Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Friday, March 30, 2012

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup!

Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.. Yang sentiasa mengurniakan nikmat yang tak pernah terhitung kepada kita semua. Semoga segala nikmat dariNYA mendapat berkat.



Ramai yang bertanya, samada melalu FB, mahupun emel dan tak kurang juga di blog ini, tentang penglibatan dalam program-program anjuran Nisa' Putrajaya.

Kami di pihak Nisa' Putrajaya, amat berterima kasih diatas keprihatinan dan sokongan Cik/Puan sekalian terhadap program yang kami anjurkan.



Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan ke program kami, samada kuliah dhuha, atau apa-apa acara sekalipun. Ia tidak terhad kepada ahli yang berdaftar sahaja. Semua golongan wanita, tanpa memgira had umur, dialu-alukan untuk menyertai program yang kami anjurkan, KECUALI jika kami ada menyatakan syarat penglibatan terhad kepada ahli yang berdaftar sahaja.

Buat masa sekarang, hanya program usrah dan aktiviti dalaman sahaja yang dijalankan terhad kepada ahli berdaftar.

Program riadah, rehlah dan kuliah-kuliah, sememangnya terbuka kepada semua golongan wanita. Semua wanita boleh datang beramai-ramai untuk menyertai program yang kami anjurkan. Boleh ajak kawan-kawan dari luar Putrajaya juga. (^_^). Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan sekalian.

Hampir kesemua program anjuran kami, memang EKSKLUSIF UNTUK WANITA sahaja. Kecuali jika kami maklumkan bahawa ia adalah program terbuka kepada peserta lelaki juga.

Semoga penjelasan ini dapat membantu Cik/Puan di luar sana yang mungkin tertanya-tanya tentang perkara ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, jangan segan untuk bertanya, ya. (^_^). Boleh hubungi kami dengan menghantar emel ke id ini : nisaputrajaya@gmail.com

Sehingga bertemu lagi di lain masa. Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita di majlis ilmu nanti.

Doa dan harapan, semoga program-program yang dianjurkan mendapat redhaNYA dan mendekatkan lagi kita semua dengan Pencipta. Majlis ilmu : pembekal makanan buat hati..

Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 29, 2012

Keluarga Bahagia : REALITI ATAU FANTASI??

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepada ALLAH swt atas limpahan nikmat dan kurniaNYA yang tak pernah putus. Alhamdulillah.

Sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian,
hujung minggu ini kami bakal membawakan kepada anda semua, sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita (EUW) yang akan berlangsung pada ketatapan sebagaimana berikut:

TARIKH : 1 APRIL 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Raihan Abd Aziz (Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz, TV9) akan bersama-sama kita untuk mengupas tajuk KELUARGA BAHAGIA : REALITI ATAU FANTASI.



Oleh itu, kami di pihak Nisa' Putrajaya amat berbesar hati untuk menjemput dan mempersilakan sahabat sekalian untuk sama-sama berhimpun di majlis ilmu yang bakal berlangsung nanti.

Semoga kehadiran Puan/Cik sekalian akan menambah keberkatan, dan dapat sama-sama kita kongsikan info-info yang berguna.

Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. Bukan khusus untuk yang sudah berkahwin sahaja, tapi juga amat sesuai untuk yang belum berkahwin. Sama-sama kita tambah ilmu, persediaan untuk masa hadapan.

Jumpa di sanaaa.. (^_~)

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, March 28, 2012

Sinar Kehidupan

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya.

Kebelakangan ini, akhbar sering memaparkan kisah-kisah pembunuhan yang menyayat hati. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita, bagaimana seorang manusia sanggup melakukan perkara sedemikian kepada seorang manusia yang lain.

Kes penculikan dan jenayah rogol juga semakin kerap terjadi di kalangan kita pada hari ini.

Sudah hilangkah rasa belas didalam hati makhluk bernama manusia sekarang? Kemanakah letaknya nilai sebuah kehidupan dan nyawa sesama manusia?

Mengapa perkara sebegini terjadi dalam masyarakat hari ini?


ALLAHu ALLAH.


Manusia semakin alpa. Manusia semakin lupa. Bahawa dunia hanya tempat persinggahan sementara. Lupa bahawa setiap perkara yang dilakukan, hatta sebesar biji sawi sekalipun, pasti akan mendapat pembalasanNYA. Mungkin ramai yang terlepas dari hukuman di dunia, namun harus disemat didalam fikiran, bahawa mahkamah Akhirat tidak akan mampu dilepasi sewenang-wenangnya.

CCTV ALLAH ada dimana-mana. Kelak, akan ditayangkan segala perbuatan kita, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Disaat itu, kita tidak akan dapat menyorokkan muka dari ALLAH. Sekarang, masih mampu tersenyum gembira diatas kejayaan melepaskan diri dari hukuman dunia, mampu menundukkan sistem kehakiman yang ada. Tapi, ingatlah... Suatu masa nanti, dihari pembalasan, tiada seorang pun yang akan terlepas. Segala kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan penuh adil dan setimpalnya.



Dengan masa yang masih bersisa, ayuh kita sama-sama menyerahkan diri kepadaNYA. Dia, Tuhan yang maha kuasa, yang maha Pengampun, yang maha Penyayang. Sujudlah padaNYA dengan penuh rasa kehambaan. Betapa hinanya kita, hamba yang penuh dengan palitan dosa. Setiap masa, pasti akan melakukan kesilapan, samada kepada sesama makhluk mahupun terhadapNYA. Antara sedar atau tidak.

Ayuh, jangan membuang masa. Hidup ini, bakal berakhir pada bila-bila masa sahaja. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Cuma kita yang tidak mengetahui titik noktahnya. Sampai masa, akan pergi jua. Selagi masih dipinjamkan masa dan nyawa, usah diulang kesilapan semalam. Jangan abaikan perintah Tuhan Sekalian Alam. Tunaikan kewajipan sebagai hamba dengan sebaiknya. Taatlah perintahNYA, jauhilah laranganNYA. Contohi peribadi rasul junjungan. Berbaktilah kepada kedua orang tua, sementara mereka masih ada. Berbuat baiklah sesama manusia. Moga redha ALLAH mengiringi kita, menjadi bekalan untuk ke SyurgaNYA.

Salam sayang buat semua,
berpesan-pesan sesama kita. Moga ada manfaat yang dapat dikongsikan bersama.


~ Al-Fatihah buat ayahanda Puan Syuhada (Omar b. Arsad) yang telah kembali rahmatullah pada 16 Mac 2012 yang lalu ~

Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 22, 2012

Jom ke Majlis Bacaan Yasin dan Tanyalah Ustazah

Assalamualaikum sahabat-sahabat Nisa Putrajaya yang dikasihi Allah..

Semoga semuanya berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. InsyaAllah pada hujung minggu ini, Nisa Putrajaya dengan rasa rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat untuk memeriahkan dan meramaikan lagi majlis ilmu ini.
InsyaAllah Ustazah Teh Izanuri akan bersama-sama dengan kita semua untuk sesi Tanyalah Ustazah..Di sini lah peluang untuk sahabat-sahabat bertanyakan apa jua kemusykilan berkaitan wanita khususnya..:)

Berikut adalah details program:



Thursday, March 15, 2012

17 Mac @ Masjid Besi.. Jangan lupa ya..=)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmatNYA, kita masih berpeluang berada di sini, sama-sama meneruskan kehidupan yang entah bila dan dimana titik noktahnya.

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD.

***



Sekadar ingatan buat semua.

Jangan lupa majlis ilmu kita yang akan berlangsung pada 17 Mac ini, jam 8.00 malam, di dewan solat utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) ya. (^_~)

Ajak kawan ramai-ramai timba ilmu, kongsi maklumat. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu nanti.

Jumpa di sana. (^_^).

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, March 12, 2012

SYRIA : What's Next??



Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kembara kehidupan hingga ke saat ini. Tanpa rahmat dan izinNYA, mana mungkin kita mampu melakukannya.

ALLAHu ALLAH.

Dunia hari ini kecoh dengan isu Syria. Dimanakah letaknya Syria? Apakah yang berlaku? Siapakah yang memulakannya? Siapakah mereka?

Persoalan demi persoalan timbul.

Ayuh, sama-sama kita kupas dan fahami isu ini dalam program terkini ajnuran bersama Nisa' Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan berlangsung dalam pada ketetapan berikut :

TARIKH : 17 Mac 2012 ( Sabtu)
MASA : 8.00 malam
Tempat : Dewan Solat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang! Jom tambah ilmu, sama-sama kita cakna!

MUSLIMIN dan MUSLIMAT dijemput hadir beramai-ramai.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, March 5, 2012

EUW @ Presint 18 pada 11 Mac ini

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, lafaz syukur yang tak terhingga kita panjatkan kepada ALLAH yang sentiasa mengurniakan nikmat yang tak terhingga kepada kita semua. Alhamdulillah.

Sebelum ini, Nisa' Putrajaya telah berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa buah surau di sekitar Presint 9 dan terbaru, di Presint 11. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Sokongan padu dari ahli dan muslimat-muslimat, sangat memberi kesan kepada kami.

Terkini, kami bakal mengadakan satu lagi program EUW dengan kerjasama surau di Presint 18 pula. Maklumat lanjut berkenaan dengan program EUW tersebut, adalah sepertimana tertera di bawah :

TAJUK : HATI YANG DIKASIHI ALLAH
TARIKH : 11 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY, FASA 18R12, JALAN P18B, PRESINT 18, PUTRAJAYA.
PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. ROSNI BINTI ADAM

Ayuh, sama-sama kita meriahkan majlis ilmu yang bakal berlangsung. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk turut serta menimba ilmu dan berkenal-kenalan dengan rakan baru. (^_~)

Sama-sama kita dengar kupasan dari penceramah, bagaimana mendidik hati supaya menjadi hati ynag dikasihiNYA.

Semoga dipermudahkan untuk pertemuan kita nanti. Jumpa di sana. (^_~)

nota kaki:
Untuk ke Surau Wahbah Al-Zuhaily, cik/puan boleh cari Wisma Putra. Masuk simpang yang bertentangan dengan Wisma Putra. Nanti akan jumpa Stesen Minyak Petronas di sebelah kanan. Surau terletak di kawasan apartment belakang Petronas tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, March 1, 2012

Eksklusif Untuk Wanita (EUW) @ Presint 11

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Segala puji dan puja hanyalah untuk DIA, tuhan sekalian alam.



Insya'ALLAH, Nisa' Putrajaya dan Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya bakal menganjurkan sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita (EUW) yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :

TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT, CARA RASULULLAH S.A.W
TARIKH : 4 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : SURAU AL-FURQAN, JALAN P11 A5/8, PRESINT 11, PUTRAJAYA
PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. ROSNI BINTI ADAM (Penceramah Motivasi)

Jemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu. Semoga dirahmati ALLAH hendaknya.

Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)

Jumpa di sana, wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *