Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Friday, April 12, 2013

Gembira?

Assalamua'laikum

...Muhasabah...

Ramai orang gembira.
Melayari bahtera kehidupan.
Meskipun sering didatangi ujian,
selalu saja lupa sebaik sahaja nikmat dan kegembiraan merapati.

Kita sering tertipu,
dengan dunia yang sementara.
Sampai terlupa
hakikat perjalanan yang semakin pendek,
menuju negeri abadi.

Astaghfirullahal'azim

*********



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, April 10, 2013

TVQURAN, manfaat untuk semua

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua.

Hari ni nak kongsi satu laman web yang bagus.

Ada pelbagai bacaan dari ramai qari seluruh dunia.

Boleh buka link di bawah ya.

Semoga bermanfaat. :)

LINK : http://www.tvquran.com/

Wassalam




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, April 4, 2013

Mati Itu PASTI

Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah, Maha Penyayang.

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal". (Surah Al-Mukmin:39)

Assalamua'laikum wbt.

Apa khabar sahabat sekalian?

Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. :)

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Memberi masa kepada kita untuk terus mengutip bekalan. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH atas nikmat-nikmat yang tidak terhitung.

Kematian.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada satu pun makhluk yang bernyawa dapat lari dari merasai kematian.

‘Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan’.(Surah Al-Waaqi’ah:60)

Mana mungkin kita dapat menandingi kuasa Tuhan, sedangkan kita hanya hamba? Makhluk yang tak punya apa-apa. Semua yang ada sekarang, hanyalah pinjaman saja. Tiba-tiba nak berlagak bagai Raja, menolak hukum alam, ingin lari dari kematian?

Tidak mungkin.. Tidak mungkin kita dapat menolak kematian yang telah ditetapkan ke atas kita.

Apa yang kita boleh lakukan?

Teruskan berusaha melakukan kebaikan. Carilah bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke alam yang kekal abadi. Sedarlah, dunia hanya 1 tempat persinggahan. Tempat kita mengutip bekalan.

Berdoalah, agar penghujung usia kita, diakhiri dengan husnul khotimah.

Jangan berputus asa dari rahmat ALLAH. Bersedialah. Ajal pasti akan datang bila tiba masanya. Yang penting, persediaan kita untuk bertemu denganNYA.

Semoga ALLAH redha atas apa yang kita lakukan.



wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *