

“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.



Yang kita perlu perhatikan




Saya suka bertanya kepada diri saya, apakah yang membuatkan Nabi Ibrahim teguh merentas sahara semata-mata untuk menyembelih anaknya? Saya juga tertanya-tanya, apakah yang membuatkan Nabi Ismail amat tenang membiarkan dirinya disembelih oleh bapanya, sedangkan bapanya tidak membesarkannya? Dan atas sebab apakah Siti Hajar, melepaskan Nabi Ismail yang dibesarkannya itu dengan rela hati? Saya juga hairan, apakah yang membuatkan Nabi Ibrahim mencuba berkali-kali dan tidak pula menjadikan pisau yang tidak lut itu sebagai alasan untuk dia tidak meneruskan tindakannya?

Akhirnya, saya berjumpa dengan satu jawapan yang solid. Dan jawapan itu membuka mata saya berkenaan erti pengorbanan yang sebenar.

Semua kerelaan, kesungguhan, keteguhan dan ketabahan yang keluarga Nabi Ibrahim tunjukkan, puncanya adalah satu sahaja.

Kerana arahan itu adalah daripada Allah SWT.

Tiada lain. Tidak kerana perkara lain.

Hanya dengan sebab – itu adalah perintah Allah – mereka sanggup mengorbankan apa sahaja yang mereka sayangi.

Dari mana datangnya kekuatan mereka untuk berkorban hanya semata-mata kerana itu perintah Allah?

Iman.

Keimanan mereka, keyakinan mereka bahawa Allah SWT tidak akan memerintahkan sesuatu itu dengan sia-sia, kepercayaan mereka bahawa Allah SWT itu tidak zalim, kethiqahan mereka bahawa Allah SWT itu Yang Maha Bijaksana, sangka baik mereka bahawa Allah SWT itu Maha Mengetahui, semua itu membuatkan mereka bergerak dengan teguh dan tabah, menjunjung perintah Allah SWT tanpa ragu-ragu, tanpa alasan, dan dengan bersungguh-sungguh.

Ternyata, keluarga Ibrahim As dimuliakan oleh Allah SWT atas keimanan mereka ini, sehingga mereka sanggup melakukan pelbagai pengorbanan. Maka lihatlah betapa Allah muliakan keluarga yang berkorban ini dengan kemuliaan yang tidak terhingga. Lahir daripada mereka Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul, dijadikan pula pengorbanan mereka sebagai hari yang dirayakan dan wajib diingati, beberapa peristiwa dalam kehidupan mereka dijadikan manasik haji seperti sa’ie dan melontar jamrah.

Inilah sebenarnya Allah SWT hendak tunjukkan kepada kita.

Allah hendak tunjuk, betapa Dia itu tidak menzalimi hamba-hamba-Nya, dan Dia Maha Mengotakan Janji-Nya untuk membeli semua pengorbanan kita dengan kebaikan yang lebih baik berkali ganda.

“Sesungguhnya Allah itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka, dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga…” Surah At-Taubah ayat 111.


Allah SWT, hendak mendidik manusia betapa, untuk mendapatkan kehidupan yang baik, perlukan pengorbanan.


Pengorbanan kita

Maka apakah yang kita telah usahakan? Apa yang telah kita sumbang? Bagaimanakah kita berurusan dengan perintah-perintah Allah SWT?

Adakah kita bersedia berkorban?

Ketahuilah tiada yang akan mampu menyaingi pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta cucundanya Rasulullah SAW. Tetapi apakah yang telah kita usahakan? Apa yang telah kita korbankan?

Kadangkala, kita ini, masa lapang pun sukar untuk kita sumbangkan kepada Islam. Kita hanya berikan masa lapang kita untuk kerseronokan diri yang tidak membawa apa-apa makna. Duit-duit kita yang banyak, kita bazirkan menjadi najis berbanding kita berikan kepada yang memerlukan. Tenaga kita, kita biarkan mereput tanpa kita gunakan untuk Islam. Pemikiran kita, kepandaian kita, fikrah kita, kita bazirkan begitu sahaja tanpa menyumbangkannya untuk kebangkitan Islam.

Masalah ummah Islam hari ini, adalah kerana kurangnya manusia-manusia yang rela berkorban.

Kenapa?

Kerana masalah keimanan yang hilang dari diri mereka.

Mereka sukar untuk yakin bahawa Allah SWT akan membayar pengorbanan mereka, mereka sukar untuk percaya bahawa semua pengorbanan mereka ada harganya. Mereka rasa Allah itu jauh, janji-janji Allah itu jauh.

Ini menyebabkan mereka tidak rela berkorban.

Maka jadilah kes seperti Palestina. Dikelilingi saudara maranya yang kaya raya, kuat dari segi tentera, tetapi tidak mendapat pertolongan satu pun dari mereka. Kenapa? Kerana tiada negara yang sanggup berkorban untuk Palestin. Masing-masing ingin menyelamatkan poket masing-masing.


Penutup: Saya tak pernah rasa ini perayaan sia-sia
Saya tak pernah rasa, Allah SWT itu mengarahkan kita melakukan sesuatu yang sia-sia. Semuanya ada sebab. Tinggal kita nampak atau tidak.

Allah SWT berfirman:

“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu dengan sia-sia, dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Al-Mu’minuun ayat 115.


Hari Raya Aidil Adha, pada saya merupakan satu checkpoint supaya ummat mendapatkan semula kekuatan untuk berkorban. Sebab itu, sejarah Nabi Ibrahim diulang-ulang supaya kita nampak asas pengorbanan – iman kepada Allah SWT.

Khilafah telah jatuh pada 1924. Dari 1924 hingga 2009, sudah 85 tahun berlalu. Sudah 85 kali ummah Islam menyambut Aidil Adha. Tetapi tidak berjaya meraih erti pengorbanan. Kenapa?

Kerana kita anggap ini satu perayaan tradisi, rutin tahunan yang perlu kita lalui. Lalui, dan biarkan ia pergi, sampai ia kembali lagi pada tahun akan datang sekali lagi.

Aidi Adha bukan sesuatu yang sia-sia untuk saya. Tapi saya fikir, kita telah mensia-siakan Aidil Adha kita, jika kita tidak berjaya menyelami erti pengorbanan.

Selamanya, ummah ini akan terus rosak, hancur, andai kita tidak rela berkorban untuk membangunkannya.

dipetik daripada:http://ms.langitilahi.com/

Friday, October 29, 2010

Peliharalah Tujuh Sunnah Nabi

Assalamualaikum,



InsyaAllah ,marilah sama-sama kita sentiasa menjaga dan mengamalkan tujuh sunnah Nabi setiap hari.


Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:


1. Tahajjud

Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid

Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha

Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari

Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus

Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh itu, setiap waktu harus ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berzat dan dengan berzikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

Thursday, October 21, 2010

hidayah itu dari ALLAH


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.


Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”


Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.


Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.


Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”


Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.


Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”

.
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

"Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.

Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.


Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat. Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.


Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.


“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.


Inilah satu peristiwa..

*****************


(Perkongsian dari emel seorang sahabat..semoga bermanfaat dan dapat mengetuk hati kita yang leka.. Hidup hanya sementara... sampaikan walau satu ilmu, mungkin ia bisa membiaskan kesan pada insan lain... wallahua'lam)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, October 13, 2010

doa pohon kesabaran


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, October 7, 2010

JEMPUTAN KE JAMUAN RAYA

Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang oleh ALLAH untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. (^_~)
Apa khabar sahabat Nisa' yang dirahmati ALLAH sekalian? Semoga sihat wal afiat dilimpahi rahmat ALLAH, aminn.
Baiklah dikesempatan ini, kami, warga Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat sekalian ke
JAMUAN RAYA NISA' PUTRAJAYA
yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-
TARIKH : 8HB OKTOBER 2010M / 29 SYAWAL 1431H
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 MALAM - 11.00 MALAM
TEMPAT : BLOK C3-T9-U07 PARCEL 15-12B
JALAN P15, PRESEINT 15
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita semua, insya'ALLAH.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, September 28, 2010

SHARING IS CARING...=)





* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, September 20, 2010

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Assalamualaikum,
Bagaimana dengan sambutan IdulFitri sahabat-sahabat? Semoga raya kita kali ini dilimpahi rahmat Allah dan dapat merapatkan ukhuwwah sesama ahli keluarga,saudara-mara dan sahabat handai.
Sudah habis berpuasa 6?InsyaAllah artikel di bawah ini dipetik daripada web Ustaz Zaharuddin untuk renungan kita bersama:

*******************************************************
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)



Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,
InsyaAllah di pagi yang mulia ini, warga Nisa Putrajaya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung setia blog Nisa putrajaya.
Semoga hari raya pada kali ini lebih bermakna dan diberkati oleh Allah SWT. Bagi yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing,kami mendoakan agar anda selamat sampai dan dipermudahkan urusan.. Ameen..


Monday, August 30, 2010

Selamat menjalani ibadah di penghujung Ramadhan..


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi kerana ALLAH sekalian? Doa dan harapan, semoga kalian dalam lindungan dan limpahan rahmatNYA sentiasa, insya'ALLAH. Kami, alhamdulillah, sihat wal afiat.

Hari ini, sudah 20 Ramadhan. Bermakna, hanya tinggal 10 hari saja lagi untuk kita bersama Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat. Juga dikenali dengan bulan keampunan.

Dipenghujung Ramadhan sebegini, pastinya banyak perkara yang kita nak selesaikan. Biskut raya, baju raya, langsir dan kelengkapan rumah, dan pelbagai lagi yang menarik perhatian kita. Tapi sedarkah kita, apa yang sepatutnya kita cari sebenarnya? Adakah 1 Syawal yang kita nantikan? Adakah jamuan raya yang jadi tumpuan? Adakah berhimpun bersama kawan-kawan yang jadi tujuan?

Ramai yang berkata, bulan Ramadhan ialah bulan untuk mencari duit poket lebih. Bulan Ramadhan adalah bulan 'SALE' di seluruh negara. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk melatih diri menahan lapar dan dahaga, nanti senang nak mula ber'diet'.

Sahabat Nisa' yang dirahmati ALLAH sekalian,

sepanjang 20 hari di Madrasah Ramadhan, adakah kita telah menghayati erti sebenar Ramadhan? Apakah yang kita faham tentang Ramadhan sebenarnya?

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Di dalam bulan Ramadhan, ALLAH telah janjikan 1001 rahmat. Rasulullah juga pernah bersabda, mafhumnya : " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"...

Sahabat yang dikasihi sekalian,

kejarlah kebaikan yang ada dalam bulan Ramadhan. Ayuh, kita manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki lebih kurang 10 hari saja lagi untuk kita mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Ramadhan, hadirnya dinanti, perginya ditangisi. Ramadhan pasti datang lagi, tapi kita, belum tentu punya masa untuk bersama Ramadhan yang akan datang. Muhasabah!

Salam ingatan tulus ikhlas dari kami, Nisa' Putrajaya. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, August 25, 2010

Berita Baik Untuk Kakitangan Awam.. =)


"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara - 2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya_RM500untukkakitanganawam_pesara/Article


**************

Mesti ramai yang gembira dengan berita ni kan? Alhamdulillah. Semoga dengan rezeki yang ALLAH kurniakan ini akan mendekatkan lagi hubungan kita denganNYA.

Lepas ni, ramai yang boleh beribadat dengan tenang dah gembira. Sedikit sebanyak, bantuan khas kewangan ni mampu membantu mereka-mereka yang memerlukan. Jangan lupa bayar zakat fitrah ye.

Selamat beramal di bulan Ramadhan..(^_^)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Mengejar malam yang lebih baik dari 1000 bulan


Assalamua'laikum sahabat Nisa' yang dikasihi kerana ALLAH sekalian.

Apa khabar iman kita hari ini? Semoga mekar subur sentiasa, insya'ALLAH.

Hari ini, kita telahpun melangkah ke 15 Ramadhan. Subhanallah, segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Bertambah syukur kerana DIA masih sudi memberi ruang dan peluang kepada kita untuk beribadat kepadaNYA sehingga kesaat ini, berbekalkan nikmat kesihatan yang baik. Alhamdulillah.

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, dan maha pengasih.

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

- Surah Al Qadar: ayat 1 - 5]

Sahabat-sahabat sekalian, ALLAH telah berfirman bahawa dalam bulan Ramadhan, akan ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam yang digelar malam Lailatul Qadar. Malam ini telah dijanjikan dengan pahala yang melimpah ruah. Amat rugi jika sekiranya kita tidak berusaha untuk merasai kemuliaan yang dijanjikan pada malam tersebut.

Ayuh, marilah sama-sama kita meningkat amalan kita. Sekarang Ramadhan berbaki 15 hari saja lagi. Rebut peluang yang ada. Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Jom topup iman! Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. ;)

Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 23, 2010

Ummiku Sayang~

Assalamualaikum,

apa khabar sahabat-sahabat Nisa Putrajaya?Semoga sentiasa di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNya..entri kali ini,rasa macam nak share dengan sahabat-sahabat lirik yang sangat 'sweet' di bawah ini. Semoga kita sayang ummi sokmo!!

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Tajuk Nasyid : Ummiku Sayang
Artis : Soutus Sofwa

p/s:kalau nak download mp3,boleh lah download di :http://www.4shared.com/audio/bkP_TPoA/Soutus_Sofwa_-_Ummiku_Sayang.htm

Friday, August 20, 2010

Jagalah dirimu di bulan mulia ini


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, August 19, 2010

Rebutlah Promosi di Bulan Ramadhan ini :)

Assalamualaikum,


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Moga sentiasa di bawah penjagaanNYa.Bagaimana dengan Fasa Pertama Ramadhan?diharapkan sahabat -sahabat dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.Di bulan mulia inilah insyaAllah kita merebut sebanyak-banyak pahala yang ditawarkan oleh Allah SWT.Suka untuk memetik hadis daripada Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan kepentingan Ramadhan:


"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Panjangnya umur kita dan kekuatan yang kita perolehi sehingga kita dapat melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan pada tahun ini adalah kerana belas kasihan Allah SWT kepada kita. Kenapa ? :


Pertama ; Ramadhan tidak seperti tetamu yang biasa kita terima. Kunjungan Ramadhan itu adalah dengan seribu rahmat, keampunan serta pembebasan dari neraka. Ramadhan adalah utusan Allah yang datang kepada kita untuk membersihkan dosa-dosa kita. Keagungan Ramadhan itu adalah kerana setiap malam Allah bebaskan sejuta hambaNya dari api neraka. Menurut Rasulullah SAW , sejuta yang dibebaskan batang tengkuk mereka dari neraka itu adalah yang sudah ditetapkan untuk masuk neraka. Namun kerana kemurahan Allah dan keagungan Ramadhan maka mereka dibebaskan Allah dari neraka. Allahu Akbar !


Kedua ; Rasulullah SAW telah memerintahkan Saidatina Aisyah untuk membanyak permohonan doa agar diberikan keampunan terhadap dosa. Dalam masa yang sama Rasulullah SAW telah memberikan khabar gembira bahawa setiap detik saat yang berlalu di dalam bulan Ramadhan adalah dipenuhi dengan saat yang sangat maqbul dan doa diperkenankan. Antara saat istijabah yang pasti adalah waktu sahur serta waktu hampir dengan berbuka. Inilah peluang dan saat yang dinantikan oleh setiap hamba yang punya banyak permasalahan dengan Tuhannya. Berdoalah nescaya permohonanmu doperkenankan. Namun ingat, mereka yang mensyirikkan Allah serta yang memutuskan tali silaturrahmi tidak akan diangkat doa mereka oleh Allah SWT. Oleh itu sambungkanlah tali silaturrahmi yang terputus serta bertaubatlah dari dosa syirik pada Allah. Antara adab berdoa :


1~Jangan lupakan Tahmid dan selawat di awal dan dihujung doa.
2~Berdoalah dalam keadaan engkau yakin doamu akan dimaqbulkan.
3~Jangan doakan permusuhan dan kemusnahan orang lain.
4~Berdoalah dengan penuh kerendahan hati dan pengharapan.


Ketiga ; Saiyyiduna Salman al Farisi menceritakan bahawa Rasulullah SAW di dalam khutbah sambutan Ramadhan telah menyatakan bahawa setiap amalan sunat di dalam bulan Ramadhan diberikan pahala yang sama dengan amalan fardhu sementara amalan fardhu diberikan pahala yang menyamai 70 amalan fardhu di bulan lain.Alangkah hebatnya BONUS Ramadhan.


Keempat ; Tak sama keluar duit belanja orang makan di bulan Ramadhan dengan di luar Ramadhan. Memberi makan orang yang berpuasa mendapat keampunan dosa serta mengenyangkan orang yang berpuasa akan mendapat syafaat minum dari telaga Al Kautsar di akhirat kelak (sunan Imam at Turmuziy).


Kelima ; Buat para pejuang agama, Ramadhan adalah mukhaiyyam tarbawi untuk kita semua. Di dalamnya ada pengisian untuk jiwa kita. Iman kita disegarkan semula. Nafsu dilemahkan dan ditundukkan. Ramadhan adalah bulan amal tarbawi untuk kita meraih taqwa yang menjadi syarat utama dikurniakan pertolongan dan kemenangan oleh Allah.


Moga kita dipilih oleh Allah untuk dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT agar dapat kita hidupkan dan imarahkan Ramadhan ini dengan ibadah,infaq,zikir,selawat,tilawah serta mujahadah dan riyadhah imaniyah. Allahumma Amien.

(dipetik dari blog :http://jihadtegakislam.blogspot.com/)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem!!


Dengan nama ALLAh yang maha pemurah, lagi maha pengasih.

Segala puji bagiNYA yang masih sudi mengurniakan nikmat dan rahmat yang berlimpah ruah keatas kita semua. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA.

Sahabat Nisa' yang dirahmati ALLAH sekalian,

Ramadhan hadir setiap tahun, tidak pernah "miss" walaupun sekali. Tapi ingat sahabat sekalian, nikmat usia yang ALLAH berikan kepada kita boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Takkan terlewat atau awal walau sesaat. Oleh itu, marilah sama-sama kita menikmati usia yang masih bersisa ini dengan melakukan amalan yang mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta.

Sahabat sekalian. ALLAH sangat kasih pada hambaNYA. DIA masih sudi memberikan ruang waktu untuk kita perbetulkan semua kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Walau sebesar mana sekalipun kesilapan yang kita lakukan. pengampunan ALLAH lebih besar. mohonlah kepadaNYA. Ramadhan terkandung berjuta rahmat dan kemuliaan yang tak mampu kita jangkakan.

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - Az-Zumar, ayat 53.


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAHABAT NISA' PUTRAJAYA. MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.

KAMI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF DIATAS SEBARANG SALAH DAN SILAP YANG MUNGKIN KAMI LAKUKAN ANTARA SEDAR MAHUPUN TIDAK.. SEMOGA RAMADHAN KALI INI BERJAYA DILALUI HINGGA KEAKHIRNYA.. IKHLAS DARI KAMI - NISA' PUTRAJAYA.

Assalamua'laikum

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, August 6, 2010

KARNIVAL CINTA NABI @ WANGSA MAJU


Assalamua'laikum.


Moga para pengunjung setia blog Nisa' Putrajaya sentiasa dalam limpahan nikmat dan rahmat dariNYA, aminn.



Insya'ALLAH, Surau Nur Al-Ihsan dengan kerjasama Nisa' Wangsa Maju akan menganjurkan Karnival Cinta Nabi pada ketetapan seperti berikut :


TARIKH : 7 OGOS 2010 ( SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 1 PETANG
TEMPAT : SURAU NUR AL-IHSAN, SEKSYEN 2, WANGSA MAJU.

Pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk para pengunjung. Jangan lepaskan peluang. (^_~)
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, August 5, 2010

KARNIVAL INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN


Assalamualaikum,


InsyaAllah, buat julung kalinya JAKIM akan menganjurkan menganjurkan Karnival Inovasi Kebangsaan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos 2010 di Masjid Sultan Mizan,Presint 3,Putrajaya. Semua dijemput hadir...
Untuk keterangan lanjut, sila lawati website jakim :http://www.islam.gov.my/






JOM MAKAN BUAH :)

Assalamualaikum,
Bagi warga Putrajaya yang berkelapangan pada hujung minggu ini,terdapat jualan buah-buahan tempatan di Taman Warisan Pertanian,Putrajaya..
JOM MAKAN BUAH~


Wednesday, August 4, 2010

Risalah Ogos 2010::PERSEDIAAN RAMADHAN



Tuesday, August 3, 2010

buatmu saudariku..


Assalamua'laikum...

Saudariku,…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman–taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, haruman aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun , tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang, tapi awas durinya yang melingkar bisa membuat sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya …..

Saudariku ,…
Kami suka kiranya kita menjadi seperti mawar aspirasi setiap muslimah. Bentengalah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah …Hiasilah dirimu dengan titisan wudhuk.. ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah ia tidak akan melihat pada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah … Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam …..


Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis mudamu mencabar rasa keimanan yang ada … Namun ingatlah saudariku … sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan–jalan kearah itu, yang penting gadisku, engkau mesti mempunyai azam, usaha dan istiqomah ….

Saudariku ….
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. … Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu … Sesungguhnya Nabi bersabda tentang bahaya dirimu ,sabdanya…"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita "……

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, jangan biarkan orang lain mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu…. sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu ditempat yang mulia.

Kau harapan ummah dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu …

Saudariku …
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah tetapi memuja cinta itu salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama da kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta …..
Benarlah kata yang berbunyi : "Sesungguhnya cinta itu buta "... Cinta itu mampu membutakan mata dan hati dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT …..

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah SWT ….
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih penciptamu …..

Saudariku ….
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatinya diserah kepada Allah SWT sudah pasti ia akan bertaut kembali ….. Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu ….. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama ;
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa , menderita dan terseksa oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri ".

Salam sayang dari kami buat muslimah sekalian...


SELAMAT MELANGKAH KE BULAN RAMADHAN. BERSAMA KITA PERBAIKI DIRI, PERSIAPAN MENUJU NEGERI ABADI. RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAHNYA SENTIASA BERBEZA.. (^_^)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 2, 2010

Nisa' Small Kindness - Promo


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, July 29, 2010

PNB-KPT Programme




Wednesday, July 28, 2010

Program "Bersama Ringankan Beban"



(klik poster untuk paparan lebih jelas)

Assalamua'laikum.

Sinar Ramadhan mula menampakkan seri. Sya'ban mula menapak pergi. Begitu cepat masa berlalu.

Apa khabar pengunjung blog Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian? Semoga dibawah lembayung rahmatNYA sentiasa, aminn.

Baiklah, dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin menghebahkan satu program kebajikan anjuran Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Nisa' Wilayah Persekutuan.

Bersama Ringankan Beban

Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Nisa’ Wilayah Persekutuan ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Kami dalam usaha untuk mengumpulkan barangan terpakai mahupun baru bagi menjayakan program Jualan Amal. Hasil Jualan Amal nanti akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat bersama ringankan beban dan berkongsi rasa bahagia menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba.
Apa yang boleh disumbangkan?

Sumbangan seperti pakaian, perabot, hiasan rumah, CD dan kaset, serta apa jua barangan terpakai.
Kami juga menerima sumbangan berbentuk wang ke akaun :
YAYASAN AMAL MALAYSIA CAW WILAYAH PERSEKUTUAN : 14032010034123 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD).

Keperluan harian seperti minyak masak, gula, tepung gandum dan pelbagai lagi juga diterima.

Semoga usaha yang sedikit ini mampu membahagiakan hati insan disekeliling kita. Bersama ringankan beban.
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
(Al-Baqarah : 261 )


Berminat?

Hubungi : Pn. Rosiah (012-6089751) atau Cik A’isyah (019-6968378)
Kami mohon kerjasama anda semua untuk bersama menghebahkan program ini kepada kenalan kalian. Boleh dihebahkan kedalam blog, facebook atau mana-mana medium yang dirasakan sesuai. Terima kasih diatas sokongan anda dalam menjayakan program ini.

Segala perhatian dan kerjasama anda dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.








* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, July 26, 2010

remaja dan masalah sosial

Melaka syor sekolah khas remaja hamil
Oleh Nasir Abd Wahab 2010/07/26

Elak lari rumah, buang bayi

MELAKA: Selepas menggalakkan golongan muda di negeri ini berkahwin awal dengan menyediakan bantuan sebanyak RM500, kerajaan Melaka bercadang menubuhkan pula sebuah sekolah khusus untuk remaja yang hamil sama ada secara sah mahupun di luar nikah. Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penubuhan sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu penting untuk dilaksanakan dalam membantu remaja yang berkahwin awal dan pasangan terlanjur membina kehidupan dan membesarkan bayi sambil meneruskan pelajaran di sekolah itu tanpa gangguan masyarakat.

Remaja dari negeri ini yang perkahwinan mengalami masalah boleh meneruskan persekolahan di sini. Kita akan membantu mereka daripada melakukan perkara tidak elok seperti berzina, membuang bayi atau lari dari rumah, katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan ulang tahun ketiga Perkampungan Buku serta pelancaran buku Makan-Makan dan Beli-Belah di Melaka di Taman Botanikal, Ayer Keroh, di sini, semalam. Katanya, cadangan penubuhan sekolah khas itu sudah dibincangkan dengan JAIM dan akan dilaksanakan meskipun tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak, termasuk Kementerian Pelajaran. Saya tetap akan menubuhkan sekolah ini untuk memberi peluang kedua bagi pasangan muda yang sudah terlanjur atau bagi pasangan remaja sudah berkahwin tetapi berdepan masalah keluarga untuk meneruskan kehidupan tanpa gangguan sambil meneruskan pelajaran di sekolah ini, katanya. Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, perkahwinan awal bukan menjadi masalah kerana ia berkesan untuk menangani bencana sosial di kalangan remaja. Katanya, masyarakat wajar memudahkan urusan perkahwinan kerana Islam sendiri adalah agama yang memudahkan umatnya menja-lani kehidupan, termasuk dalam urusan pernikahan. Mohd Ali berkata, buat permulaan, sekolah berkenaan khusus untuk pasangan remaja dari Melaka tetapi sedia menimbangkan kemasukan dari seluruh negara selepas pertimbangan teliti, termasuk restu daripada keluarga masing-masing.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, July 22, 2010

Ramadhan yang dinanti..

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca setia blog Nisa Putrajaya? Harapnya sentiasa di bawah jagaan dan perlindungan Allah SWT.Sedar atau tidak sedar,kita sudah menghampiri bulan Ramadhan Al Mubarak. Lebih kurang 3 minggu lagi sahaja kita akan menempuh bulan yang paling dinanti-nantikan...Bagaimana dengan persiapan diri,iman dan ilmu bagi memastikan Ramdhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lalu? Diharapkan semua yang dirancang berjalan seiring dengan ketentuan dan kehendak Allah yang Maha Penentu Segala yang Nyata dan Ghaib.


Renung-renungkanlah:





Ya Allah,sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan,Bantulah kami di dalam mengerjakan puasa,qiyam dan amalan soleh padanya dan di bulan -bulan yang lain,teguhkanlah pendirian kami di dalam ketaatan kepadaMU sehingga kami menemuiMu,Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha menyahut doa-doa kami.


Ameen Ya rabbal a'lamin







Thursday, July 15, 2010

Risalah Julai 2010:AWASI AURATMU!!



Wednesday, July 7, 2010

FLoRiA Di PuTrAJaYa


Assalamualaikum,
Bagi yang berkelapangan dan ingin menikmati flora -flora ciptaan Allah, marilah bersama -sama ke Festival Bunga Putrajaya..


Sunday, July 4, 2010

Istimewa kepada yang bergelar mahasiswa


Assalamua'laikum.


Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda (kecuali UPSI) untuk sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan


A. Syarat Asas
Warganegara Malaysia;
Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2010; dan
Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semestar November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/2011 dari mana-mana institusi pengajian tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun dua dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas.


B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru Semestar November/ Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/ Julai/ Ogos Sesi 2010/2011;
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) – Gred A- dalam 7 matapelajaran (Gred B dalam Bahasa Malaysia), atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2009) – Prinsipal B+ dalam 4 matapelajaran, atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2008) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran, atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan, atau
Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau Asasi IPTA – CGPA 3.40, atau
Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50


2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
Bidang Kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) – Lulus
Bidang-bidang lain – CGPA 3.50


Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan
Kritikal- Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar
Keutamaan- Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi
Profesional- Sastera Ikhtisas – Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
Lain-lain- Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
Sastera – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.
Kadar Biasiswa


Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.


Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.


Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari. Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.


Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.


Tempoh Kontrak
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;


Peringkat Diploma
Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun


Peringkat Ijazah
Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun


Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.


Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.


Mereka Yang Tidak Layak Memohon
Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.


Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my/ atau http://www.jpa.gov.my/ atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2010 (PIDN);


Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;


Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;


Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;


Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.


Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.


Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini dijangka akan diumumkan 30 hari selepas tarikh tutup permohonan di laman web JPA, eSiLa.



Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.





* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *