Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin



Assalamualaikum,


Dengan rasa rendah hati,Nisa Putrajaya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.


Mohon kemaafan kepada semua ahli Nisa Putrajaya kiranya sepanjang program-program yang telah kami laksanakan sebelum ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati sahabat-sahabat semua. Semoga Hari Raya yang mendatang ini,dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Terima kasih semua di atas sokongan padu yang diberikan kepada Nisa Putrajaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan akhirat.


Berhati-hati bagi yang ingin pulang ke kampung halaman dan jadikan amalan dan tarbiah kita di bulan Ramadhan ini sebagai benchmark untuk kita terus bertaqwa kepada Allah SWT.



Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN : sedang menapak pergi

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Andai sesekali disapa sakit, alhamdulillah, tandanya ALLAH mahu bantu hapuskan dosa kita. Tapi dengan syarat, kita harus sabar dan redha dengan sakit itu, ya.


Alhamdulillah, kita masih dikurnia nikmat iman dan ISLAM dalam meneruskan kembara dibumi Tuhan. Betapa nikmatnya kurnia yang ALLAH hadirkan dalam diri kita. Semuanya tak mampu kita hitung. Syukur.  Bertuhankan ALLAH yang Maha Esa. Ditakdirkan sebagai ummat Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah.

***

Hari ini bertarikh 16 Ogos 2011M, yang mana juga bersamaan dengan 16 Ramadhan 1432H. Alhamdulillah, atas kesempatan yang masih ALLAH berikan kepada kita.

Apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh 16 hari tersebut? Semakin meningkatkah amalan kita? Semakin dekatkah kita denganNYA? Semakin baikkah akhlak kita?

Atau, adakah semakin menurun semuanya?

*muhasabah*

***

Bulan Ramadhan, dikatakan sebagai bulan penghapus dosa. Didalamnya terkandung rahmat ALLAH yang melimpah ruah. Tiada bulan selainnya yang boleh menandingi kemuliaan Ramadhan. Setelah habisnya Ramadhan, kita akan kembali kepada fitrah. Suci dari segala doa, ibarat sehelai kain putih yang bebas dari segala kekotoran. Namun, semua itu bukannya boleh diperoleh dengan mudah. Memerlukan usaha. Memerlukan pengorbanan.

Apakah sama orang yang setiap masa meniti zikir dibibirnya berbanding dengan orang yang suka bercakap perkara sia-sia, menabur fitnah merata-rata?

Apakah sama orang yang sentiasa mengisi malamnya dengan tahajjud, solat malam berganda-ganda jika ingin dibandingkan dengan mereka yang tidur kekenyangan tanpa sempat berterawikh sekalipun?

Samakah mereka?

***

Jika ingin mendapat balasan yang baik, seharusnya usaha juga perlu berlipat ganda. Andai inginkan keampunan dariNYA, kita perlulah melakukan segala suruhanNYA, dan meninggalkan segala laranganNYA.

**

Ayuh, bersama kita memaknakan Ramadhan yang kian hampir ke penghujungnya. Semoga ada sesuatu yang dapat kita kutip dari Ramadhan kali ini. Selamat berpesta ibadat. Semoga segalanya mendapat berkat. (^_^).

wassalam.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, August 9, 2011

Setinggi-tinggi Terima Kasih

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. (^_^). Ramadhan hari ke-9, alhamdulillah. Masih diizin ALLAH untuk kita meneruskan kembara kehidupan.

Bagaimana pengisian Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari sebelumnya? Atau menurun kualitinya? Muhasabah.

***



Dikesempatan ini, kami dari Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program-program anjuran kami.

Sejak program Sayang Soleh Solehah tahun lalu, diikuti pula dengan program Rindu Ramadhan, dan seterusnya program RAMADHAN : Penawar Rindu yang baru saja berlangsung minggu lepas. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua.

Sama-sama kita doakan, semoga gerak langkah selepas ini akan tersusun dengan lebih mantap, bersemangat dan yang paling penting, diiringi redha ALLAH harusnya.

Insya'ALLAH, dilain masa, kita bertemu lagi. Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Thursday, August 4, 2011

Susah senang kita rasai bersama

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, atas segala nikmat kurniaanNYA. Hari ini, 4 Ramadhan. Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang dan ruang kepada kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa. (^_~)

Dikesempatan ini, kami ingin menghebahkan berkenaan dengan pengumpulan dana bagi program Nisa' Small Kindness (NSK).

Sepertimana tahun-tahun sudah, Unit Kebajikan dan Kaunseling, selaku duta kebajikan dalam organisasi Nisa', akan menjalankan program-program kemasyarakatan. Program ini bertujuan membantu insan-insan yang kurang upaya, tidak berkemampuan.

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang mulia ini, Nisa' ingin menjemput sahabat-sahabat yang prihatin lagi budiman sekalian, untuk sama-sama menghulurkan sedikit bantuan, bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang lain, yang tidak berupaya.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dan kerahmatan dari ALLAH. Membahagiakan saudara-saudara kita yang lain.

Kepada yang berminat, boleh rujuk poster di bawah, untuk rujukan dan tindakan seterusnya.

Semoga ALLAH memberkati segala usaha.


Selain daripada pengumpulan dana untuk sumbangan Ramadhan dan Syawal, NSK juga memberi sumbangan barangan sekolah untuk anak-anak yatim, mahupun yang tidak berkemampuan. Boleh rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang NSK : Back to School .. rujukan : http://nisawp.blogspot.com/2010/12/nsk-back-to-school-di-mydin.html

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Cik/Puan/Tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, August 1, 2011

Rebutlah Ganjaran Ramadhan



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *