Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Tetapkan Hati Di Jalan Kebenaran

Assalamua'laikum

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kembara kehidupan.

Hidup ini, banyak ujian dan cabaran. Setiap masa, ada saja yang akan datang menemani kita. Dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan.

Ayuh sahabat sekalian,
kita panjatkan doa kepada pemilik hati kita.

Semoga kita semua ditetapkan iman untuk terus menjadi hambaNYA yang beriman dan beamal soleh.

Bismillahirrahmanirrahimm


Aminnn

Friday, August 23, 2013

Jumuah Barokah

Assalamua'laikum.



Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia, dapat meneruskan kehidupan dengan izinNYA.

***
Sekadar renungan dan muhasabah untuk hari ini:

Kita, sering mengharapkan orang lain memahami kita,
tapi,
ADAKAH KITA MEMAHAMI ORANG LAIN?

Sama-sama kita fikirkan...

Ma'as salamah.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 24, 2013

MUHASABAH RAMADHAN @ 28 JULAI / AHAD

Assalamua'laikum

Salam sayang buat sahabat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Syukur atas nikmat yang tak berbelah bagi dariNYA. Alhamdulillah



Dikesempatan ini, kami ingin mengajak sahabat solehah sekalian untuk bersama dengan kami dalam program sebagaimana di bawah:

MUHASABAH RAMADHAN
Tarikh : 28 Julai 2013 / Ahad
Masa : 9.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Semoga dipermudahkan pertemuan kita semua.

Jangan lupa ajak kawan-kawan  ya.

Jumpa di sana, insya'ALLAH.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


Friday, June 7, 2013

Hati-hati

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Jumaah barokah. Jom kita sama-sama koreksi diri. Moga bermanfaat untuk kita semua. :D



Wassalam

Tuesday, June 4, 2013

Tutuplah Dengan Sempurna

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Friday, April 12, 2013

Gembira?

Assalamua'laikum

...Muhasabah...

Ramai orang gembira.
Melayari bahtera kehidupan.
Meskipun sering didatangi ujian,
selalu saja lupa sebaik sahaja nikmat dan kegembiraan merapati.

Kita sering tertipu,
dengan dunia yang sementara.
Sampai terlupa
hakikat perjalanan yang semakin pendek,
menuju negeri abadi.

Astaghfirullahal'azim

*********



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, March 29, 2013

Dunia jambatan ke Syurga



Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



AYUH,
SEIRINGAN KITA BERSAMA..
MENITI KEHIDUPAN, MENUJU REDHA TUHAN SEKALIAN ALAM..
JALAN INI PENUH BERLIKU, HALANGANNYA BANYAK BUKAN KEPALANG.
SESEKALI, PASTI AKAN ADA UJIAN MENDATANG.

DUNIA NI LETAKNYA HANYA DITANGAN...
TAPI JANGAN LUPA, IA ADALAH JAMBATAN,
MENUJU KEHIDUPAN YANG BERKEKALAN.... 



JOM, KUTIP BEKALAN... BIAR SEDIKIT, ASALKAN BERTERUSAN..
ALANGKAH INDAHNYA, KALAU ADA RASA BERTUHAN...=)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, March 1, 2013

Ampunkan Dosa Kami, Ya ALLAH

Bismillahhirrohmanirrohim


Ya ALLAH, dosa kami terlalu banyak.
Kami mohon padaMu
Ampunkan dosa kami.
Ampunkan dosa kami
Ampunkan dosa kami

Kami mengharapkan ehsan dariMu
Kami mengharapkan keampunan dariMu







Monday, October 22, 2012

Tertutup Itu Lebih Baik :)

Assalamua'laikum.

Apa khabar ahli Nisa' Putrajay asekalian?
Semoga dalam redhaNya sentiasa hendaknya. :)

Alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan nyawa. Alhamdulillah.
Moga dapat kita manfaatkan kehidupan di dunia ini dengan sebaiknya.

Sahabat yang dikasihi sekalian,
ayuh sama-sama kita muhasabah diri.

Dengan perlakuan, pakaian, pergaulan, pekerjaan kita sekarang, layakkah kita untuk berada di SyurgaNya?

Semoga perubahan yang kita lakukan, mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta yang Maha Kuasa. :)

Jom, berhijrah. :)



Yang tertutup itu pasti lebih baik. :)
Semoga ALLAH permudahkan usaha-usaha untuk kita menuju ke arah yang lebih baik.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, October 15, 2012

RedhaNya yang Dicari

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Cuaca tak menentu. Moga sihat semuanya. :). Andai sakit datang menyapa, bersabarlah. Mungkin ia jalan pintas penghapus dosa, andai kita redha dan sabar dengan apa yang ALLAH berikan pada kita, :)


Redha ALLAH perlu dicari, bukan hanya dinanti.

Jom, sama-sama kita usahakan.
Walau bagaimana buruk dan teruk sekalipun catatan kehidupan kita sekarang, masih punya masa.
Jangan mudah berputus asa dari rahmat ALLAH.
Ayuh, berusaha menjadi hambaNya yang terbaik, yang bertaqwa.
Bukan mudah, tapi, tak mustahil untuk kita lakukan.
Yang penting, kita berusaha.
Semoga di penghujung nanti, kita mampu beroleh SyurgaNya.
Atas segala usaha yang kita lakukan sekarang.

Bila lagi mahu mula? Tunggu habis nyawa??

Jangan buang masa. Ayuh, kejar Syurga ALLAH. Cari redha dan cintaNya.
Ajal, tak menunggu kita.
Pintu taubat sentiasa terbuka, pada yang masih bernyawa sahaja. :)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, October 11, 2012

F.A.M.I.L.Y FIRST

Terima kasih Ayah dan Ibu,
atas penat lelah membesarkan diri ini.
Siang dan malam terus setia menjaga,
tanpa sedikitpun rasa jemu.

Terima kasih Ayah dan Ibu,
meskipun lenamu selalu terganggu,
tetap juga mengukirkan senyum,
tetap juga mengeratkan pelukan.



Terima kasih Ayah dan Ibu,
tetap bersabar dengan karenahku.
Mendidik, membimbing tanpa kenal erti susah,
mentarbiah supaya kami mengenal ALLAH.

Terima  kasih Ayah dan Ibu,
atas keringat yang sentiasa menitis.
Untuk memastikan kami terus sukses,
terlalu banyak pengorbanan telah dilakukan.



Terima kasih Ayah dan Ibu,
sentiasa di sisi walaupun masa silih berganti.
Makin kami dewasa, dirimu semakin tua,
namun kasih sayang tak pernah lekang jua.

Terima kasih Ayah dan Ibu,
budimu terlalu mahal,
takkan mampu kami pulangkan,
takkan mampu kami balas,
cuma mampu berusaha, dan berdoa,
agar menjadi anak soleh/solehah,
yang bisa memberi manfaat pada kedua orang tua,
meskipun mereka telah tiada.



Terima kasih Ayah dan Ibu.

F ather And Mother I Love You


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, August 15, 2012

Salam Lebaran

Assalamua'laikum

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Hampir semua kelengkapan raya dah ada, kan? Paling kurang, 70% dah tersedia. ^_~.

Kereta akan mula membanjiri jalan raya bermula hari ini. Sekolah dah mula bercuti, esok. Jadi, pastilah cikgu-cikgu yang berada di perantauan, akan mula balik ke kampung halaman. Tak kurang juga ibu bapa lain yang ambil cuti awal, pulang ke kampung untuk merasa berpuasa beramai-ramai bersama keluarga.

Kami doakan semoga selamat pergi dan kembali semuanya. ^_~

Dikesempatan yang ada, kami dari Nisa' Putrajaya, ingin memohon ribuan ampun dan maaf atas segala salah dah silap, kekurangan dan kelemahan selama ini. Semoga Ramadhan kali ini mampu mengembalikan kita kepada fitrah ; suci dari dosa.

Hati-hati di jalanraya.
Jangan lupa mereka yang tersayang.
Anggap semua orang kaum keluarga.
Makan kuih raya biar berpada.
Jangan sampai terlalu kenyang.
Kesihatan kita perlu dijaga.



Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, sama-sama kita manfaatkan ruang waktu yang masih ada. Koreksi diri, istiqomahkan amal, mantapkan iman. Semoga apa yang kita lakukan, diterimaNya.

~ Jaga diri, hiasi peribadi. Tak salah mengias diri, namun pastikan syariat tetap dituruti ~

Jaga aurat ya sahabat kesayangan sekalian ^_^ .
Kenalpasti siapa muhrim dan bukan muhrim. BAHAYA andai terlepas pandang, tersilap salam. DOSA natijahnya.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 6, 2012

~ M U H A S A B A H R A M A D H A N ~

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga diberi kesihatan yang baik, hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan perancangan Kuliah Dhuha yang seterusnya. =)



Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok 'details' EUW yang bakal berlangsung:

TARIKH : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433H
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Jangan lepaskan peluang... Panel yang akan bersama kita ialah :
USTAZ SYED ABDUL KADIR ALJOFREE!
Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan sering juga menjadi tetamu undangan dalam rancangan-rancangan yang lain.

AYuh, bersama kita berMUHASABAH, apa yang telah kita lakukan sepanjang RAMADHAN ini. Adakah masih ada peluang untuk kita tampung mana-mana ruang yang lompong, atau tidak?

JAngan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. (^_^). Sebarkan pada yang lain.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, March 28, 2012

Sinar Kehidupan

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya.

Kebelakangan ini, akhbar sering memaparkan kisah-kisah pembunuhan yang menyayat hati. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita, bagaimana seorang manusia sanggup melakukan perkara sedemikian kepada seorang manusia yang lain.

Kes penculikan dan jenayah rogol juga semakin kerap terjadi di kalangan kita pada hari ini.

Sudah hilangkah rasa belas didalam hati makhluk bernama manusia sekarang? Kemanakah letaknya nilai sebuah kehidupan dan nyawa sesama manusia?

Mengapa perkara sebegini terjadi dalam masyarakat hari ini?


ALLAHu ALLAH.


Manusia semakin alpa. Manusia semakin lupa. Bahawa dunia hanya tempat persinggahan sementara. Lupa bahawa setiap perkara yang dilakukan, hatta sebesar biji sawi sekalipun, pasti akan mendapat pembalasanNYA. Mungkin ramai yang terlepas dari hukuman di dunia, namun harus disemat didalam fikiran, bahawa mahkamah Akhirat tidak akan mampu dilepasi sewenang-wenangnya.

CCTV ALLAH ada dimana-mana. Kelak, akan ditayangkan segala perbuatan kita, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Disaat itu, kita tidak akan dapat menyorokkan muka dari ALLAH. Sekarang, masih mampu tersenyum gembira diatas kejayaan melepaskan diri dari hukuman dunia, mampu menundukkan sistem kehakiman yang ada. Tapi, ingatlah... Suatu masa nanti, dihari pembalasan, tiada seorang pun yang akan terlepas. Segala kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan penuh adil dan setimpalnya.



Dengan masa yang masih bersisa, ayuh kita sama-sama menyerahkan diri kepadaNYA. Dia, Tuhan yang maha kuasa, yang maha Pengampun, yang maha Penyayang. Sujudlah padaNYA dengan penuh rasa kehambaan. Betapa hinanya kita, hamba yang penuh dengan palitan dosa. Setiap masa, pasti akan melakukan kesilapan, samada kepada sesama makhluk mahupun terhadapNYA. Antara sedar atau tidak.

Ayuh, jangan membuang masa. Hidup ini, bakal berakhir pada bila-bila masa sahaja. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Cuma kita yang tidak mengetahui titik noktahnya. Sampai masa, akan pergi jua. Selagi masih dipinjamkan masa dan nyawa, usah diulang kesilapan semalam. Jangan abaikan perintah Tuhan Sekalian Alam. Tunaikan kewajipan sebagai hamba dengan sebaiknya. Taatlah perintahNYA, jauhilah laranganNYA. Contohi peribadi rasul junjungan. Berbaktilah kepada kedua orang tua, sementara mereka masih ada. Berbuat baiklah sesama manusia. Moga redha ALLAH mengiringi kita, menjadi bekalan untuk ke SyurgaNYA.

Salam sayang buat semua,
berpesan-pesan sesama kita. Moga ada manfaat yang dapat dikongsikan bersama.


~ Al-Fatihah buat ayahanda Puan Syuhada (Omar b. Arsad) yang telah kembali rahmatullah pada 16 Mac 2012 yang lalu ~

Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, January 19, 2012

Wahai anak...

Assalamua'laikum.


Sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian. Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ini, ingin berkongsi sedikit pengisian/ lakaran ringkas yang sangat besar maknanya. Ia diperoleh dari emel yang dihantar oleh sahabat. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat mencambahkan iman kita semua, menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa dan leka.

Keluhan seorang ibu. Meskipun ia hanyalah lakaran biasa, nampak simple, tapi mendalam maksud dan mesej yang ingin disampaikan. Semoga ALLAH limpahkan rahmatNYA keatas insan yang telah menghasilkan lakaran ini.

Sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk membacanya:



















Semoga kita dapat ambil teladan dari kisah yang disampakan. Barokallahu fiikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, December 16, 2011

Terus Melangkah Menggapai RedhaNYA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sentiasa sihat badan dan iman hendaknya.

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjatkan kehadratNYA atas kurniaan yang sentiasa melimpah dan tak pernah berbelah bagi terhadap kita semua. Alhamdulillah.

Hari ini Jumaat, 20 Muharam 1433 Hijrah bersamaan 16 Disember 2011. Menghitung detik-detik waktu yang berlalu tanpa henti. Meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kelekaan dan kesibukan menggalas tugasan dan amanah yang sering menghimpit. ALLAHu ALLAH.

Kadang-kadang, lelah menghambat waktu. Pejam celik, pejam celik. Laju saja masa berlalu. Rasa tak mampu untuk mengejar. Namun langkah tetap perlu diteruskan. Selagi hayat dikandung badan, amanah dipikul perlu dilaksanakan.

Usia makin bertambah. Setiap hari bakal mengundang episod baru dalam kehidupan. Semuanya ada coretan tersendiri. Kanvas kehidupan, pelbagai warna, pelbagai cerita. Jatuh bangun, itu sudah lumrah sebuah kehidupan. Tak selalu di atas dan tak selalu di bawah. Tiada satupun yang kekal di dunia ini. Namun jangan dilupa. Coretan di kanvas inilah yang bakal menemani perjalanan kita untuk ke Sana. Banyak yang baik, atau banyak yang buruk.. Itulah yang menentukan tempat kita di sisiNYA.

Andai hari ini kita kalah dan lelah, moga langkah hari esok akan lebih gagah.
Biar beribu kali kita rebah, namun jangan sekali cepat mengalah.
Langkah hari ini mungkin lemah. Pastikan esok tak bisa goyah dengan mudah.
Hidup, adalah sebuah lapangan perjuangan.
Bukan mudah, namun tetap perlu diredah!

Semoga ALLAH sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhaiNYA, menuju Syurga yang didambakan semua.

Semoga kita semua berjaya meraih cintaNYA. (^_~)

Bertemu lagi dilain masa, salam ingatan tanda persaudaraan. Assalamua'laikum.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, November 29, 2011

Tidak Terkecuali. :)

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Masalah.

Siapa yang tak pernah ditimpa masalah? Berani angkat tangan? Haa, nak tipu ya? :). Masalah ni, semua orang dia nak kawan. Tapi selalunya, dia suka datang dan pergi. Kejap ada, lama dia tinggalkan kita. Dan sampai masa, dia datang lagi. Lepas tu dia pergi semula.

Masalah ni, adamasanya datang banyak-banyak dalam satu masa. Adakalanya datang satu persatu. Berderet-deret pun ada. :). Rasa nak mengeluh? Fikir dulu. Bukankah semua tu ALLAH yang aturkan. Jadi, kenapa rasa nak mengeluh ya? Hmm..



Bagaimana nak selesaikan?

ALLAH yang bagi ujian, ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk mengambil ujian ni semula. :). Pernah terdengar kata-kata ini : makin banyak kita luahkan masalah kepada manusia, makin sedikit kata-kata luahan kita kepada ALLAH.

Kebergantungan dan pengharapan yang jitu kepada ALLAH, adalah sebaik-baiknya. Ya, siapa lagi yang mampu menyelesaikan masalah kita, sedangkan semuanya datang dari ALLAH?

Masalah ni, bergantung kepada kita macam mana nak selesaikan. Kalau tak mampu nak selesaikan sorang-sorang, ada baiknya kita bincang dan minta pendapat orang yang faham masalah kita. Orang yang kita rasa boleh bantu kita. Orang yang boleh jaga rahsia kita. Jangan pula tersilap pilih orang,nanti makin bertambah masalah. Naya. Masalah pertama tak selesai, datang pula cik masalah yang kedua.

Kadang-kadang, masalah tak juga selesai bila kita kongsi dengan orang, kan? Tapi, paling tidak, kita rasa tenang, sebab dapat berkongsi. Dapat luahkan apa yang terbuku di hati. :). Kadang-kadang, kita pelik. Kenapa bila ada masalah, tiba-tiba je seseorang tu muncul. Dan tanpa sedar, dia akan berkongsi sesuatu dengan kita, yang kebetulannya sedikit sebanyak, ada persamaan atau kaitan dengan masalah yang kita hadapi. Padahal, kita tak bagitahu sedikitpun pada dia tentang masalah kita. Percaya tak, ALLAH sedang menghantar petunjuk buat kita. (^_^). ALLAH hebat kan?

Percaya dengan janji ALLAH.

Kepada diri dan anda yang yang sedang membaca, yakinlah dengan apa yang DIA janjikan :

"Bersama kesulitan, ada kesenangan"

Tiada satupun yang berlaku, tanpa hikmah yang tersembunyi. Mungkin hari ini kita susah, tapi yakinlah, akan ada kesenangan dan kemanisan yang sedang menanti. (^_^). Terimalah dengan redha, dan sabar. Janji ALLAH itu pasti. Selain mengharap, dan berdoa, usah ajuga perlu.

Ujian itu hadir untuk memberi ilmu kepada kita. Muhasabahlah, mungkin ada sesuatu yang perlu diperbaiki.

Semoga tahun 1433 Hijrah ini, membawa erti kepada kita. Sama-sama kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik.

Sehingga bertemu lagi, salam sayang dari kami. Wassalam. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, September 21, 2011

PadaMU aku berserah

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Segala puji dan puja hanya untukNYA, ALLAH yang esa. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w.

Kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Banyak jamuan di merata-rata. Nisa' sendiri pun belum berkesempatan untuk mengatur pertemuan dengan ahli-ahli kesayangan. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH tidak murka, atas kekurangan yang ada pada kami. Lama tidak bertemu sahabat-sahabat sekalian. Rindu benar rasanya, namun apakan daya. Masa sangat-sangat mencemburui kita. Harapnya tiada yang berkecil hati.

***

Baiklah, bagi mengisi blog yang agak sepi sekarang, apa kata kalau kita sama-sama hayati lirik lagi ini : NASUHA, dari kumpulan Mestica. Sesiapa yang berkelapangan, bolehlah download lagu dari internet ya. (^_~)

Tajuk: Nasuha


Ya Allah

PadaMu ku curah segala

Perasaan yang melara

Engkaulah yang punyai cinta

Membawaku ke puncak nasuha



Ku kesali kealpaan diriku

Ku tangisi kesilapan lalu

Walaupun sekali

Tak kan aku ulangi



Ya Allah Tuhanku

Bantulah hambaMu

Jangan biarkan diriku

Terus dibelenggu

Ampuni dosaku

Terangi hatiku

Izinkan aku kembali

Ke jalan redhaMu



TIada lain yang ku harap

Hanya kasih sayangMu TUhan

Membawa ke rimbun keampunan



Ya Allah

PadaMu ku serah segala
 
 
 
* NISA' PENGHUBUNG GENERASI MUDA*

Tuesday, September 13, 2011

Mana Mak???

Pukul 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

***

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

***
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

***

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Kasih ibu dan bapa terhadap anak-anak terbit disaat anak-anak masih belum lahir kedunia. Sewaktu didalam kandungan, anak-anak telah ditatang, dijaga dengan penuh kasih sayang. Sedangkan seorang anak, hanya tahu menyayangi ibu dan bapa setelah mereka tahu berfikir. Dan lebih parah, apabila menginjak usia, mereka semakin hilang tumpuan terhadap kedua ibu bapa.

Fikir-fikirkan, dimanakah kita? Dimanakah letaknya kedua ibu bapa di dalam hati kita? Dalam kehidupan kita...
renungan buat semua.. diambil dari emel yang dikirim oleh sahabat..



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, September 8, 2011

Syawal datang lagi.. (^_~)

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Terlebih dahulu kami ingin memaklumkan, Ketua Nisa' Putrajaya, Cik Asyikin telah bertukar status pada 3 September yang lalu. Sekarang beliau telahpun bergelar Puan Asyikin. (^_^).

SELAMAT PENGANTIN BARU.
Semoga rumah tangga muslim yang dibina, mampu mendekatkan lagi diri kepada ALLAH yang maha Esa.

***

Tidak lupa kepada Timbalan Ketua Nisa' kita, Puan Suriani. Tahniah diatas kelahiran putera idaman. Semoga anak amanah ALLAH akan membesar dengan sihat, bakal menjadi pemimpin yang soleh suatu hari nanti.

***

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan ruang meneruskan kehidupan. Kalau dulu, hari raya hanya seminggu. Tapi sekarang, selagi belum habis bulan Syawal, selagi itulah jamuan rumah terbuka akan terus berderetan. (^_~). Semua orang bergembira menyambut hari kemenangan.

Tapi, adakah kita telah tersenarai sebagai salah seorang daripada senarai pemenang tersebut? Berjayakah kita mengharungi Ramadhan dengan jayanya? Atau hanya mampu menahan lapar dan dahaga, dari fajar hingga terbenamnya matahari tanpa sebarang tambahan pahala? Sekadar puasa tanpa tahu apa erti sebenar yang dituntut agama? Hanya puasa kerana semua orang berpuasa?

**muhasabah**

Semoga Ramadhan kali ini bukan menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita. Syawal masih berbaki lebih kurang 20 hari. Sudah mula berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal? Kepada yang sudah beraya, tahniah! Kepada yang sedang meneruskan puasa, teruskan usaha. Kepada yang masih belum mula berpuasa, ayuh, sama-sama kita kumpul kekuatan. Masih ada masa. Selagi ALLAH kurnia masa, selagi masih ada tenaga, selagi masih diizin nyawa, sama-sama kita usaha jadi hambaNYA yang bertaqwa.

Dikesempatan ini juga, eloklah kiranya para muslimat sekalian menggantikan puasa-puasa yang telah ditinggalkan dengan izin. (^_^). Ganti awal-awal, nanti tak kelam kabut.

Akhir kalam, salam kemaafan, salam lebaran.



Assalamua'laikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *