Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, June 17, 2015

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

JUM BERSEDEKAH SAMBIL BERAMAL...

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

JUM KE TAMAN RAUDHAH!!!




Inshaallah, Kuliah Dhuha Nisa Putrajaya akan diadakan pada 28hb Jun 2015 jam 9.00 pagi bertempat di Surau Al Mizan, Presint 8, Putrajaya dan disampaikan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Jum Pakat Maghi Belake deh!

Friday, June 12, 2015

Program Nisa' - LDO MEI 2015

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


Inshaallah kita jumpa di LDO akan datang ;)

Program Nisa' - KULIAH DHUHA MEI 2015

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


Hafsyah Binti Umar Bin al Khattab (Wanita Yang Suka Berpuasa)


Hafsyah Binti Umar Bin al Khattab merupakan muslimah yang suka berpuasa dan solat. Beliau digelar sebagai sawwamah (orang yang selalu berpuasa) dan qawammah (orang selalu bangun malam). Hafsyah juga merupakan wanita tersangat zuhud dan wara.


Beliau pernah berkahwin dengan seorang sahabat yang bernama Khunais bin Khudzafah al Sahmi yang juga merupakan sahabat yang terawal memeluk agama Allah dan sempat berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) dan Madinah, Namun begitu,Khunais telah syahid dalam peperangan Uhud.

Semenjak itu, Hafsyah dirundung duka, namun kerana keteguhan imannya beliau tabahkan hati dan bersabar serta menguatkan ketaatan hati kepad Ilahi.


Oleh kerana sifat-sifatnya yang amatlah halus dan ketaatnya hebat, dua sahabat yakni Uthman r.a dan Abu Bakar r.a tidak sanggup memperisterikan beliau walau ditawar oleh bapa Hafsyah yakni Umar Al Khattab. Akhirnya Allah ketemukan Hafsyah dengan manusia teragung di dunia yakni Rasulullah saw. Jadilah Hafsyah sebagai Ummul Mukminin di atas kesabaran pada ujian serta dugaan yang Allah berikan kepadanya.



Hafsyah juga merupakan antara wanita yang menyumbang kepada riwayat Hadis Rasulullah saw hingga wafatnya baginda.Bahkan diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar sendiri yang selalu meniru segala jejak dan amal Rasulullah, menjadikan Hafsyah tempat rujukan.

Hafsyah juga menyumbang ketika pengumpulan Al Quran dilakukan dan hasil dari usaha Zaid bin Tsabit ini dipercayai dan disimpan di bawah jagaan Hafsyah.


Begitulah hebatnya Hafsyah, wanita yang banyak sekali berpuasa dan mengerjakan tahajud. Begitu agungnya nilai kesabaran dan keteguhan beliau sehingga mendapat kedudukan yang mulia serta pendamping Rasulullah saw. 



_sumber Koleksi Untaian Ramadhan JAWI.