Assalamualaikum sahabat semua :)
Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat Nisa yang sentiasa memberi sokongan dan hadir ke program Nisa Putrajaya selama ini.
Dengan pertolongan dan kudrat yang dikurniakan oleh Allah, Sekretariat Nisa Putrajaya telah merangka sebuah KEMPEN MENUTUP AURAT 2012 sepanjang bulan Syaaban ini dan pelbagai aktiviti menarik akan menanti anda semua. Program yang paling terdekat ialah:
Kuliah Dhuha Perdana Sempena Kempen Menutup Aurat
Tajuk: What is Beauty?
Tarikh: 24 Jun 2012
Tempat :Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Nantikan program-program yang lebih menarik selepas ini...
"Aurat Saya, Maruh Saya"