Pages

Friday, December 16, 2011

Terus Melangkah Menggapai RedhaNYA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sentiasa sihat badan dan iman hendaknya.

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjatkan kehadratNYA atas kurniaan yang sentiasa melimpah dan tak pernah berbelah bagi terhadap kita semua. Alhamdulillah.

Hari ini Jumaat, 20 Muharam 1433 Hijrah bersamaan 16 Disember 2011. Menghitung detik-detik waktu yang berlalu tanpa henti. Meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kelekaan dan kesibukan menggalas tugasan dan amanah yang sering menghimpit. ALLAHu ALLAH.

Kadang-kadang, lelah menghambat waktu. Pejam celik, pejam celik. Laju saja masa berlalu. Rasa tak mampu untuk mengejar. Namun langkah tetap perlu diteruskan. Selagi hayat dikandung badan, amanah dipikul perlu dilaksanakan.

Usia makin bertambah. Setiap hari bakal mengundang episod baru dalam kehidupan. Semuanya ada coretan tersendiri. Kanvas kehidupan, pelbagai warna, pelbagai cerita. Jatuh bangun, itu sudah lumrah sebuah kehidupan. Tak selalu di atas dan tak selalu di bawah. Tiada satupun yang kekal di dunia ini. Namun jangan dilupa. Coretan di kanvas inilah yang bakal menemani perjalanan kita untuk ke Sana. Banyak yang baik, atau banyak yang buruk.. Itulah yang menentukan tempat kita di sisiNYA.

Andai hari ini kita kalah dan lelah, moga langkah hari esok akan lebih gagah.
Biar beribu kali kita rebah, namun jangan sekali cepat mengalah.
Langkah hari ini mungkin lemah. Pastikan esok tak bisa goyah dengan mudah.
Hidup, adalah sebuah lapangan perjuangan.
Bukan mudah, namun tetap perlu diredah!

Semoga ALLAH sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhaiNYA, menuju Syurga yang didambakan semua.

Semoga kita semua berjaya meraih cintaNYA. (^_~)

Bertemu lagi dilain masa, salam ingatan tanda persaudaraan. Assalamua'laikum.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    saya berminat nak join NISA'. Boleh saya tahu aktiviti2 ape yang menjadi pengisian dalam NISA'?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..

    Terima kasih yuyu.. Mohon isi borang di bawah blog ini dan kami akan update program kpd ahli2 nisa putrajaya.basically kita ada usrah,qiam,kuliah dhuha,nisa cycling dan banyak lagi..

    jom join nisa' putrajaya :)

    ReplyDelete

Nisa' Connecting Youth.. =)