Pages

Tuesday, November 29, 2011

Tidak Terkecuali. :)

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Masalah.

Siapa yang tak pernah ditimpa masalah? Berani angkat tangan? Haa, nak tipu ya? :). Masalah ni, semua orang dia nak kawan. Tapi selalunya, dia suka datang dan pergi. Kejap ada, lama dia tinggalkan kita. Dan sampai masa, dia datang lagi. Lepas tu dia pergi semula.

Masalah ni, adamasanya datang banyak-banyak dalam satu masa. Adakalanya datang satu persatu. Berderet-deret pun ada. :). Rasa nak mengeluh? Fikir dulu. Bukankah semua tu ALLAH yang aturkan. Jadi, kenapa rasa nak mengeluh ya? Hmm..



Bagaimana nak selesaikan?

ALLAH yang bagi ujian, ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk mengambil ujian ni semula. :). Pernah terdengar kata-kata ini : makin banyak kita luahkan masalah kepada manusia, makin sedikit kata-kata luahan kita kepada ALLAH.

Kebergantungan dan pengharapan yang jitu kepada ALLAH, adalah sebaik-baiknya. Ya, siapa lagi yang mampu menyelesaikan masalah kita, sedangkan semuanya datang dari ALLAH?

Masalah ni, bergantung kepada kita macam mana nak selesaikan. Kalau tak mampu nak selesaikan sorang-sorang, ada baiknya kita bincang dan minta pendapat orang yang faham masalah kita. Orang yang kita rasa boleh bantu kita. Orang yang boleh jaga rahsia kita. Jangan pula tersilap pilih orang,nanti makin bertambah masalah. Naya. Masalah pertama tak selesai, datang pula cik masalah yang kedua.

Kadang-kadang, masalah tak juga selesai bila kita kongsi dengan orang, kan? Tapi, paling tidak, kita rasa tenang, sebab dapat berkongsi. Dapat luahkan apa yang terbuku di hati. :). Kadang-kadang, kita pelik. Kenapa bila ada masalah, tiba-tiba je seseorang tu muncul. Dan tanpa sedar, dia akan berkongsi sesuatu dengan kita, yang kebetulannya sedikit sebanyak, ada persamaan atau kaitan dengan masalah yang kita hadapi. Padahal, kita tak bagitahu sedikitpun pada dia tentang masalah kita. Percaya tak, ALLAH sedang menghantar petunjuk buat kita. (^_^). ALLAH hebat kan?

Percaya dengan janji ALLAH.

Kepada diri dan anda yang yang sedang membaca, yakinlah dengan apa yang DIA janjikan :

"Bersama kesulitan, ada kesenangan"

Tiada satupun yang berlaku, tanpa hikmah yang tersembunyi. Mungkin hari ini kita susah, tapi yakinlah, akan ada kesenangan dan kemanisan yang sedang menanti. (^_^). Terimalah dengan redha, dan sabar. Janji ALLAH itu pasti. Selain mengharap, dan berdoa, usah ajuga perlu.

Ujian itu hadir untuk memberi ilmu kepada kita. Muhasabahlah, mungkin ada sesuatu yang perlu diperbaiki.

Semoga tahun 1433 Hijrah ini, membawa erti kepada kita. Sama-sama kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik.

Sehingga bertemu lagi, salam sayang dari kami. Wassalam. (^_~)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)