Assalamua'laikum.
Apa khabar semuanya? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. (^_^). Ramadhan hari ke-9, alhamdulillah. Masih diizin ALLAH untuk kita meneruskan kembara kehidupan.
Bagaimana pengisian Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari sebelumnya? Atau menurun kualitinya? Muhasabah.
***
Dikesempatan ini, kami dari Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program-program anjuran kami.
Sejak program Sayang Soleh Solehah tahun lalu, diikuti pula dengan program Rindu Ramadhan, dan seterusnya program RAMADHAN : Penawar Rindu yang baru saja berlangsung minggu lepas. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua.
Sama-sama kita doakan, semoga gerak langkah selepas ini akan tersusun dengan lebih mantap, bersemangat dan yang paling penting, diiringi redha ALLAH harusnya.
Insya'ALLAH, dilain masa, kita bertemu lagi. Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.
Wassalam
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)