Pages

Friday, March 30, 2012

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup!

Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.. Yang sentiasa mengurniakan nikmat yang tak pernah terhitung kepada kita semua. Semoga segala nikmat dariNYA mendapat berkat.



Ramai yang bertanya, samada melalu FB, mahupun emel dan tak kurang juga di blog ini, tentang penglibatan dalam program-program anjuran Nisa' Putrajaya.

Kami di pihak Nisa' Putrajaya, amat berterima kasih diatas keprihatinan dan sokongan Cik/Puan sekalian terhadap program yang kami anjurkan.



Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan ke program kami, samada kuliah dhuha, atau apa-apa acara sekalipun. Ia tidak terhad kepada ahli yang berdaftar sahaja. Semua golongan wanita, tanpa memgira had umur, dialu-alukan untuk menyertai program yang kami anjurkan, KECUALI jika kami ada menyatakan syarat penglibatan terhad kepada ahli yang berdaftar sahaja.

Buat masa sekarang, hanya program usrah dan aktiviti dalaman sahaja yang dijalankan terhad kepada ahli berdaftar.

Program riadah, rehlah dan kuliah-kuliah, sememangnya terbuka kepada semua golongan wanita. Semua wanita boleh datang beramai-ramai untuk menyertai program yang kami anjurkan. Boleh ajak kawan-kawan dari luar Putrajaya juga. (^_^). Kami mengalu-alukan kehadiran Cik/Puan sekalian.

Hampir kesemua program anjuran kami, memang EKSKLUSIF UNTUK WANITA sahaja. Kecuali jika kami maklumkan bahawa ia adalah program terbuka kepada peserta lelaki juga.

Semoga penjelasan ini dapat membantu Cik/Puan di luar sana yang mungkin tertanya-tanya tentang perkara ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, jangan segan untuk bertanya, ya. (^_^). Boleh hubungi kami dengan menghantar emel ke id ini : nisaputrajaya@gmail.com

Sehingga bertemu lagi di lain masa. Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita di majlis ilmu nanti.

Doa dan harapan, semoga program-program yang dianjurkan mendapat redhaNYA dan mendekatkan lagi kita semua dengan Pencipta. Majlis ilmu : pembekal makanan buat hati..

Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)