Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Friday, December 30, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sentiasa berada dalam kalungan kesihatan yang baik hendaknya.

Apa khabar iman kita hari ini? Semoga sihat-sihat aja hendaknya ya. (^_^)

Hari ini, 30 Disember 2011. Pejam celik, pejam celik. 2011 sudahpun sampai ke penghujungnya.  Begitu pantas masa berlalu. Kadang tak terkejar rasanya.

Muhasabah bersama:
Adakah kita telah menggunakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah?
Adakah waktu-waktu yang kita lalui mendapat redha dari Ilahi?


Walau apapun jawapannya, sama-samalah kita usahakan, semoga hari-hari yang mendatang bakal dilalui dengan lebih baik. Sama-sama kita manfaatkan masa yang ada, sama-sama kita manfaatkan usia yang masih bersisa. Ingatlah, semuanya akan dihitung di hari Akhirat kelak.

Akhir kalam, jaga diri, hiasi peribadi. Manfaatkan cuti nanti ya. Barokallahufiikum. (^_~)

Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, December 23, 2011

Bangunlah, wahai ummah!

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh barokah. Maha suci ALLAH, yang berkuasa atas segalanya.

Alhamdulillah, sehingga saat ini ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :). Baiknya ALLAH. Masih memberikan peluang untuk kita memperbaiki diri, membuka ruang untuk kita terus beribadat kepadaNYA.



Sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian.

Kehidupan di dunia hanyalah sebuah pengembaraan yang singkat. Dunia hanyalah tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi abadi iaitu akhirat. Sepanjang tempoh kembara di dunia ini, kita perlu lakukan yang terbaik. Kutip sebanyak mana bekalan yang termampu. Kerana hanya bekalan-bekalan inilah yang dapat kita bawa ke akhirat sana. Jika kita mengejar dunia, maka, dunia lah yang akan kita dapat. Tapi jika kita mengejar akhirat, insya'ALLAH, dunia juga akan bersama kita.


Dalam setiap perkara, kita dituntut supaya bersederhana. Kasih perlu berpada, benci juga perlu berpada. Jangan terlalu kasih dan jangan juga terlalu membenci. Kerana kita tak tahu, apa yang bakal terjadi di masa akan datang. Boleh jadi, orang yang terlalu kita sayangi akan menjadi orang yang paling kita benci, dan mungkin juga orang yang paling kita benci akan menjadi orang yang paling kita sayangi.

Sekiranya ALLAH menghadirkan hidayah dalam diri kita, rebutlah ia sebaiknya. Jangan bertangguh untuk berubah, bimbang sekiranya ia tidak berlaku buat kali kedua. Jika pernah terlintas untuk menjadi lebih baik, berusahalah untuk melaksanakannya. Itu adalah salah satu tanda bahawa ALLAH masih menyayangi kita. DIA hadirkan hidayah, mengetuk pintu hati kita, untuk lebih rapat denganNYA. DIA maha kaya. kaya dengan kasih sayang, kaya dengan kemaafan, kaya dengan pengampunan, kaya dengan segala-galanya. Tiada satu pun yang dapat menandingi DIA.

Jangan takut untuk berubah. Jangan malu untuk menangis, merayu kepadaNYA. Kita, hanyalah seorang hamba. Hamba kepada ALLAH, PENCIPTA YANG HAQ!

Ayuh, cari redhaNYA, bersama. Wallahua'lam... Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, December 16, 2011

Terus Melangkah Menggapai RedhaNYA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sentiasa sihat badan dan iman hendaknya.

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjatkan kehadratNYA atas kurniaan yang sentiasa melimpah dan tak pernah berbelah bagi terhadap kita semua. Alhamdulillah.

Hari ini Jumaat, 20 Muharam 1433 Hijrah bersamaan 16 Disember 2011. Menghitung detik-detik waktu yang berlalu tanpa henti. Meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kelekaan dan kesibukan menggalas tugasan dan amanah yang sering menghimpit. ALLAHu ALLAH.

Kadang-kadang, lelah menghambat waktu. Pejam celik, pejam celik. Laju saja masa berlalu. Rasa tak mampu untuk mengejar. Namun langkah tetap perlu diteruskan. Selagi hayat dikandung badan, amanah dipikul perlu dilaksanakan.

Usia makin bertambah. Setiap hari bakal mengundang episod baru dalam kehidupan. Semuanya ada coretan tersendiri. Kanvas kehidupan, pelbagai warna, pelbagai cerita. Jatuh bangun, itu sudah lumrah sebuah kehidupan. Tak selalu di atas dan tak selalu di bawah. Tiada satupun yang kekal di dunia ini. Namun jangan dilupa. Coretan di kanvas inilah yang bakal menemani perjalanan kita untuk ke Sana. Banyak yang baik, atau banyak yang buruk.. Itulah yang menentukan tempat kita di sisiNYA.

Andai hari ini kita kalah dan lelah, moga langkah hari esok akan lebih gagah.
Biar beribu kali kita rebah, namun jangan sekali cepat mengalah.
Langkah hari ini mungkin lemah. Pastikan esok tak bisa goyah dengan mudah.
Hidup, adalah sebuah lapangan perjuangan.
Bukan mudah, namun tetap perlu diredah!

Semoga ALLAH sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhaiNYA, menuju Syurga yang didambakan semua.

Semoga kita semua berjaya meraih cintaNYA. (^_~)

Bertemu lagi dilain masa, salam ingatan tanda persaudaraan. Assalamua'laikum.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, December 8, 2011

Talian Hotline BR1M

Assalamua'laikum. Makluman untuk yang berkenaan :

***

Salam 1 Malaysia


Kepada Semua Media Elektronik,

Tuan/Puan,

TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline (tol free) bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebanyak RM500. Talian Hotline Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), RM500 : 1-800-222-500 (bebas tol) akan mula beroperasi pada 7 Disember 2011 atau e-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my. Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (hari bekerja)”


3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat promo dan hebahan mengenai perkara ini untuk makluman agensi Kementerian dan orang ramai mengenainya.

Sekian, terima kasih.

--

NORHAIDAH MD. ESA

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN KEWANGAN
TEL : 03-88906480


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, November 29, 2011

Tidak Terkecuali. :)

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Masalah.

Siapa yang tak pernah ditimpa masalah? Berani angkat tangan? Haa, nak tipu ya? :). Masalah ni, semua orang dia nak kawan. Tapi selalunya, dia suka datang dan pergi. Kejap ada, lama dia tinggalkan kita. Dan sampai masa, dia datang lagi. Lepas tu dia pergi semula.

Masalah ni, adamasanya datang banyak-banyak dalam satu masa. Adakalanya datang satu persatu. Berderet-deret pun ada. :). Rasa nak mengeluh? Fikir dulu. Bukankah semua tu ALLAH yang aturkan. Jadi, kenapa rasa nak mengeluh ya? Hmm..



Bagaimana nak selesaikan?

ALLAH yang bagi ujian, ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk mengambil ujian ni semula. :). Pernah terdengar kata-kata ini : makin banyak kita luahkan masalah kepada manusia, makin sedikit kata-kata luahan kita kepada ALLAH.

Kebergantungan dan pengharapan yang jitu kepada ALLAH, adalah sebaik-baiknya. Ya, siapa lagi yang mampu menyelesaikan masalah kita, sedangkan semuanya datang dari ALLAH?

Masalah ni, bergantung kepada kita macam mana nak selesaikan. Kalau tak mampu nak selesaikan sorang-sorang, ada baiknya kita bincang dan minta pendapat orang yang faham masalah kita. Orang yang kita rasa boleh bantu kita. Orang yang boleh jaga rahsia kita. Jangan pula tersilap pilih orang,nanti makin bertambah masalah. Naya. Masalah pertama tak selesai, datang pula cik masalah yang kedua.

Kadang-kadang, masalah tak juga selesai bila kita kongsi dengan orang, kan? Tapi, paling tidak, kita rasa tenang, sebab dapat berkongsi. Dapat luahkan apa yang terbuku di hati. :). Kadang-kadang, kita pelik. Kenapa bila ada masalah, tiba-tiba je seseorang tu muncul. Dan tanpa sedar, dia akan berkongsi sesuatu dengan kita, yang kebetulannya sedikit sebanyak, ada persamaan atau kaitan dengan masalah yang kita hadapi. Padahal, kita tak bagitahu sedikitpun pada dia tentang masalah kita. Percaya tak, ALLAH sedang menghantar petunjuk buat kita. (^_^). ALLAH hebat kan?

Percaya dengan janji ALLAH.

Kepada diri dan anda yang yang sedang membaca, yakinlah dengan apa yang DIA janjikan :

"Bersama kesulitan, ada kesenangan"

Tiada satupun yang berlaku, tanpa hikmah yang tersembunyi. Mungkin hari ini kita susah, tapi yakinlah, akan ada kesenangan dan kemanisan yang sedang menanti. (^_^). Terimalah dengan redha, dan sabar. Janji ALLAH itu pasti. Selain mengharap, dan berdoa, usah ajuga perlu.

Ujian itu hadir untuk memberi ilmu kepada kita. Muhasabahlah, mungkin ada sesuatu yang perlu diperbaiki.

Semoga tahun 1433 Hijrah ini, membawa erti kepada kita. Sama-sama kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik.

Sehingga bertemu lagi, salam sayang dari kami. Wassalam. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, November 17, 2011

Program Maal Hijrah bersama Nisa' @ Masjid KLCC

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Semoga sihat sejahtera sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik. Syukur pada ALLAH yang Esa.

Lama kita tidak berprogram. Rindu rasa hati untuk bertemu sahabat sekalian. (^_^).

Baiklah, bersempena dengan Tahun baru Hijrah 1433 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, Masjid Asy-Syakirin dengan kerjasama Nisa' Wilayah Persekutuan akan mengadakan program istimewa untuk orang ramai.

Rujuk poster di bawah ya :



Pelbagai aktiviti menarik menanti semua.Ada acara untuk kanak-kanak. Ada acara untuk remaja dan tidak ketinggalan, untuk peserta dewasa. HADIAH MENARIK SEDANG MENANTI ANDA! (^_~)

Oh ya, masuk percuma dan makanan ada disediakan. Jadi, apa lagi.. Simpan tarikh 27hb November untuk sama-sama berkumpul dan imarahkan program di Masjid Asy-Syakirin pada 27hb nanti.

Jumpa di sana. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, November 11, 2011

Duhai Wanita ISLAM



Duhai wanita ISLAM yang dikasihi sekalian,
tutuplah auratmu dengan sempurna.
Jaga dan lindungilah aurat dari pandangan ajnabi (bukan mahram).
Apabila aurat dibiarkan terbuka dengan sewenang-wenangnya,
kelak, ia akan dibakar oleh api neraka yang tidak tertanggung azabnya.

Duhai wanita ISLAM yang dikasihi sekalian,
tutuplah auratmu dengan sempurna.
Jangan dibiarkan aurat dipandang oleh mata-mata yang tidak sepatutnya.

Duhai wanita ISLAM yang dikasihi sekalian,
Aurat itu amanah kita,
sehingga sampai saatnya diperlihatkan kepada si dia yang ALLAH tentukan.

Duhai wanita ISLAM yang dikasihi sekalian,
Aurat itu maruah kita.
Hilang maruah, hilanglah segalanya.

Duhai wanita ISLAM yang dikasihi sekalian,
menutup aurat itu tidak cukup memakai baju dan seluar ketat yang membalut urat.

Duhai wanita ISLAM yang dkasihi sekalian,
menutup aurat itu bukanlah sekadar membalut rambutmu dengan sehelai kain nipis dan kecil.

Pakailah pakaian yang longgar dan tidak jarang,
pakailah tudung yang menutupi dadamu.
Itulah yang syariatkan oleh Pencipta kita.
Semoga kita tidak digolongkan dalam golongan yang disebut-sebut oleh Rasul tercinta :

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:


"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:

Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.


(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Segalanya kerana ALLAH.

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang dan ruang untuk kita teruskan kehidupan. Semoga ALLAH meredhai setiap hela nafas kita.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA.

Dikesempatan yang ada, kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA I'DUL ADHA kepada semua sahabat. Semoga kehadiran I'dul Adha kali ini membawa kita dalam menghayati erti pengorbanan yang sebenar.

Berkorbanlah apa saja, samada harta, tenaga, perasaan namun setiap pengorbanan yang kita lakukan haruslah ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan ALLAH s.w.t.

Tiada ertinya jika berkorban wang beribu-ribu, berkorban lembu dan kambing setiap tahun tapi hanya kerana ingin mendapatkan tempat dimata masyarakat. Apalah erti sebuah pengorbanan jika riak dan takbur mengiringi perbuatan kita?

DIA maha mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi.

Semoga semuanya mendapat redha dan rahmat ALLAH. (^_^)

Monday, October 31, 2011

Proud To Be Muslim!!

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Lama tidak berpeluang 'update' blog. Kekangan masa dijadikan alasan. Mohon maaf ya.

***

Hari ni nak kongsikan sesuatu dari blog sahabat. Semoga ada manfaatnya untuk kita kongsikan bersama.

When I say. . .I am a Muslim, I'm not shouting " down with Christians and Jews." I am whispering "I seek peace," and Islam is the path that I choose.



When I say. . . I am a Muslim, I speak of this with pride. And confess that sometimes I stumble, and need Allah to be my guide.


When I say. . .I am a Muslim, I know this makes me strong. And in those times when I am weak, I pray to Allah for strength to carry on.


When I say. . . I am a Muslim, I'm not boasting of success. I'm acknowledging that Allah has rescued me, and I cannot ever repay the debt.


When I say. . .I am a Muslim, I'm not claiming to be perfect. My flaws are indeed visible, but Allah forgives because his followers are worth it.


When I say. . .I am a Muslim, it does not mean I will never feel pain. I still have my share of heartaches, which is why I invoke Allah's name.


When I say. . .I am a Muslim, I do not wish to judge. I have no such authority My duty is to submit to Allah's all-encompassing love.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, October 21, 2011

Berjual Beli dengan ALLAH

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan sekalian? Moga sihat iman dan badan. (^_~)



Alhamdulillah, segala puji hanya bagiNYA, yang paling layak menerima pujian. Tanpa izinNYA, kita takkan mampu berada ditahap ini, sehingga hari ni. Hidayah milik ALLAH. ALLAH yang berhak keatas setiap hambaNYA. Andai DIA tidak lagi mengizinkan hidayah itu bersama kita, PASTI kita tidak mampu memilikinya lagi.


ALLAHU RABBI.

Hakikat sebuah perjalanan kehidupan, jalan yang dilalui penuh berliku. Ya, kadang kala jalan itu lurus, senang dilalui. Tapi, ada masanya, jalan yang beranjau, bersimpang siur, harus kita lalui. Mampukah kita merentasinya seorang diri?

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." As-saff, ayat 10-14..

Renungan untuk kita bersama

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, October 18, 2011

Nikmat Usia Hanya Pinjaman

Assalamua'laikum.


Semoga semuanya dalam kalungan kesihatan yang baik, dilimpahi kasih sayang dariNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Segala puji dan puja hanya untukNYA, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Maha berkuasa atas segala. ALLAHUAKBAR.

***


Nikmat usia.

Ada yang tidak sempat menjenguk dunia, telah dipanggil menyahut seruan ilahi. Ada juga yang baru saja singgah di dunia ini, tapi pantas saja menyahut seruanNYA. Ada yang diberi kesempatan untuk hidup sehingga bertahun-tahun, malah berpuluh-puluh dan ada juga yang mencapai ratusan tahun. Semuanya adalah dengan izin ALLAH semata.

Usia yang ada, andai diguna dengan sebaiknya pasti bermanfaat untuk diri. Tapi jika hidup hanya ada murka Ilahi, pengakhiran yang buruklah yang akan menanti.

Hidup ini, sangat singkat. Bila-bila masa saja boleh tamat. Kalau yang sakit, atau yang sudah lanjut usia, pastinya dapat dijangka bahawa kematian sudah semakin menghampiri. Tapi, ada yang sihat, tapi meninggal akibat kemalangan. Ada yang sihat, tapi meninggal tanpa sebarang petanda awal. Pelbagai cara maut datang menjemput. Giliran kita, boleh jadi bila-bila masa saja.

Kematian sangat dekat dengan kita. Kiri kanan depan belakang, kematian seringkali dikhabarkan. Tua muda miskin kaya, kematian tidak mengenal siapa. Tiada siapapun yang boleh mengelak. Tiada siapapun yang boleh melambatkan. Sampai masa, dengan ketentuanNYA, pasti mati.

Semuanya hanyalah pinjaman. Bila sebut tentang pinjaman, bila-bila masa saja boleh ditarik balik. sampai masa yang ALLAH tentukan, semuanya akan dikembalikan kepadaNYA. Kita, tidak punya apa-apa. Lemah, lupa, hina.. Itulah hakikat kita. Makhluk yang tak punya apa-apa. Hanya seorang hamba.

ALLAHUAKBAR.

Sementara masih ada ruang masa, sama-samalah kita tingkatkan usaha. Cari redha ALLAH setiap masa. Apa guna angka yang makin bertambah, jika tiada satu saatpun yang diberkati dan diredhaiNYA? Apa guna usia yang meningkat, jika tidak langsung memberi manfaat?

Diri dan sahabat yang dikasihi sekalian,

sama-sama kita mencari redhaNYA. Walau siapapun kita sebelum ini, walau dimana sekalipun tahap kita sebelum ini, walau seteruk mana sekalipun kita sebelum ini, jangan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH. DIA sentiasa menerima taubat kita. Tiada manusia yang maksum melainkan rasulNYA. Tiada siapa yang dapat lari dari dosa, Namun, pintu taubat sentiasa terbuka. Masih ada masa untuk kita kembali ke jalan yang DIA redha. Masih ada peluang untuk kita tebus semula kesilapan kita yang dulu.

Apa yang telah berlaku, jadikan sebagai teladan. Jadikan sebagai sempadan. Pohonlah keampunan dariNYA. Pohon kemaafan sesama manusia.

Apa yang penting, baki hidup yang masih ALLAH kurniakan ni, kita gunakan sebaiknya. Jom jadi hambaNYA yang bertaqwa.

Semoga ALLAH ampunkan dosa-dosa yang kita lakukan.

Astaghfirullahala'zim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim..

wassalam.
 
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, October 10, 2011

PENGUMUMAN : USRAH NISA' PUTRAJAYA.. (^_^)

Assalamualaikum wbt



Apa khabar semua? hehe lama betul kan kita tak jumpa. Rindu sangat2 dah kat semua....

Okay bagi mengubat kerinduan yang terbuku di hati, insyaAllah pada minggu ini, Nisa' Putrajaya berhasrat untuk mengadakan usrah mengikut ketetapan seperti berikut:


Tarikh: 14 - 15 Oktober 2011

Masa : 8.30 malam hingga 8.30 pagi

Tempat: Presint 9, Fasa 12, Putrajaya (Rumah Ukhti Syuhada)



Tentatif:

Solat Isyak

Minum malam

Tazkirah

Bicara buku

Tidur

Qiam

Solat Subuh

Al-Ma'thurat

Sarapan

Riadah


Mohon sebar-sebarkan pada semua. Sahabat-sahabat boleh terus respon kehadiran kepada saya, Ummi di 019-9206652 untuk memaklumkan kehadiran (alaaa xbestla if xdatang, semua hadir yerk ).

Sehingga bertemu Jumaat nanti =p

Wassalam wbt.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

JOM JOIN NISA' CYCLING DAY



Assalamua'laikum.

Semoga dalam redha ALLAH sentiasa hendaknya. Apa khabar ya kalian hari ini? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Nisa' Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Nisa' Putrajaya akan mengadakan program "Nisa' Cycling Day" yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16hb Oktober 2011 (Ahad)

Tempat : Taman Botani, Putrajaya.

Masa : 8.00 pagi (berkumpul di Taman Botani, Putrajaya)


Bayaran penyertaan : Rm10 (sewa basikal + makan minum)

Program ini terbuka kepada semua wanita berumur 18 - 40 tahun.


Penyertaan adalah terhad. Apa tunggu lagi? Untuk pendaftaran, hubungi :

1) Sarah 012-9384478

2) Rehan 012-3049868


 
Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana... (^_~)
 

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

...Hidup dalam redha ALLAH sentiasa...

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat. Masih diberi kesihatan yang baik dan kesempatan meneruskan kehidupan di dunia ini dengan bekal iman dan ISLAM. Alhamdulillah, tiada nikmat yang lebih baik darinya. Segala puji dan puja hanya untuk ALLAH, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.


ALLAHu ALLAH.

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH sekalian,

Hari ini bertarikh 10 Oktober 2011, bersamaan dengan 12 Zukaedah 1432H. Alhamdulillah, masih diberi ruang masa untuk kita teruskan kembara di dunia ini. Siapa yang memberikan nikmat ini kepada kita? Tiadalah yang dapat menandingi kuasaNYA, pastilah ALLAH yang maha Kuasa.

ALLAHu ALLAH.

Lailaha illallah.. Muhammadun rasulullah!

Kalimah tauhid yang perlu sentiasa basah dibibir. Kalimah tauhid yang perlu sentiasa bertakhta di hati. Kalimah tauhid yang perlu ditanam didalam diri.

Kita hanya makhluk ciptaanNYA yang tak punya apa-apa. Walau sehebat mana sekalipun di kita di mata masyarakat, hakikatnya, kita hanya hamba tak berdaya. Hakikatnya, kita hanya hamba tanpa apa-apa. Hakikatnya, kita hanya makhluk tiada upaya. Hakikatnya, kita hanya meminjam dari ALLAH segalanya!!

Siapalah kita tanpa restu dan redha dariNYA? Siapalah kita tanpa rahmat dan kasih sayang dariNYA? Siapalah kita tanpa nikmat iman dan ISLAM dariNYA? Siapalah kita jika tiada izin dariNYA untuk teruskan kehidupan hingga ke saat ini?

KITA TAK PUNYA APA-APA!

ALLAHu ALLAH.


Perjalanan hidup ini,

andai disusuri tanpa hakikat sebenar sebagai seorang hamba,

PASTI akan menjadi sia-sia.



Perjalanan hidup ini,

andai dijalani tanpa redha dan rahmat dari ALLAH,

PASTI tiada satu pun yang dapat dijadikan bekal untuk ke akhirat nanti.



ALLAHu ALLAH.



Hidup kita sebagai hamba,

Perlulah sentiasa berlandaskan pegangan yang kukuh kepada tali ALLAH.

Perlulah sentiasa berteraskan al-Quran dan as-sunnah.

Perlulah sentiasa mengikut syariat yang ditetapkan.



Janganlah mudah terpesona dengan keindahan dunia yang palsu.

Jangan mudah berputus asa dari rahmat ALLAH.

Jadilah hamba yang taat pada perintahNYA, dan laksanakanlah segala suruhanNYA.

Tinggalkan segala laranganNYA.



Sahabat Nisa' sekalian,

jadilah hambaNYA yang bertaqwa.

Sahabat Nisa' sekalian,

sunnah rasulullah jangan dilupa.

Sematkan rindu kepada rasulullah di dalam dada.

Moga mendapat syafaat baginda di akhirat nanti



Ayuh saling menasihati dan ingat memperingati antara satu sama lain.
Semoga ukhuwwah/persahabatan kita mendapat redha dari ALLAH, kekal hingga ke Syurga sana.

Rindu kalian kerana ALLAH!

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, October 7, 2011

Jangan lupa!!

Assalamua'laikum.

Sahabat Nisa' yang dikasihi kerana ALLAH sekalian, semoga sihat hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Sekadar peringatan. Jangan lupa temujanji kita di Talkshow Nisa' Wilayah Persekutuan hari Ahad nanti ya.
Jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari, di Dewan Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Masuk Percuma. Makanan disediakan. Jommmm

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, September 27, 2011

..KEUNGGULAN BIDADARI SYURGA..

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam redha dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Dikalung kesihatan dan kekuatan serta kesabaran menghadapi perjalanan hidup yang masih ada. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH. *syukur*

***

Dikesempatan ini, ingin kami hebahkan Talkshow dari Nisa' Wilayah Persekutuan yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

TARIKH : 9 OKTOBER 2011 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC
PANEL :
1) USTAZ KAMAL ASHAARI
2 ) USTAZAH NAFISAH TAHIR



Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi sama-sama berhimpun dalam majlis ilmu ini.

Jangan risau tentang bayaran. Semuanya adalah PERCUMA! Makanan juga disediakan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Azi : 013-2009426
Durrah : 019-3424921

Atau boleh juga luang masa untuk klik pada link ini :

Facebook : www.facebook.com//nisa.wilayah
Blog : http://www.nisawp.blogspot.com/



Jadi, apa tunggu lagi? Moh ler kita ke sana. Jumpa lagi ya.

Assalamua'laikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, September 21, 2011

PadaMU aku berserah

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Segala puji dan puja hanya untukNYA, ALLAH yang esa. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w.

Kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Banyak jamuan di merata-rata. Nisa' sendiri pun belum berkesempatan untuk mengatur pertemuan dengan ahli-ahli kesayangan. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH tidak murka, atas kekurangan yang ada pada kami. Lama tidak bertemu sahabat-sahabat sekalian. Rindu benar rasanya, namun apakan daya. Masa sangat-sangat mencemburui kita. Harapnya tiada yang berkecil hati.

***

Baiklah, bagi mengisi blog yang agak sepi sekarang, apa kata kalau kita sama-sama hayati lirik lagi ini : NASUHA, dari kumpulan Mestica. Sesiapa yang berkelapangan, bolehlah download lagu dari internet ya. (^_~)

Tajuk: Nasuha


Ya Allah

PadaMu ku curah segala

Perasaan yang melara

Engkaulah yang punyai cinta

Membawaku ke puncak nasuha



Ku kesali kealpaan diriku

Ku tangisi kesilapan lalu

Walaupun sekali

Tak kan aku ulangi



Ya Allah Tuhanku

Bantulah hambaMu

Jangan biarkan diriku

Terus dibelenggu

Ampuni dosaku

Terangi hatiku

Izinkan aku kembali

Ke jalan redhaMu



TIada lain yang ku harap

Hanya kasih sayangMu TUhan

Membawa ke rimbun keampunan



Ya Allah

PadaMu ku serah segala
 
 
 
* NISA' PENGHUBUNG GENERASI MUDA*

Tuesday, September 13, 2011

Mana Mak???

Pukul 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

***

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

***
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

***

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Kasih ibu dan bapa terhadap anak-anak terbit disaat anak-anak masih belum lahir kedunia. Sewaktu didalam kandungan, anak-anak telah ditatang, dijaga dengan penuh kasih sayang. Sedangkan seorang anak, hanya tahu menyayangi ibu dan bapa setelah mereka tahu berfikir. Dan lebih parah, apabila menginjak usia, mereka semakin hilang tumpuan terhadap kedua ibu bapa.

Fikir-fikirkan, dimanakah kita? Dimanakah letaknya kedua ibu bapa di dalam hati kita? Dalam kehidupan kita...
renungan buat semua.. diambil dari emel yang dikirim oleh sahabat..



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, September 8, 2011

Syawal datang lagi.. (^_~)

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Terlebih dahulu kami ingin memaklumkan, Ketua Nisa' Putrajaya, Cik Asyikin telah bertukar status pada 3 September yang lalu. Sekarang beliau telahpun bergelar Puan Asyikin. (^_^).

SELAMAT PENGANTIN BARU.
Semoga rumah tangga muslim yang dibina, mampu mendekatkan lagi diri kepada ALLAH yang maha Esa.

***

Tidak lupa kepada Timbalan Ketua Nisa' kita, Puan Suriani. Tahniah diatas kelahiran putera idaman. Semoga anak amanah ALLAH akan membesar dengan sihat, bakal menjadi pemimpin yang soleh suatu hari nanti.

***

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan ruang meneruskan kehidupan. Kalau dulu, hari raya hanya seminggu. Tapi sekarang, selagi belum habis bulan Syawal, selagi itulah jamuan rumah terbuka akan terus berderetan. (^_~). Semua orang bergembira menyambut hari kemenangan.

Tapi, adakah kita telah tersenarai sebagai salah seorang daripada senarai pemenang tersebut? Berjayakah kita mengharungi Ramadhan dengan jayanya? Atau hanya mampu menahan lapar dan dahaga, dari fajar hingga terbenamnya matahari tanpa sebarang tambahan pahala? Sekadar puasa tanpa tahu apa erti sebenar yang dituntut agama? Hanya puasa kerana semua orang berpuasa?

**muhasabah**

Semoga Ramadhan kali ini bukan menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita. Syawal masih berbaki lebih kurang 20 hari. Sudah mula berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal? Kepada yang sudah beraya, tahniah! Kepada yang sedang meneruskan puasa, teruskan usaha. Kepada yang masih belum mula berpuasa, ayuh, sama-sama kita kumpul kekuatan. Masih ada masa. Selagi ALLAH kurnia masa, selagi masih ada tenaga, selagi masih diizin nyawa, sama-sama kita usaha jadi hambaNYA yang bertaqwa.

Dikesempatan ini juga, eloklah kiranya para muslimat sekalian menggantikan puasa-puasa yang telah ditinggalkan dengan izin. (^_^). Ganti awal-awal, nanti tak kelam kabut.

Akhir kalam, salam kemaafan, salam lebaran.



Assalamua'laikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin



Assalamualaikum,


Dengan rasa rendah hati,Nisa Putrajaya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.


Mohon kemaafan kepada semua ahli Nisa Putrajaya kiranya sepanjang program-program yang telah kami laksanakan sebelum ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati sahabat-sahabat semua. Semoga Hari Raya yang mendatang ini,dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Terima kasih semua di atas sokongan padu yang diberikan kepada Nisa Putrajaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan akhirat.


Berhati-hati bagi yang ingin pulang ke kampung halaman dan jadikan amalan dan tarbiah kita di bulan Ramadhan ini sebagai benchmark untuk kita terus bertaqwa kepada Allah SWT.



Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN : sedang menapak pergi

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Andai sesekali disapa sakit, alhamdulillah, tandanya ALLAH mahu bantu hapuskan dosa kita. Tapi dengan syarat, kita harus sabar dan redha dengan sakit itu, ya.


Alhamdulillah, kita masih dikurnia nikmat iman dan ISLAM dalam meneruskan kembara dibumi Tuhan. Betapa nikmatnya kurnia yang ALLAH hadirkan dalam diri kita. Semuanya tak mampu kita hitung. Syukur.  Bertuhankan ALLAH yang Maha Esa. Ditakdirkan sebagai ummat Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah.

***

Hari ini bertarikh 16 Ogos 2011M, yang mana juga bersamaan dengan 16 Ramadhan 1432H. Alhamdulillah, atas kesempatan yang masih ALLAH berikan kepada kita.

Apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh 16 hari tersebut? Semakin meningkatkah amalan kita? Semakin dekatkah kita denganNYA? Semakin baikkah akhlak kita?

Atau, adakah semakin menurun semuanya?

*muhasabah*

***

Bulan Ramadhan, dikatakan sebagai bulan penghapus dosa. Didalamnya terkandung rahmat ALLAH yang melimpah ruah. Tiada bulan selainnya yang boleh menandingi kemuliaan Ramadhan. Setelah habisnya Ramadhan, kita akan kembali kepada fitrah. Suci dari segala doa, ibarat sehelai kain putih yang bebas dari segala kekotoran. Namun, semua itu bukannya boleh diperoleh dengan mudah. Memerlukan usaha. Memerlukan pengorbanan.

Apakah sama orang yang setiap masa meniti zikir dibibirnya berbanding dengan orang yang suka bercakap perkara sia-sia, menabur fitnah merata-rata?

Apakah sama orang yang sentiasa mengisi malamnya dengan tahajjud, solat malam berganda-ganda jika ingin dibandingkan dengan mereka yang tidur kekenyangan tanpa sempat berterawikh sekalipun?

Samakah mereka?

***

Jika ingin mendapat balasan yang baik, seharusnya usaha juga perlu berlipat ganda. Andai inginkan keampunan dariNYA, kita perlulah melakukan segala suruhanNYA, dan meninggalkan segala laranganNYA.

**

Ayuh, bersama kita memaknakan Ramadhan yang kian hampir ke penghujungnya. Semoga ada sesuatu yang dapat kita kutip dari Ramadhan kali ini. Selamat berpesta ibadat. Semoga segalanya mendapat berkat. (^_^).

wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, August 9, 2011

Setinggi-tinggi Terima Kasih

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. (^_^). Ramadhan hari ke-9, alhamdulillah. Masih diizin ALLAH untuk kita meneruskan kembara kehidupan.

Bagaimana pengisian Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari sebelumnya? Atau menurun kualitinya? Muhasabah.

***



Dikesempatan ini, kami dari Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program-program anjuran kami.

Sejak program Sayang Soleh Solehah tahun lalu, diikuti pula dengan program Rindu Ramadhan, dan seterusnya program RAMADHAN : Penawar Rindu yang baru saja berlangsung minggu lepas. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua.

Sama-sama kita doakan, semoga gerak langkah selepas ini akan tersusun dengan lebih mantap, bersemangat dan yang paling penting, diiringi redha ALLAH harusnya.

Insya'ALLAH, dilain masa, kita bertemu lagi. Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, August 4, 2011

Susah senang kita rasai bersama

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, atas segala nikmat kurniaanNYA. Hari ini, 4 Ramadhan. Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang dan ruang kepada kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa. (^_~)

Dikesempatan ini, kami ingin menghebahkan berkenaan dengan pengumpulan dana bagi program Nisa' Small Kindness (NSK).

Sepertimana tahun-tahun sudah, Unit Kebajikan dan Kaunseling, selaku duta kebajikan dalam organisasi Nisa', akan menjalankan program-program kemasyarakatan. Program ini bertujuan membantu insan-insan yang kurang upaya, tidak berkemampuan.

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang mulia ini, Nisa' ingin menjemput sahabat-sahabat yang prihatin lagi budiman sekalian, untuk sama-sama menghulurkan sedikit bantuan, bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang lain, yang tidak berupaya.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dan kerahmatan dari ALLAH. Membahagiakan saudara-saudara kita yang lain.

Kepada yang berminat, boleh rujuk poster di bawah, untuk rujukan dan tindakan seterusnya.

Semoga ALLAH memberkati segala usaha.


Selain daripada pengumpulan dana untuk sumbangan Ramadhan dan Syawal, NSK juga memberi sumbangan barangan sekolah untuk anak-anak yatim, mahupun yang tidak berkemampuan. Boleh rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang NSK : Back to School .. rujukan : http://nisawp.blogspot.com/2010/12/nsk-back-to-school-di-mydin.html

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Cik/Puan/Tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 1, 2011

Rebutlah Ganjaran Ramadhan



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, July 28, 2011

RAMADHAN : Penawar Rindu

Assalamua'laikum.



TARIKH : 7 OGOS 2011 M / 7 RAMADHAN 1432 H (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA

AKTIVITI :
- SOLAT SUNAT DHUHA -
- SOLAT SUNAT TASBIH -
- KULIAH DHUHA -

Semua wanita pelbagai peringkat umur dijemput hadir.
SEMUANYA ADALAH PERCUMA.

Berminat?
Hubungi
Asyikin : 013-2222589
Ummi : 019-9206652

Jangan lepaskan peluang.
Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda buat kita.
JoM... (^_~)

p/s : sesiapa yang berminat untuk tolong promote di blog, FB. Twitter atau ditampal di mana-mana tempat berhampiran , sangat dialu-alukan. Terima kasih.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, July 26, 2011

DOAKAN SAHABAT KITA

Assalamua'laikum

Semoga dalam kasih sayang ALLAH sentiasa.

Kami baru saja menerima berita, bahawa sahabat Nisa' Putrajaya iaitu Kak Linsharliana telah mengalami kemalangan. Mohon doa dari sahabat sekalian. Semoga beliau diberi kekuatan dan kesabaran melalui ujian ini.

Untuk lebih lanjut, boleh rujuk blog beliau. : http://linsharliana.blogspot.com/2011/07/saya-kemalangan.html.

Sekian.

Doa senjata mukmin.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

PROGRAM PADA 7 OGOS 2011 (AHAD)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri ruang dan peluang kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan. Semoga hari ini dan seterusnya adalah hari-hari terbaik dan lebih baik untuk kita, berbanding sebelumnya.



Baiklah, dikesempatan ini, kami ingin menghebahkan satu program yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

RAMADHAN : Penawar Rindu
Tarikh : 7 Ogos 2011 / 7 Ramadhan 1432 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program ini terbuka kepada semua WANITA pelbagai peringkat umur.

Aktiviti yang akan berlangsung adalah :
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tasbih
Kuliah Dhuha

BERMINAT??
Hubungi Asyikin : 013-2222589 Atau Ummi : 019-9206652

Mohon sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain, terutama kepada yang tinggal di Putrajaya, Bangi, Sepang, Serdang dan Puchong.

Ayuh, sama-sama kita imarahkan Ramadhan tahun ini dengan majlis ilmu. (^_~)

Terima kasih.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, July 22, 2011

Kasih sayang mukmin

Assalamua'laikum.

Salam Jumaat buat semua. Hari Jumaat, penghulu segala hari. Moga barokahnya meliputi kita semua.

Alhamdulillah, syukur padaNYA atas nikmat iman dan ISLAM yang sentiasa ada dalam diri kita. Moga hingga ke SyurgaNYA.

***



Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua,
bukan diukur dengan hangatnya rindu,
tidak diukur dengan manisnya cinta,
bukan kerana selalu bersama..

Tetapi kasih sayang mukmin itu dinilai sebanyak mana nama sahabatnya
meniti dibibir disaat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 20, 2011

DOA DHUHA





Assalamua'laikum.

Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Hari ini, kami nak kongsikan doa solat sunat dhuha. Semoga ada manfaatnya untuk kita kongsikan bersama.

(^_~)

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, July 19, 2011

Mempunyai sebarang pertanyaan/masalah tentang isu-isu yang berkaitan dengan kerjaya?

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


Sila hubungi:
JobsMalaysia Cyberjaya
Unit W001, Tingkat Bawah, Blok 3440,
Enterprise Building 1 (EB 1),
Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-83202713/4/5
Fax : 03-83202661
Email : jobsmalaysia@mohr.gov.my