Pages

Tuesday, February 9, 2010

untukmu, sahabat....


Suatu hari, seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu mengajar topik 'Kasih Sayang".. Sewaktu sedang asyik memberi penerangan kepada para pelajar, salah seorang pelajarnya bertanya :

"Cikgu, macam mana nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana nak pilih sahabat yang terbaik untuk menjadi sahabat kesayangan?" soal pelajar itu.

"Baiklah, awak ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Jalan diatas rumput sambil perhatikan rumput dihadapan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa toleh ke belakang walau sekali pun. Petik rumput yang paling cantik, dan bawa ke kelas." jawab guru tersebut.

Apabila pelajar tersebut kembali semula ke kelas, tidak ada sehelai pun rumput yang dibawanya..

Guru tadi bertanya : "Kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Pelajar menjawab : "Tadi sewaktu saya mencari rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik. Tapi cikgu cakap nak yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil cari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang semula. Tapi, bila dah sampai ke hujung, saya tak jumpa yanglebih cantik dari yang sebelumnya. Tapi cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang. Jadi tak adalah rumput yang boleh saya petik"

Guru menjawab :"ya, itulah jawapannya. Apabila kita dah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, sahabat yang terbaik, janganlah mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada didepan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan sia-siakan sahabat yang kita ada, kerana sekiranya kita kehilangan sahabat hari ii, belum tentu kita dapat yang lebih baik darinya pada masa hadapan. Ingatlah, orang yang paling cantik dan terbaik adalah yang berada disamping kita. Yang sentiasa bersama kita dalam suka mahupun duka. Susah ataupun senang. "

Para pelajar mengangguk tanda faham..
(diedit daripada mesej yang dikirim dari seorang sahabat)

**********************

"Disekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Didalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah mereka bercahaya. Mereka bukan dari golongan para Nabi mahupun Syuhada' tapi para Nabi dan Syuhada' iri kepada mereka". Ketika ditanya oleh para sahabat, siapa mereka? Jawab Rasulullah s.a.w : "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH dan saling berkunjung kerana ALLAH". (HR Tirmidzi)

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)