Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diberi izin meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan waktu untuk meneruskan coretan.
Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam iringan taufik dan inayah ALLAH sentiasa hendaknya.
Ramadhan bakal menyusul 2 minggu lagi. Sudahkah bersedia?
***
Harapan Ramadhan
Mulakan dengan hati yang bersih, semangat yang kental, istiqamah dan serius, isi 30 hari dengan jadual yg sangat padat.
Bila ALLAH mahukan kebaikkan kepada seseorang, ALLAH akan pimpin dia kearah amal soleh, insya'ALLAH.
Jadikan Ramadhan sebagai latihan untuk kita memupuk akhlak mulia dan terpuji dengan penuh kesungguhan dan berharap pada Allah.
Bila Allah melihat begini sekali hambaNYA berusaha mendekatkan diri, pasti Allah akan tunjukkan jalan.
Sedarilah bahawa Ramdahan ini nikmat yang sangat besar daripada Allah, sekalipun kita tidak berjaya meraih hasilnya sekurang-kurangnya kita berjaya dalam merancang, tetapi jika kita gagal dalam merancang sudah tentu pelaksanaan itu gagal apatah lagi mendapat hasilnya.
Berdoalah dengan sungguh-sungguh kerana tiada hijab doa-doa orang yang berpuasa.
Kesimpulan:
Sama-samalah kita jadikan Ramadhan yang akan datang kurang dari 14 hari lagi ini dengan persiapan hati yang sedia untuk bertaubat, mulakan pengembaraan spiritual ini utk kita kenal ALLAH dalam menyemai rasa rindu dan cinta kepada ALLAH s.w.t.
Raihlah sifat-sifat yg terpuji seiringan semangat yang kental dalam meraihnya, insyaallah kalau kita mulakan pasti ALLAH akan tunjukkan jalannya.
Sesungguhnya ALLAH itu sangat dekat.
Semoga bermanfaat. Wassalam
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)