Pages

Monday, December 28, 2009

HARI KELUARGA PUTRAJAYA

Assalamualaikum…

Maaf atas kelewatan menerbitkan laporan Hari Keluarga Putrajaya ini atas sebab –sebab tertentu. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan pada 13hb Disember 2009 di Taman Wetland Putrajaya. Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh oleh Ustaz Mohamad Nazir Zakaria selaku Yang DiPertua Kawasan Putrajaya. Seramai 150 orang telah hadir ke program ini bersama keluarga masing-masing.

Ibu-ibu sedang menjalankan aktiviti musang berjanggut (pilih kasih)

Adik-adik sedang berlumba-lumba mengisi air dalam botol
Program Hari Keluarga yang julung-julung kalinya diurus seliakan oleh Nisa kawasan putrajaya ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk di kawasan Putrajaya ini. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir lebih kurang pada pukul 12 tengahari. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di antaranya tarik tali (tali Ukhwah), tuju kasut (lontaran Pejuang) Musang Berjanggut (Pilih Kasih), Lari Ikat Kaki (Tautan Kasih), Mencari Gula-Gula dalam tepung, Isi air dalam botol dan banyak lagi. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan sesuai untuk semua peringkat umur muslimin dan muslimat.

Program ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka dan tidak lupa juga sesi cabutan bertuah juga dijalankan. Hari Keluarga ini diakhiri dengan majlis penutup oleh Sdr Kamaruzzaman Muhammad.

Adik-adik dapat hadiah yer~

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan ukhuwah sesama muslimin dan muslimat. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli Nisa Putrajaya yang telah bertungkus lumus merencanakan dan menjayakan Hari keluarga ini. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat redha dan berkat daripada Allah SWT.
Wallahualam
p/s:bnyk lagi gambar-gambar yang menarik akan diupload kemudian.stay tuned.=)

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)