1) Bila mendengar azan, bangun utk solat serta merta.
- tlh menjadi kebiasaan kepada kebanyakan umat islam pada hari ini dalam melengah-lengahkan solat mereka.malah terdapat sesetengah kes yg mana solat tlh 'dicombokan' utk tujuan tertentu.
- seharusnya sebagai hamba Allah,kita lebih mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia iaitu dengan mengutamakan solat daripada urusan yang lain.
2) Membaca al-Quran,buku- buku berguna , mendengar perkara-perkara yang baik dan berzikir.
- Al-quran yg tlh diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan panduan bagi seseorang mukmin dalam meneruskan kehidupan seharian (selain sunnah rasulullah).
-Al-quran merupakan bacaan yg dapat menimbulkan rasa ketenangan dalam individu yg membacanya.selain itu juga,terdapat banyak kelebihan kepada org yg pandai membaca quran sperti yg diterangkan dalam hadith Rasulullah s.a.w :
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1329
-berzikir pada waktu lapang pula dapat mengelakkan kita dari bercakap tentang perkara-perkara yang tidah bermanfaat.
3) Berusaha utk bertutur dalam bahasa arab dengan betul kerana bahasa arab adalah bahasa syiar Islam
-Seperti yang diketahui,bahasa arab merupakan bahasa syurga,bahasa pertuturan rasulullah,bahasa Al-Quran dan merupakan bahasa dalam bacaan solat.Ini cukup membuktikan betapa pentingnya bagi kita utk menguasai bahasa arab .
- Mempelajari bahasa arab adalah merupakan fardu kifayah.
4) Jangan bertengkar dalam apa jua keadaan kerana ianya tidak mendatangkan manfaat.
-sesuatu perkara atau ketidak puasan hati perlulah diselesaikan dengan cara yang baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan sama.
-Islam sangat menitik beratkan silaturrahim dan persaudaraan sesama mukmin.
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a: Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 57
5) jangan banyak ketawa
-ketawa yang berlebihan akan mendatangkan mudarat dimana mampu menggelapkan hati sesorang itu.
6) jangan bergurau kerana umat yang berjuang tidak tahu bergurau.
-bergurau yang melampaui batas boleh mendatangkan 1001 musibah kepada kedua-dua pihak. sebagai contoh, budaya 'april Fool" yang kerap disambut remaja hari ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.pihak yang terkena akan merasa dirinya dipermainkan manakala pihak yang mengenakan akan berdosa kerana telah menipu pihak yg terkena. - p/s: jgn sambut april fool kerana ianya satu peristiwa sambutan kepada penganiayaan terhadap umat Islam di sepanyol satu ketika dahulu.
7) Jangan bercakap dengan suara yang terlalu tinggi.
-bercakaplah secara sederhana yakni cukup utk pendengaran biasa (org yg perlu mendengar sahaja0 -jangan meninggikan suara kerana dalam surah al-luqman tlh dinyatakan bahawa; " Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" (al-Luqman:19) 8) jauhi mengumpat.
-dosa mengumpat adalah lebih besar dari dosa berzina kerana dosa berzina akan diampukan oleh Allah seandainya seseorang itu telah taubat nasuha dari kesalahannya. -namun dosa mengumpat hanya boleh diampuakan oleh org yg tlh diumpat.
" Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. " (Al-Israa':53)
9) Berkenalan dgn individu muslim
-menjalinkan ukhuwah adalah satu perkara yg sangat mulia. -dari hadith Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman sesorang diantara kamu selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia kasihnya diri nya sendiri"
10) kewajipan lebih banyak dari masa yang ada - antara 5 perkara yg perlu diingati sebelum sampai 5 perkara adalah masa lapang sebelum masa sibuk. - dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kita adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang .oleh itu ketika masih sihat,penuhilah masa kita dgn sebaiknya utk membuat amalan yang bakal menjadi pelindung kita didunia dan akhirat.
wallahula'lam
sumber : my buku usrah,http://www.hadith.al-islam.com/http://usrahonline.blogspot.com/2004_04_12_archive.html
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)