Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Showing posts with label EUW. Show all posts
Showing posts with label EUW. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

MANA MILIK KITA?

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. :) Alhamdulillah.

Lama tak bersiaran. Maaf ya. :) Masa sangat mencemburui. Tak sempat menaip di sini. Namun doa tetap sentiasa ada untuk sahabat sekalian. Insya'ALLAH, bi iznillah.

Baiklah. Alhamdulillah sengan izinNYA, kami berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan kuliah dhuha istimewa untuk para muslimat yang dikasihi sekalian.



KULIAH DHUHA EKSKLUSIF UNTUK WANITA
TARIKH: 26 April 2014 / Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Surau Al-Najihin, Parcel 15-12B, Presint 15.

Semua muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu.
Semoga ALLAH redha. :)

Jumpa nanti yaaa

^_^




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, January 29, 2014

Terima Kasih Daun Keladi. :D

Assalamua'laikum.

Sahabat yang dikasihi sekalian, apa khabar? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan sehingga hari ini. Dengan nikmat yang tak pernah berkurang, Alhamdulillah.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke program Kuliah Dhuha tempohari.

Terima kasih daun keladi,
insya'ALLAH, dillain masa kita jumpa lagi.
(^_~)




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, January 21, 2014

Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita : "LAU KANA BAINANA"

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita. Memberi peluang dan ruang kepada kita untuk terus mengutip bekalan menuju Syurga idaman.

Insya'ALLAH, pada hujung minggu ini, Nisa' Putrajaya dengan kerjasama Surau Wahbah Al-Zuhaily akan menganjurkan Kuliah Dhuha istimewa maulidur rasul. Maklumat program sebagaimana di bawah:

TARIKH: 25 JANUARI 2014 / SABTU
MASA: 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT: SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY, PRESINT 18R12 PUTRAJAYA.

Jamuan disediakan.

Jemput datang ramai-ramai ya. (^_^)

Semoga dipermudahkan pertemuan kita semua dalam majlis ilmu nanti.

Wassalam.

Thursday, September 26, 2013

Korban Cinta @ 29 September 2013

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kami mengatur satu lagi program untuk kita sama-sama menimba ilmu.



Jom, set tarikh

TARIKH : 29 September 2013/Ahad
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana ya. :D

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 17, 2013

SOLAT SUNAT TASBIH @ MASJID BESI PADA 21 JULAI INI



Assalamua'laikum

Salam sayang buat sahabat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Syukur atas nikmat yang tak berbelah bagi dariNYA. Alhamdulillah

Sudah seminggu kita berpuasa. Bagaimana graf ibadah kita? Adakah makin melonjak ataupun semakin menurun?
Sama-sama kita koreksi diri. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.

Baiklah, dikesempatan ini, kami ingin mengajak sahabat solehah sekalian untuk bersama dengan kami dalam program sebagaimana di bawah:

SOLAT SUNAT TASBIH DAN KAPSUL RAMADHAN
Tarikh : 21 Julai 2013 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Ayuh, sama-sama kita berkumpul, menimba ilmu dari mereka yang lebih tahu. Moga bercambah iman dan amal kita semua. :D

Jangan lupa ajak kawan-kawan  ya.

Jumpa di sana, insya'ALLAH.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 3, 2013

EKSKLUSIF UNTUK WANITA:MENUJU GERBANG RAMADHAN



 
Assalamualaikum... Semua ahli Nisa Putrajaya dijemput hadir ke kuliah dhuha seperti poster di atas...Jemput hadir semua WANITA di sekitar putrajaya jua....Ajak kawan2 dan ahli keluarga sekali...
 
JOM BERSAMA KAMI DI MAJLIS ILMU :)
 






Thursday, March 21, 2013

SEMBANG DHUHA; WANITA : Hak dan Peranan

Assalamua'laikum


Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan.

Insya'ALLAh, dengan izinNYA. pada hujung minggu ini, kami akan membawakan kepada anda Program Sembang Dhuha. 

TAJUK : WANITA : Peranan dan Hak
MASA : 9.OO pagi hingga 12.00 tengahari
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Putrajaya.
PANEL : Ustazah Norhafizah Musa & Ustazah Suraya Mohamed

Jemput datang ramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang.
Ketahui apa peranan dan hak kita sebagai wanita!

Jumpa nanti ya.
Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, January 15, 2013

Jemputan Ke Program Santai Selebriti. :)

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam kesihatan yang baik hendaknya.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan.

**



Petang semalam, kami telahpun mengedarkan flyers dan menampal poster Jemputan dan hebahan program ke semua blok di Presint 8,9,11 dan 18. :D 
Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan.

Bagi yang ingin menyumbangkan tenaga, untuk sama-sama menghebahkan program ini kepada orang ramai, bolehlah mencetak poster tersebut dan mengedarkan kepada kawan-kawan. :)

Semoga lebih ramai yang akan hadir ke program pada hari Sabtu nanti. :)

Ayuh, sama-sama kita hebahkan program ini kepada masyarakat. Semoga ada sesuatu yang dapat kita kutip dari program ini nanti. :)

Terima kasih. Wassalam


Monday, December 31, 2012

Santai Selebriti @ 19 Januari 2013

Assalamua'laikum

Jemputan



SANTAI SELEBRITI
Tarikh : 19 JANUARI 2013 / SABTU
Masa : 9.00 PAGI - 12.30 T/HARI
Tempat : SURAU AL-HUSNA, FASA 12, PRESINT 9, PUTRAJAYA.

Jemput datang ramai-ramai. Sebarkan pada yang lain ya.

Terima kasih.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, September 12, 2012

AIDIL FITRI DISAMBUT GEMBIRA, KEBAHAGIAN DIKONGSI BERSAMA

Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, ALLAH masih beri kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Nikmat yang berterusan tanpa diminta balasan.

ALLAH sangat baik. ALLAH Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

8 September 2012 (Sabtu) yang lalu, Nisa' Putrajaya telah mengadakan kuliah Dhuha EUW dan jamuan aidil fitri. :). Meraikan hari kemenangan. Sengaja memilih 8 Sept memandangkan ia masih di bulan Syawal. :)


Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir, insya'ALLAH 23 hb nanti kita jumpa lagi. Boleh bawa makanan/biskut raya kalau masih ada. :)


Terima kasih kepada semua yang telah berjaya menghadirkan diri. Team Nisa' Wilayah Persekutuan khususnya, terima kasih atas kunjungan. Jauh perjalanan, luas pandangan. Nanti datang lagi ya. :)



Semoga pertemuan kita dirahmati, diredhai, diberkati ALLAH hendaknya. :)


~ Team Nisa' Wilayah Persekutuan dan Nisa' Putrajaya ~


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 6, 2012

~ M U H A S A B A H R A M A D H A N ~

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga diberi kesihatan yang baik, hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan perancangan Kuliah Dhuha yang seterusnya. =)



Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok 'details' EUW yang bakal berlangsung:

TARIKH : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433H
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Jangan lepaskan peluang... Panel yang akan bersama kita ialah :
USTAZ SYED ABDUL KADIR ALJOFREE!
Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan sering juga menjadi tetamu undangan dalam rancangan-rancangan yang lain.

AYuh, bersama kita berMUHASABAH, apa yang telah kita lakukan sepanjang RAMADHAN ini. Adakah masih ada peluang untuk kita tampung mana-mana ruang yang lompong, atau tidak?

JAngan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. (^_^). Sebarkan pada yang lain.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, April 19, 2012

EUW::JIWA KACAU?

Assalamualaikum,


Apa khabar sahabat-sahabat Nisa sekalian? adakah JIWA anda merasa tenang? atau JIWA anda dilanda kacau bilau dek urusan dunia ini? InsyaAllah pada minggu ini, Nisa Putrajaya ingin menjemput sahabat2,adik kakak ke Program EUW kami yang bertajuk JIWA KACAU??. Maklumat terperinci adalah seperti di bawah:




Jom meriahkan majlis ilmu!! Jumpa di sana!!

Wednesday, April 4, 2012

Ustaz Hasrizal menggegar Putrajaya!!

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. (^_^)




Insya'ALLAH, pada hari Ahad ini, Nisa' Putrajaya dengan berbesar hati ingin mengajak warga Putrajaya khususnya, dan wanita-wanita di sekitar umumnya, untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis ilmu yang akan diadakan pada ketetepan berikut:

TAJUK : 'GADIS SEMASA'
PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ HASRIZAL JAMIL (saifulislam.com)
TARIKH : 8 APRIL 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI), PUTRAJAYA.

Dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi sama-sama mengutip cebisan perkongsian yang bakal disampaikan oleh Ustaz nanti. Terbuka untuk semua WANITA.. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk hadir sama ya. (^_~). kami menanti kehadiran anada.

Jumpa di sana. Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, March 30, 2012

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup!

Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.. Yang sentiasa mengurniakan nikmat yang tak pernah terhitung kepada kita semua. Semoga segala nikmat dariNYA mendapat berkat.



Ramai yang bertanya, samada melalu FB, mahupun emel dan tak kurang juga di blog ini, tentang penglibatan dalam program-program anjuran Nisa' Putrajaya.

Kami di pihak Nisa' Putrajaya, amat berterima kasih diatas keprihatinan dan sokongan Cik/Puan sekalian terhadap program yang kami anjurkan.



Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan ke program kami, samada kuliah dhuha, atau apa-apa acara sekalipun. Ia tidak terhad kepada ahli yang berdaftar sahaja. Semua golongan wanita, tanpa memgira had umur, dialu-alukan untuk menyertai program yang kami anjurkan, KECUALI jika kami ada menyatakan syarat penglibatan terhad kepada ahli yang berdaftar sahaja.

Buat masa sekarang, hanya program usrah dan aktiviti dalaman sahaja yang dijalankan terhad kepada ahli berdaftar.

Program riadah, rehlah dan kuliah-kuliah, sememangnya terbuka kepada semua golongan wanita. Semua wanita boleh datang beramai-ramai untuk menyertai program yang kami anjurkan. Boleh ajak kawan-kawan dari luar Putrajaya juga. (^_^). Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan sekalian.

Hampir kesemua program anjuran kami, memang EKSKLUSIF UNTUK WANITA sahaja. Kecuali jika kami maklumkan bahawa ia adalah program terbuka kepada peserta lelaki juga.

Semoga penjelasan ini dapat membantu Cik/Puan di luar sana yang mungkin tertanya-tanya tentang perkara ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, jangan segan untuk bertanya, ya. (^_^). Boleh hubungi kami dengan menghantar emel ke id ini : nisaputrajaya@gmail.com

Sehingga bertemu lagi di lain masa. Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita di majlis ilmu nanti.

Doa dan harapan, semoga program-program yang dianjurkan mendapat redhaNYA dan mendekatkan lagi kita semua dengan Pencipta. Majlis ilmu : pembekal makanan buat hati..

Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 29, 2012

Keluarga Bahagia : REALITI ATAU FANTASI??

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepada ALLAH swt atas limpahan nikmat dan kurniaNYA yang tak pernah putus. Alhamdulillah.

Sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian,
hujung minggu ini kami bakal membawakan kepada anda semua, sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita (EUW) yang akan berlangsung pada ketatapan sebagaimana berikut:

TARIKH : 1 APRIL 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Raihan Abd Aziz (Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz, TV9) akan bersama-sama kita untuk mengupas tajuk KELUARGA BAHAGIA : REALITI ATAU FANTASI.



Oleh itu, kami di pihak Nisa' Putrajaya amat berbesar hati untuk menjemput dan mempersilakan sahabat sekalian untuk sama-sama berhimpun di majlis ilmu yang bakal berlangsung nanti.

Semoga kehadiran Puan/Cik sekalian akan menambah keberkatan, dan dapat sama-sama kita kongsikan info-info yang berguna.

Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. Bukan khusus untuk yang sudah berkahwin sahaja, tapi juga amat sesuai untuk yang belum berkahwin. Sama-sama kita tambah ilmu, persediaan untuk masa hadapan.

Jumpa di sanaaa.. (^_~)

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 22, 2012

Jom ke Majlis Bacaan Yasin dan Tanyalah Ustazah

Assalamualaikum sahabat-sahabat Nisa Putrajaya yang dikasihi Allah..

Semoga semuanya berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. InsyaAllah pada hujung minggu ini, Nisa Putrajaya dengan rasa rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat untuk memeriahkan dan meramaikan lagi majlis ilmu ini.
InsyaAllah Ustazah Teh Izanuri akan bersama-sama dengan kita semua untuk sesi Tanyalah Ustazah..Di sini lah peluang untuk sahabat-sahabat bertanyakan apa jua kemusykilan berkaitan wanita khususnya..:)

Berikut adalah details program:



Monday, March 5, 2012

EUW @ Presint 18 pada 11 Mac ini

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, lafaz syukur yang tak terhingga kita panjatkan kepada ALLAH yang sentiasa mengurniakan nikmat yang tak terhingga kepada kita semua. Alhamdulillah.

Sebelum ini, Nisa' Putrajaya telah berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa buah surau di sekitar Presint 9 dan terbaru, di Presint 11. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Sokongan padu dari ahli dan muslimat-muslimat, sangat memberi kesan kepada kami.

Terkini, kami bakal mengadakan satu lagi program EUW dengan kerjasama surau di Presint 18 pula. Maklumat lanjut berkenaan dengan program EUW tersebut, adalah sepertimana tertera di bawah :

TAJUK : HATI YANG DIKASIHI ALLAH
TARIKH : 11 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY, FASA 18R12, JALAN P18B, PRESINT 18, PUTRAJAYA.
PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. ROSNI BINTI ADAM

Ayuh, sama-sama kita meriahkan majlis ilmu yang bakal berlangsung. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk turut serta menimba ilmu dan berkenal-kenalan dengan rakan baru. (^_~)

Sama-sama kita dengar kupasan dari penceramah, bagaimana mendidik hati supaya menjadi hati ynag dikasihiNYA.

Semoga dipermudahkan untuk pertemuan kita nanti. Jumpa di sana. (^_~)

nota kaki:
Untuk ke Surau Wahbah Al-Zuhaily, cik/puan boleh cari Wisma Putra. Masuk simpang yang bertentangan dengan Wisma Putra. Nanti akan jumpa Stesen Minyak Petronas di sebelah kanan. Surau terletak di kawasan apartment belakang Petronas tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 1, 2012

Eksklusif Untuk Wanita (EUW) @ Presint 11

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Segala puji dan puja hanyalah untuk DIA, tuhan sekalian alam.



Insya'ALLAH, Nisa' Putrajaya dan Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya bakal menganjurkan sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita (EUW) yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :

TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT, CARA RASULULLAH S.A.W
TARIKH : 4 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : SURAU AL-FURQAN, JALAN P11 A5/8, PRESINT 11, PUTRAJAYA
PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. ROSNI BINTI ADAM (Penceramah Motivasi)

Jemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu. Semoga dirahmati ALLAH hendaknya.

Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)

Jumpa di sana, wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, February 2, 2012

Kerana-Mu kami bertemu

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Semalam, 1 Feb 2012, merupakan hari cuti buat kami yang berada di Wilayah Persekutuan. bersempena dengan Hari Wilayah. Dan dengan izinNYA, Nisa' Putrajaya telah berjaya melangsungkan sebuah majlis ilmu yang bertempat di Surau Al-Falah, Fasa 3, Presint 9.

Alhamdulillah, penyertaan yang menggalakkan. Bukan sahaja penyertaan dari muslimat, malah juga ada penyertaan dari muslimin. Panel yang terlibat semalam ialah Ustaz Raihan, host Tv9. Moderator pula ialah Dr. Rosni. Gandingan yang mantop! Kedua-duanya menceriakan majlis dan banyak ilmu yang dikongsikan. Terima kasih kepada Dr. Rosni dan Ustaz Raihan.

Juga ada persembahan monolog serta alunan selawat beramai-ramai. Ini adalah slot untuk peserta muslimat sahaja. (^_~).

Majlis bermula jam 9.15 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga kepada-Nya yang telah melancarkan perjalanan majlis ilmu kali ini. Semoga lebih ramai yang akan hadir pada majlis yang seterusnya. (^_^)

Di sini kami kongsikan beberapa koleksi gambar sepanjang program semalam.



Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi surau Al-Falah.


Para peserta sudah memenuhi ruang di dalam surau. Segala puji bagiNYA yang telah menghimpunkan hati-hati ini di dalam taman Syurga.


Para peserta khusyuk mendengar setiap patah yang disampaikan oleh panel.


Sesi monolog yang disampaikan oleh Cik Aishah sangat menyentuh hati.


Selesai program, semua dipersilakan makan. ^_^



Alhamdulillah, dah selesai. Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Pihak Jawatankuasa Surau Al-Falah, para peserta muslimin dan muslimat, dan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung. Semoga ALLAH melancarkan perjalanan dan pengurusan kita untuk program-program seterusnya.

wassalam
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *