Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, June 23, 2010

Happy Belated Birthday !!!



Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.. Semoga sihat sentiasa, insya'ALLAH.

Kami, Nisa' Putrajaya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan :

HAPPY BELATED BIRTHDAY KEPADA
RAHMAWATI (20 JUN)
DAN JUGA
MASYITAH (5 JUN)

SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, HIDUP DIBERKATI ILAHI.. (^_~)

Penawar Duka Nestapa

Oleh:Maznah Daud

Sejak lebih 1400 tahun yang lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengajar kita doa yang bermaksud:


“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kerisauan dan kesedihan, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung dengan-Mu daripada cengkaman hutang dan penindasan manusia”.
Maka kita membacanya sebagai ibadah, mengharap pahala kerana mengamalkan sunnah. Hari ini baru kita ketahui rupa-rupanya kerisauan dan kesedihan merupakan penyakit yang berbahaya kepada manusia.
Kerisauan dan kesedihan akibat masalah yang melanda boleh menyebabkan berlakunya kemurungan. Statistik kemurungan seperti yang didedahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan depresi sebagai penyakit keempat serius melumpuhkan jiwa seseorang.



WHO juga menganggarkan kadar kematian (bunuh diri) akibat kemurungan di rantau Asia adalah lebih tinggi dengan nisbah kemurungan antara lelaki dan perempuan adalah satu nisbah dua. Kajian di Malaysia pula mendedahkan kira-kira sembilan peratus rakyat negara ini mengalami kemurungan tahap serius.Dikatakan bahawa, baik wanita sudah berumah tangga, bujang, remaja mahupun kanak-kanak tidak terlepas daripada menanggung masalah yang akhirnya boleh menyebabkan kemurungan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik, boleh memberi kesan buruk kepada diri, orang sekeliling dan masa depan mereka.



Dalam kitab suci al-Quran, Allah subhanahu wataala mendedahkan tabiat jiwa manusia yang sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan tidak tetap pendirian. Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.”
(Al-Ma’arij, 70:19-21)



Namun setiap penyakit ada ubatnya. Demikian juga penyakit risau, sedih dan murung ini.
Tanpa menidakkan kaedah rawatan dan terapi yang disarankan oleh pakar-pakar zaman sekarang, al-Quran dan as-Sunnah sebenarnya mengandungi pelbagai saranan dan bimbingan yang sangat penting. Jika dihayati sepenuhnya tidak mungkin kerisauan akan bertandang, apalagi melekat sehingga menjadi racun dan menanah dalam jiwa.



Selepas menceritakan keadaan manusia yang sering diburu keresahan, Allah subhanahu wataala terus menyuntik penawarnya yang paling mujarab. Dia berfirman (maksudnya):



“Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya, dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta), dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).
(Al-Ma’arij, 70: 22-26)



Ayat di atas menjelaskan tiga perkara yang perlu diamalkan untuk mengelak daripada perasaan resah gelisah dan dapat membina keperibadian yang kuat, mampu menghadapi segala dugaan serta cabaran, baik pada kala susah ataupun senang.



Tiga perkara itu ialah sentiasa mendirikan solat, berjiwa pemurah serta rajin bersedekah dan yakin kepada Hari Pembalasan.



Kadang-kadang perasaan resah dan tidak tenang timbul kerana bimbangkan sesuatu yang tidak pasti atau takut kehilangan sesuatu yang amat disayangi.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menegaskan bahawa kebimbangan serta kerisauan kita tidak akan mengubah apa yang Allah subhanahu wataala telah tentukan. Maka berserah kepada-Nya dengan sentiasa berdoa dan berusaha dengan penuh yakin akan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya.



Antara perkara yang disebut oleh baginda sebagai jaminan keselamatan untuk kita ialah:



Pertama: Solat Subuh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada di bawah jaminan Allah serta peliharaan-Nya. Maka berhati-hatilah wahai anak Adam! Jangan biarkan dirimu dituntut oleh Allah kerana mengganggu orang yang berada di bawah kawalan-Nya”.
(Riwayat Muslim daripada Jundab bin Sufyan)



Lihatlah betapa aman-Nya kita berada di bawah kawalan Yang Maha Perkasa apabila kita menunaikan solat subuh. Maka apa yang kita bimbangkan? Sesiapa yang cuba menzalimi kita, maka Allah pasti akan membalasnya!



Kedua: Membaca Ayat al-Kursi (ayat ke 255 daripada surah al-Baqarah).
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
“Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang menghalangnya daripada masuk syurga kecuali mati”.
(Sahih al-Jami’ daripada Abu Umamah al-Bahiliy)
Maha Suci Allah! Kebanyakan orang takut mati kerana tidak pasti apa yang bakal ditempuhi di alam sana. Hadis ini memberi jaminan bahawa dengan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, maka syurga menanti di sebalik tabir kematian. Justeru, perasaan takut mati bertukar menjadi rindu.



Ketiga: Penghulu istighfar
Penghulu istighfar adalah:



Baginda bersabda (maksudnya):
“Sesiapa yang memohon ampun dengan membaca penghulu istighfar ini (Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana tidak ada yang akan mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau) pada waktu siang dengan penuh yakin, lalu dia mati pada siang hari itu sebelum menjelang waktu petang, maka dia daripada ahli syurga. Dan sesiapa yang memohon ampun dengan membaca penghulu istighfar ini pada waktu malam, lalu dia mati pada malam itu sebelum menjelang waktu subuh, maka dia daripada ahli syurga”.
(Riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus)


Jadi apa lagi yang dibimbangkan? Allah telah memberi jaminan. Jaminan siapakah yang lebih kita yakini selain daripada jaminan Dia, Pemilik serta Penguasa segala-galanya?

Source:http://www.malaysiaharmoni.com/




Tuesday, June 22, 2010

muhasabah hari ini


Assalamua'laikum sahabat Nisa' yang disayangi kerana ALLAH. Apa khabar hari ini? Moga sentiasa dalam limpahan rahmat dan nikmat dariNYA.


Hari ini, Nisa' Putrajaya ingin sekali mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama muhasabah, tentang perjalanan hidup kita yang semakin laju. Beberapa tahun berlalu, malah ada yang telah mencapai berpuluh-puluh tahun. Dari kecil, hingga sekarang. Dulu seorang, kita berdua, kemudian ditemani amanah dari ALLAH, yang digelar sebagai anak. Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini? Apa yang telah kita korbankan sepanjang hidup ini? Apa yang kita akan bawa sebagai bekalan menuju negeri abadi nanti?


ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Kehidupan didunia amat singkat sekali. Usia semakin meningkat, bermakna masa yang ada juga semakin sedikit. Cukupkah apa yang telah kita lakukan selama ini?


Bukan sedikit ujian melanda,

bukan mudah meredah nestapa..

Demi cintaNYA ditempuh jua meski hati tertanya

bagaimana nilaian di sisiNYA..

Dan bukan sedikit airmata yang tumpah mengiringi

pengorbanan menyelamatkan iman dan taqwa..

Bagaimanakah akhirnya kehidupan ini??


Moga kita sentiasa menjadi hambaNYA yang bersyukur dan mencari redhaNYA dalam setiap perkara.


Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali :

Ukhuwah itu bukan terletak pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam setiap doanya.

Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya. Wassalam.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, June 17, 2010

doa mohon kesabaran


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, June 15, 2010

GAZA


Assalamua'laikum.


Lama tidak bersiaran, moga sahabat-sahabat sentiasa dalam jagaanNYA, insya'ALLAH.


Kali ini, Nisa' Putrajaya ingin mengajak sahabat-sahabat pengunjung blog Nisa' Putrajaya ke Program yang akan diadakan pada tarikh, masa, dan tempat seperti berikut :


Jemputan ke Forum "Malam Hapuskan AIrmata Gaza"

Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Tarikh : 18 Jun 2010 (Jumaat)

Masa : 9.00 malam

Penceramah :
1. Tn Hj Jamaludin Elias (sukarelawan Malaysia ke Gaza dari Yayasan Amal Malaysia)
2. Ust Ridwan Md Nor
3. Dr Ahmad yunus

Penampilan Istimewa : Sdr Nordin Jaafar


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, June 9, 2010

Sharing is Caring


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat Nisa' sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH. Kami, alhamdulillah, sihat seadanya. (^_^)


Pada hari Rabu yang ceria ni, suka untuk kami kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh dari ceramah Dr. Rosni (Pengarah Nisa' Malaysia) pada hujung minggu lepas. Moga bermanfaat.




14 Fomula Remaja Hebat



  1. Sayang diri, keluarga, agama

  2. Senyum

  3. Solat

  4. Selalu zikir

  5. Selia nafsu

  6. Sabar

  7. Suka ilmu

  8. Santun

  9. Sihat

  10. Sanggup berkorban

  11. Sedekah

  12. Sedia memaafkan

  13. Sentiasa taubat

  14. Sungguh-sungguh


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, June 7, 2010

Rejab semakin hampir, Sya'ban datang mengiringi, Ramadhan yang dinanti!!



Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat Nia' Putrajaya yang dikasihi sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH.

Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri bulan Rejab. Antara bulan yang selalu disebut oleh rasulullah. Kepada sahabat kesayangan yang masih belum menunaikan kewajipan menggantikan puasa, bolehlah kiranya cepat-cepat berbuat demikian. Bimbang kalau sekiranya tak sempat menggantikan puasa yang telah ditinggalkan atas sebab uzur syarie pada tahun lepas. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Doa memasuki bulan Rejab : Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”




Info berkaitan dengan Bulan Rejab :

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rejab:

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan isterinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

info dipetik dari laman web : http://www.al-azim.com/masjid/rejab/

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, June 2, 2010

LIFELINE4GAZA


Terkini :


1 Jun – Wisma Putra hari ini mengesahkan kesemua 12 orang rakyat Malaysia di atas kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera Israel berada di dalam keadaan selamat.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyatakan usaha sedang giat dilakukan untuk membawa pulang mereka semua ke tanah air.


Pasukan Pengurusan Krisis untuk Lifeline For Gaza (CMT-LL4G) telah dimaklumkan lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Anifah Aman. CMT-LL4G telah menyampaikan berita gembira tersebut kepada kesemua ahli keluarga peserta konvoi LL4G sejurus mendapat maklumat berkenaan


************


Alhamdulillah, kesemua wakil dari Malaysia terselamat. Ayuh sahabat-sahabat, teruskan kiriman doa buat mereka di sana. Moga ALLAH permudahkan segala urusan, melumpuhkan serangan Tentera Israel terhadap umat ISLAM..aminn


YOU SHARE, WE CARE!


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, June 1, 2010

WE CARE!!





* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

NISA' KU SAYANG


Assalamua'laikum.



Salam sayang buat semua. Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan di Bumi Tuhan. ALHAMDULILLAH.



Dikesempatan ini, kami Nisa' Putrajaya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menjayakan kempen "BELIA ANTI-ZINA".



Dalam Al-Quran ada menyebut : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk, al-Israa' ayat 32.



Dengan itu, ayuh, kita sama-sama jayakan kempen "BELIA ANTI-ZINA"..


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *