Pages

Wednesday, July 25, 2012

Help Us To Help Others... =)

Assalamua'laikum.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung setia blog Nisa' Putrajaya. Terima kasih di atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke teratak maya kami.

Pada pagi Rabu, di bulan yang mulia ini, kami dengan sukacitanya ingin mengajak dan memberi peluang kepada anda semua, untuk bersama dengan kami membantu insan0insan yang kurang berkemampuan.

Semoga dengan sedikit usaha dan sumbangan dari kita, dapat mengukir kegembiraan di hati mereka.

Nisa' Small Kindness (NSK) di bawah penyeliaan Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) Nisa' seluruh Malaysia, dilancarkan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi membantu insan-insan yang kurang berkemampuan.

Kami akan mengumpulkan dana dan mengagihkan sumbangan dari orang ramai kepada mereka-mereka yang telah dikenalpasti layak menerima sumbangan. Biasanya, kami akan berikan sumbangan dalam bentuk wang ataupun barang keperluan harian.

Kepada para budiman dan dermawan yang ingin sama-sama memberikan sumbangan menerusi Nisa', bolehlah menghubungi Cik Aisyah (013-3293478) atau Puan Rosiah (012-6089751).

Sekiranya ingin menyumbangkan wang, mohon supaya memaklumkan jumlah wang dan tarikh 'bank in' kepada pihak kami untuk catatan.

Boleh rujuk poster di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

Segala perhatian dari pihak Tuan/Puan/Cik, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Semoga ALLAH terima amal kebajikan kita semua.

Wassalam.




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)