Pages

Friday, April 2, 2010

Jom buat semakan @ e-halal


Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Doa dan harapan, semoga dalam keadaan sihat walafiat sentiasa, insya'ALLAH.


Kami, Nisa' Putrajaya, insya'ALLAH sihat seadanya. (^_^). Alhamdulillah, syukur kepadaNYA diatas segala limpah dan rahmatNYA.


Halalan Toyyiba.. Saya pasti, semua orang pernah dengar kalimah ini kan? Halalan bermaksud Halal (boleh dimakan, sah dari hukum Islam). Toyyiba bermaksud Baik (elok untuk kesihatan). Selalunya, perkataan ini akan dikaitkan dengan makanan. Betul tak?


Halal dan baik. Dalam situasi sekarang, tidak semua makanan yang halal itu baik untuk kesihatan kita. Apa yang lebih penting, adakah makanan yang kita makan itu baik untuk perkembangan sppiritual kita? Dalaman kita? Seringkali kita lalai dalam bab ini.


Sedarkah kita, makanan yang kita makan itu adalah sumber yang akan menjadi darah daging kita? Makanan, banyak sumber yang boleh membekalkan makanan kepada kita. Tapi, persoalannya, bagaimanakah penyediaannya? Siapa yang memasaknya? Solatkah dia? Bersihkah caranya? ALLAHU RABBANA.. Kalau kita ambil kira semua tu, memang takut untuk menjamah makanan-makanan yang terhidang didepan mata kita. Memang nampak sedap, lazat, enak tapi, adakah itu semua terjamin?


Kalau betul-betul mahu menjaga, masak sendiri. Insya’ALLAH, kita yakin bagaimana cara penyediaannya. Jangan lupa, berwudhuklah sebelum memasak. Insya’ALLAH, ada keberkatan disitu.

Baiklah, sebelum mengakhiri kalam kali ini, saya ingin kongsikan satu laman web yang boleh kita rujuk untuk mengetahui kelayakan sijil Halal bagi sesuatu makanan, barang atau syarikat. Sebagai perkongsian bersama.


Sekian, wassalam.

Salam sayang buat semua.

Nisa’ Connecting Youth.

http://www.halal.gov.my/index.php

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)