Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, atas nikmat usia dan kesihatan yang ALLAH pinjamkan. Dari dulu hingga ke saat ini.
Pertamanya, kami, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir menjayakan program "Jalinan Ukhuwwah" anjuran Nisa' Putrajaya yang telah berlangsung pada 14 Feb 2011 yang lalu. Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan kehendakNYA jua.
"Bila segalanya dilakukan kerana ALLAH, bertemu ALLAH, pasti tak jemu. Dan berpisah pasti tak gelisah"
Alhamdulillah, pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam tersebut telah mencatatkan kenangan indah buat kita semua. Kehadiran adiq A'da, Efa, Umairah, Nailah, Baby, Kak Yani, Kak Zira, Kak Nita serta Makcik Raudhah sangat bermakna buat kami, Nisa' Putrajaya.
Semoga ALLAH merahmati pertemuan kita, dan memberkati perpisahan kita semua. (^_~).
Teringat beberapa perkara yang disampaikan oleh Kak Ummi dalam tazkirah ringkas beliau pada malam tersebut :
1) Jika kita merasa marah, lebih baik sekiranya kita mendiamkan diri. Kerana dikhuatiri jika kita bercakap, akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Akan meyakiti hati orang lain.
2) Rasulullah mengajar kita supaya melakukan beberapa perkara sekiranya kita sedang marah:
a) jika kita berdiri, kita perlu duduk.
b) jika kita duduk, hendaklah kita berbaring.
c) jika masih belum tenang, ambillah wudhuk. Ucapkanlah "a'uzubillah himinasy syaito nirrajim" (aku berlindung dari Syaitan yang direjam) kerana sesungguhnya perasaan marah itu adalah hasutan Syaitan.
Perasaan marah ibarat api yang sedang membara. Berwudhuklah. kerana api dapat dipadamkan dengan air. Jangan menambahkan lagi kemarakan api, dengan sama-sama bertikam lidah. Kerana amarah ni, sukar untuk dikawal jika masing-masing masih kekal dengan ego. Salah seorang perlu mengalah. Tak salah mengalah, asalkan baik untuk masa depan, kan?
Jadilah seseorang yang pemaaf, kerana memberi dan menerima kemaafan itu, bahagianya tak mampu diungkap dengan kata-kata. (^_~).
Salam sayang dari kami, semoga bertemu lagi.
Wassalam.
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)