Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Andai sesekali disapa sakit, alhamdulillah, tandanya ALLAH mahu bantu hapuskan dosa kita. Tapi dengan syarat, kita harus sabar dan redha dengan sakit itu, ya.
Alhamdulillah, kita masih dikurnia nikmat iman dan ISLAM dalam meneruskan kembara dibumi Tuhan. Betapa nikmatnya kurnia yang ALLAH hadirkan dalam diri kita. Semuanya tak mampu kita hitung. Syukur. Bertuhankan ALLAH yang Maha Esa. Ditakdirkan sebagai ummat Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah.***
Hari ini bertarikh 16 Ogos 2011M, yang mana juga bersamaan dengan 16 Ramadhan 1432H. Alhamdulillah, atas kesempatan yang masih ALLAH berikan kepada kita.
Apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh 16 hari tersebut? Semakin meningkatkah amalan kita? Semakin dekatkah kita denganNYA? Semakin baikkah akhlak kita?
Atau, adakah semakin menurun semuanya?
*muhasabah*
***
Bulan Ramadhan, dikatakan sebagai bulan penghapus dosa. Didalamnya terkandung rahmat ALLAH yang melimpah ruah. Tiada bulan selainnya yang boleh menandingi kemuliaan Ramadhan. Setelah habisnya Ramadhan, kita akan kembali kepada fitrah. Suci dari segala doa, ibarat sehelai kain putih yang bebas dari segala kekotoran. Namun, semua itu bukannya boleh diperoleh dengan mudah. Memerlukan usaha. Memerlukan pengorbanan.
Apakah sama orang yang setiap masa meniti zikir dibibirnya berbanding dengan orang yang suka bercakap perkara sia-sia, menabur fitnah merata-rata?
Apakah sama orang yang sentiasa mengisi malamnya dengan tahajjud, solat malam berganda-ganda jika ingin dibandingkan dengan mereka yang tidur kekenyangan tanpa sempat berterawikh sekalipun?
Samakah mereka?
***
Jika ingin mendapat balasan yang baik, seharusnya usaha juga perlu berlipat ganda. Andai inginkan keampunan dariNYA, kita perlulah melakukan segala suruhanNYA, dan meninggalkan segala laranganNYA.
**
Ayuh, bersama kita memaknakan Ramadhan yang kian hampir ke penghujungnya. Semoga ada sesuatu yang dapat kita kutip dari Ramadhan kali ini. Selamat berpesta ibadat. Semoga segalanya mendapat berkat. (^_^).
wassalam.
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)