Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Friday, December 30, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamua'laikum Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sentiasa berada dalam kalungan kesihatan yang baik hendaknya. Apa khabar iman kita hari ini? Semoga sihat-sihat aja hendaknya ya. (^_^) Hari ini, 30 Disember 2011. Pejam celik, pejam celik. 2011 sudahpun sampai ke penghujungnya.  Begitu pantas masa berlalu. Kadang tak terkejar rasanya. Muhasabah bersama: Adakah kita telah menggunakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah? Adakah...

Friday, December 23, 2011

Bangunlah, wahai ummah!

Assalamua'laikum. Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh barokah. Maha suci ALLAH, yang berkuasa atas segalanya. Alhamdulillah, sehingga saat ini ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :). Baiknya ALLAH. Masih memberikan peluang untuk kita memperbaiki diri, membuka ruang untuk kita terus beribadat kepadaNYA.  Sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian. Kehidupan di dunia hanyalah sebuah pengembaraan yang singkat. Dunia hanyalah tempat...

Friday, December 16, 2011

Terus Melangkah Menggapai RedhaNYA

Assalamua'laikum. Apa khabar semuanya? Moga sentiasa sihat badan dan iman hendaknya. Alhamdulillah, selaut syukur dipanjatkan kehadratNYA atas kurniaan yang sentiasa melimpah dan tak pernah berbelah bagi terhadap kita semua. Alhamdulillah. Hari ini Jumaat, 20 Muharam 1433 Hijrah bersamaan 16 Disember 2011. Menghitung detik-detik waktu yang berlalu tanpa henti. Meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kelekaan dan kesibukan menggalas tugasan dan...

Thursday, December 8, 2011

Talian Hotline BR1M

Assalamua'laikum. Makluman untuk yang berkenaan : *** Salam 1 Malaysia Kepada Semua Media Elektronik, Tuan/Puan, TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline (tol free) bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebanyak RM500. Talian Hotline Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), RM500 : 1-800-222-500 (bebas tol)...