Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Thursday, January 19, 2012

Wahai anak...

Assalamua'laikum.


Sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian. Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ini, ingin berkongsi sedikit pengisian/ lakaran ringkas yang sangat besar maknanya. Ia diperoleh dari emel yang dihantar oleh sahabat. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat mencambahkan iman kita semua, menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa dan leka.

Keluhan seorang ibu. Meskipun ia hanyalah lakaran biasa, nampak simple, tapi mendalam maksud dan mesej yang ingin disampaikan. Semoga ALLAH limpahkan rahmatNYA keatas insan yang telah menghasilkan lakaran ini.

Sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk membacanya:



















Semoga kita dapat ambil teladan dari kisah yang disampakan. Barokallahu fiikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua

Assalamua'laikum.

Segala puji dan puja hanya kepada ALLAH swt atas segala limpah kurniaan serta izinNYA, kita masih dapat bersama hingga ke saat ini. Seinfiniti syukur.

Alhamdulilla, pada 14 Januari yang lalu, ALLAH telah melancarkan program EUW yang berlangsung di Surau Al-Husna, Fasa 12, Presint 9.

Penyertaan dari wanita-wanita dari sekitar Putrajaya sangat menggalakkan. Ada juga peserta dari Balakong, Puchong, Serdang, Bandar Sri Putra dan Seremban. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menghadirkan diri.

Bak kata ustazah; kita seharusnya bersyukur kerana digerakkan hati oleh ALLAH untuk bersama-sama dalam majlis ilmu. Diantara ratusan orang yang menerima jemputan, hanya segelintir sahaja yang diberi peluang untuk berada di majlis ilmu tersebut.

Terima kasih kepada kalian yang telah hadir. Tidak dilupakan kepada yang tidak berpeluang untuk hadir. EUW seterusnya masih terbuka untuk semua. (^_~). Jemput datang ramai-ramai ya.

Di sini kami sediakan sedikit perkongsian dan catatan bergambar untuk kita kongsikan bersama. (^_^)

Pendaftaran bermula jam 9.15 pagi. Orang ramai mula menempatkan diri di dalam surau Al-Husna. Pelbagai golongan umur hadir memeriahkan majlis.



Ketibaan Ustazah Nor Hafizah Musa pada jam 9.45 pagi. Sedikit terlewat kerana masih belum mahir dengan jalan-jalan di Putrajaya. Nanti kena selalu jemput Ustazah datang Putrajaya, baru tak sesat. (^_^)


Ustazah mulakan sesi ceramah. Perkongsian yang sangat bermanfaat terutama persediaan buat bakal ibu dan para ibu. :).

Tertarik dengan perkongsian ustazah berkenaan dengan "Fail Peribadi" untuk setiap anak.

Seharusnya ibu bapa menyediakan fail peribadi untuk setiap anak, untuk memudahkan pemantauan dan semakan. Dalam fail tersebut, dicatat segala yang berkaitan dengan anak dan proses tumbesaran anak tersebut. Contohnya : didalam fail tersebut, dicatat jenis-jenis ubatan yang pernah diambil. imunisasi bagi anak-anak, berapa kali anak tersebut sakit/demam, makanan yang boleh dimakan, sikap anak sepanjang proses pembesaran.

Kata Ustazah, dengan adanya fail peribadi ini, ibu bapa dapat menyemak dan memantau anak-anak. Ia sangat penting, kerana setiap orang dilahirkan dengan sikap dan keperluan yang berbeza. Ada yang tidak mempunyai banyak masalah, ada pula anak yang memerlukan pemerhatian sepanjang masa.


Peserta mendengar perkongsian dari Ustazah dengan penuh khusyuk.

Antara perkongsian dari Ustazah lagi;

Setiap pasangan perlu menitik beratkan perkara-perkara penting dalam pembinaan rumah tangga.
1) Matlamat yang jelas.
- Setiap orang perlu tanamkan dalam diri masing-masing, untuk menjadikan rumah tangga sebagai Syurga dunia.
- Pembinaan rumah tangga adalah untuk mendapatkan redha ALLAH dan mendekatkan lagi diri dengan ALLAH. Jika setiap orang dapat memahami matlamat dengan jelas, maka usaha-usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut pasti dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.

2) Manhaj yang betul.
- Manhaj ialah peraturan/panduan. Setiap keluarga perlu ada panduan yang jelas. Dan pastinya, tidak dapat disangkal lagi, bahawa al-quran dan as-sunnah merupakan manhaj yang terbaik.

3) Persekitaran yang soleh.
- Persekitaran yang soleh amat penting dalam membentuk identiti anak yang soleh/solehah. Rumah tangga yang mengamalkan Islam 100%, masyarakat sekeliling yang bebas maksiat, amat berpotensi untuk melahirkan / membentuk generasi soleh/solehah. Rumah yang bersih dan kemas juga menyumbang kepada pembentukan identiti mukmin yang sejati.

4) Praktikal.

5) Muhasabah



Sebagai ibu bapa, menjadi tanggung jawab bagi setiap ibu bapa untu menerapkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak. Ia perlu diterap sejak anak-anak masih kecil. Didik anak dengan 3 perkara:
1) Cintai rasulullah
2) Cintai ahli keluarga nabi
3) Baca dan hayati Al-Quran

Anak-anak mudah menerima teguran yang disampaikan dengan ketegasan dalam kelembutan. Mereka mudah memberontak jika teguran diberikan secara tidak berhemah, contohnya : menjerit memarahi anak-anak didepan khalayak umum. Anak-anak perlu ditunjukkan sifat-sifat yang mulia.

Tips daripada Ustazah:
* Jangan biarkan anak menangis sehingga tertidur, kerana bimbang ia akan menyebabkan anak-anak menjadi keras hati.*

Sebaiknya amalkan sikap kerjasama antara ibu dan bapa. Jika bapa memarahi anak, si ibu bertindak sebagai peneutral. Menerangkan sebab dan akibat dari setiap perbuatan anak-anak. Penyampaian dan penerangan secara berhemah mampu mendidik anak-anak. =)

***

Sampai di sini saja perkongsian kita untuk kali ini. Semoga ada yang bermanfaat dapat kita ambil dari catatan kali ini.

"Anak Soleh/Solehah Peneraju Ummah Masa Hadapan"

Assalamua'laikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, January 6, 2012

Temui Ustazah NorHafizah Musa di Putrajaya pada 14 Januari ini..

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian? Bagaimana iman kita hari ini? Semoga baik-baik saja hendaknya. (^_^)

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.



Dengan izin ALLAH swt, Nisa' Putrajaya sekali lagi telah berjaya merancang sebuah program talkshow yang akan dilangsungkan pada ketetapan sepertimana berikut :

Tajuk : MELENTUR BULUH AMANAH DARI ALLAH
Penceramah : Ustazah Nor Hafizah Musa (Tetamu rancangan Tanyalah Ustazah TV9, Slot Bicara Ad-Deen Ikim.FM)
Tarikh : 14 Januari 2012 (Sabtu)
Tempat : Surau Al-Husna, Fasa 12, Presint 9, Putrajaya.
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi.

Kali ini talkshow Nisa' telah diberi nafas baru. Kami telah menamakan program ini sebagai : EUW. singkatan bagi Eksklusif Untuk Wanita.

Apa tunggu lagi? Ayuh, sama-sama kita berkumpul di majlis ilmu yang bakal berlangsung nanti. Jangan lupa sebarkan ya. Terima kasih. (^_^)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, January 4, 2012

Sedikit atau Banyak bukan ukuran

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Sihat rohani? Sihat jasmani? Semoga dalam peliharaan dan perhatian Allah sentiasa.

Agak lama tidak mencoret sesuatu di kanvas ini. Rindu rasa hati. Semoga Allah sentiasa mengikat hati-hati kita semua untuk terus berkasih sayang di jalanNya. Indahnya Islam, agama yang kita anuti. Mengajar erti kasih sayang sesama insan. Bahkan, al-Quran menitipkan bahawa setiap muslim itu adalah bersaudara! ALLAHU ALLAH.

Ingin berkongsi kata-kata dari seorang kawan :

Tak kisahlah berapa lama masa yang kita ambil untuk mencapai sebuah kejayaan. Tiada alat pengukur yang jelas untuk menunjukkan potensi diri kita. Apa yang penting, 'make a move'.. Selangkah hari ini, menentukan kejayaan pada masa akan datang. (^_~)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *