Pages

Monday, October 1, 2012

Review - What is Usrah?

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih meminjamkan nafas kepada kita. Beserta nikmat-nikmat yang tidak pernah berkesudahan.

Alhamdulillah, ALhamdulillah, Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.

Usrah + Pertemuan

Alhamdulillah, pada pagi yang indah, 30 September 2012, Allah mengizinkan pertemuan AJK Nisa' Putrajaya dan ahli-ahli baru serta lama.

Alhamdulillah.

Cuaca yang indah, pemandangan yang begitu mengasyikkan, makanan yang menyelerakan, pengisian yang bermanfaat ditambah pula pertemuan yang barokah, insya'ALLAH.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir. Tiada apa yang dapat kami berikan, melainkan ucapan doa yang berterusan atas silaturahim yang terjalin. Moga ada barokah yang lahir darinya. Aminn



Di sini, suka untuk kami kongsikan sedikit daripada apa yang ustazah Syuhadah sampaikan dalam usrah tersebut. Moga ada manfaat untuk kita kongsikan bersama. :)


PENGERTIAN USRAH

Usrah dalam bahasa Arab, membawa maksud keluarga.. dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (ifradul muslim) yang beriman kepada ALLAH s.w.t, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati ISLAM.
Usrah membentuk suatu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah).

MATLAMAT / KEPENTINGAN USRAH
  • Meningkat dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul.

  • Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam.

  • Membentuk satu generasi yang betul-betul memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam yang sebenar dan bersedia untuk mempertahankan agama Allah.

SEJARAH USRAH

Sejarah usrah bermula sejak zaman rasulullah s.a.w, yang mana ketika itu, rasulullah s.a.w memulakan usaha menarik masyarakat arab untuk memeluk agama Islam.. rasulullah s.a.w mulakan usrah dikalangan ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.. baginda telah memilih sebuah rumah terpencil iaitu rumah al-Arqam Bin Abi Arqam sebagai tempat menyampaikan ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat.

RUKUN USRAH
  • Ta'ruf : Berkenalan
  • Tafahum : Saling memahami
  • Takaful : Saling membantu

*****

Ok, itu sedikit sebanyak tentang usrah. :)

Oh ya, tambahan input dari Ustazah:
Usrah tak semestinya perlu dibuat di tempat yang rutin ; masjid, surau. Tapi boleh juga di tepi pantai, tasik, taman,malah, nak buat di Alamanda pun boleh. :). Yang mana dirasakan bersesuaian dan selesa untuk kita jumpa, ramah mesra.

Juga, silibus usrah tak tetap. Biasanya : Baca ayat Al-Quran, tafsiran, belajar tajwid, kupasan buku, nasyid, soal akidah, sirah, ulas isu semasa.

Tapi, terpulanglah pada kita macam mana nak aturkan sesuai dengan masa dan situasi. Boleh juga selang seli dengan kelas memasak, kongsi-kongsi resepi. Juga kelas menjahit dan seumpamanya. Beriadah (bowling, badminton, jogging, berbasikal). Selagimana ia aktiviti yang mengeratkan silaturahim kita semua, boleh saja. :)

Banyak penerangan dan huraian dari ustazah beserta soal jawab, tapi rasanya untuk pengenalan, nota di atas pun ok lah, kan? ;)

Semalam, wajah-wajah ceria menghiasi Taman Botani. Alhamdulillah, Allah himpunkan kita semua dalam majlis ilmu. Bak kata ustazah, andai Allah bukakan hijab kita semua, pasti akan nampak para malaikat yang memayungi ahli-ahli majlis ilmu, hingga ke ArasyNya.

Berkenalan dalam sesi ice-breaking, santapan rohani oleh Ustazah Syuhadah, makan-makan pelbagai makanan yang enak hasil air tangan ahli yang hadir, pelukan mesra tanda kasih sayang insan bersaudara. :)



Insya'ALLAH, akan ada lagi usrah seterusnya. Kalau berminat untuk menyertai Nisa' Putrajaya, bolehla isi borang secara online yang disediakan di blog ini ya.

Semoga kita semua didalam peliharaanNya sentiasa.

Wassalam. :)



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)