Wednesday, September 9, 2009

KELEBIHAN ZAKAT FITRAH DAN SEDEKAH




SEDEKAH yang diberikan dalam bulan Ramadan dapat menampal segala kebocoran-kebocoran dan kekurangan-kekurangan yang berlaku pada ibadah puasa itu. Allah telah mewajibkan mengeluarkan zakat fitrah dengan tujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan pekerjaan keji yang telah mereka lakukan dalam sebulan berpuasa itu. Oleh itu, zakat fitrah dianggap sebagai pembersih diri.

Menurut Hassan Al-Basri, zakat fitrah bagi puasa bagaikan sujud sahwi bagi sembahyang. Sebagaimana sujud sahwi harus dilaksanakannya kerana peristiwa tertentu yang terjadi dalam sembahyang. Begitu juga dengan puasa disertai dengan melaksanakan zakat fitarah untuk menampung dan melengkapkan kecacatan yang berlaku di sepanjang melakukan ibadah puasa.

Zakat fitrah wajib dikeluarkan hanya sekali setahun untuk setiap individu dan saat terbaiknya adalah sebelum sembahyang sunat ‘Id. walaubagaimanapun Imam Syafie membenarkan zakat fitrah tersebut dibayar, sejak bermula bulan Ramadan lagi.
Rasulullah bersabda maksudnya :

"Barangsiapa menunaikan sebelum sembahyang ‘Id maka itulah zakat yang diterima. Dan barangsiapa menunaikannya sesudah sembahyang, maka itu suatu sedekah biasa"

Lain-lain kelebihan terdapat pada zakat fitrah ada tersebut dalam Hadis yang pernah disabdakan :

"Barangsiapa yang memberi zakat fitrah, dia akan mendapat sepuluh perkara :
Badannya bersih dari dosa-dosa.
Dibebaskan dari api neraka.
Puasanya diterima.
Pasti memperoleh Syurga.
Keluar dari kubur dalam keadaan aman.
Semua kebaikan yang dia lakukan pada akhir tahun itu diterima.
Dia pasti mendapat syafaatku pada Hari Kiamat.
Dia akan melintas di atas Sirat bagaikan kilat yang menyambar.
Mizannya akan berat dan penuh dengan kebaikan.
Allah Taala akan menghapuskan namanya dari daftar orang-orang celaka."


Oleh: Ustaz Mohd Isa Haji Abd Rahman
Jabatan Mufti Negeri kedah Darul Aman

Marilah bersama-sama kita menunaikan zakat fitrah bagi yang belum melaksankannya lagi..=)

No comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)

NISA' PUTRAJAYA

NISA' PUTRAJAYA