Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Thursday, July 28, 2011

RAMADHAN : Penawar Rindu

Assalamua'laikum.



TARIKH : 7 OGOS 2011 M / 7 RAMADHAN 1432 H (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA

AKTIVITI :
- SOLAT SUNAT DHUHA -
- SOLAT SUNAT TASBIH -
- KULIAH DHUHA -

Semua wanita pelbagai peringkat umur dijemput hadir.
SEMUANYA ADALAH PERCUMA.

Berminat?
Hubungi
Asyikin : 013-2222589
Ummi : 019-9206652

Jangan lepaskan peluang.
Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda buat kita.
JoM... (^_~)

p/s : sesiapa yang berminat untuk tolong promote di blog, FB. Twitter atau ditampal di mana-mana tempat berhampiran , sangat dialu-alukan. Terima kasih.


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, July 26, 2011

DOAKAN SAHABAT KITA

Assalamua'laikum

Semoga dalam kasih sayang ALLAH sentiasa.

Kami baru saja menerima berita, bahawa sahabat Nisa' Putrajaya iaitu Kak Linsharliana telah mengalami kemalangan. Mohon doa dari sahabat sekalian. Semoga beliau diberi kekuatan dan kesabaran melalui ujian ini.

Untuk lebih lanjut, boleh rujuk blog beliau. : http://linsharliana.blogspot.com/2011/07/saya-kemalangan.html.

Sekian.

Doa senjata mukmin.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

PROGRAM PADA 7 OGOS 2011 (AHAD)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri ruang dan peluang kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan. Semoga hari ini dan seterusnya adalah hari-hari terbaik dan lebih baik untuk kita, berbanding sebelumnya.



Baiklah, dikesempatan ini, kami ingin menghebahkan satu program yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

RAMADHAN : Penawar Rindu
Tarikh : 7 Ogos 2011 / 7 Ramadhan 1432 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program ini terbuka kepada semua WANITA pelbagai peringkat umur.

Aktiviti yang akan berlangsung adalah :
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tasbih
Kuliah Dhuha

BERMINAT??
Hubungi Asyikin : 013-2222589 Atau Ummi : 019-9206652

Mohon sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain, terutama kepada yang tinggal di Putrajaya, Bangi, Sepang, Serdang dan Puchong.

Ayuh, sama-sama kita imarahkan Ramadhan tahun ini dengan majlis ilmu. (^_~)

Terima kasih.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, July 22, 2011

Kasih sayang mukmin

Assalamua'laikum.

Salam Jumaat buat semua. Hari Jumaat, penghulu segala hari. Moga barokahnya meliputi kita semua.

Alhamdulillah, syukur padaNYA atas nikmat iman dan ISLAM yang sentiasa ada dalam diri kita. Moga hingga ke SyurgaNYA.

***



Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua,
bukan diukur dengan hangatnya rindu,
tidak diukur dengan manisnya cinta,
bukan kerana selalu bersama..

Tetapi kasih sayang mukmin itu dinilai sebanyak mana nama sahabatnya
meniti dibibir disaat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, July 20, 2011

DOA DHUHA

video




Assalamua'laikum.

Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Hari ini, kami nak kongsikan doa solat sunat dhuha. Semoga ada manfaatnya untuk kita kongsikan bersama.

(^_~)

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, July 19, 2011

Mempunyai sebarang pertanyaan/masalah tentang isu-isu yang berkaitan dengan kerjaya?

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


Sila hubungi:
JobsMalaysia Cyberjaya
Unit W001, Tingkat Bawah, Blok 3440,
Enterprise Building 1 (EB 1),
Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-83202713/4/5
Fax : 03-83202661
Email : jobsmalaysia@mohr.gov.my

Monday, July 18, 2011

Bimbinglah kami ke jalan menuju SyurgaMU

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi izin meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan waktu untuk meneruskan coretan.

Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam iringan taufik dan inayah ALLAH sentiasa hendaknya.

Ramadhan bakal menyusul 2 minggu lagi. Sudahkah bersedia?

***



Sedikit perkongsian untuk kita sama-sama bertemu Ramadhan yang bakal menjelma..insyaallah.


Harapan Ramadhan

Mulakan dengan hati yang bersih, semangat yang kental, istiqamah dan serius, isi 30 hari dengan jadual yg sangat padat.

Bila ALLAH mahukan kebaikkan kepada seseorang, ALLAH akan pimpin dia kearah amal soleh, insya'ALLAH.

Jadikan Ramadhan sebagai latihan untuk kita memupuk akhlak mulia dan terpuji dengan penuh kesungguhan dan berharap pada Allah.

Bila Allah melihat begini sekali hambaNYA berusaha mendekatkan diri, pasti Allah akan tunjukkan jalan.

Sedarilah bahawa Ramdahan ini nikmat yang sangat besar daripada Allah, sekalipun kita tidak berjaya meraih hasilnya sekurang-kurangnya kita berjaya dalam merancang, tetapi jika kita gagal dalam merancang sudah tentu pelaksanaan itu gagal apatah lagi mendapat hasilnya.


Berdoalah dengan sungguh-sungguh kerana tiada hijab doa-doa orang yang berpuasa.

Kesimpulan:

Sama-samalah kita jadikan Ramadhan yang akan datang kurang dari 14 hari lagi ini dengan persiapan hati yang sedia untuk bertaubat, mulakan pengembaraan spiritual ini utk kita kenal ALLAH dalam menyemai rasa rindu dan cinta kepada ALLAH s.w.t.

Raihlah sifat-sifat yg terpuji seiringan semangat yang kental dalam meraihnya, insyaallah kalau kita mulakan pasti ALLAH akan tunjukkan jalannya.
Sesungguhnya ALLAH itu sangat dekat.

Semoga bermanfaat. Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, July 15, 2011

Mampukah kita menjadi Bidadari Syurga?

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi ALLAH sekalian? Harapan dan doa, semoga sihat sentiasa hendaknya.

Hari ini, ingin kami kongsikan sebuah artikel. Tentang kekeluargaan. Semoga ada manfaatnya untuk kita kongsikan bersama. (^_~)

***



Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah.  Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sngguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.


Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.


Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.


Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."


Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.


Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.


Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.


"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."


Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."


Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..


Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.


Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

***
MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.


Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Jom hayati lirik lagu ini.


ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH

(1)
Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran

Di rumah dia isteri, di jalanan kawan

Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan



( ulang 1 )



Pandangan kita diperteguhkan

Menjadikan kita tetap pendirian

Ilmu yang diberi dapat disimpan

Kita lupa, dia mengingatkan



( ulang 1 )



Nasihat kita dijadikan pakaian

Silap kita, dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa ramai bila bersamanya



( korus )

Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan



( ulang 1 )

( ulang korus )





Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, July 12, 2011

KENAPA AKU DIUJI?


Assalamualaikum,

Peringatan untuk kita yang bergelar HAMBA ALLAH :)


Ujian, mehnah dan tribulasi adalah lumrah di dalam Sekolah Kehidupan ini. Kalau memang sudah begini hakikatnya, alangkah baiknya jika ketika kita diuji dalam keadaan kita mentaatiNya daripada diuji dalam keadaan kita menderhaka kepadaNya. Ini kerana sudah tentu ujian dalam keadaan kita mentaatiNya itu pasti akan mendapat redha Allah selain mendapat darjat dan pangkat di dalam Syurga. Kalau dalam derhaka kemudian diuji juga, maka rugilah di dua negeri. Di negeri dunia mendapat kesusahan, di negeri Akhirat sana Neraka pula menjadi balasan. Na’uzubillahi min dzalik .


Apabila menyebut tentang ujian, maka renungilah falsafah bermakna yang digali rahsianya dari Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim berikut. Hayatilah ia dengan mata hati, semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Amiin.




KENAPA AKU DIUJI?


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)
RASA FRUST?“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)



Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah… Sesungguhnya kepada Kitab Suci Al-Qur’anlah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ia adalah penawar… Penawar untuk kita… Marilah kita kembali kepada Al-Qur’an… Kembali mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya sepenuhnya… Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat seperjuangan sekalian! Amiin.



Sumber:http://taskforcemiri.wordpress.com/




Thursday, July 7, 2011

MANA MILIK KITA

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan kembara di bumiNYA. Berbekalkan nikmat yang tak pernah putus, maka, nikmat Tuhan yang manakah yang ingin didustakan?

ALLAHU ALLAH.

Hari ini, dikesempatan dan ruang waktu yang ada, kami Nisa' Putrajaya ingin berkongsi satu lirik lagu yang sangat bermakna. Sama-sama kita hayati, untuk muhasabah kita bersama.



Rabbani - Mana milik kita


Mana milik kita?

Tidak ada milik kita

Semua yang ada

Allah yang punya



Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat

Allah sudah sediakannya



Kita Allah punya

Dunia ini ciptaan-Nya


Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya


Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita


Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada


Mengapa kita sombong

Memiliki Allah punya


Mengapa tidak malu

Kepada Allah yang empunya


Patut bersyukur kepada Allah

Yang memberi segalanya


Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya


Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita


Kalau Allah tidak beri

Kita tidak punya apa-apa


Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita


Jasa kita di sisi-Nya

Yang sebenarnya Allah punya


Marilah kita bersyukur

Bukan berbangga


Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa


Gunakanlah nikmat Allah itu

Untuk khidmat kepada-Nya


Selepas itu lupakan saja

Agar tidak mengungkit-ungkitnya
 
 
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *