Pages

Wednesday, February 9, 2011

Happy Birthday...=)


Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan. (^_~).



Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam sihat walafiat sentiasa. Cuaca di Putrajaya tidak menentu kebelakangan ini. Bukan di Putrajaya saja, bahkan di seluruh negara. Biasanya tengkujuh sudah berakhir pada Januari, tapi tahun ini, akhir Januari juga masih hebat geloranya. Angin juga masih kencang tiupannya.



ALLAHU AKBAR.



Segalanya berlaku mengikut percaturan ALLAH semata-mata. Hidup kita juga, adalah dengan izinNYA jua. Alhamdulillah, DIA sentiasa aturkan yang terbaik buat kita semua.



Baiklah, dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada dua orang ahli merangkap AJK Nisa' Putrajaya iaitu Kak Farhana dan Kak Ummi. Semoga ALLAH permudahkan urusan di dunia dan akhirat, mendapat keberkatan dan keredhaan dan setiap perkara kebaikan. Aminn.


Doa dan harapan, semoga kita semua ditetapkan hati untuk terus berada dijalan yang diredhaiNYA sehingga akhir hayat.


Sekian, wassalam. (^_~)


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

1 comment:

  1. :) hehe tq group nisa putrajaya....semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan ini...

    sahabat yang ku kasihi sekalian, kita sering merasakan nikmat usia itu bertambah mengikut tahun, lalu kita diingatkan akannya dengan sambutan ucapan dan makan2 dan sbgnya...tapi dalam tidak sedar setiap saat yang berdetik usia akan terus meningkat.

    Tidak apa yang harus dibanggakan dengan meningkatnya usia, jika kita masih belum mengenal diri dan Pencipta dengan hakikat yang sebenar. Tidak ada maknanya sebuah kehidupan jika setiap langkah perjalanan ini diluar batasan redha dan kasih sayang Allah. Tidak ada ertinya kehidupan ini jika kita pergi meninggalkan dunia ini dalam keadaan kita masih lagi jauh dari Nya. Lalu kita menyesal dan memohon untuk dikembalikan semula di dunia untuk beramal. Tapi rayuan dikala itu tidak memberi apa-apa makna lagi.

    Lalu dimana letaknya nilai usia...jika ia tidak memberi apa-apa makna untuk kehidupan kita di sana nanti...

    Oleh itu, hargailah nikmat usia yang sentiasa bertambah setiap detik, untuk kita sama-sama mengorak langkah menuju ke gerbang kehidupan yang lebih kekal dan abadi.

    ameen...ameen..ameen diatas sekalung doa yang kalian titipkan didalam blog ini.

    semoga ukhwah ini kekal selamanya bukan shj di sini tapi ianya akan lebih bermakna jika kita dapat sama-sama berkumpul di syurga sana...

    --hamba yang lemah lagi hina yang tidak memiiki apa-apa kecuali semuanya adalah milik Penciptanya--

    ReplyDelete

Nisa' Connecting Youth.. =)