Pages

Thursday, September 8, 2011

Syawal datang lagi.. (^_~)

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Terlebih dahulu kami ingin memaklumkan, Ketua Nisa' Putrajaya, Cik Asyikin telah bertukar status pada 3 September yang lalu. Sekarang beliau telahpun bergelar Puan Asyikin. (^_^).

SELAMAT PENGANTIN BARU.
Semoga rumah tangga muslim yang dibina, mampu mendekatkan lagi diri kepada ALLAH yang maha Esa.

***

Tidak lupa kepada Timbalan Ketua Nisa' kita, Puan Suriani. Tahniah diatas kelahiran putera idaman. Semoga anak amanah ALLAH akan membesar dengan sihat, bakal menjadi pemimpin yang soleh suatu hari nanti.

***

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan ruang meneruskan kehidupan. Kalau dulu, hari raya hanya seminggu. Tapi sekarang, selagi belum habis bulan Syawal, selagi itulah jamuan rumah terbuka akan terus berderetan. (^_~). Semua orang bergembira menyambut hari kemenangan.

Tapi, adakah kita telah tersenarai sebagai salah seorang daripada senarai pemenang tersebut? Berjayakah kita mengharungi Ramadhan dengan jayanya? Atau hanya mampu menahan lapar dan dahaga, dari fajar hingga terbenamnya matahari tanpa sebarang tambahan pahala? Sekadar puasa tanpa tahu apa erti sebenar yang dituntut agama? Hanya puasa kerana semua orang berpuasa?

**muhasabah**

Semoga Ramadhan kali ini bukan menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita. Syawal masih berbaki lebih kurang 20 hari. Sudah mula berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal? Kepada yang sudah beraya, tahniah! Kepada yang sedang meneruskan puasa, teruskan usaha. Kepada yang masih belum mula berpuasa, ayuh, sama-sama kita kumpul kekuatan. Masih ada masa. Selagi ALLAH kurnia masa, selagi masih ada tenaga, selagi masih diizin nyawa, sama-sama kita usaha jadi hambaNYA yang bertaqwa.

Dikesempatan ini juga, eloklah kiranya para muslimat sekalian menggantikan puasa-puasa yang telah ditinggalkan dengan izin. (^_^). Ganti awal-awal, nanti tak kelam kabut.

Akhir kalam, salam kemaafan, salam lebaran.



Assalamua'laikum.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

2 comments:

  1. Buat admin blog,

    Terima kasih banyak2 atas ingatan Majlis Perkahwinan ana (Amin Hamami Farouk) & Syikin...

    Doakan kami agar Allah limpahkan kasih sayang, mawaddah dan rahmah..Amiiinn

    ReplyDelete
  2. Assalamua'laikum.

    Alhamdulillah, atas segala nikmat yang ALLAH sentiasa berikan kepada kita.

    Kpd saudara Amin Hamimi a.k.a pemegang amanah pn. Asyikin, insya'ALLAH.. kami di Putrajaya akan sentiasa mendoakan kalian.

    Selamat menunaikan amanah baru. Semoga berbahagia hingga ke SyurgaNYA.

    Kak Ekin, kami sayang akak sokmo.. (^_~)

    ReplyDelete

Nisa' Connecting Youth.. =)