Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, December 30, 2009

KONVENSYEN NISA' WILAYAH

Assalamua'laikum dan salam sayang buat semua..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke program terdekat kami iaitu:-KONVENSYEN NISA` WILAYAHTARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAKMASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARIANTARA YANG MENARIK :1)Talkshow Nisa`,...

Tuesday, December 29, 2009

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi

Soalan Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini? Jawapan Ust Zaharuddin Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri. Adapun,...

Monday, December 28, 2009

HARI KELUARGA PUTRAJAYA

Assalamualaikum…Maaf atas kelewatan menerbitkan laporan Hari Keluarga Putrajaya ini atas sebab –sebab tertentu. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan pada 13hb Disember 2009 di Taman Wetland Putrajaya. Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh oleh Ustaz Mohamad Nazir Zakaria selaku Yang DiPertua Kawasan Putrajaya. Seramai 150 orang telah hadir ke program ini bersama keluarga masing-masing. Ibu-ibu sedang menjalankan aktiviti musang...

Thursday, December 24, 2009

Nisa' Small Kindness (NSK)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua. Post kali ini adalah berkenaan dengan kutipan sumbangan untuk program Nisa' Small Kindness (NSK) yang bertemakan "CERIA KEMBALI KE SEKOLAH" Sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal tiba tidak beberapa lama lagi. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada anda diluar sana yang prihatin dengan...

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah

Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua pengunjung blog.Ana mewakili semua organisasi Nisa' Putrajaya ingin mengucapkanSELAMAT MENYAMBUT 1 MUHARRAM 1431 HIJRIAH..Semoga bertambah amalan seiring pertambahan..Sebagai muhasabah, marilah kita semua merenung sejenak,selama 12 bulan kita berada di tahun 1430 H, apakah sumbangan yang telah kita lakukan kepada ISLAM? apakah sumbangan kita terhadap insan-insan disekeliling kita?apakah sumbangan...

Monday, December 14, 2009

salam perjuangan buatmu, mujahidah solehah, Nasihah...

Doa Perpisahan Pertemuan Kita Di Suatu HariMenitiskan Ukhwah Yang SejatiBersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang SuciNamun Kini Perpisahan Yang TerjadiDugaan Yang Menimpa DiriBersabarlah Di Atas SuratanKu Tetap Pergi JuaKan Ku Utuskan Salam IngatankuDalam Doa Kudusku Sepanjang WaktuYa Allah Bantulah Hamba MuMencari Hidayah Daripada MuDalam Mendidikkan KesabarankuYa Allah Tabahkan Hati Hamba MuDi Atas Perpisahan Ini"Teman Betapa Pilunya Hati...

Friday, December 11, 2009

halwa buat pembaca sekalian

SUNNAH ORANG BERJUANGLirik Nasyid :HijjazBerjuang menempah susahMenanggung derita menongkah fitnahItulah gelombang hidup samudera dukaSeorang mujahid membela taufiq..Dipisah dia berkelanaDibelenggu dia uzlah mula dibinaNamun jiwa tetap marak memburu cintaMembara demi Allah dan RasulnyaBerjuang tak pernah senangOmbak derita tiada hentiTenang, resah silih bergantiInilah sunnah..orang berjuang..Malamnya bagai rahib merintih sayuDihiris dosa air mataSiangnya...

Wednesday, December 9, 2009

Mohon Sumbangan Sempena Hari Keluarga di Putrajaya

Assalamualaikum,Pihak organisasi program dengan berbesar hati menjemput saudara/i bersama-sama menyertai program ini dan mengalu-alukan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau barangan untuk menjayakan program kali ini. Kepada pembaca yang berminat untuk menyumbang, sila salurkan sumbangan anda kepada akaun CIMB Bank 1407-0521874-52-2 atas nama Assiah binti Ramli . Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi :Ust. Shaharudin Zaini - 0123943397Hidayah - 0125992715Assiah - 0142317919 JazakAllah khair kathira diucapkan atas sumbangan, kerjasama...

Mari Melabur Dengan….

Assalamualaikum...Memberi sememangnya makruf lebih sukar daripada menerima. Memberi, punya nilai pengorbanan di situ. Korban akan menyebabkan kita kekurangan sesuatu. Contoh ada dua orang, terkorban seorang, maka tinggal satu. Begitulah duit, kita ada RM1000, kita beri pada orang lain RM500, maka kita hanya tinggal RM500 dan bukan lagi RM1000. Manusia, apabila memberi, dia akan teragak-agak kerana memikirkan kekurangan yang akan dia hadapi. Kekurangan...

Thursday, December 3, 2009

Jom Rehlah!!

...

Tuesday, December 1, 2009

Wanita oh Wanita

Assamua'laikum. Buat renungan wajib yang bergelar wanita ISLAM...1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan...

Wednesday, November 25, 2009

Jom Korban =)

Assalamualaikum..Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.Hari...

Thursday, November 19, 2009

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad...

Monday, November 16, 2009

Busy

Busyby: Stephen Covey, 7 Habits of Highly Effective PeopleOnce upon a time a very strong woodcutter ask for a job in a timber merchant, and he got it. The paid was really good and so were the work conditions. For that reason, the woodcutter was determined to do his best.His boss gave him an axe and showed him the area where he was supposed to work.The first day, the woodcutter brought 18 trees"Congratulations," the boss said. "Go on that way!"Very...

Friday, November 13, 2009

Perbaharui IMAN

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :sentiasalah kamu memperbaharui iman dihati kamu...Lalu sahabat r.a bertanya, bagaimanakah caranya Ya Rasulullah?Sentiasalah kamu menyebut kalimah " LA ILA HA ILLALLAH"... ***********************Leader is a Reader... (^_^)***********************Dapatkan Mesej Bergambar di S...

Thursday, November 12, 2009

Bila kamu sebut fasal Baitul Muslim…

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya lah. Pernah dengar?Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak...

Monday, November 9, 2009

Doa rabithah =)

Rabithah -Izzatul IslamSesungguhnya Engkau tahubahwa hati ini telah berpaduberhimpun dalam naungan cintaMubertemu dalam ketaatanbersatu dalam perjuanganmenegakkan syariat dalam kehidupanKuatkanlah ikatannyakekalkanlah cintanyatunjukilah jalan-jalannyaterangilah dengan cahayaMuyang tiada pernah padamYa Rabbi bimbinglah kamiLapangkanlah dada kamidengan karunia imandan indahnya tawakal padaMuhidupkan dengan ma’rifatMumatikan dalam syahid di jalan MuEngkaulah pelindung dan pembelap/s:kalau nak download mp3, sila klik link ni : http://www.4shared.c...

Apa Yang Kita Sibukkan?

Oleh : Cikgu Azmi Bahari"Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu saya siapkan".Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan....lebih-lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana...

Thursday, November 5, 2009

SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK -SIRI 1

Assalamua'laikum dan salam satu aqidah buat semua. Insya'ALLAH, pada 22 November 2009, Nisa' Wilayah akan menganjurkan satu program ilmiah iaitu program yang bertajuk Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk-Siri 1. Program ini akan berlangsung pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang, insya'ALLAH, kita akan solat Zohor berjemaah... (^_^) Seminar ini akan berlangsung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi:-Syuhada...

Wednesday, November 4, 2009

ILMU IKHLAS

"Mari ku ajarkan ilmu ikhlas." Kata seorang guru kepada anak muridnya. "Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis," "Tak payah, bawa sahaja karung guni" "Karung guni?" Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya. "Mari kita ke pasar!" Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu. "Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu...

Friday, October 30, 2009

PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT

1. MANDIBagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.Sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).2. Menghias dan Pakai Wangi²anMenghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian. Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu...

Tuesday, October 27, 2009

UNTUKMU WANITA MUKMINAH

Untuk membentuk bibir yang menawan,Ucapkan kata-kata kebaikanUntuk mendapatkan mata yang indah,Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda temui.Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,Berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparanUntuk mendapatkan rambut yang indahMintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.Untuk mendapatkan susuk tubuh yang indah,Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain,Perlu senantiasa berubah, diperbaharui,...

Bagaimana Anda Selepas Usrah?

Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj. Namun, ikhwah dan akhwat yang...