re-post (^_~)
" Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam"
Melalui pembacaan dapat ana kongsi bersama, Antara punca-punca seseorang itu manjadi LEMAH.........
*kerana kita tidak kenal Allah. Salah satu cara untuk kenal Allah adalah kita berfikir tentang nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..terlalu banyakkan??Jadi, adakah kita mahu terus lemah?? Pastinya tak mahu..Dan apa yang perlu dilakukan??1) Bersihkan kekotoran jiwa dengan ILMU. Bagaimana??
*perlu tahu apa yang menyebabkan kekotoran jiwa dan hapuskan kejahilan2) Akhlak (hubungan dengan Allah dan manusia)
*jaga lidah, hati dan perasaan3)Taubat
*hijrah kepada yang lebih baik adalah dengan ILMU.
*istighfar (amalan harian)*Taubat Nasuha dari dosa-dosa yang telah dilakukan. Ingatlah bhw Allah lebih kasih kepadaorang yang bertaubat kepadaNYA.
* Buat Audit - senaraikan dosa-dosa yang pernah buat dan bertaubat dari dosa-dosa itu.4)Bina kekuatan - YA. Kekuatan perlu dibina.
* Baca dan fahami Al-quran (tilawah dan tadabbur). Jadikan al-quran sebagai teman bicara,pasti hatimu menjadi tenang. Walau sesibuk manapun kita, bacalah Al-quran even satu ayat.
* segala penyelesaian ada terkandung di dalam Al-quran
* lakukan amalan - amalan sunat (puasa, solat sunat dll).Sesungguhnya perubahan yang ingin kita lakukan lahir dari ILMU dan KEMAHUAN. Kemahuan yang kemahuan yang kuat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik akan melahirkan 'action'.Ana menyeru kepada diri sendiri terutamanya dan kepada sahabat-sahabat, marilah kita bangkit dari lena yang panjang.
Laungkan dalam diri:
"Aku tak boleh lemah, masih banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebelum aku kembali kepada pemilik diriku..ALLAH S.W.T.,,Jika aku biarkan diri ini terus lemah tak bermaya, aku pastinya orang yang rugi kerana orang lain tidak mampu untuk membawa titik perubahan dalam diriku jika aku sendiri TIDAK MAHU berubah.."
Lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit agar ianya terkesan di hati..Berubah tidak semestinya kita berubah 360 darjah sekaligus..sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk kita mengubah sesuatu yang telah menjadi habit harian kita..Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan..sama ada kita MAHU @ TIDAK MAHU bukannya MAMPU @ TIDAK MAMPU. Sesungguhnya Allah akan memberi support kepada hambaNYA yang mahu mendekatiNYA dan merasai nikmatnya kasih sayang ALLAH.
"Jika kita tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua."
wassalam
regards
insyirah
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)