Pages

Tuesday, May 25, 2010

KARNIVAL AURA UNGU 2010




Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, hingga ke saat ini, kita masih berpeluang untuk sama-sama menikmati limpahan rahmat dan nikmat dariNYA.. Alhamdulillah.

Karnival Aura Ungu (KAU 2010) baru sahaja melabuhkan tirainya pada jam 12 malam hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bermula dengan program PERSONA diperingkat kawasan, negeri, kemudian wakil dari setiap negeri bertanding pada 21 Mei 2010 yang lalu. dan semalam, pada Konsert Aura Ungu 2010, telah diumumkan pemenang-pemenang yang sememangnya tak dapat disangkal lagi kehebatannya. Subhanallah.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh Artis popular tanah air, iaitu Heliza dan Aisyah. Juga persembahan oleh Ibu Lin sekeluarga.Persembahan istimewa oleh Dr.Halimah (Exco Pendidikan Kerajaan negeri Selangor..Tidak lupa kepada Nisa' Team yang begitu bersemangat semalam. Hebat!

Tahniah kepada Pencalonan dari Melaka kerana berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori Solo, dan Pencalonan dari Pahang bagi Kategori Berkumpulan. Tidak lupa kepada wakil Wilayah Persekutuan, iaitu kumpulan ABCDQ yang berjaya memenangi tempat ketiga dalam kategori berkumpulan.. Tahniah.

Mengasyikkan, persembahan adik-adik dari Nur Mutiara (dari kawasan Titiwangsa, seliaan Dr.Lo'lo').. Betul-betul menambat hati penonton. Yang paling kecil berumur 4 tahun.. mantap!

Dan yang paling penting, program KAU 2010 tidak membenarkan kaum lelaki turut serta.. Bukan sebab diskriminasi ye.. tapi untuk menjaga batas-batas syariat... insya'ALLAH.

VVIP untuk KAU 2010 ialah Dr. Lo'Lo', Ust. Nuridah Salleh, Dr.Rosni.

Dalam Konsert tersebut, turut diselitkan slot muhasabah. Kak cik (ust.hafizah).. Slot tersebut berkisar tentang masalah gejala sosial, pembuangan bayi.. SLot tersebut memuatkan lagu nasyid, n monolog seorang bayi yang dibuang oleh ibunya.. Subhanallah..

KAU 2010 diakhiri dengan persembahan Aisyah dan nasyid Selawat Syifa' beramai-ramai diketuai oleh para VVIP.

Dengan itu, berakhirlah program KAU 2010. KAU MEMANG MEMUKAU!!

SEMOGA BERTEMU LAGI, insya'ALLAH..

NISA' CONNECTING YOUTH..

Wassalam









* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)